Saturday 17 May 2014

Asasi Undang-undang UiTM-Semester 1

*Assalammualaikum*

Hai! Hai! Hai! Amboi riang rianya. Actually nampak sahaja gembira tapi hati luka lara. Kenapa? Sebab result UiTM baru keluar dan tak berapa memuaskan. Salah sendiri sebab tak cukup berusaha. Tak apalah, naik semester nanti nak berusaha sungguh-sungguh nak dapatkan result cemerlang sebab impian Neeza sekarang hanya satu iaitu nak sambung degree course Law. Tak kira! No matter how what. Cuma course itu sahaja yang Neeza mahukan. Tiada yang lain. Doakan Neeza ya, hopefully I can get futher in that course, insyaAllah, amin. :-)

Untuk pengetahuan semua, sekarang Neeza menuntut di UiTM Merbok, Kedah dalam jurusan Asasi Undang-undang a.k.a Pre-Law. Jadi ramai adik-adik junior yang sekarang ini ramai yang dah dapat tahu keputusan dan penempatan untuk UPU, Matrik, Form 6, Politeknik dan sebagainya. Tahniah kepada yang bakal melanjutkan pelajaran ke sana. Dan disebabkan ini juga, Neeza dapat e-mail dan inbox messages di Facebook, Twitter dan juga WeChat dari adik-adik junior yang bertanyakan tentang course Pre-Law ini. Siapa yang dapat dan terima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Asasi Undang-undang UiTM, tak kiralah penempatan di Pahang, Shah Alam dan Merbok,Kedah, akak Neeza ucapkan tahniah kepada anda semua.

Berdasarkan entri INI, akak Neeza pun ditawarkan Asasi Undang-undang UiTM di Pahang untuk intake 1, tapi akak tolak sebab akak terima tawaran ke Matrik dan kemudiannya tak dapat nak carry on, jadi akak apply pula untuk intake 2, alhamdulillah, sekali lagi akak dapat course yang sama, Asasi Undang-undang UiTM di Merbok, Kedah. Ini jalan takdir hidup akak dan akak tak menyesal sebab akak sentiasa send in mind, setiap yang berlaku ada hikmahnya.

So, today, I would like to explain futher about this course especially in Semester 1 or Part 1. Ramai yang tanya dekat Neeza subjek apa yang bakal belajar, nak beli buku apa, nak bawa apa, dan sebagainya. Jadi Neeza akan terangkanlah especially it's advantage for those junior yang akan futher dalam course ini di UiTM Kedahlah sebab akak kau ini student yang belajar dekat sana. Yang dapat course ini di Pahang dan Shah Alam, pun boleh juga baca entri ini sebab might help you in preparing yourself too.

MINGGU DESTINI SISWA (ORIENTASI)
 Tolonglah TENGOK VIDEO ini! All about MDS. :') nak nangis tau bila ditanya berulang-ulang kali.

p/s: Tak tahu macam mana nak jelaskan bayaran untuk masuk asasi ini? Pergi ke kaunter Bank Islam dan kata pada staf nak buka akaun untuk masuk universiti. Nanti staf bank akan bantu. (Maaf dah tak ingat berapa RM kena untuk pendahuluan buka akaun, tanya staf bank ya!!)

Basically I will explain about Semester 1 because I am not gain experience yet for Semester 2. There are 7 subjects that you will learn in Semester 1 and here are some description about each subjects.

SUBJECTS IN SEMESTER  1

INTRODUCTION TO MALAYSIAN SYSTEM OF GOVERNMENT AND POLITICS (LAW016)
* Subjek ini banyak berkisarkan sejarah Malaysia masa zaman Jepun, Malaysian Union, NGO, cabang-cabang Kerajaan dan sebagainya. For assigment, selain dari test, you might have debate/forum. It is really important and killer subjects. Ramai juga repeat subject ini (saya juga). Sebelum mendaftarkan diri, pastikan anda beli buku Federal Constitution ya. Ingat, version English. Boleh dapatkan di MPH, Popular dan kedai buku yang ada jual. Seriously it's hard to find sebab selalu run out of stock. Neeza sarankan beli di MPH online. Senang.

INTRODUCTION TO LAW I (LAW012)
*This is one of my favourite subjects although it's really tough. In this subject you will learn about philosphy by philospher. What is law? Division of law? Types of Law? and etc. Different people have different view about 1 thing. Same goes with this. There are many philosphy by many philospher You have to read and memorize a lot, and you cannot miss any single words that they have said. Seriously, among all subjects, I love this one. Maybe I enjoy with the lecturer, our assignments are full of colours like acting and presentation. (tak tahulah lecturer lain macam mana pula)

LEGAL RESEARCH AND INFORMATION PROCESSING SKILLS (LAW038)
*Dalam subject ini, you will learn about library and research for sure like how to do citation, steps of doing research, how to do research properly, how to get material or source and etc. Seriously it's fun subject.

ISLAMIC WORLD VIEW (CTU085)
*For sure, dalam subjek ini you akan belajar mengenai Agama Islam untuk yang beragama Islamlah. Akidah, Ibadah, Akhlak dan sebagainya. Senang nak score kalau rajin membaca. Untuk hafazan, kena hafal surah Al-Mulk ya.

COMPUTER AND INFORMATION PROCESSING (CSC134)
*Yeah! It's science computer! Walaupun kita belajar law, tapi ilmu dan kemahiran dalam komputer sangat penting terutama zaman canggih macam sekarang. Sangat-sangat menyarankan anda beli buku Shelly Cashman di mana-mana bookstore dan sila BACA. Based on my experience, jangan terlalu bergantung pada notes, buku pun sangat membantu. sebab ada soalan itu, yang jawapannya ada dalam buku itu dan sangat detail. Neeza tahu buku itu tebal dan mahal, memang rasa malas nak baca tapi percayalah, kalau anda rajin, anda dapat score.

ENGLISH FOR FOUNDATION STUDIES I (ELC080) 
*Terang lagi bersuluh, you alls kena belajar English. It 's look like MUET but it is not the same. Ada perbezaann sikit, nanti you alls tahulah. MUET tetap kenal ambil (privately), subject ini pula kena ambil masa final exam nanti. Dictionary jangan lupa bawa eh, it might help you for those who are not well in English, and it help you in other subjects too. You will learn a lot of new vocabulary.

CRITICAL READING AND REASONING FOR FOUNDATION STUDIES (ELC091)
*Terus terang, Neeza tak berapa ngam walaupun dapat result okey gila untuk subject ini. You have to think out of box and assignment kira tough jugalah. In other side, subject ini best juga, sebab time inilah kita akan jadi berani untuk melontarkan suara dan pandangan kita.

*LATEST INFO: Junior Neeza batch Nov 2014 kata mulai dari semester mereka, semua subjek  dalam Semester 1 masuk dalam final exam!

p/s: Siapa dapat penempatan dekat Merbok ini kira untung gila sebab you alls ada senior. rajin-rajinlah usha senior ya. hahaha. Bukan apa, sometimes, ada lecturer suruh cari sendiri notes sebab dia tak akan bagi. Namun, ada sahaja nota dekat I-Learn itu, tapi pengisiannya kadangkala banyak beza berbanding apa yang lecturer kita ajar dalam class.

KOKURIKULUM

Good news! No cocuriculum. Yeayy!!!! Untuk pelajar asasi tidak diwajibkan masuk kelab atau persatuan (jadi tak payahlah nak berangan jadi ahli jawatankuasa mana-mana sebab biasanya disandang oleh pelajar diploma atau degree)  tapi aktiviti-aktiviti kolej serta aktiviti kelab dan family day (course Law/Kolej) wajib pergi dan ikuti. 

ETIKA PEMAKAIAN

Since Neeza belajar di bumi Merbok, jadi Neeza terangkan pemakaian di sinilah. Setiap Ahad dan Rabu, it's Black and white Day for our course. Jadi memandangkan untuk Sem 1, pakai sahajalah tshirt- kameja, skirt baju kurung, seluar, janji tema hitam dan putih. Bawa banyak-banyaklah ya baju hitam dan putih. Blazer atau kot? Terpulang dekat korang. Ada yang jenis berjimat dan memang ada saiz dengan kawan-kawan, boleh je pinjam dengan mereka yang dah ada blazer/kot. Kalau nak beli ? Nak beli awal-awal pun boleh, nak beli bila baru kena pakai pun boleh. Janji tak menyusahkan mak ayah korang nak mencari. Tak perlu nak mahal-mahal, ada je blazer yang dah siap harga RM20++. Rasanya tak perlulah kot nak sampai tempah melainkan saiz korang memang tak ada atau family memang kaya raya dan korang ini memang jenis wajib branded. Apapun pilihan korang, janji ikut keselesaan dan kemampuan.

Kalau organization Kelab Pre-Law dah aturkan untuk baju korporat, lebih baik beli dan pakailah masa hari Ahad atau Rabu itu. Smart tau~ Course lain macam admin dan business pun pakai baju korporat masing-masing. Kenangan tau! Korang tak jeles ke kalau kawan semua pakai korang je tak pakai? Tak boleh nak selfie sesama  :-p *gurauan je* Untung tau kalau korang dapat pakai baju korporat. Zaman akak kau ini? Baju korporat tak ada sebab organization kelab batch semester sebelumnya messy menyebabkan kami jadi mangsa. Huhu, sedih. Nasib baik organization kelab yang diuruskan batch kami, sempat buat T-shirt Pre Law untuk menebus kekecewaan kami tak merasa nak pakai baju korporat. Pun rasa cukup bangga dah ramai-ramai pakai T-shirt Pre Law pergi kelas, lepas itu upload dekat Instagram. Kalau pakai baju korporat, agaknya sampai ke Keek mungkin? Haha *masa itu belum ada dubmash*

Oh! Setiap hari Isnin, semua pelajar, perempuan kena pakai baju kurung dan lelaki kena pakai kameja, tie, dan seluar. Casual look (macam dalam video MDS tadi Kalau tak pakai baju kurung untuk perempuan, dan lelaki pakai tshirt untuk hari Isnin, bertembung dengan abang polis, anda mungkin akan disaman. Jangan lupa, kalau pergi ke kelas, sila pakai KASUT bukan sandal. Kasut itu yang tertutup tau. Bukan sandal yang pergi jalan-jalan. Kalau tak nak kena sound dengan lecturer, sila pakai KASUT *pernah classmate kena sound sebab pakai sandal* Kad pelajar kalau dah buat dan dapat, setiap kali kena pakai tau bila nak pergi dan balik kelas. Abang dan akak polis dah standby dah dekat tepi jalan. Dan lagi pakaian itu JANGAN nak mengada pakai KETAT, SENDAT dan MAMPAT. Pun boleh kena saman tau kalau nasib tak baik.

PENSYARAH/LECTURER

You alls kena panggil Miss, Madam, Sir. Lecturer ini tak garang tapi strict. Mostly, you will learn with lecturer who are ex-lawyers or lawyers. Make sure you have discipline in managing your time. Lecturer tak suka pelajarnya datang lewat. Dapat lecturer yang punctual, nasib tak baik, sendiri mau ingatlah *kena halau*

ELAUN

Untuk pelajar Asasi, ada elaun untuk anda. Tiada PTPTN. Elaun sebanyak RM1900 untuk 1 semester. Cukuplah nak menampung untuk bayar perbelanjaan macam duit kolej (Duduk 2 orang sebilik, kena bayar RM420 seorang, student asasi sem 1 dan sem 2 anda duduk di hostel), bil elektrik bayar untuk 1 sem (biasa 1 barang RM10, commonly charger handphone, laptop, cerek elektrik, seterika)., duit fotostat nota-nota, dan sebagainya. Hidup di bumi Merbok ini, harga makanan still boleh survivelah. Cuma kalau nak keluar pergi Amanjaya Mall ke, atau ke Sungai Petani Selatan untuk shopping or beli tiket bas or pergi bank ke, harga teksi boleh tahanlah. Sewa teksi untuk sehala RM16-RM20 sebab perjalanannya 20km-30km tau. Pergi balik?Make sure nak keluar, ajak kawan-kawanlah sekali. Penuhkan 1 teksi, baru murah sikit. Kalau boleh dapatkan nombor-nombor teksi banyak-banyak dan sebelum nak keluar, make sure dah contact and deal untuk booking, jadual teksi ini mostly really pack.


MESIN ATM&CASH DEPOSIT


Kalau kampus Sungai Petani ini, dekat tepi pondok polis *masa nak masuk pintu besar u, nampaklah mesin itu dekat tepi kiri* ada mesin ATM Bank Islam dan Maybank. Mesin ATM Bank Islam ada 2 buah dan 1 buah mesin deposit (masukkan duit). Untuk Maybank, cuma ada 1 buah mesin ATM je ya, tak ada mesin cash deposit.  

Okeylah, setakat ini sahaja Neeza nak kongsikan pada adik-adik yang bakal ambil Asasi Undang-undang UiTM. Tahniah sekali lagi dan good luck!


p/s: Akak percaya adik-adik yang baca ini semua bijak-bijak, jadi tolonglah baca satu persatu dan baca sampai habis serta tengoklah video itu sampai habis juga. Selalu dapat soalan yang terang lagi bersuluh akak dah tulis dalam entri, tapi masih ditanya lagi. If you are in my shoes, what you feel? *sendiri fahamlah* Kalau berbayar nak jawab soalan korang itu, tak apalah juga. Tolong eh kasihani akak.

Salam sayang.
-Haneeza Mohamad-


38 comments:

  1. All the best ye yunk. Law bukan calang calang kos tuuu. Xpe, gagal sekarang bukan bermakna gagal selamanya kan??

    ReplyDelete
  2. don't give up ! chaiyok2 hihi

    ReplyDelete
  3. takpe neeza...next time usaha lebih lagi...chayok2 hehe :)

    ReplyDelete
  4. Tahniahlah walaupun kurang memuaskan, boleh cuba buat yang terbaik untuk semester hadapan nanti. syoklah dapat elaun. ;)

    ReplyDelete
  5. @✿AINAA ROSEBERRY✿ yup, betul itu Ena, gagal sekarang tak bermakna gagal selamanya, mungkin itu mendorong semangat untuk berusaha lagi gigih untuk berjaya :-)

    ReplyDelete
  6. @Fhatin Amelia okey, Fatin, insyaAllah, thanks so much for the support :-D

    ReplyDelete
  7. @nor_farihan yeah, aja-aja fighting!!! thanks so much farihan for the support :-)

    ReplyDelete
  8. @Bahrain thanks, haha, tak syok sangat sebab kena bayar banyak hutang, hoho

    ReplyDelete
  9. Hye Merbok'ians. Hehe. Sama lah sy pun merbok jugak tapi ambik dip akaun :)

    ReplyDelete
  10. Pre Law...fuhhh lap peluhh..xsusah ke kos ni? pape pn gudluck ye neeza :) study lek lok tuk sem seterusnya :)

    ReplyDelete
  11. Perghh!! lawyer to be.. hikss.. in shaa Allah.. ada usaha ada kejayaan :)


    Jom singgah cni.. ain dah buka pre-order utnuk instant telekeung.. in shaa Allah.. Pasti awak suka >.<

    http://www.norainyusoff.com/2014/05/pre-order-batch-1-instant-telekung-by.html

    ReplyDelete
  12. Jangan putus asa, semua ada rezeki masing-masing kan :) masa dekat matrik kawan anis selalu pesan "kalau apa yang kita dapat ni tak kira lah bagus atau tak bagus tapi itu yang Allah Redha, maka itu lah yang terbaik buat kita." ok, good luck untuk next sem :)

    ReplyDelete
  13. Salam akak. Kalo saya amek asasi law ni kalo ta lepas nk further dgree in law jgk saya bole smbung kos apa je?harap akak bole jwb n tq in adv

    ReplyDelete
  14. Frankly, this blog inspired me to take law to pursue my studies. Thanks Kak Neeza for the inspiration...

    ReplyDelete
  15. Thanks sis for the info :) Saya bakal student asasi uitm merbok. Just nak tanya, blazer atau vest tu wajib beli ke? Beli sendiri eh?

    ReplyDelete
  16. @Anonymous Blazer itu, digalakkan ada satu lah, bukan wajib tau! sebab masa sem 1, akak adalah juga guna untuk debate, sekali je pakai, hehe.. masa sem 2, pun ada juga.. untuk yang senang cari saiz (kecik) bolehlah pinjam kawan-kawan je, tapi kalau saiz besar macam akak ni :-p dan kalau nak selesa, beli lah, tak payah nak mahal-mahal pun, ada je blazer yang RM20++ , apapun ikut keperluan dan kemahuan :-)

    ReplyDelete
  17. @Anonymous Waalaikumsalam, a lot of courses dekat uitm ini awak boleh masuk dik.. bergantung minat dan pointer, minat je tapi pointer tak ok (that's why kena jaga pointer masa sem 1 juga, jangan sambil lewa) couse itu tak akan dilistkan masa awak pilih untuk penerapan nanti.. macam-macam course awak boleh masuk, contohnya: science admin, public admin, tesol, library, bisnes, economy, accounting, dan etc.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum. Sy dpt asasi law kat uitm tp dia tulis kat situ sy telah tolak tawaran tu. Dia tulis penerimaan dan penolakan muktamad. Pd pendpt akak apa sy perlu bt?

    ReplyDelete
  19. @Anonymous Waalaikumsalam, I think you need to call office UiTM that in charge for student intake and discuss with them about your situation :-)

    ReplyDelete
  20. Hi akak.Terima Kasih sebab sudi share.Saya dah dapat dah foundation of law uitm.I'm a lil bit excited for the first time but now tiba2 rasa takut pulak since I have no gift of the gab.And not really good in English sebab dapat A- je...Tapi saya memang minat bidang law.Hope akak boleh beri kata2 semangat since that's what I really need right now.

    ReplyDelete
  21. @unknown Hai! Take a chill dear. Relax. Akak pun A- untuk BI masa SPM, but still I manage to get band 4 untuk MUET walaupun ambil 2 kali. Haha. Kalau akak boleh habiskan asasi ini, In Shaa Allah, awak pun boleh juga. Put trust on yourself okey? :D

    ReplyDelete
  22. @Anonymous Thank you and my pleasure. Good luck okey! ;))

    ReplyDelete
  23. @Iezwa Razk hehe, tak tahu mana 1 awak masa seminar MUET hari itu :3

    ReplyDelete
  24. @Shida Radzuan boleh tahanlah, tapi tak tahu kenapa tak boleh move on dengan course lain, hehe, thank you :D

    ReplyDelete
  25. @Norain Yusoff Amin ya rabalamin. In Shaa Allah, lawyer to be :'))

    ReplyDelete
  26. Kak MUET ni susah x?

    ReplyDelete
  27. @Anonymous depend on question, kebiasaanya kalau writing susah, reading dan listening senang, begitulah sebaliknya. :-)

    ReplyDelete
  28. Kalau pegi class boleh pkai seluar ke utk perempuan? ☺

    ReplyDelete
  29. sama dgn adik akak. dia ambil law jgk. dl asasi merbuk.skrg kt shah alam

    ReplyDelete
  30. kak,nak tanya,kalau perempuan yg free hair boleh tak pakai skirt smpai lutut ngan kemeja formal mcm pegi keje? atau kene pakai skirt panjang? kalau tutup lutut boleh tak? and kalau pakai kasut ada heels berapa cm limit die? sye sgt berharap akak atau someone yg pelajar asasi uitm akan reply comment ni sbb sye dah puas search tapi masih blum jelas lagi. mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. I dont know the culture in Dengkil but as far I can remember my friends in foundation UiTM Kedah yang free hair selalunya pakai skirt panjang or seluar.. if you google rupa sahsiah diri pelajar uitm, memang tak ada mention pasal skirt but there is one sentence, "tidak memakai pakaian terdedah.." and bout shoes, as long kasut tu yang bertutup.. but kena tengok dulu kawasan uni, kalau kelas dekat bukit dan kena jalan, memang tak sesuailah.. for me, better you see the environment first, few weeks, if you think it is safe for you to wear it without kena saman or tahan dengan polis bantuan uitm, just bring it later if you get chance of going home

      Delete
  31. assalamualaikum hai kak tmpg tanya kalu law student bole je kan freehair

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.