Saturday, 13 July 2013

Part 1: Persediaan Saya Mengerjakan Umrah

*Assalammualaikum*
Alhamdulillah,glad to Allah kerana bagi peluang kepada Neeza dan keluarga ke sini. Rindu yang sangat-sangat terutama kalau time berbuka puasa itu tengok siaran langsung dari Mekah di tv . Teringin sangat nak rasa berpuasa di sini..Hmm,insyaAllah kalau diberi kesempatan lagi. Amin. :')

Hai semua! Bersua kembali. Hmmm~~ you alls puasa tak ini?? Tak mahu ponteng-ponteng okey. Hihi.. seperti yang dijanjikan, atas permintaan ramai daripada sahabat handai, saudara mara dan sahabat blogger, hari ini Neeza nak ceritakan pengalaman Neeza mengerjakan umrah. Alhamdulillah, Allah telah memberi Neeza sekeluarga peluang untuk menjejakkan kaki ke Mekah Al-Mukaramah pada 31 hb Mei 2013 sehingga 10 Jun 2013 yang lalu. Bukan untuk menunjuk atau riak dan sebagainya okey, ini adalah sekadar perkongsian bersama. InsyaAllah satu hari anda ke sana,at least I give you some guidelines dengan pengalaman ini. Neeza dapat pahala juga sebab dengan guideline ini anda dapat mengerjakan ibadah umrah yang makbul. Amin.

Pertama sekali, Neeza mohon maaf kepada semua yang mengenali Neeza , ada yang Neeza tak beritahu tentang pemergian Neeza ke sana. Bila Neeza balik sini, yang ikuti perkembangan Neeza di Facebook, ramai yang IM kenapa tak bagitahu?? Nak kirim doa. Kalau terserempak, Neeza dapat feedback yang sama. Neeza mohon maaf sangat-sangat. Neeza pun serba salah dan ralat. Yelah,tak semua orang suka kita kan? Kalau  terlalu exposed, nanti ada cemburu dan yang doakan Neeza tak dapat pergi. Neeza takutlah macam itu terjadi.

Namun usahlah risau. Bila kita sampai sana, kita janganlah pentingkan diri berdoa untuk diri kita sahaja, kita juga perlu doakan untuk orang lain. Ustaz pun ada ajar semasa di sana berdoalah di hadapan Kaabah “ Ya Allah,aku mohon padamu semoga ahli keluarga,saudara mara,rakan,dan orang yang mengenaliku serta muslimin dan muslimat yang pernah atau tidak pernah menjejakkan ke Tanah Haram Makkah ini untuk menjalani amal ibadah,bagilah mereka peluang sebagai mana kau memberikan aku dan keluargaku peluang ini.Amin ya rabalamin.” Jadi Neeza berdoa pada Allah agar semua yang mengenali  Neeza atau yang tak mengenali Neeza sekalipun atas nama saudara sesama Islam agar diberi kesempatan dan peluang ke sana agar semua dapat merasai pengalaman itu.. Amin. Percayalah apabila sampai ke sana,tak tergambar bagaimana perasaan ini menjejakkan kaki dan berada di hadapan Kaaabah sendiri sehingga menitis air mata kegembiraan. Sangat tak terungkap!

Sebenarnya Neeza dan mak Neeza dijadualkan untuk mengerjakan umrah pada bulan Mac. Namun mulai tahun ini, perempuan bawah umur 45 tahun, perlu membawa mahram lelaki bersama. Mak dah niat dah nak bawa Neeza sebab perancangan asal nak bawa Neeza bersama adik beradik lain mengerjakan Haji. Namun disebabkan jadual Neeza masuk ke kolej dan universiti seperti tiada ruang masa yang panjang. Mengerjakan haji bukanlah mudah dan perlukan masa yang lama. Nak timba ilmu. Ada orang memang dah tunggu lama dan dapat panggilan. Ada juga yang dapat di saat akhir. Bergantung pada rezeki masing-masing yang ditetapkan oleh Allah S.W.T sejak azali lagi.  Jadi bagi penuhi impian mak untuk jejaki kaki ke Makkah dengan bawa Neeza sekalI,ialah dengan mengerjakan umrah.

Bila dapat tahu Kedutaan Arab Saudi telah mengetatkan syarat disebabkan kerja-kerja pembaikan yang dilakukan di kawasan Masjidil Haram,maka terpaksa kami tangguhkan perancangan mengerjakan umrah pada bulan 3. At first memang sedih habis. Kami perlu bawa salah seorang abang Neeza. Maka setelah berbincang abang Neeza yang nombor 2 dan kak ipar sukarela menawarkan diri untuk ke sana. Masa yang sesuai adalah pada bulan 6 cuti sekolah sesuai dengan pekerjaaan mereka sebagai guru.

Sebelum menjejakkan kaki ke sana,perancangan teliti perlulah dibuat. Antaranya menimba ilmu pengetahuan. Ini sangat penting. Mungkin ada yang pergi itu ambil sikap acuh tak acuh. Bagi mereka mengerjakan umrah ini taklah susah mana. Salah ye. Dalam mengerjakan ibadah bukan main-main ye.Antara persediaan Neeza dan keluarga, melihat video ceramah ustaz di youtube,baca pengalaman orang lain di blog-blog,selalu bertanyakan pengalaman pada ahli keluarga,rakan dan jiran yang dah ke sana, serta ceramah yang disediakan oleh pihak syarikat travel. Setiap hari Ahad, Neeza akan ikut mak ke masjid ikuti ceramah yang disediakan oleh Tabung Haji. Banyak ilmu yang selama ini Neeza tak tahu seriously.

Sebagai contoh,ustaz ada kata jemaah perempuan yang pergi umrah,ketika dalam ihram, asyik berselubung tak mandi-mandi. Padahal dibenarkan membersihkan diri cuma tak bolehlah pakai sabun,syampu,ubat gigi yang ada bauan wangi-wangian dan hendaklah jaga rambut dan bulu-bulu agar tidak gugur. Kalau  sentuh rambut dengan guna sikat,sentuhan boleh menyebabkan gugur. Itu yang boleh kena dam. So,tak bolehlah sikat rambut dan kena jaga aurat dengan bukan mahram. Contoh yang lain, sebelum niat ihram,kita kena mandi sunat ihram dan sembahyang ihram. Masa mandi,masa itu bolehlah guna sabun,syampu,ubat gigi,pencuci muka dan wangi-wangian. Allah suka hambaNya yang wangi terutama yang hendak jalani ibadah ini. Kalau dah niat ihram,itu yang tak boleh pakai apa sahaja yang berunsur wangi-wangian. So,konklusinya ilmu itu sangat penting. Peribahasa ada mengatakan “Hendak seribu daya,tak nak seribu dalih.”

Persediaan lain pula,kalau boleh sebelum ke sana,hendaklah kita praktis sembahyang-sembahyang sunat yang kita tak pernah buat selama ini. Well, bila berada di Tanah Haram Makkah, tiada waktu haram di sana. Kalau di tanah halal, ada beberapa waktu haramkan? Selain dari mengaji Al-Quran,trylah buat sembahyang sunat seperti sembahyang sunat tasbih,sembahyang sunat Dhuha, sembahyang mayat dan sebagainya. Ingin Neeza beritahu, di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, setiap kali habis sembahyang fardhu akan ada sembahyang mayat ye. Besar tahu ganjarannnya. Siapa yang tak pernah sembahyang mayat,sila belajar ye!

Alhamdulillah,mak Neeza kebetulan ada join persatuan wanita di Muar. Persatuan wanita tersebut ada buat kumpulan agama. Mereka ada anjurkan buat sembahyang-sembahyang sunat, wirid khaujakan, belajar tajwid dan sebagainya dengan menjemput beberapa ustaz. Ustaz yang bertauliah ye. Antara favourite ustaz Neeza ialah Ustaz Ahmad Tunggal. Seriously bacaan dia best. Bila ada kumpulan macam ini, kita boleh praktis sedikit demi sedikit. Kalau nak buat sendiri dekat rumah, memang taklah sebab terlalu banyak dugaaan. Memang tak akan terbuat!!! By the way, bagi Jemaah yang akan pergi ke sana, eloklah khatam Al-Quran. Di sini bacalah sampai juzuk 25 ke. Sampai sana boleh khatamkan habis. Besar ganjaran itu.

Selain itu,rajin-rajinlah berinternet. Mengetahui informasi terkini yang berlaku di Makkah dan Madinah. Ada youtube,google, search sahaja. Sangat penting. Sebagai contoh sebelum Honey pergi umrah,  Neeza rajin buka mengenai berita terkini seperti sekarang hanya kawasan di Kaabah itu sahaja boleh tawaf sebab now Masjidil Haram dalam construction. Then,keadaan cuaca di sana. Then search persediaan barang yang perlu dibawa dalam laman sesawang seperti blog-blog. Di situ kita boleh siap sedia diri kita dengan segala kemungkinan. So,konklusinya search je dekat google,semuanya adooooo~~~

Jadi konklusinya dalam soal ibadah ini, bukan main-main ye. Persediaan yang mantap itu perlu ada terutama dari segi persediaan fizikal dan mental. Ibadah memang mudah tapi perlukan penjagaan yang sangat rapi. Sebelum ke sana,beberapa bulan itu,praktislah. Okeylah,dengan guidelines ini, hope jemaah yang akan ke sana dapat titikberatlah ye sebab rata-rata yang Neeza jumpa semasa ceramah dianjurkan syarikat travel, mereka cuma harapkan ceramah itu sahaja. Well, untuk orang yang berwang mungkin boleh pergi lagi tapi kalau mungkin ini kali pertama dan kali terakhir, biarlah umrah yang kita buat ini ibadah umrah yang sebaik-baiknya kita persembahkan kepada pencipta kita,Allah S.W.T.

Neeza minta maaf sekiranya ada yang terasa. Neeza bukanlah nak act as ustazah ke apa tapi Neeza menyampaikan apa yang ustaz selalu beritahu dekat Neeza. Sharing is caring. Okeylah sampai sini sahaja Neeza update. InsyaAllah, next entry Honey akan ceritakan pula pengalaman Neeza semasa berada di sana. Hari ini muqadimah dulu tentang persediaan. Lagipun masa sangat mencemburui ini. Neeza nak sambung revision ini. 

Ya Allah, tetapkanlah imanku, hatiku kepadaMu dan ketaatanku padaMu. Janganlah Engkau membolak balikkan hati ku setelah Engkau memberi petunjuk kepada diriku.


Salam sayang semua. J
-Haneeza Mohamad-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.