*Assalammualaikum*
Hai semua! Bersua kembali. Hmmm~~ you alls puasa tak ini?? Tak mahu ponteng-ponteng okey. Hihi.. seperti yang dijanjikan, atas permintaan ramai daripada sahabat handai, saudara mara
dan sahabat blogger, hari ini Neeza nak ceritakan pengalaman Neeza mengerjakan
umrah. Alhamdulillah, Allah telah memberi Neeza sekeluarga peluang untuk menjejakkan kaki ke Mekah Al-Mukaramah pada 31 hb Mei 2013 sehingga 10 Jun 2013 yang lalu. Bukan untuk menunjuk atau riak dan sebagainya okey, ini adalah sekadar
perkongsian bersama. InsyaAllah satu hari anda ke sana,at least I give you some
guidelines dengan pengalaman ini. Neeza dapat pahala juga sebab dengan
guideline ini anda dapat mengerjakan ibadah umrah yang makbul. Amin.
Pertama sekali, Neeza mohon maaf kepada semua yang mengenali Neeza , ada yang Neeza tak beritahu tentang pemergian Neeza ke sana. Bila Neeza balik sini, yang ikuti perkembangan Neeza di Facebook, ramai yang IM kenapa tak
bagitahu?? Nak kirim doa. Kalau terserempak, Neeza dapat feedback yang sama. Neeza mohon maaf sangat-sangat. Neeza pun serba salah dan ralat. Yelah,tak
semua orang suka kita kan? Kalau terlalu exposed, nanti ada cemburu dan yang doakan Neeza tak dapat pergi. Neeza takutlah macam itu terjadi.
Namun usahlah risau. Bila kita sampai sana, kita janganlah
pentingkan diri berdoa untuk diri kita sahaja, kita juga perlu doakan untuk
orang lain. Ustaz pun ada ajar semasa di sana berdoalah di hadapan Kaabah “ Ya
Allah,aku mohon padamu semoga ahli keluarga,saudara mara,rakan,dan orang yang
mengenaliku serta muslimin dan muslimat yang pernah atau tidak pernah
menjejakkan ke Tanah Haram Makkah ini untuk menjalani amal ibadah,bagilah
mereka peluang sebagai mana kau memberikan aku dan keluargaku peluang ini.Amin
ya rabalamin.” Jadi Neeza berdoa pada Allah agar semua yang mengenali Neeza atau yang tak mengenali Neeza sekalipun atas nama saudara sesama Islam agar
diberi kesempatan dan peluang ke sana agar semua dapat merasai pengalaman itu..
Amin. Percayalah apabila sampai ke sana,tak tergambar bagaimana perasaan ini
menjejakkan kaki dan berada di hadapan Kaaabah sendiri sehingga menitis air
mata kegembiraan. Sangat tak terungkap!
Sebenarnya Neeza dan mak Neeza dijadualkan untuk mengerjakan
umrah pada bulan Mac. Namun mulai tahun ini, perempuan bawah umur 45 tahun,
perlu membawa mahram lelaki bersama. Mak dah niat dah nak bawa Neeza sebab
perancangan asal nak bawa Neeza bersama adik beradik lain mengerjakan Haji.
Namun disebabkan jadual Neeza masuk ke kolej dan universiti seperti tiada ruang
masa yang panjang. Mengerjakan haji bukanlah mudah dan perlukan masa yang lama.
Nak timba ilmu. Ada orang memang dah tunggu lama dan dapat panggilan. Ada juga
yang dapat di saat akhir. Bergantung pada rezeki masing-masing yang ditetapkan
oleh Allah S.W.T sejak azali lagi. Jadi
bagi penuhi impian mak untuk jejaki kaki ke Makkah dengan bawa Neeza sekalI,ialah dengan mengerjakan umrah.
Bila dapat tahu Kedutaan Arab Saudi telah mengetatkan syarat
disebabkan kerja-kerja pembaikan yang dilakukan di kawasan Masjidil Haram,maka
terpaksa kami tangguhkan perancangan mengerjakan umrah pada bulan 3. At first
memang sedih habis. Kami perlu bawa salah seorang abang Neeza. Maka setelah berbincang abang Neeza yang nombor 2 dan kak ipar sukarela menawarkan diri untuk
ke sana. Masa yang sesuai adalah pada bulan 6 cuti sekolah sesuai dengan
pekerjaaan mereka sebagai guru.
Sebelum menjejakkan kaki ke sana,perancangan teliti perlulah
dibuat. Antaranya menimba ilmu pengetahuan. Ini sangat penting. Mungkin ada
yang pergi itu ambil sikap acuh tak acuh. Bagi mereka mengerjakan umrah ini
taklah susah mana. Salah ye. Dalam mengerjakan ibadah bukan main-main ye.Antara
persediaan Neeza dan keluarga, melihat video ceramah ustaz di youtube,baca
pengalaman orang lain di blog-blog,selalu bertanyakan pengalaman pada ahli
keluarga,rakan dan jiran yang dah ke sana, serta ceramah yang disediakan oleh
pihak syarikat travel. Setiap hari Ahad, Neeza akan ikut mak ke masjid ikuti
ceramah yang disediakan oleh Tabung Haji. Banyak ilmu yang selama ini Neeza tak
tahu seriously.
Sebagai contoh,ustaz ada kata jemaah perempuan yang pergi
umrah,ketika dalam ihram, asyik berselubung tak mandi-mandi. Padahal dibenarkan
membersihkan diri cuma tak bolehlah pakai sabun,syampu,ubat gigi yang ada bauan
wangi-wangian dan hendaklah jaga rambut dan bulu-bulu agar tidak gugur.
Kalau sentuh rambut dengan guna
sikat,sentuhan boleh menyebabkan gugur. Itu yang boleh kena dam. So,tak
bolehlah sikat rambut dan kena jaga aurat dengan bukan mahram. Contoh yang
lain, sebelum niat ihram,kita kena mandi sunat ihram dan sembahyang ihram. Masa
mandi,masa itu bolehlah guna sabun,syampu,ubat gigi,pencuci muka dan
wangi-wangian. Allah suka hambaNya yang wangi terutama yang hendak jalani ibadah
ini. Kalau dah niat ihram,itu yang tak boleh pakai apa sahaja yang berunsur
wangi-wangian. So,konklusinya ilmu itu sangat penting. Peribahasa ada
mengatakan “Hendak seribu daya,tak nak seribu dalih.”
Persediaan lain pula,kalau boleh sebelum ke sana,hendaklah
kita praktis sembahyang-sembahyang sunat yang kita tak pernah buat selama ini.
Well, bila berada di Tanah Haram Makkah, tiada waktu haram di sana. Kalau di
tanah halal, ada beberapa waktu haramkan? Selain dari mengaji Al-Quran,trylah
buat sembahyang sunat seperti sembahyang sunat tasbih,sembahyang sunat Dhuha,
sembahyang mayat dan sebagainya. Ingin Neeza beritahu, di Masjidil Haram dan
Masjid Nabawi, setiap kali habis sembahyang fardhu akan ada sembahyang mayat
ye. Besar tahu ganjarannnya. Siapa yang tak pernah sembahyang mayat,sila
belajar ye!
Alhamdulillah,mak Neeza kebetulan ada join persatuan wanita
di Muar. Persatuan wanita tersebut ada buat kumpulan agama. Mereka ada anjurkan
buat sembahyang-sembahyang sunat, wirid khaujakan, belajar tajwid dan sebagainya
dengan menjemput beberapa ustaz. Ustaz yang bertauliah ye. Antara favourite
ustaz Neeza ialah Ustaz Ahmad Tunggal. Seriously bacaan dia best. Bila ada
kumpulan macam ini, kita boleh praktis sedikit demi sedikit. Kalau nak buat
sendiri dekat rumah, memang taklah sebab terlalu banyak dugaaan. Memang tak
akan terbuat!!! By the way, bagi Jemaah yang akan pergi ke sana, eloklah khatam
Al-Quran. Di sini bacalah sampai juzuk 25 ke. Sampai sana boleh khatamkan
habis. Besar ganjaran itu.
Selain itu,rajin-rajinlah berinternet. Mengetahui informasi
terkini yang berlaku di Makkah dan Madinah. Ada youtube,google, search sahaja.
Sangat penting. Sebagai contoh sebelum Honey pergi umrah, Neeza rajin buka
mengenai berita terkini seperti sekarang hanya kawasan di Kaabah itu sahaja
boleh tawaf sebab now Masjidil Haram dalam construction. Then,keadaan cuaca di
sana. Then search persediaan barang yang perlu dibawa dalam laman sesawang
seperti blog-blog. Di situ kita boleh siap sedia diri kita dengan segala
kemungkinan. So,konklusinya search je dekat google,semuanya adooooo~~~
Jadi konklusinya dalam soal ibadah ini, bukan main-main ye.
Persediaan yang mantap itu perlu ada terutama dari segi persediaan fizikal dan
mental. Ibadah memang mudah tapi perlukan penjagaan yang sangat rapi. Sebelum ke sana,beberapa bulan itu,praktislah. Okeylah,dengan guidelines ini, hope jemaah yang akan ke sana dapat
titikberatlah ye sebab rata-rata yang Neeza jumpa semasa ceramah dianjurkan
syarikat travel, mereka cuma harapkan ceramah itu sahaja. Well, untuk orang
yang berwang mungkin boleh pergi lagi tapi kalau mungkin ini kali pertama dan
kali terakhir, biarlah umrah yang kita buat ini ibadah umrah yang
sebaik-baiknya kita persembahkan kepada pencipta kita,Allah S.W.T.
Neeza minta maaf sekiranya ada yang terasa. Neeza bukanlah
nak act as ustazah ke apa tapi Neeza menyampaikan apa yang ustaz selalu
beritahu dekat Neeza. Sharing is caring. Okeylah sampai sini sahaja Neeza update. InsyaAllah, next
entry Honey akan ceritakan pula pengalaman Neeza semasa berada di sana. Hari
ini muqadimah dulu tentang persediaan. Lagipun masa sangat mencemburui ini. Neeza nak sambung revision ini.
Ya Allah, tetapkanlah imanku, hatiku kepadaMu dan ketaatanku padaMu. Janganlah Engkau membolak balikkan hati ku setelah Engkau memberi petunjuk kepada diriku.
Salam sayang semua. J
-Haneeza Mohamad-
Alhamdulillah. Sy pergi bulan 3 hari tu sepatutnya bulan 1. Subhanallah. Memang rasa nak pergi lagi. Arab Saudi memang banyak peraturan sekarang ni.
ReplyDelete@Sofea Lang rindu yg tak terungkap!! :') yup.. sebab nak tunggu haji,memang hard to say,that's why ramai pilih untuk pergi umrah..
ReplyDeletealhamdullillah. rezeki neeza ke sana di usia awal.
ReplyDeleteJOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan