Wednesday, 17 February 2016

Misi Dietku


Sejak beberapa minggu ini aku dah rajin masak. Walaupun simple je janji ikut rules. Sebabnya nak diet punya pasal. Tapi bila balik rumah mak, terus ke lautan Mediterranian sebab mak masak sedap-sedap.





*antara menu-menu untuk lunch/dinner*

Bila dah balik rumah sewa, so, terus Neeza reset target, 1 kg 1 minggu seperti saranan Kevin Zahri. Then, set to eat clean back. At least, kalau naik pun, tak lah naik melampau-lampau kalau tersasar macam diet-diet lain. Pagi ini bila timbang yeayy dah turun 4 kg. Masuk ini dah nak minggu kelima sejak Neeza mulakan diet pada 16 Januari 2016.
Bila dah diet ini, Neeza fokuskan pada inchloss lebih sikit dari weightloss. Kalau weightloss banyak tapi body tak fit, tak sexyy, pun tak best juga kan. Hahaha. :-p Nasib baiklah rumah ini ada kemudahan gym dan berenang. Kalau rajin pusinglah mana-mana tasik. Cuma yang sedihnya kebelakangan ini, Shah Alam asyik hujan pada waktu petang. Hmm, duduklah dalam gym jawabnya. Huhu.

Doakan Neeza capai target okeyhhh :-)

Salam sayang.
-Haneeza Mohamad-


Friday, 12 February 2016

Dapur Baru


Merasmikan dapur sementara dengan masakan Pak Choy goreng dan Ketam masak lemak *kakak housemate masak*
Banyaknya yang aku dah ketinggalan dalam dunia blogging ini. Maklumlah dah lama tinggalkan arena ini hampir setahun jugalah. Busy apa entah Neeza pun tak tahu. Hahaha.

Memandangkan dah lama Neeza tak update pasal my life *walaupun tak ada orang nak tahu pun pasal life kau Neeza oi* tapi Neeza nak cerita jugak! Yelah, blog sendiri kan. Huhu. Well, now I am in holiday mood since tengah cuti semester untuk pelajar degree terutama UiTM. Cuti habis hujung minggu ini. So, please enjoy puas-puas buat segala aktiviti yang kau nak Neeza oi.

Mesti semua orang ingat sekarang Neeza dekat rumah di kampung halaman tercinta kan? Nope! You are wrong. Yes I balik bulan 1 but now I balik awal since dah ada rumah sewa kan. Malas nak apply kolej sebab nak rasa duduk berdikari pula. Ewah. Sebenarnya dah bosan duduk hostel. Hihi. 

Rumah ini actually Neeza dah masuk since bulan 12 *masa itu still duduk dalam kolej lagi*. Awal gila kan? Sebenarnya nak booking cecepat. Susah nak cari bilik seorang yang harganya bawah RM300. Bila dah jumpa terus coplah. Well, bukan tak nak sharing tapi nak privacy. Alhamdulillah lah jumpa rumah ini. Memang laluan semua bas *aku mana reti nak drive* Kat sini ada swimming pool, gym, tasik, tempat makan. Pendek kata strategiklah. Boleh lah Neeza fokus nak diet. Hahaha.

Cuma bila dah pindah ini, satu je yang Neeza tak boleh lakukan dekat rumah. Nak MASAK! Huhu.Sebabnya kakak housemate aka owner rumah ini pun baru pindah juga. So, kitchen kabinet belum buat. So, berhuhu lah Neeza makan dekat luar selama duduk di rumah ini. Tapi semalam , yeayy! Dapat dapur sementara. Nampak kelakar sikit tapi janji boleh masak. I love it!

Untung future husband, I request dapur simple macam ini je :-p *gurau*
Actually I am really love cooking! Cuma itulah tengok dapur jugak. Kalau moden yang hud ceramic induction bagai, memang taklah nak masak. Sebab tak reti guna! Huhu. Mengakulah, since mak renovate dapur tukar dari dapur lama ke dapur moden, I jarang gila masak. Masak bila ada orang tolong bukakan api :')) Dasyhat kan. Hahaha. Itu sebab bila Neeza cari rumah sewa, benda kedua Neeza tengok ialah dapur. Memandangkan kakak housemate cakap rumah dia guna dapur macam ini, so okeylah. Sebab rata-rata rumah yang Neeza tengok banyak guna dapur baru moden. Grr..


Sebelum dapur sementara siap, kakak housemate siap beli oven you alls. Maka bertaringlah Neeza. I love baking too! Especially brownies. Semalam siap singgah kedai beli loyang dan bahan-bahan buat kek *not completely yet* Dalam kepala ini muncul banyak resepi bermain di minda. Nak try kek sarang semut, kek lemon, dan macam-macam lagilah. Kalau dapur sementara, resepi macam spagetti bolognese, cabonara, dan banyaklah. Time inilah nak asah supaya jadi perfect wife ke *mana tahu jodoh cepat datang, bolehlah get ready* Hihi GURAU jelah :-p

Mungkinkah lepas ini entri-entri blog akan dipenuhi dengan resepi-resepi? Tunggu~~

Salam sayang.
-Haneeza Mohamad-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.