Sunday, 27 January 2013

Selawat Fatih dan Khaujakan

*Assalammualikum*
Hye semua!Mesti hari ini ramai khususnya kawan-kawan Neeza mesti pelik,selalunya kalau cuti-cuti macam ini,muka Neeza mesti dalam senarai online,tapi hari ini tak ada??Pelik..pelik..mana Neeza pergi ini?SMS pun tak reply.Haha.

Sebenarnya kalau korunk nak tahu,pagi tadi Neeza ikut mak Neeza pergi ke Majlis Khatam Selawat Fatih dan Khaujakan di Masjid Jamek Nurul Huda di Bagan,Batu Pahat.We all ikut rombongan bas Kumpulan An-Nisa,geng mak bila pergi mengaji dan usrah.Majlis ini diadakan sempena peringkat Negeri Johor.Huhu.

Majlis ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan Jemaah Khaujakan Negeri Johor.Korunk tak pernah tahu pasal khaujakan?Okey,Neeza malas nak cerita panjang-panjang,korunk direct ke link ini,http://www.khaujakan.org/ untuk mengetahui lebih lanjut.Yang penting badan ini mendapat pengiktirafan oleh Majlis Fatwa Negeri Johor dan didaftarkan bawah Undang-undang Pertubuhan Negeri Johor No Pendaftaran 473. Dan paling penting pertubuhan ini tidak melibatkan sebarang parti politik.

Actually Neeza dah lama tahu dah pasal Khaujakan sebab sejak dari kecil,Neeza selalu ikut arwah atok Neeza ke surau mendengar usrah.Kebanyakan kitab-kitab arwah atok yang dia ada,semuanya ditulis oleh imam-imam dan ulama Khaujakan.Selalunya ustazah di surau yang berikan pada dia.Kebanyakan kitab-kitab itu ditranslate bahasa Melayu agar kita lebih mudah  mengetahui apa yang kita lakukan dan baca.Sebab kebanyakan ayat adalah daripada Bahasa Arab.Khaujakan mementingkan amalan fardu dan sunat seperti berselawat ke atas Nabi,wirid dan sebagainya
.
Majlis Khatam Selawat Fatih dan Khaujakan diadakan sempena Maulidur Rasul untuk menyemarakkan lagi amalan di bulan Rabiulawal ini,iaitu memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan keluarganya serta para sahabat sebagai salah satu jalan untuk beribadat kepada Allah S.W.T.


Nak tahu apa fadhilat,kelebihan,syafaat,dan cara mengamalkan selawat fatih ini?Klik laman web tersebut untuk mengetahui lebih lanjut.
1.http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/13/selawat-fatih/
2.http://memorygreen1.blogspot.com/2009/10/selawat-fatih.html

Mengikut ustaz  yang memberi syarahan tadi,iaitu Ustaz Haji Ahmad Bin Tunggal,Yang Dipertua Khaujakan,antara petikan yang beliau sarankan kepada semua umat Islam yang Neeza sempat salin :

Sebelum ajal,seelok-eloknya kita sudah persiapkan diri dengan 40 000 selawat Fatih sebagai basic pelengkap kepada roh kita.

Antara lain,dalam tazkirah ustaz juga ada berkata:

Apabila salah seorang daripada kamu yang terlepas daripada amalan hisab,menuju ke pintu syurga,kamu boleh menarik seramai 70 000 orang bersama-sama kamu untuk masuk ke syurga.

Ya Allah,betapa beruntungnya seandai kita termasuk dalam golongan itu.Jadi mantapkanlah ibadat fardu dan perbanyakkanlah ibadat sunat.Semoga kita termasuk dalam ahli syurga.Amin~~~

Actually banyak perkara yang ustaz katakan.Kalau ustaz itu beri tazkirah,confirm Neeza tak tidur.Best sangat.Actually sebelum ini,Neeza ada ikuti tazkirah beliau.Dan melalui tazkirah beliau,Neeza dapat banyak input dan output pengetahuan yang Neeza tah tahu selama ini.

Oh sebelum Neeza terlupa,Ustaz ada betulkan kesilapan bacaan yang orang selalu lakukan ketika berselawat Selawat Fatih.Ada satu baris ayat selawat tersebut iaitu



Bacaan salah :Wa Nasiril Haq'qa Bil Haq.

Bacaan Betul : Wa Nasiril Ha'qi Bil Haq.

Bayangkan,Neeza amalkan selawat fatih sejak umur 12 tahun.Dan selama ini,Neeza baca bacaan tajwid yang salah.MasyhaAllah.Syukur,alhamdulillah,akhirnya Neeza tahu bacaan yang sebetulnya.

Mesti korunk pelikkan,kenapalah tiba-tiba Neeza update pasal agama.Neeza sekadar ingin berkongsi kepada semua apa yang Neeza tahu walaupun sedikit.Okeylah,sekian sahaja perkongsian Neeza untuk semua pada hari ini.Bak kata Prof Izzy,renung-renungkanlah dan selamat beramal.Salam sayang! :D


7 comments:

  1. Apabila salah seorang daripada kamu yang terlepas daripada amalan hisab,menuju ke pintu syurga,kamu boleh menarik seramai 70 000 orang bersama-sama kamu untuk masuk ke syurga

    menarik ni, yang hadith atau something else, mungkin boleh bagi detail skt,

    thanks ye

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing, tak tau pun ada kaujakan tu

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.