Tuesday, 20 August 2019

One Month Weight Loss Challenge Bersama Mintox Detox Fiber Drink Malaysia

Assalammualaikum dan hai semua,

Masih ingat tak Neeza pernah update dalam blog ini pasal Mintox Malaysia? Neeza pernah perkenalkan anda semua mengenai Mintox Malaysia menerusi ENTRI INI, KLIK SINI!

Untuk pengetahuan anda, terdapat 14 paket terkandung di dalam sebuah kotak Mintox. Memandangkan Neeza mempunyai dua kotak maka Neeza mempunyai masa sebulan untuk mencuba  keberkesanan produk Mintox Malaysia ini.

Bagi anda yang masih tak tahu mengenai Mintox Fiber Drink ini, meh Neeza terangkan semula.
Manfaat Mintox Fiber Drink:
  • Menggalakkan sistem pencernaan untuk membersihkan usus
  • Mengeluarkan toksin, membantu pertumbuhan bakteria-bakteria baik dalam membaiki persekitaran usus
  • Meningkatkan fungsi imun pesakit untuk mencapai matlamat utamanya dalam menyembuhkan sembelit
Siapakah yang berpotensi tinggi untuk mendapat sembelit?
  • Penyakit yang disebabkan kekurangan bakteri baik dalam usus
  • Individu yang mempunyai kekurangan serat kasar dalam dietnya
  • Individu yang kurang minum air
  • Individu yang jarang membuang air besar
  • Individu yang berkeadaan sedentari
  • Individu yang mengalami keletihan dan tekanan
Untuk memulakan semula perjalanan menguruskan badan ini, Neeza merasakan adalah lebih baik untuk tidak terjun kepada diet ekstrem sebab Neeza tak nak alami simptom yoyo dalam badan. Apa itu simptom yoyo? Bagi anda yang tak tahu mengenainya, simptom yoyo adalam simptom di mana berat badan turun dan naik secara berulang tidak konsisten. Oleh yang demikian, Neeza hanya mengawal kalori pemakanan sedikit demi sedikit. Ini bermaksud Neeza masih makan macam biasa tapi kurangkan sikit demi sikit. Mengenai latihan senaman, Neeza hanya melakukan dengan kadar yang minimum sahaja. Tak adalah buat gila-gila macam sekarang ini. Dalam masa yang sama, Neeza tidak lupa untuk mengamalkan minuman Mintox ini. Ada masa on off juga sebab terlupa dengan kesibukan.
Nak tahu hasilnya?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

SEBELUM
APRIL 2019

SELEPAS
OGOS 2019

PENGALAMAN DAN ULASAN PERIBADI:

Neeza telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 5 kg. Mesti korang tertanya mana bukti penimbang kan? Okay macam ini, masa mula-mula challenge ini Neeza cuma sempat timbang menggunakan penimbang manual kawan Neeza di Shah Alam. Lupa pula nak tangkap gambar masa itu disebabkan kesibukan pindah dari Selangor ke Johor. Lagipun Neeza masih berada di berat yang malu untuk Neeza beritahu buat masa sekarang. Lagipun nampaklah sikit perubahan dekat lower body tu.. Hehe.

Akan tetapi anda masih boleh lihat beberapa perubahan yang ketara dalam gambar di atas. Secara peribadi, Neeza merasakan perubahan seperti yang berikut;
1. Badan lebih ringan mudah bergerak tak rasa lemau sangat
2. Kulit lebih cantik dan tak breakout sangat
3. Perubahan pada saiz badan di mana bila pakai baju sedia ada dah rasa ketat
4. Hormon lebih seimbang di mana Neeza rasa lebih gembira walaupun jarang update di laman sosial

Apapun Neeza nak jelaskan sekali lagi pada anda semua, Mintox adalah produk detox ya. Neeza gunakan Mintox Fiber Drink dalam perjalanan kurus Neeza kerana ianya membantu masalah sembelit yang Neeza alami apabila berdiet. Bila kumbahan masih tersimpan lama dalam badan untuk waktu yang lama, itu bukanlah berat badan yang tepat. Itu sebab Neeza menggunakan Mintox. Okay faham kan?

Apapun terima kasih kepada Mintox kerana mengeluarkan produk yang bagus ini. Cuma secara peribadi pandangan Neeza, pihak Mintox Fiber Drink boleh improvise formula Mintox ini dengan mengeluarkan serbuk yang boleh dibancuh dan dilarut dengan air sejuk. Neeza dapati Mintox ini lebih sedap kalau minum dengan air sejuk. Selalunya Neeza akan bancuh dengan air panas terlebih dahulu kemudian letak air sejuk. Ration 20:80 untuk segelas. Lagipun, punca Neeza beberapa kali lupa untuk amalkan Mintox ini disebabkan perlunya air panas/suam ini. Neeza perlu masak air. Masak air ini perluka masa. Hahaha.

Apapun setiap rumah mempunyai peti sejuk dan air mineral yang sejuk di dalamnya.  Tak semua rumah ada Coway ke Cuckoo. Tsk tsk tsk. Dan banyak produk di pasaran perlukan air suam. Neeza lihat produk yang sangat laku keras di Instagram kebanyakan formulasi menggunakan air sejuk kerana lebih memudahkan pengguna. Harapnya pihak Mintox ini boleh pertimbangkan idea ini. Hehe.
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai produk Mintox ini,
Website: www.mintox.kiwi
Contact: +601123450201

Okaylah itu sahaja yang Neeza nak update hari ini. Bertemu lagi di entri yang akan datang.

Salam sayang,
Neeza

Friday, 5 July 2019

Pelancaran dan Promosi Pembukaan Cawangan Kedua Lulu Hypermarket 1 Shemelin Cheras

Assalammualaikum dan hai semua,
Pada 1 Julai 2019, Lulu Hypermarket telah mengembangkan cawangan mereka di Malaysia dengan pembukaan cawangan kedua mereka yang bertem[at di 1 Shemelin Mall, Cheras. Untuk pengetahuan anda, LuLu Hypermarket sebenarnya telah mempunyai 174 cawangan di seluruh dunia dan cawangan pertama Lulu Hypermarket di Capsquare, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.
Perasmian Lulu Hypermarket cawangan 1Shemelin telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Siap masuk Berita 1.30 Petang di TV3 pada keesokan harinya. Nasib baiklah Neeza kebetulan tengok berita tersebut. Tahniah Lulu Hypermarket! (Boleh tengok di Instagram @neeza02).

Ya, Neeza berkesempatan untuk turut serta dalam pembukaan LuLu Hypermarket 1 Shemelin. Serius memang meriah dan ramai sangat! Mana taknya, LuLu Hypermarket buat promosi besar-besaran sempena pelancaran cawangan kedua mereka. Diskaun hampir 50% untuk kebanyakan produk-produk di LuLu Hypermarket bermula 1 Julai sehingga 4 Julai 2019. Sudah tentu ramai tak nak lepaskan peluang ini. Tak percaya? Tengok katalog ini.




Seperti kita ketahui dari pembukaan cawangan pertama LuLu Hypermarket di Kuala Lumpur, LuLu Hypermarket sentiasa memberikan harga dan promosi yang terbaik untuk pelanggan mereka. Disebabkan kejayaan pembukaan cawangan pertama mereka, tidak hairanlah mereka melakukan promosi yang sebegini hebat. Kita sebagai pelanggan sudah tentu mencari barangan yang terbaik dengan harga yang hebat dan memberi pulangan kepada kita. Betul kan?
Oh ya, nak tahu kenapa ramai yang serbu semasa pembukaan LuLu Hypermarket tempoh hari? Sebabnya LuLu Hypermarket telah bermurah hati untuk memberikan hadiah istimewa kepada 1000 pembeli awal pada hari pembukaan. Siapa yang tak nak hadiah percuma. 

Berbeza dengan cawangan pertama LuLu Hypermarket di bandaraya Kuala Lumpur yang mempuinyai 5 tingkat, cawangan kedua ini hanya berada di aras Lower Ground (LG) 1 Shemelin Mall. Walaupun begitu, jangan ingat tak besar tau sebab keluasan pasaraya ini ialah 80,000 kaki persegi berkonsepkan ruang runcit terkini dengan teknologi moden paling terbaru.

Okay, sekarang Neeza nak bawa korang melihat setiap sudut LuLu Hypermarket & Department Store cawangan 1 Shemelin Mall, Cheras ini. Korang kena singgah tau sebab setiap bahagian ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

1. Bahagian Barangan Basah dan Segar (Makanan Laut dan Daging) - Nampak segar kan. Mata ikan pun putih. Memang tabik dengan kebersihan di ruangan ini.
2. Bahagian Barangan Keperluan - Telur, Minyak, Beras - Yang ini memang mendapat perhatian semasa pembukaan LuLu tempoh hari.
Kantoi di situ nak juga grab promosi telur sepapan itu. Murah kot
            Macam tak percaya kan? Pengurangan sebanyak RM 15 untuk beras Jasmine yang terkenal
3. Bahagian Roastery - Bahagian ini mempamerkan pelbagai jenis makanan tradisi, kekacang dan buahan kering dari Timur Tengah.
4. Bahagian Bakery - Bahagian ini merupakan bahagian kegemaran Neeza sebab roti dan donat di sini nampak sangat sedap dan menyelerakan. Berbaloi beli sebab besar dan puas hati bila makan.
4. Bahagian Coklat - Kalau datang LuLu memang wajib borong coklat sebab LuLu sentiasa beri harga terbaik untuk peminat coklat seperti Neeza.
Mana nak dapat Nutella murah macam ini?😭
5. Bahagian barangan tempatan - Nampak segar kan sayur-sayuran dan buah-buahan. Geram je tengok warnanya. Usaha LuLu sangat bagus dalam mengetengahkan produk usaha tani yang ditanam Malaysia. Let's applause their effort!👏
Haaa peminat Durian sini ada port baik punyaaaaaaa..
6. Bahagian Tenusu dan Keju - Buat penggemar susu, pastri dan keju kenalah datang sini borong sebab banyak stok ada di sini.
7. Bahagian Kosmetik dan Kelengkapan Diri - Haaa ini memang port kegemaran. Siapa yang tak nak cantik kan? Harga pun boleh tahan murah. Beli jangan tak beli.
8. Barangan Keperluan - Fuh mencengkam jiwa tengok kuali dan periuk lagi-lagi jenama Chefline dan Tefal. 
9. Bahagian Pakaian dan Kasut - Walaupun hanya satu aras sahaja tapi LuLu Hypermaket masih membawa sudut ini untuk pelanggan di Cheras. Cuma pendapat Neeza, Neeza lebih suka shopping pakaian di cawangan Kuala Lumpur kerana lebih banyak pilihan di sana. Hehe.
10. Barangan elektrik - Haaa yang ini memang sudut yang mendapat perhatian sebab harga yang ditawarkan memang gila-gila.
Haaaa siap rembat remote tv lagi itu!
Nampak best kan? Okay pada mereka yang terlepas untuk dapatkan promosi pembukaan cawangan kedua LuLu Hypermarket tempoh hari jangan sedih! LuLu Hypermarket telah Promosi ‘Big Savers’ berlangsung di LuLu Hypermarket & Department Store 1Shamelin Mall, Cheras dan Capsquare Kuala Lumpur. Rebut peluang keemasan ini sebelum ianya terlepas. Tawaran sah dari 5 sehingga 15 Julai 2019 #JomKeLuLu . Info lebih lanjut (ada 15 helai keping katalog) mengenai Promosi Big Savers boleh klik https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL/posts/978772418984487?sfnsw=cl
Bukan itu sahaja, LuLu Hypermarket juga buat cabutan bertuah Lulu Dream Drive - Shop & Win Contest di mana hadiahnya sangat lumayan. Kereta Proton X70 kot hadiah utama. Best itu. Hari ini Neeza sendiri menyaksikan pusingan pertama. Tahniah Khairul Hilmi! Nantikan pusingan kedua pula.
Nah ini X70nya...
Okaylah rasanya banyak Neeza berkongsi dengan anda pasal LuLu Hypermarket. Kalau pasal membeli belah memang susah nak habis sebab Neeza suka shopping. Hehe. Okaylah untuk info lebih lanjut boleh layari,

Laman web : http://malaysia.luluhypermarket.com/MY/all
Facebook : https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL
Instagram : https://www.instagram.com/luluhypermy

Salam sayang,
Neeza

Tuesday, 25 June 2019

Mulakan Semula Journey Kuruskan Badan Dengan MINTOX DETOX FIBER DRINK

Assalammualaikum dan hai semua,
Yeayyy, Neeza secara tak rasminya sudah tamatkan pengajian Neeza (harap semua luluslah). Amin!! Jadi sekarang ini sebelum tunggu keputusan keluar, Neeza memang rancang nak kembali kepada healthy lifestyle. Nak fokus untuk kuruskan badan dan baiki kulit muka. Selama beberapa bulan ini memang tak terurus Neeza nak siapkan final year project dan intership. Makan tak ikut masa. Bila dah sumbat macam-macam dan tak buat 10 steps rutin skincare, muka memang breakout lah. Tak apalah, sekarang kan dah ada masa terluang jadi kita fokus sahajalah dua perkara ini sebelum mulakan kerjaya nanti.
Jadi perkara pertama Neeza lakukan adalah mencari supplemen yang sesuai untuk misi ini terutama untuk kuruskan badan. Untuk pengetahuan anda, Neeza ini kan selalu buka Instagram dan Neeza ada  mengikuti Instagram Haneesya Hanee. Maklumlah nama pun nak seakan-akan sama. HANEE. Huhu. Dari situ, Neeza kenal dan tertarik dengan produk Mintox Detox Fiber Drink ini sebab Haneesya Hanee ini merupakan duta Mintox.
Mesti anda kata Neeza ini mesti jenis yang terpengaruh, artis jual je mesti nak beli mesti nak cuba. Eh, taklah Neeza bukan orang macam itu. Neeza mesti siasat sampai habis-habis terlebih dahulu sebelum mencuba mana-mana produk supplemen ini sebab bila kita masukkan sesuatu ke dalam badan, hati dan buah pinggang akan terkesan dulu. Sayang organ weh! Jujur ini. Jadi seeloknya carilah produk yang tidak berbahaya kepada kesihatan diri.

Jadi apa hasil kajian dan siasatan Neeza mengenai produk MINTOX ini?

Selamat ke tidak?

 Okay, mula-mula jom kita kena dulu produk Mintox ini.
Mintox mengandungi formula unik yang menggalakkan sistem pencernaan untuk membersihkan usus, mengeluarkan toksin, membantu pertumbuhan bakteria-bakteria baik dalam membaiki persekitaran usus dan meningkatkan fungsi imun pesakit untuk mencapai matlamat utamanya dalam menyembuhkan sembelit. Ia merupakan pilihan yang terbaik bagi menyembukan sembelit.

Siapakah yang berpotensi tinggi untuk mendapat sembelit?
  • Penyakit yang disebabkan kekurangan bakteri baik dalam usus
  • Individu yang mempunyai kekurangan serat kasar dalam dietnya
  • Individu yang kurang minum air
  • Individu yang jarang membuang air besar
  • Individu yang berkeadaan sedentari
  • Individu yang mengalami keletihan dan tekanan

Hmm, baguslah Neeza memang ada masalah sikit dengan pembuangan lagi-lagi kalau dah berdiet. Susah weh nak membuang sebab Neeza bukanlah kategori orang yang kerap buang air besar setiap hari. Dan sudah tentu sentiasa rasa letih dan stress. Memang sembelitlah ceritanya.

Jadi kalau dah sembuh sembelit dengan Mintox ini, usus dah bersih, makanya dapatlah menurunkan kolestrol dan membuang lemak pada dinding usus. Wow kan?

Setiap dos dalam Mintox Detox Fiber Drink adalah sebanyak 10g dan pek ini mengandungi 14 dos. Jumlah kalori dalam setiap pek hanya 36 kcal, jadi tidak terjejaslah pengambilan kalori seharian sekiranya anda berdiet. 

Bahan-bahan yang terdapat dalam Mintox Detox Fiber Drink ini ialah ekstrak kiwi enzim standard yang berkualiti tinggi dari New Zealand, serbuk jus pic, inulin (probiotik), serat larut air, serbuk algae aphanizomenon flosaquae dan stevia.
Kalau nak tahu produk ini telah diklasifikan sebagai produk berunsurkan vegan, 100% natural tiada , kelulusan GMP, dijamin tiada gula tambahan dan SGS. Untuk pengetahuan korang, kalau sebut je vegan, tentunya natural dan tiada bahan daripada haiwan dan alkohol dimasukkan ke dalam formula produk ini. Sudah tentu halal dan selamat diambil. Ini sebab Neeza yakin untuk cuba produk Mintox ini.
Nampak saya memang dah terlampau berisi kan? 😂 Alright, Mintox come to the rescue okay?
Dalam satu kotak Mintox Kiwi Detox Fiber Drink ini mempunyai 14 pek dan harganya adalah RM138. Sangat berpatutan rasanya.

Jadi, Neeza akan update dalam entri akan datang hasil daripada penggunaan Mintox ini. Semoga diet Neeza berjaya ya. Amin!!
Alang2 nak jaga usus, jom makan makanan sihat
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai produk Mintox ini,

Website: www.mintox.kiwi
Contact: +601123450201

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.