*Assalammualaikum*
Hye you alls yang masih setia membaca entry Neeza . Mesti you rindukan Neeza *eh,ada ke nak berombak rindu dengan aku ini , amatlah terperasantannya!! * Huahaha... apa pun Neeza pun rindukan you alls. Such a long time i am not updating to share my story with you alls . Asyik bersegmen bagai .. hahaha
Anyway , today memang Neeza nak share my happiness , 1 good news .. Kalau you alls yang setia jengah blog Neeza ini lepas keputusan segmen Neeza tak ada update apa-apa entri lagi kecuali hari ini lah . Kalau yang ada friends dengan Neeza di Facebook , mesti perasan Neeza tak ada online dalam senarai chat mahupun like , like , like status you alls . Di twitter,adalah sikit semalam online , but hari Ahad itu memang Neeza tak ada tweet apa-apa pun . Huhu ...
Siapa yang jadi followers Neeza di twitter mesti dah tahukan apa good news itu *bajet retis* .Haha, buat yang tak tahu lagi itu , mek che habaq mai nohhh ~ Syukur alhamdullilah semalam Neeza akhirnya telah lulus ujian memandu JPJ !! Tapi bukanlah untuk first time ambil sebab itupun kali ini ulangan kali kedua ,ambil untuk dua-dua bahagian . Sob..sob..sedih !! So , jom ikuti catatan diari Neeza sepanjang tempoh nak JPJ ini ..
Seminggu sebelum test ..
Setiap kali nak tidur malam , confirm lah kan bila mata nak lelap , terbayang-bayang kejadian test yang fail first time itu .Then berfikir apahal lah aku gagal hari itu ? Sampai pukul 3 pagi tau Neeza tak dapat nak tidur sebab dibayangi kejadiah itu .Huhu,dasyhat punya debarannya .
Jumaat,15.2.2013
8 pagi-First latihan selepas nearly almost 3 weeks tak drive kereta kerna gagal test kali pertama itu . Takutlah juga kan sebab dah lama tak bawa kereta , lupa !! But okeylah , after few times practice , alhamdullilah dah okey , dah ingat semua step . Bawa kereta dekat jalan pun dah tak macam dulu . Tak ada rasa goyang-goyang . Smooth sahaja. Now Neeza ambil pendekatan , kalau selama ini , terutama di traffic light , Neeza mesti fikir " kesian orang belakang, karang aku lambat , lampu dah merah bersusun orang belakang ." Sekarang apa nak jadi , jadilah , kalau aku lambat , lantaklah ! Janji aku lulus test .
Well , lambat bukan sebab apa pun .Lambat itu , kalau meter dah tunjuk 20 km /h confirm kena tekan clutch,masuk gear,lepaskan clutch, tekan minyak .Time pertukaran itu punca lambat. Alhamdullilah , Neeza berjaya selesaikan timing timenya itu dengan beberapa latihan . Today hujan .Pratikal dalam kedinginan kesejukan .Dah pandai guna wiper .Selama ini tak tahu dan takut nak gunakannya . Yeah~ experience .
Now di litar pula ,yang bahagian parking confirm Neeza paling takut bahagian bukit . Oh My, adalah juga Neeza gagal nak pastikan cermin sisi kanan dan tiang . Tang itu punca Neeza gagal . But after many many practice, alhamdulillah okey juga . Then masa belok . Mula-mula tak ingatlah juga, , boleh lupa step tengok tiang ketujuh . Nasib baiklah pak cik pengajar itu ingatkan .Well , such a long time tak drive kan . Tiga penjuru alhamdullilah okey sebab tak banyak step . So , practise make perfect !
Sabtu,16.2.2013
8 pagi-I don't know why i feel so calm today.Semua trial Neeza di litar terutama di atas bukit semuanya menjadi ! Perfect time pastikan cermin sisi dan tiang . Masa belok dan tiga penjuru okey . Bila hati tenang , semua percubaaan menjadi . Time on the road , Neeza dan pak cik pengajar merasakan kali ini Neeza bawa lebih smooth dan okey berbanding time latihan dulu-dulu .Sampaikan dia kata dekat Neeza "pak cik rasa kalau awak dah ada lesen sekarang ini , awak memang dah boleh bawa sebab dah okey sangat ini cuma ada sikit-sikit kena betulkan "
Dalam tenang-tenang itu pun Neeza ada tersilap juga tau ! Time di lampu isyarat bila dah jalan , meter dah tunjuk 20 km/h kena tukar gear tapi Neeza terbrek tangan ! Semuanya sebab fikiran melayang fikirkan masa test sudah hampir ! Pak cik pengajar kata "kenapa ini ? tukar gear boleh pula terbrek tangan ? Jauh macam Muar dan Kuala Lumpur tahu !! Fikiran tak boleh melayang time drive , bahaya " .Okey pak cik, i take my lessons . Hahaha .. =.="
Ahad,17.2.2013
3 petang- I act nak tenang macam semalam.Bohonglah kalau Neeza tak risau .Sebab test dah nak esok . Nervous itu lebih teruk bila dapat tahu nombor giliran . Neeza dapat Sesi 2, nombor 10. Kalau hari itu Sesi 2 , nombor 14 . Nak sesi 3 !!! Ada orang kata kalau sesi 3,selalunya on the road nak akhir-akhir dapat jalan senang dan singkat iaitu jalan B . Penilai dah penat . Katanya ~~~
Sedih gila masa itu .Time latihan atas bukit , 3 kali percubaan ada sekali itu gagal .Enjin boleh termati pula . Cermin sisi tak selaras dengan cantiknya bersama tiang .Bila nak turun , dah press minyak itu , kan kena tekan clutch perlahan lahan dan kalau minyak dah slow ,press lagi then baru angkat brek tangan .Tapi Neeza buat 3 in 1 ,akibatnya bunyi kereta itu macam semput-semput je . Bukit boleh turun ,kereta ke belakang ! Ini yang Neeza takutkan kalau nak JPJ .Grrr~~
Masa belok dan 3 penjuru tak ada problem Tapi bila on the road , tak smooth macam semalam . Neeza rasa macam tak puas hati . Pak cik pengajar itu bagi lalu jalan A ,2 kali jalan B 3 kali .Kejap sangat !! Neeza nak buat lagi sampai Neeza rasa okey , tapi dia dah suruh balik .Sedih !
Malam itu , Neeza dah kena dengan my mom. She said " kalau kau kena ulang kali ketiga , kali ini bayar sendiri duit praktikal !! " Neeza dah gigil .So Neeza pun ada mesej lah dengan kawan-kawan Neeza iaitu Pika dan Dyla .Pika banyaklah bagi support dan semangat pada Neeza .Ajar Neeza macam mana cara nak kurangkan nervous dan bangkitkan keyakinan diri .Dyla pula pun banyak ajar teknik macam mana nak handle penilai , apa yang Neeza patut buat , ingatkan jangan buat kesalahan mandatori . Thanks so much to both of you !!
Isnin-18.2.2013
Masa yang dinantikan . Takutlah juga . Pagi-pagi dah siap semua ,mandi , solat , makan . Neeza hari ini rancang nak pakai baju kurung berwarna baby blue . Well~ Neeza lagi selesa pakai baju kurung . Lagipun baju kurung ini warna warni dan terang .So nampak ceria dan boleh cover kita seandainya kita tak ada mood tapi kena fake smile . Yang penting buat kawan-kawan yang nak JPJ itu , pastikan you alls selesa dengan pakaian you alls .Tak semestinya kena pakai baju kurung . T-shirt boleh juga . Janji selesa dan warna pakaian tak terlalu kelam atau terlalu terang . Biar penilai nampak ,hatinya sejuk memandang kita . So, cool lah dia nanti ~~
Pak cik sampai dalam pukul 8.30 pagi .Bila datang sahaja ,lalu dekat dewan ,tengok dah ramai dah . Badan dah mula gigil .Hari itu Neeza tak nampak ramai geng sekolah Neeza . Just nampak Laura dan Aniq . Laura buat ulangan while Aniq , my classmate time sekolah agama dulu itu , same as Neeza .Tak tahulah ,maybe dia first time kot jpj.
Neeza tunggu punyalah lama untuk Bahagian 2 iaitu di litar .Tester itu dulukan ulangan , Sesi 1 , Sesi 3 dan Sesi 2. Maybe sebab sesi 3 tak ramai cuma 15 orang sahaja .Tak adalah macam time Neeza ambil yang first time itu ,pack woooo~~~ Dalam pukul 11 , barisan Neeza dah dipanggil . Dedar ,dedar . Time ini Neeza banyak selawat .
Nasib baik kali ini , kenderaan Neeza di belakang kenderaan orang yang bernombor 9 itu. So,ada masa untuk Neeza sesuaikan diri dengan kenderaan . Boleh pula Neeza lupa nak turun brek tangan . Pleik lah juga sebab bila jalan ,kereta tersengguk-sengguk . Tak turun brek tangan rupanya . Nasib baik masa itu masih di garisan kuning. Timing biasanya dikira selepas kenderaan melalui garisan putih .Garisan putih itu selepas garisan kuning . Huh~~nasib baik ingat brek tangan !
Alhamdullilah , Neeza naik itu okey .Even cermin sisi dan tiang ,tak berapa cantik posisinya . Angkat tangan .Then tester itu panggil nama Neeza dan suruh turun . Bila turun alhamdullilah kenderaan tak ada mengundur dan okey je menuruni bukit. Luckily sekali je cubaan di bukit . Masa belok pun okey . Tayar Neeza masuk dalam line kotak dengan secukupnya . Boleh pula Neeza lupa nak betulkan cermin sisi .Terpaksa bongkok nak tengok time step tiang ketujuh ! Hahaha ,dah macam apa.
Tiga penjuru pun alhamdullilah selamat buat .Bila time nak susur keluar boleh pula kaki menggigil .Takut clutch ternaik cepat. Nasib baik dapat mengawal perasaan masa itu .Yelah ~sayang tau dah berjaya susah payah buat bukit dan masa belok tapi tiga penjuru itu boleh gagal .Kena buat ulangan lagi . Huh~~ penat rasanya wooo..
Alhamdullilah Neeza pass juga Bahagian 2 . Tak sangka ! Bila dah pass terus pergi surau buat sujud syukur . Now dedaran pada Bahagian 3 .Neeza boleh agak kalau giliran Neeza ini lepas solat Zuhur . Lepas tester berehat . So pergi launch dekat kantin .Makan sorang-sorang sebab Laura dah balik sebab dia cuma ulangan Bahagian 3 . Huhu,sedih .. pesan nasi ,ayam goreng ,dan sayur serta teh o 'ais harganya dah RM5.50 ?? Mahal seyh !! Huuuuu...
Time nak solat Zuhur surau pack wooo~~kena campur sebab surau itu kecil sahaja .Muat 5-6 orang sahaja .Time nak guna itu ,tengok ramainya lelaki .Sekali nampak seorang JPJ itu , dia senyum and kata " tunggu sekejap ye " .Neeza pun senyum balik ,mengangguk dan kata okey .Haha ,berdrama kau eh Neeza . Well~~takut nanti Bahagian 3 dia yang nilai .First impression itu penting !! Huhu ,bila surau itu kosong dan pegawai JPJ itu paling last guna dan keluar , dia kata "dah boleh guna.. " sambil senyum .Neeza pun senyumlah balik dan cakap terima kasih .Haha,the best actress lah kau Neeza .
Lepas solat,tunggu punya tunggu sempat tengok drama Aliya .Depan dewan ada lah tv itu ,sound memang tak dengar sebab bunyi kereta-kereta sekolah memandu itu lebih kuat .Nasib baik ada sari kata .Huhu,time ini memang dedar gila .Cuak pun ada . Memang nervous tahap gaban !!
Sekali dalam pukul 3 ,sampailah giliran Neeza .Time sebelum kereta penilai balik , Neeza buatlah baik dengan pak cik penjaga giliran itu ,Neeza dapat jalan mana .Hati mana tak sedih ,dapat jalan A !! Jalan yang digeruni budak-budak ini .Jalan paling panjang dan lama .Makin lama ,takut makin banya buat kesalahan .Huhu,dahi ini memang dah dicop jalan A kah ? Hari itu fail pun jalan A.
Bila dah kereta penilai dah sampai , Neeza masuk dan beri salam dulu .Wajib tau !! Untuk wujudkan perspektif kita hormat dia .Yang paling Neeza nervous itu , Neeza dapat penilai yang gagalkan Neeza first time itu . Haha,sasau ..sasau .Syukur alhamdullilah penilai itu bagi Neeza sampai keluar dari sekolah memandu . Ada kes ,yang gagal dari dalam lagi .Lagi kesian ! By the way ,sebelum nak mulakan perjalanan ,baca basmallah dan selawat 3 kali . Amalkan okey.
Dalam time tengah drive sebelum ke lampu isyarat itu , penilai itu ada tanya Neeza ..
Him : Ini first time ke ulangan ?
Me : Ulangan kali kedua.
Him : Siapa pengajar awak ?
Me : Pak cik *****
Him : Hari itu gagal dengan tester siapa ?
Me : Pak ciklah ! *i forgot! Supposed to call him tuan.*
Him : Iya ke ? Awak buat kesalahan apa hari itu ?
Me : Garisan chambrond *don't know the name,buat garisan yang macam bukit dan bergaris putih*
Him : Yup..yup...saya ingat !
Me : Yang tudung merah itu pak cik ..
Him : A'ah betullah itu .So,pengajar kata apa?
Me : Memang tak boleh langgar pun *fake smile*
Him : Ini ulangan eh .Kesian dekat awak.Okeylah tak apa, pak cik try tolong awak ,yang penting awak kena yakin.
Me : Okey ,saya cuba yang terbaik. *Neeza dah start perlahan lahan yakin pada diri *
Penilai itu memang banyak membantu . Sometimes he act like pengajar . Banyak beri tunjuk ajar . "Nanti kalau dah bawa kereta dapat lesen , buat macam ini ..jangan buat macam itu ..." Sometimes bagi hint. "dah nampak sign board itu.." So kena faham-fahamlah ye.Kena bagi signal tengok cermin sisi ,tekan clutch ,brek perlahan-lahan ,tukar gear ,belok ,pusing stereng dan balas .Step-step itu kena ingat . But at the same time dia diam sahaja . Nak tengok apa tindak balas kita kalau dia tak hint .Alhamdullilah .. masa perjalanan itu ,enjin tak adalah mati dan kejadian yang tidak diingini tidak berlaku . Lagipun hujan . Nasib baik masa latihan hari itu ada hujan. Kalau hujan lagi bagus , tak payah disuruh bawa lelaju. Haha..
Rasa bersyukur sangat !! Bila dah sampai ,Neeza pun ucapkan terima kasih tak terhingga dekat penilai itu .Uncle penjaga nombor itu bingung .Aik ?cepatnya Neeza sampai . Dia ingat tak lulus .Rupanya lulus .Huhu ..Budak selepas Neeza dah cuak , cepatnya balik .Huhu ,apa-apa jelah .Happy tak terkata . Terima kasih tuan !! Then time nak balik ,barulah Neeza call pak cik pengajar suruh ambil Neeza ,time ini Neeza baru bagitahu Neeza lulus . Huahaha ,Neeza sorokkan dari semua orang. Kui3x..
Dalam perjalanan balik ,pak cik pengajar banyak bagitahu tips-tips nak bawa kereta .Apa teknik yang Neeza belum kuasai terutama kalau tang belok itu .Haha ,then adalah juga Neeza cerita kisah time nak test itu . Pak cik pengajar pun kata " Maybe dari awal ,Neeza macam dah pesan minta tolong dari dia ,baguslah." Kita kalau nak ambil test ,jangan sesekali bersikap bodoh sombong dan tunjuk pandai dengan penilai .Dia yang tentukan you alls tau lulus ke tidak. Kalau dia ajak borak ,borak je. Sebenarnya nak kurangkan rasa gugup you alls.Bersikap ramah dengan penilai dan banyakkan senyum .
habis rabak kertas itu ,haha .. pape jelah janji LULUS !! |
Bak kata si dyla " relax ah ,anggap yang kau bawa itu bukan pegawai jpj ,macam bawa crush kau.Biar kau bawa dia jangan bawa kau.. " so ,untuk ulangan kali kedua ini , i take it as postive way . So,kuranglah sikit debarannya itu .So untuk bakal-bakal calon yang bakal nak ambil test JPJ itu ,ambillah kisah Neeza sebagai pedoman .Yang baik itu jadikan tauladan ,yang tak baik itu dijadikan pengajaran . InsyaAllah , Neeza doakan you alls pun lulus juga . Amin ya rabalalamin ! Salam sayang semua :D
p/s: Bila balik rumah,maklah orang paling happy sangat tau Neeza lulus.Kegembiraan bertambah dan berganda bila dapat tahu follower yang ke 1967 iaitu Lyssa Faizureen blogger otai yang hot & cantik itu ,sudi follow blog Neeza yang tak seberapa sangat ini .Thanks so much kak Lyssa :)