Tuesday, 30 October 2018

Butter Chicken Murah di Shah Alam - Food Rush Cafe

Assalammualaikum dan hai semua,

Hari ini Neeza nak berkongsi dengan anda semua tempat makan yang murah untuk anda nikmati sajian butter chicken yang mana ia adalah menu kesukaan Neeza. Suka sangat-sangat. Tapi sekarang ini Neeza sedang alami sindrom malas nak masak. Maklumlah lagi beberapa hari nak balik Johor untuk cuti pertengahan semester. Malas tau nak kecah-kecah dapur rumah sewa ini. Jadi apa yang Neeza idamkan, baik beli jelah. 

Seperti anda tahu sajian butter chicken di restoran agak mahal. Sepinggan kebiasaanya RM15 ke atas. Kalau teringin nak makan, biasanya Neeza akan ke Subang sebab di sana, ada beberapa restoran yang menyajikan menu butter chicken yang kena dengan citarasa Neeza. Food delivery pun banyak dah yang promote menu butter chicken tapi nak kena beli beberapa set pula itu di samping caj penghantaran. Itu yang ralat sangat.

Namun, minggu lepas kebetulan sedang skroll di timeline Facebook, Neeza ada terlihat satu page ini promote restoran baru di kawasan Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam. Biasalah port student UiTM macam Neeza, sinilah. Yang menarik perhatian Neeza apabila restoran tersebut menyajikan BUTTER CHICKEN hanya RM5.90 sahaja. 

Wow.. murahnya.

Nama restoran itu Food Rush Cafe. Lokasi dia sebelah restoran Ustad blok belakang sekali berhampiran dengan ABBA Bookstore. Lantas Neeza ajaklah kawan baik Neeza, Rara temankan Neeza makan di Food Rush Cafe.
Mula-mula datang itu, ingatkan kena order di kaunter dan bayar dulu. Amboi confident tinggi sangat kemain terjah je. Rupanya kalau makan dekat situ, nanti ada kertas kecil dan pensil untuk anda tuliskan kod-kod makanan yang anda ingin nikmati. Huhu. 

Bagi Neeza, Neeza prefer duduk di meja makan di luar sebab lagi sejuk dari dalam. Hehe. Tempoh menunggu pun tak adalah lama sangat. Bila sampai sahaja butter chicken depan mata, uihh.. 
Ini yang Neeza suka! Kuah banyak. Portion nasi pun mengenyangkan. Jumlah ayam pun okaylah ada 9 ketul. Sesuailah itu dengan harga yang ditawarkan. Kalau anda beli chicken pop corn readymade dekat supermarket pun dah nak RM10 tau sebungkus.

Dari segi rasa, Neeza suka tepung ayam pop corn itu. Kuah pun okay cuma kalau kurangkan sikit lada sulah atau ajinamoto memang nice sangat. Kuah yang Neeza dapat itu agak terasa sikit jadi dia mengaburi sikit rasa susu. Hehe, itu jelah tapi berbaloilah kalau nak nikmati butter chicken bawah RM10 (Food Rush jangan nak naikkan harga okay kalau dah famous nanti, harga itu okay sangat).

Bila Neeza perhatikan pelanggan-pelanggan sekeliling, kebanyakan macam student yang datang sini. Tapi ada family juga makan dekat Food Rush Cafe. Don't worry ada baby coat disediakan. Tapi...

Rata-rata yang datang sini Neeza lihat kebanyakan memilih sajian western. Lihat portion mereka dari jauh, terdetik dalam hati, not bad. Maybe lain kali boleh cuba menu western itu kot. Cuma hari itu memang dah aim teringin nak makan butter chicken je. 

Nah lihatlah sendiri menu yang ada dekat Food Rush Cafe ini.
Okaylah sekian itu sahaja food review dari pencinta butter chicken. Sekarang craving popia carbonara cheese lah pulak!Huh, manalah nak cari. Maybe duduk dengan mak minggu depan boleh pau barang dapur beli bahan-bahan carbonara. Hmmm bijak sangat seketul Neeza ni kan. 😉Haha, Bye!

FOOD RUSH CAFE
Alamat: 48, Jalan Plumbum Aa 7/Aa, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu perniagaan : Isnin hingga Sabtu. Ahad cuti. Dibuka dari 6 petang sehingga 11.30 malam

Salam sayang,
Neeza
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.