Tuesday, 18 August 2015

Apa Dan Di Mana?


Mula-mula Neeza nak diam-diam je, tapi ramai pula tanya “Heyyyy, kau dapat course apa? Dekat mana?” pening den dibuatnya. Huhu. Lagipun dah lama tak update blog ini kan. Jadi segala-galanya akan diluahkan di sini.

Alhamdulillah, Neeza dapat penyerapan UiTM selepas habis asasi April yang lalu. UPU tak dapat. Ada orang kata kalau penyerapan dah dapat, UPU memang tak dapat. Tak tahu betul ke tak? Apa yang pasti Neeza ada apply UPU dan juga penyerapan UiTM. Saja nak cuba nasib. Huhu.

Inilah keputusan penyerapannya. Tadaaaaaaaaaa!!!!

Course: Bachelor of Applied Language Studies (Hons.) English for Professional Communication
Campus: UiTM Shah Alam

Masa Neeza dapat tahu ini, mula-mula kegirangan meloncat hoooooreyyyy!! Lepas itu, cari mak 1 rumah "mak, mak dekat mana" rupanya tengah beri kucing makan dekat luar. Lepas beritahu mak dan tunjuk handphone surat tawaran, mak nangis. Aduh aduh sayang. Neeza pun bertukar rasa sedih pula. Huhuhu

Mesti ramai yang pelik dan gelak pun ada. Hahaha. Neeza? English? Yelah, masa sekolah dan asasi dulu-dulu kala, nak dengar Neeza cakap English memang rare lah kecuali masa kelas English tak pun masa presentation dan debate. Dekat blog ini pun cakap Melayu ajeee. Huhu.

Law? How about law?

Well, last minute tukar fikiran masa nak isi borang penyerapan. Sebab Neeza temui sesuatu yang baru semasa semester akhir asasi, masa Neeza nak ambil MUET. Masa itu puas aiiih cari cikgu yang buat kursus nak score MUET. Jumpa pun seorang dua. Pula itu, ada yang duduk jauh sangat, dan ada itu yuran pula jebon mahalnyaaa.

Dan apa yang Neeza perhatikan ramai kawan-kawan tak kiralah kenal masa asasi ke atau baru kenal masa MUET, ada yang takut sangat, kalau aim tinggi itu tak dinafikanlah. Neeza rasa macam biasa je MUET itu. Bukan nak riak ke benda, rasa macam bagus je English, bukan! bukan! Tapi Neeza rasa macam exam biasa. Mungkin Neeza dah terbiasa masa ambil kelas English dekat pusat bahasa masa zaman sekolah.

Itu yang Neeza rasa Neeza nak jadi cikgu MUET. I want to help others eventhough I know my English maybe not good enough right now. Akan tetapi semua itu boleh dipertingkatkan kan? Hala tuju Neeza, yang Neeza nampak sekarang, persue with this course, then, after graduate, continue with KPLI, In Shaa Allah, doakan Neeza ya. Amin.

Sekarang semua dah siap. Medical check up dah settle, dokumen semua dah siap, cuma kejap lagi nak pi settle minta cop ketua kampung. PTPTN memang tak ambil, sendirian berhad. Mesti ada yang kata bukan main cepat urus, excited noooooo. Taklah, urus cepat sementara mak masih ada di Malaysia. In Shaa Allah, hujung minggu ini mak dah nak berangkat untuk ke Tanah Suci mengerjakan haji. Hmm, so sekarang apa yang tinggal untuk Neeza ialah tunggu jelah tarikh daftar 5 haribulan ini. Huhu. *sedihnya daftar seorang-seorang nanti,huhu*

Mesti ada kawan-kawan yang pelik 5/9 baru nak daftar?

Sebab kebanyakan 30 atau 1 haribulan daftar. Kategori Neeza memang tak payah orientasi. Best memang best. Cuma ada satu je yang tak best. Apa dia? Sebab masa 2 hari daftar itu nantilah kena puas meronda 1 kampus nak tahu bangunan apa, laluan bas macam mana dan sebagainya. Kalau orientasi biasanya abang akak fasi tunjukkan. Ini kena cari sendiri. Huhuhu. Dahlah kampus besar gilaaaa sebab main campus kan. Waaaaa~ dedooooo kitalah. :'))

Okaylah itu sahaja coretan Neeza hari ini. Harap semuanya baik-baik belaka nanti.

No comments:

Post a Comment

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.