Sunday, 2 November 2014

Asasi Undang-undang UiTM- Semester 2

*Assalammualaikum*

Hye semua. Hye adik-adik junior. *lambai* Rasanya adik-adik ramai ternanti-nantikan entri akak mengenai course Asasi Undang-undang untuk Semester 2 pula kan selepas entri akak yang ASASI UNDANG-UNDANG-SEMESTER 1 ini? *untuk adik-adik yang nak ambil course inilah* Yelah, ramai yang email kak Neeza semua tanya pasal Semester 2. Hihi.

SUBJECTS IN SEMESTER 2

LAW 037- INTRODUCTION TO LAW 2
*Subjek ini banyak mengenai asas-asas yang perlu korang tahu tentang undang-undang ini seperti classification of law, sources of law, legal personnel, questions of fact and question of law, courts in malaysia, understanding of cases dan banyak lagi. Nampak macam sikit, tapi banyak tau isinya. Hihi. Bagi Neeza subjek ini okeylah sebab korang banyak kenal hafal dan soalan exam ada yang berulang. Masa final hari itu, Neeza adalah buat analisa 2006-2014 *mood terlebih rajin*, bila buat analisa, korang boleh tahu, soalan macam mana yang akan keluar untuk sesuatu topik.

LAW 039-INTRODUCTION TO SOCIAL PSYCOLOGY
*Belajar psyco ini memang best. Apa yang penting, tak susah nak belajar psycology ini, cuma yang susah bila nak exam. *menurut kata kawanlah* Tapi kalau dah minat, tak akan ada yang halang. Hehe. Topik dalam subjek ini antaranya ialan research method, self, attitude, aggresion, prejudice dan sebagainya.

LAW 087- INTRODUCTION TO LAW 3
Subjek ini paling hard core dalam sem ini. Antara subjek yang boleh fail sebab isinya terlalu banyak dan padat. Topik tak banyak iaitu contract, criminal dan tort tapi isinya memang banyak korang kena ingat. Apa yang best pasal law 3 ini korang akan jumpa banyak kes dan masa inilah korang boleh fefeeling jadi lawyer, kena differentiate case, analisa kes. Tapi kena hati-hati sebab once korang klasifikasikan kes, isi semua salah. *soalan dalam exam* Hah, Tak faham? Nanti korang dah belajar korang akan tahu. Hee~ By the way buku yang korang kena ada untuk subjek ini ialah Penal Code, Contract, dan Company Act.

LAW 088- COTEMPORARY GLOBAL AND LEGAL ISSUE
Subjek ini juga hard core.  Topik tak banyak sebab ada 6 tajuk dalam subjek ini iaitu world legal system, global conflict, human right issue, population and health issue, enviromental issue, dan economic issue tapi subtopik banyak weyh. Subjek ini memerlukan daya ingatan yang sangat sangat kuat sebab korang banyak kena hafal dan ingat. Serius, Neeza punya notes dari senior bagi tebal gila. Walaupun begitu, tetap ada juga ditekankan mengenai isu semasa. Contohnya macam MH307, MH17 dan sebagainya. Jadinya, korang kenalah sentiasa mengambil tahu perkembangan semasa untuk korang garapkan pada soalan.

ECO 099- INTRODUCTION TO ECONOMICS
Apa? Ingat masuk law tak kena belajar pasal angka? Haha. Serius, this is one of my favourite subjects and easy to score. Jangan takutlah, korang hanya pakai kalkulator basic sahaja. Hanya penggunaan mathematik banyak tambah tolak je pun. Pengiraan tak banyak mana pun. Dalam subjek ini korang akan banyak belajar pasal Microeconmics dan Macroeconomics. Contoh subtopic seperti unemplyment, international trade, theory demand and supply, money banking dan banyak lagi. Hanya ada 10 tajuk dalam subjek ini. I love it!

ELC 093- ACADEMIC WRITING FOR FOUNDATION STUDIES
Subjek ini tak ada dalam final exam tapi ada final test. Bagi Neeza, subjek ini so so lah sebab Neeza tak suka academic writing. Haha. I jujur okey. Yelah, nak buat academic writing tak boleh nak main-main. Nak kena cari penulisan dari sumber yang sahih dari penulis yang berkelayakan. Neeza stress bila nak paraphrase tukar ganti ayat penulis nak ditukarkan kepada ayat kita sendiri. Well, I am not good enough in English but I try to do it. Minta tolong kawan-kawan yang power English correct my mistakes in the sentence, grammar and so whatever. Tapi bila dah siap rasa lega. Dalam subjek ini cuma ada 2 task iaitu task group dan task individual. New info from my friends who take this subject for sem November 2014- April 2015, this subject include in final exam.

ELC 092- COMMUNICATIVE SKILLS FOR FOUNDATION STUDIES
Subjek ini tak ada menulis tapi memerlukan anda becakap dan bercakap dan bercakap. Tetapi sebelum nak bercakap korang kenalah banyak membaca, membaca dan membaca. Subjek ini melatih anda untuk anda buat speech, debate, dan forum. Berita gembira subjek ini tak ada dalam final exam. Yeayyy!!!

CTU 086- FUNDAMENTAL SHARIAH
Subjek ini taklah susah sebab korang hanyak hafal dan faham. Korang akan belajar pasal fiqh, shariah, undang-undang, batasan dalam pergaulan, bersuci dan sebagainya. Banyak topik dalam subjek ini yang korang dah sedia expose cuma adalah beberapa tambahan yang korang akan belajar. Surah yang perlu dihafal adalah surah As-Sajadah ya.

Itulah sahaja mengenai subjek-subjek yang perlu belajar dalam Semester 2. Neeza pernah dengar yang ada orang kata semester 1 masih boleh go on lagi. Boleh senang lenang, suka-suka sampai boleh layan movie dan taklah susah mana. Neeza akuilah juga kata-kata itu tapi Semester 1 janganlah terlalu buat main-main sebab Semester 1 lah korang perlu skor, kalau boleh dapatkan Dean List *Neeza menyesal, kalau tahu awak-awal dah skor dah*. 

Bila Semester 2 ini, percayalah korang akan rasa masa korang tak akan pernah cukup. Tidur pun tak cukup Korang akan busy tersangat-sangat sebab banyak presentation dan task. Subjek semester 2 ini banyak hardcore. Jadual waktu korang akan pack sangat-sangat. Neeza tengok jadual roomate Neeza, dari hari Ahad sampai Rabu, pack dari pagi sampai petang. Gap cuma pukul 12 sampai 2 sahaja. Nasiblah siapa yang kena tambah subjek repeat paper Semester 1 sebab time gap itu untuk kelas repeat. Jadi nasihat Neeza, kalau boleh skor habis-habisan masa semester 1 dan semester 2 buat sehabis baik.

Apa yang best tentang Semester 2 ini? Serius memang bestlah sebab banyak aktiviti yang akan diadakan seperti Hi-Com, kursus Team Building, Court Visit, dan Hi-Tea. Serius, Hi-Tea palling ditunggu oleh budak pre-law. Memanglah tak ada dinner tapi ada Hi-Tea. Lebih kuranglah, dinner buat waktu malam tapi Hi-Tea waktu petang. Tetap juga boleh melaram ikut tema. Huhu. Makanan tetap banyak disediakan oleh hotel sampai akak kau ini kembung dibuatnya sebab setiap jenis makanan minuman diambilnya. Hahaha. Apapun depend pada Hi-Com koranglah untuk organise macam mana. Ya tak?

Okeylah, sampai sini sahaja Neeza update mengenai course ini. Good luck buat adik-adik yang akan masuk Semester 2 dan juga adik-adik yang akan masuk Asasi Undang-undang. By the way, good luck lah ya ambil MUET. Korang mesti dah tahukan MUET dalam Bajet 2015? Mulai 2015, kemasukan untuk degree law adalah Band 4 *memang sejak azali tahu sebab ini piawaian UiTM tapi dah tak boleh nakletakkan harapkan UKM lagi sebab UKM dulu nak band 3 je* dan syarat graduate LLB hendaklah Band 5.

Memang nangis Neeza dibuatnya masa dengar. Akak kau ini macam korang juga. Kena masuk pengambilan September 2015 * sebab extent 1 sem lagi* Untuk adik-adik junior intake 2 yang dapat Asasi Undang-undang di Kedah, selamat datang ya.

Salam sayang.
-Haneeza Mohamad-

17 comments:

  1. Assalamualaikum kak neeza .. Boleh tak approve saya di fb kak neeza ? Saya nak tanya tentang asasi undang2 .. Banyakkkkk ! Saya pn dpt kt uitm merbuk .. I need your help .. Nama fb saya Fatin Yusoff .. Thanks kak neeza .. :'D

    ReplyDelete
  2. @Fatin Yusoff Waalaikumsalam, insyaAllah i will approve, luckily adik bagitahu sebab akak memang rarely to accept request for some reasons.. nanti i dah approve, jgn segan chat ok ;)

    ReplyDelete
  3. i want the notes & past year question. How can I roger you? Thank you :)

    ReplyDelete
  4. Bagus betul kak senior ni. Semoga bakal jadi lawyer yang membantu ramai orang!

    Daya ingatan mesti kena kuat student lawyer ni kan!

    All the best ;)

    ReplyDelete
  5. salam..akak,sy student asasi undang2 kuantan dan sy nk tnye akak klu akak ade x lg buku2 sem 2 asasi undang2?

    ReplyDelete
  6. @Ida Thanks..inshaAllah amin yarabalamin.. Yup..ingatan kena power..hehe..

    ReplyDelete
  7. @mimi complicated I'm sorry dear. I plan to sell it to student yang dekat Merbok sahaja sekaligus untuk sem1 dan sem2. So sorry. :')

    ReplyDelete
  8. Salam sis...ada x batch sis yg kena repeat 2 paper in sem 1 ? Mcm mana kehidupan dia ?

    ReplyDelete
  9. @Anonymous for those who fail one subject masa sem 1, get an option either to add credit hour or extend sem..depend on your abilities and pointer u masa sem 1..but have to discuss with your PA first...sama ada u mampu nak tambah kredit hour atau tak..tambah kredit ini bermaksud (subjek yang u memang kena ambil masa sem 2 ini + 1 subjek yang u fail) kalau rasa tak mampu, u have to extend.. sem 2, u akan ambil subjek yang fail dan drop beberapa subjek yang u sepatutnya kena ambil masa sem 2 dan subjek yang dah didropkan akan dibawa ke sem 3...


    to those who fail 2 or more subjects time sem 1, memang terang lagi bersuluh u kena extend sem 3...so, u kena repeat paper yg u fail itu dalam sem 2 dan ambil beberapa subjek di sem 2 ini..not all subject in sem 2 ini u kena ambil tau..u have to drop a few subjek masa sem 2 ini dan akan dibawa ke sem 3 nanti...

    saranan akak..kalau u fail 2 atau 3 subjek law sem 1 (law 012/law 038/law 016) , u kena repeat + belajar utk subjek2 dalam sem 2, better u hanya ambil subjek2 bkn law, if nak juga belajar law yg baru masa sem 2, ambillah law 2 or law 039? dan subjek2 law sem 2 u yg drop itu bolehlah belajar masa sem 3 nanti..sebab subjek2 law sem 2 ini agak mencabar..but tengoklah kemampuan sendiri..if u masuk kelas, tgk ok, teruskan..kalau x, just droplah but sebelum registration tamat..


    kehidupan taklah sepadat student yang tak kena extend dan ambil 8 subjek masa sem 2 ini..

    ReplyDelete
  10. @Anonymous my notes already under reservation.. but i will ask my friend if kot2 ada yang nak jual..just email me neeza1995@gmail.com

    ReplyDelete
  11. salam kak, saya tgh buat asasi undang2 kat shah alam, sem 2 start dec ni. kalau x keberatan, kalau masih simpan byk soft copy note sem 2, boleh x akak sharekan through email? minta maaf kak kalau ganggu :((( email saya nnti saya bg comment balik lepas akak reply insyaAllah

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum akak. Untuk sem2, Ada lagi ke bantuan?

    ReplyDelete
  13. @Anis Suraya semester 2 ya, masih ada lagi elaun diberikan, semester 3, tidak diberikan :)

    ReplyDelete
  14. @ceplos waalaikumsalam, maaf ya adik kalau terpaksa hampakan adik sebab akak takut nota itu berbeza dengan apa yang lecturer adik ajar..secondly,akak takut kalau dikenakan tindakan undang2 oleh lecturer since kita pun belajar law kan, it's illegal action if i ambil hasil kerja seseorang (slides note) dan serahkan pada sesiapa without permission dari orang tersebut and i boleh disaman kalau berbuat demikian..i'm really sorry okey :(((

    ReplyDelete
  15. @ceplos bukak la ilearn download slide lecturer kita sendiri. InshaAllah ada

    ReplyDelete
  16. salam akak nak tanya dulu akak spm berapa a? saya berminat dgn law ni lgpun sej spm sy A+.tapi akak cakap law kena tahu isu semasa dan banyak membaca. sbnrnya saya tak suka mmbca tapi lebih kpd menghafal

    2) kalau dpt asasi ni memang kena mintak ptptn lah yee

    ReplyDelete
  17. @Anonymous waalaikumsalam.... kelayakan asasi ini adalah 5 A dan ke atas (safe qualification). tapi make sure that your BM, BI dan Sej dalam kategori (A+, A-,A).

    memang course ini memerlukan anda menghafal dan mengingat.. tapi macam mana nak hafal kalau tak membaca, kan?

    asasi dapat elaun dari KPTM dik.. please rujuk entri semester 1 ya.. cuma sem 3 (untuk yang extend sem) sahaja yang tak dapat elaun, tanggungan ibu bapa sendiri sebab ptptn memang tak disediakan untuk asasi.

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.