Saturday, 7 December 2013

Yummy! Lava Snow Cheese Cake and Doyan Crepe!

*Assalammualaikum*

Hai sayang semua. Dah makan? Belum? Alolo. Kesiannya. Kalau belum, Neeza nak habaq mai ini. Siapa suka makan cake? crepe? Angkat tangan dan kaki! Yeah, just joking okey. Hihi, dah lama tak bergurau senda dengan you alls. :-)

Ayoyo, meleleh air liur  dan ku tergoda dengan ini kek. Eh! ada Daimlah :D
Actually kan, dah lama tahu Neeza mengidam. Huiih~ choooy!! Belum pregnant. Kahwin pun tidak. Well, teringin sebenarnya. Tengok dekat Facebook, banyak yang post pasal cheese cake ini, crepe, pavlova. Well, sekarang kan famous cheese cake meleleh sampai meleleh air liur Neeza. Usha punya usha dekat Facebook. Neeza jumpalah seorang baker ini. Nama diberi dan diterima Dyna. Neeza of course for sure panggil sis Dyna sebab kenalah hormat orang yang lebih dewasa dari kita kan. Hihi.

Sis Dyna ini homemade baker. Kebetulan dia duduk dekat Sungai Petani. Ayoyo! Memang tepat sangat kan sebab Neeza sekarang ini di UiTM Merbok dalam area Sungai Petani. Well, faham-fahamlah, Merbok nak ke Bandar Amanjaya kira jauhlah juga. Neeza pun bukan selalu keluar dari kawasan universiti. Baru budak part 1, tak tahu sangat kawasan sini. Huhu so, memang terbaiklah sis Dyna hantar sampai ke kawasan UiTM. Ngee~ Dan paling best, dia juga buat penghantaran di area lain dalam Sungai Petani you alls. Kalau you alls sendiri yang nak pergi ambil sendiri dekat rumah Sis Dyna pun boleh. :-)

Doyan Crepe
Lavo Snow Vanilla Oreo Cheese Cake. 
Harga pun sangatlah berpatutan dengan saiznya dan teramatlah sedap! Serius tak tipu. Neeza pun first time order dari sis Dyna. Memang sedaplah! Berbaloi-baloi. Tak rugi you alls beli. Packaging cantik. Sudu pun disediakan untuk you alls makan kek.  Kek dan crepe pun besar. Sampai rasa tak sanggup nak makan sebab cantik sangat!! Well, tengoklah orangnya. Lawa gitu!!! Last-last makan juga dengan kawan-kawan. Sampai clean and clear. Ngeee. :-p

Kawan-kawan Neeza pun order sekali. Ngeeee~
My order! Yeayyy! *Happy Mood*
Lawa kan keknya? Ada oreo sebijik ituuuuu.. ^_^
Aww-awww meleleh cheese. Sedap sangaaaaaat!!
Neeza tempah dengan sis Dyna, 3 vanila oreo cheese cake, 2 chocolate cheese cake dan 1 doyan crepe. Well, member-member aras blok dan WeChat tempah sekali. Untuk Neeza punya 1 vanila oreo chocolate dan doyan crepe. Mereka pun kata memang sedaplah! Terbaik! Berbaloi. Cheese pun banyak. Rasa kek pun tak muak. Doyan crepe pun sedap dan besar. ( I adalah share my crepe dengan mereka). Memang boleh tempah lagi kalau macam ini. Ngeee~ Ini kata mereka okey. Tak tipu okey! Siap save nombor Sis Dyna dalam handphone masa makan itu. Ngeee. :-)

Mesti readers pun teringin juga kan. Yang mana duduk Sungai Petani, eloklah tempah dengan sis Dyna kalau teringin nak makan. Tak silap, dia beroperasi di dua tempat iaitu di Sungai Petani dan juga Pekan Pahang. Hah! Orang Pahang pun boleh order dengan sis Dyna. Neeza tengok dekat fanpage dia pun, sis Dyna ada juga buat Pecan Butterscoth Cake, Popia Sira, puff, pavlova dan macam-macam lagi. Hisssh, jealous!! jealous!! jealous dengan sis Dyna. Orangnya cantik pandai pula itu buat kek dan pastri. Kek pun cantik dan sedap. Hikhik. :-)

Macam besar jer~ macam gebu jer~
Kemas betul crepe ini. Good job sis!
Gigit jangan tak gigit. Gigit sikit demi sedikit. Sedap!
Penuh betul isi durian itu. Yummy! Mmuah!
Tak muak dengan isi. Teramatlah sedap. Rugi tak cuba!
Alhamdulillah, kenyang perut Neeza hari ini untuk dinner. Ngeee~ akhirnya tercapai juga impianku nak makan cheese cake dan crepe. Haish, senangnya hatiku. *ala-ala lagu P-Ramlee* Lepas ini terasa pula nak order red velvet pavlova. Ngeee~ so, yang mana teringin itu? Tunggu apa lagi. Jom order dengan sis Dyna. Nanti you alls juga yang sampai termimpi-mimpi nak makan. :-p

Crepe Dessert Of Asia In The House Sg Petani kedah Pekan Pahang


Salam penuh kasih sayang.
-Haneeza Mohmad-

Wednesday, 23 October 2013

Keputusan Nekad dan Salam Terakhir

* Assalammualaikum*

#last gambarku bersama roomate, me? at the middle lorh :-p
Hye readers. Such a long time I think I am not update my blog. Yeah~ rindu weyh. Namun apakah daya, masa sangat mencemburui. Lebih-lebih minggu ini. Yeah~ this week is study week for matric student, this Friday dah start our big exam, PSPM, then hari Isnin sampai hari Rabu ada pula MUET exam (speaking). Memang busy you alls. ;)

Yeah, termasuklah Neeza, busy pada awalnya. Namun tak lagi sebab now Neeza sedang tunggu masa nak keluar. Keluar? Kenapa? Pergi mana? Amboi, banyak pula soalannya. Sabar, relax~relax dulu. Relax bersama kit kat ;) -Zizan Razak- Huhu.. okey, now let me explain everything, one by one okey my dear readers. :-)

This is a hardest result that I have to make. For my future. Yeah~ hari Isnin hari itu adalah hari yang paling nervous untuk Neeza. Dahlah pagi itu MUET, susah gila punya soalan. Huh, then petang itu pula keluar keputusan kemasukan kali kedua untuk program Diploma/Asasi Universiti Teknologi Mara (UiTM). Penantian selama berbulan-bulan. 3 bulan weyh! Ingat kejap. Hari-hari duduk usyha portal itu dah sampai jadi habit kena buka setiap hari. Memang PARAH! But syukur alhamdulillah, I get the second chance, yeah, I got it!!! Thanks Allah. :'(


Terus terang Neeza memang apply senyap-senyap, without anyone knows except my best friend. Bukan Neeza tak bersyukur dapat masuk matrik. Maklumlah semua berfikiran, masuk matrik ini bukan calang-calang, budak pandai. Namun, Neeza sedar di mana tahap kemampuan Neeza. Neeza tak minat Sains. I am cannot carry on. Seriously,tanggapan Neeza memang salah dulu dalam entri BACA INI !!. Neeza ingat masuk Matrik, even kita tak minat, kita boleh bawa macam masa form 4 dulu (kena paksa ambil sebab budak-budak kelas atas memang kena ambil Sains Tulen). Ya adik-adikku, sila pelajari dari kesilapan akak ini yer. Matrik dan Form 4 sangat berbeza. Percayalah~

Habis itu kenapa masuk juga Matrik? Dulu bukan dah dapat juga ke UPU, Asasi Undang-undang UiTM dekat Kuantan then tolak? Tak ke sayang, tak ke rasa bodoh dan rugi okey lagi beberapa bulan nak habis Matrik? Hmm, Neeza masa itu buat keputusan atas beberapa faktor. Tak perlulah nak jelaskan kenapa sebab kalau cerita 3 hari 3 malam confirm tak habis. Neeza ada terangkan di Facebook. Semua statement ini dah cukup menjelaskan tentang semuanya yer.


Jadi, sebelum kaki ini melangkah keluar dari KMJ dan secara rasmi bukan student KMJ esok, kepada kawan-kawan, jangan lupa dekat Neeza yer~ :'(


And say hello to the new world, kot hitam putih, wait for me there! 16 November~ Big day! ;-)


p/s: Sedih nak update entri ini. Walaupun gembira sebab dapat course impian Neeza selama ini dan Neeza dah buat keputusan namun Neeza sedih juga tahu tak. Even hampir 5 bulan berada di sini, namun banyak kenangan terpahat di sini. Waaaaa!!! Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk berpisah dan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka esok. :'(

#MT16

#Roomates F 2.7

Salam sayang semua ! :')
-Haneeza Mohamad-

Monday, 14 October 2013

Panggilan Umrah Rindu Mekah

*Assalammualaikum*
#the latest picture from Makkah that I see at Astro Al-Hijrah
Rindu pada kota suci Islam, Mekah dan Madinah sukar untuk diungkapkan dalam hati. Hanya orang yang pernah pergi tahu bagaimana perasaan ini. Berkesempatan mengerjakan umrah untuk kali pertama adalah nikmat yang terindah dan rasa bersyukur sangat. Namun, hati ini sayu tatkala merindui kenangan di sana. Setiap kali melihat siaran langsung dari Mekah di Astro Al-Hijrah, hati ini menangis. Rindu teramat. Setiap kali mendengar azan, pasti merindui azan di sana. Merindui untuk sembahyang berjemaah di sana. Rindu untuk melakukan solat Jumaat di Masjid Nabawi. Tak tahu mengapa ada satu perasaan yang dalam merasai kelainan bila bersembahyang berjemaah di sana. Mengapa ya? Mungkin kerana di sana, seluruh umat Islam di dunia berkumpul dan bersatu untuk bersama-sama mengerjakan ibadah kepadaNya dan sudah tentu di Malaysia memang tidak dapat melakukan solat Jumaat.

Di sana, perasaan itu tenang. Setenang-tenangnya. Hanya fokus mengerjakan ibadah tanpa memikirkan hal dunia. Alangkah baiknya sekiranya hari-hari kita boleh buat macam itu. Rasa sukar dipercayai tatkala melangkah kaki ke sana untuk kali pertama. Aku ialah insan terpilih olehNya yang berkesempatan untuk mengerjakan umrah, berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suciNya? Sukar dipercayai namun hati ini rasa bersyukur sangat, memanjat penuh kesyukuran kepadaNya walaupun aku sedar bahawa diriku ini bukanlah hamba yang baik namun dia masih sayang akan aku dan memberikan aku peluang ke sana. Alhamdulillah dan terima kasih ya Allah kerana kau benarkan aku berada di sana walaupun hanya seketika, 11 hari sahaja.



#this 3 picture adalah keadaan di Kaabah masa kami pergi, masih dalam kerja pembinaan, 31 Mei 2013-10 Jun 2013
#my mom, kak ida, abang redza at the front, this time last picture on the way to perform tawaf wada', tawaf selamat tinggal sebelum bergerak ke Madinah. Sangat sedih in this time. :'(
#This is the first picture yang Neeza tangkap bila first kaki melangkah ke Masjidil Haram, tak silap namanya Menara Abraj Al-Bait. That time waktu Subuh, sejurus sampai hotel, sejam kemudian terus pergi ke Masjidil Haram untuk solat Subuh dan mengerjakan umrah kali pertama, Gambar tak berapa clear sebab handphone tak canggih.
Kak Ida, my sister in law with my mom in Masjid Tana'im. Solat sunat sebelum Subuh dan niat umrah di sana.
Tanaim is the nearest place to niat umrah.

#Kak Ida and Abang Redza, this time masa kami di Jabal Ramah, Padang Arafah. First time datang, kami gigih panjat daki naik di atas sana. Ustaz kata tempat mustajab untuk memohon doa.Mak tak boleh naik sebab kaki tak kuat. Sambil menyelam minum air, Neeza doa sekali untuk jodoh, hihi :-p
#on the way to go to Madinah, inilah jalan dekat negeri Arab

#ladang unta pemandangan dari dalam bas
#Masjid Nabawi. Cuaca dekat sini lebih dingin dari Makkah. Masa Neeza pergi, suhu siang Makkah hampir 50 darjah Celcius, dan suhu malam hampir 40 darjah Celcius. Madinah rasanya masa itu just around 30 something, not more than 40 degree. 
#masa nak masuk pintu menuju Raudhah. Ramai sangat-sangat.
#malas nak upload banyak-banyak, here we are, our journey ;)
p/s: Maaf tak dapat nak masuk banyak gambar, termasuk gambar empunya diri. Hihi, banyak gambar ada dalam handphone abang Redza . Tak sempat nak bluetooth semua dan Neeza pun tak banyak ambil gambar dengan handphone sendiri ketika di sana. Perbanyakkan ibadah adalah lebih baik. Kenangan simpan di dalam hati. :')

Aku merindui segala-galanya di sana terutama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Rindu untuk melihat Ka'abah, rindu untuk mengerjakan tawaf, rindu akan saie antara bukit Safa dan Marwah, rindu untuk minum air zamzam yang sejuk dan hanya boleh didapati hanya di sana, rindu untuk membaca Al-Quran di kedua-dua masjid ini, rindu melakukan solat sunat di Masjid Quba, dan pendek kata semuanya. Aku sungguh rindu,rindu,rindu dan rindu. Dan kini, setiap kali aku solat,pasti aku akan sujud dan berdoa kepadaNya agar aku di beri kesempatan lagi untuk ke sana. InsyaAllah Amin~ Dan aku berdoa juga untuk teman sekalian agar kalian juga dapat melangkahkan kaki ke sana. Merasai perasaan terindah di kota suci Allah. Amin, :')

Hadiah kenangan berada di sana. Design Al-Quran ini sama dengan Al-Quran di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Inilah pengubat rindu. Setiap kali rindu mesti baca Al-Quran ini. :')

p/s: Harap maaf dengan penggunaan kata "aku". Bukan bermaksud kurang ajar ye. Entri ini seolah menggambarkan kata-kata untuk diri sendiri. TQ. :-)


Salam sayang.
-Haneeza Mohamad-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.