Saturday, 7 December 2013

Yummy! Lava Snow Cheese Cake and Doyan Crepe!

*Assalammualaikum*

Hai sayang semua. Dah makan? Belum? Alolo. Kesiannya. Kalau belum, Neeza nak habaq mai ini. Siapa suka makan cake? crepe? Angkat tangan dan kaki! Yeah, just joking okey. Hihi, dah lama tak bergurau senda dengan you alls. :-)

Ayoyo, meleleh air liur  dan ku tergoda dengan ini kek. Eh! ada Daimlah :D
Actually kan, dah lama tahu Neeza mengidam. Huiih~ choooy!! Belum pregnant. Kahwin pun tidak. Well, teringin sebenarnya. Tengok dekat Facebook, banyak yang post pasal cheese cake ini, crepe, pavlova. Well, sekarang kan famous cheese cake meleleh sampai meleleh air liur Neeza. Usha punya usha dekat Facebook. Neeza jumpalah seorang baker ini. Nama diberi dan diterima Dyna. Neeza of course for sure panggil sis Dyna sebab kenalah hormat orang yang lebih dewasa dari kita kan. Hihi.

Sis Dyna ini homemade baker. Kebetulan dia duduk dekat Sungai Petani. Ayoyo! Memang tepat sangat kan sebab Neeza sekarang ini di UiTM Merbok dalam area Sungai Petani. Well, faham-fahamlah, Merbok nak ke Bandar Amanjaya kira jauhlah juga. Neeza pun bukan selalu keluar dari kawasan universiti. Baru budak part 1, tak tahu sangat kawasan sini. Huhu so, memang terbaiklah sis Dyna hantar sampai ke kawasan UiTM. Ngee~ Dan paling best, dia juga buat penghantaran di area lain dalam Sungai Petani you alls. Kalau you alls sendiri yang nak pergi ambil sendiri dekat rumah Sis Dyna pun boleh. :-)

Doyan Crepe
Lavo Snow Vanilla Oreo Cheese Cake. 
Harga pun sangatlah berpatutan dengan saiznya dan teramatlah sedap! Serius tak tipu. Neeza pun first time order dari sis Dyna. Memang sedaplah! Berbaloi-baloi. Tak rugi you alls beli. Packaging cantik. Sudu pun disediakan untuk you alls makan kek.  Kek dan crepe pun besar. Sampai rasa tak sanggup nak makan sebab cantik sangat!! Well, tengoklah orangnya. Lawa gitu!!! Last-last makan juga dengan kawan-kawan. Sampai clean and clear. Ngeee. :-p

Kawan-kawan Neeza pun order sekali. Ngeeee~
My order! Yeayyy! *Happy Mood*
Lawa kan keknya? Ada oreo sebijik ituuuuu.. ^_^
Aww-awww meleleh cheese. Sedap sangaaaaaat!!
Neeza tempah dengan sis Dyna, 3 vanila oreo cheese cake, 2 chocolate cheese cake dan 1 doyan crepe. Well, member-member aras blok dan WeChat tempah sekali. Untuk Neeza punya 1 vanila oreo chocolate dan doyan crepe. Mereka pun kata memang sedaplah! Terbaik! Berbaloi. Cheese pun banyak. Rasa kek pun tak muak. Doyan crepe pun sedap dan besar. ( I adalah share my crepe dengan mereka). Memang boleh tempah lagi kalau macam ini. Ngeee~ Ini kata mereka okey. Tak tipu okey! Siap save nombor Sis Dyna dalam handphone masa makan itu. Ngeee. :-)

Mesti readers pun teringin juga kan. Yang mana duduk Sungai Petani, eloklah tempah dengan sis Dyna kalau teringin nak makan. Tak silap, dia beroperasi di dua tempat iaitu di Sungai Petani dan juga Pekan Pahang. Hah! Orang Pahang pun boleh order dengan sis Dyna. Neeza tengok dekat fanpage dia pun, sis Dyna ada juga buat Pecan Butterscoth Cake, Popia Sira, puff, pavlova dan macam-macam lagi. Hisssh, jealous!! jealous!! jealous dengan sis Dyna. Orangnya cantik pandai pula itu buat kek dan pastri. Kek pun cantik dan sedap. Hikhik. :-)

Macam besar jer~ macam gebu jer~
Kemas betul crepe ini. Good job sis!
Gigit jangan tak gigit. Gigit sikit demi sedikit. Sedap!
Penuh betul isi durian itu. Yummy! Mmuah!
Tak muak dengan isi. Teramatlah sedap. Rugi tak cuba!
Alhamdulillah, kenyang perut Neeza hari ini untuk dinner. Ngeee~ akhirnya tercapai juga impianku nak makan cheese cake dan crepe. Haish, senangnya hatiku. *ala-ala lagu P-Ramlee* Lepas ini terasa pula nak order red velvet pavlova. Ngeee~ so, yang mana teringin itu? Tunggu apa lagi. Jom order dengan sis Dyna. Nanti you alls juga yang sampai termimpi-mimpi nak makan. :-p

Crepe Dessert Of Asia In The House Sg Petani kedah Pekan Pahang


Salam penuh kasih sayang.
-Haneeza Mohmad-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.