Sunday, 2 February 2014

Cara Saya Berjimat-Sistem Tupperware/Lunch Box

*Assalammualaikum*

sumber: google
Rasanya dah lama tak cerita pasal personal life Neeza dalam blog ini kan? Asyik-asyik promote ini, promote itu. Huhu. Rasa dah ramai readers yang malas dah nak buka blog ini kan? Mesti dah boring kan? *Ada ke yang sudi jadi pembaca blog ini, huhu*

Straight to the point, biasanya awal-awal bulan macam ini, confirm ramai student tengah pokai kan? *kecuali budak yang ambil PTPTN, sedang masyuk sekarang ini* Budak yang harapkan duit belanja dari mak ayah macam Neeza ini tengah dalam proses berjimat-cermat. Nafsu nak shopping kena ditahan dulu. Kui3.

Okey, macam mana Neeza menguruskan perbelanjaan Neeza? Macam mana Neeza berjimat-cermat? Oh, salah satunya ialah dengan menguruskan bahagian perbelanjaan makanan. Okey, dekat sini student-student selalu makan atau bungkus dekat cafe. Ada cafe caj mahal, ada cafe caj murah. Pandai-pandailah kau cari. 

Dekat sini, cafe asrama lelaki murah gila tahap gaban! *cafe itu jauh sikit dari asrama lelaki, hampir dekat dengan dewan kuliah/kelas* Ramai jugalah student perempuan beli dekat situ sebab first balik kelas direct ke sana, then memang murah sangat-sangat dalam banyak-banyak cafe dekat sini. Neeza jenis tak rajin nak pergi sana, sebab segan kot kalau pergi cafe itu seorang-seorang.

Jadi, redha dan tawakallah pergi cafe yang dekat dengan asrama. Mahal sikitlah sebab tengok pun tempat itu ramai pekerja, makanan pun pelbagai jenis dan paling utama bersih tak terdedah dengan lalat sebab pekerja dekat situ akan make sure kalau tak ada student ambil makanan, dia akan tutup serta lap kalau ada yang tertumpah.

For me, okeylah. Cuma kalau dah selalu sangat membungkus untuk makan sekali, rasa tak berbaloi. Lebih-lebih lagi dalam fasa berjimat. Kalau lunch harga RM4.50, malam pula RM5.00 (ala carte) , hampir RM10.00 . Belum campur order air lagi. Fikir punya fikir, teringat masa dekat Matrik dulu.

Neeza sememangnya bukanlah pembawa bekal makanan ke sekolah. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Bukan apa leceh. Kalau pergi sekolah naik kereta, tak apalah juga. Ini naik van. Van pula berhimpit-himpit. Senang, mak bagi bagi duit belanja. Hihi.

Masa masuk Matrik dulu, 7 bulan yang lepas, Neeza tengok surrounding yang berbeza. Dekat sini, ramai juga yang beli makanan, pakai tupperware sendiri. Bekas makanan polistren jarang-jarang nak ada. Kalau tak ada tupperware, redha sahajalah ambil bekas makanan plastik yang dicaj sebanyak RM0.50. So, ada dua pilihan sama ada makan dekat cafe atau bawa tupperware/lunch box sendiri kalau nak makan dalam bilik.

Masa dekat Matrik dulu, Neeza ini boleh tahan rajinlah pergi cafe, makan dekat situ, sebab tingkat 2 je pun. Nak bawa tupperware/lunch box sendiri? Malas Nauzubillah Minzalik. Hahaha. Jadi the best way makan dekat cafe. Bila masuk U, Neeza tengok ramai yang prefer bungkus membungkus. Well, adalah plastik untuk bungkus nasi dan lauk. For me, leceh gila. Dahlah tak pandai sangat nak mengikat. Haha. Tak ada seorang pun bawa tupperware pergi cafe. 

Untuk sekian kalinya, demi nak jimatkan duit, ku beranikan diri membawa tupperware/lunch box. Haha, mula-mula seganlah juga, tapi lama-lama okeylah. Kalau ada yang pandang semacam or gelak-gelak tengok kita, rasa nak bagitahu je dekat dia "apa pandang-pandang? sukahatilah nak bawa tupperware, yang nak makan aku, yang nak jimat aku, kalau kau nak belanja aku makan hari-hari tak apalah juga!" Kakak dan abang dekat cafe itu pun dah mula perasan Neeza, well, Neeza seorang je yang bawa tupperware/lunch box. Faham-fahamlah ya, nak jimat cermat.

Menu hari ini, nasi, 2 ayam goreng, kuah paprik dan tempe goreng. Harga? RM6.70 sahaja!

Bila bawa tupperware, senang. Terima kasih dekat mak sebab beli bekas super duper berguna ini. Bekas tupperware/lunch box yang dah sedia terasing. Yang besar itu tempat letak nasi, yang dua kecil itu tempat letak sayur dan lauk pauk. Bekas ini boleh buat dua kali makan. Seriously. Dulu masa Neeza bungkus-membungkus, selalu terbabas ambil nasi banyak padahal sekali makan. Then, kena caj mahal. *tak pandai margin, menangis Neeza dibuatnya, haha*

Jadi bila bawa tupperware/lunch box ini boleh makan dua kali. Biasa lunch dan dinner. Save pun save! Ada beza tahu. Dulu fasa bungkus-membungkus or makan asing-asing (lunch & dinner) RM8.00-11.00, sekarang fasa tupperware/lunch box (lunch & dinner) antara RM4.50-RM6.00.  See! A lot of difference kan? Haha, terbuktilah pakai sistem ini sangat jimat. Yeah~

Air nescafe, masak sendiri air, pakai Nescafe 3 in 1. Bila nak makan, masukkan lauk dalam pinggan. Jimat!

Reason kenapa pakai tupperware/lunch box ini juga, sedia maklum boleh buat 2 kali makan untuk lunch+dinner, jadi save masa Neeza nak turun pergi cafe. Dari 2 kali sehari pergi, ini cuma sekali sahaja. Well, dah duduk dekat tingkat 4 ala menara *berangan jadi rapunzel seketika* , memang malas sangatlah nak turun-naik. Hehehe.Paling best, bukan setakat nak jimat cermat, kita juga boleh selamatkan alam sekitar kita. Mood, green nature. Jimat, tak payah nak membazir dengan guna plastik-plastik ini. *actually malas nak bungkus, ikat mengikat* Haha.

So, for me, sistem tupperware/lunch box ini sangatlah awesome untuk orang yang berjimat-cermat ini. Bukan terdekut eh. Cuma situasi buat kita kena berjimat cermat *dah fulus~huhu* Terpulang pada diri sendiri. Neeza cuma sekadar berkongsi cara Neeza dalam jimat cermat, lumrah sebagai student kan. Pedulikan apa orang nak kata. Eceh, mentang-mentang pelajar u, tak matanglah kiranya pakai lunch box ini? Oh Hello! Orang yang dah kerja pun ramai juga pakai tupperware/lunch box bawa bekal ke pejabat okey. Grrr.. yang penting kita bukannya buat salah pun, janji perut kita terisi sambil nak berjimat. Hmm, sesiapa yang nak berkongsi cara jimat-cermat jangan malu-malu untuk berkongsi bersama di komen ini. ;)


Salam sayang,
-Haneeza Mohamad-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.