Wednesday 12 October 2016

TuDia Char Kuey Teow The Foodbank, Kota Damansara


Assalammualaikum, hai guys!

TuDia Char Kuey Teow The Foodbank, Kota Damansara l Baru-baru ini seseorang tanya Neeza, char kuey teow mana paling sedap? Untuk Neeza, Neeza sangat-sangat sarankan untuk korang cuba TuDia Char Kuey Teow. Serious talk, it is one of the best char kuey teow yang pernah Neeza rasa.


Yang special pasal TuDia Char Kuey Teow ini kan bukan setakat rasa kuah yang enak, malah dihidangkan dengan telur dan seekor ketam saiz gergasi *hiperbola betul* Huhu. Neeza dimaklumkan bahawa ketam itu dibakar terlebih dahulu okay, Memang puas gila makan TuDia Char Kuey Teow ini. Yummmy!

Tak percaya?

Tudiaaaaa...


Tengok gambar dekat atas, gerenti meleleh air liur.


Kali terakhir Neeza makan dekat TuDia Char Kuey Teow di cawangan Foodbank, Kota Damansara masa bulan puasa hari itu, iftar bersama rakan-rakan Hai Bloggers! HalimBrothers, Neyra Syazeyra dan Rafzan Tomomi. Sampai sekarang termimpi-mimpi char kuey teow dekat sini.


Mana taknya, ketam besar oi. Lagipun ketam bunga, my favourite tak ada langsung rasa hanyir lumpur ke, isi udang kerang pun banyak, so memang puas makan beb. Harga pun berpatutan. Haish, kalaulah Damansara ini dekat dengan Shah Alam, hari-hari muka Neeza ternanti depan kedai tau. Hehe.

*alamak, ini rasa craving nih*

Sebenarnya TuDia Char Kuey Teow ada cawangan-cawangan lain, nanti korang terjahlah Facebook untuk maklumat lebih lanjut. Apa yang pasti, TuDia Char Kuey Teow memang marvelous dan kick! It's really worth to spend money on it.

Yang mana nak cuba itu, ini alamatnya,


Tudia! CKT Kota Damansara,
At The Foodbank Malaysia,
25G, PJU 5/20E , 
The Strand Kota Damansara .

Facebook: 

Instagram:


p/s: Foodbank ini konsep hipster food vendor, menghimpunkan gerai-gerai yang jual minuman dan makanan seperti pisang goreng cheese *pun sedap juga tapi masa Neeza pergi dah habis dah :(*

Salam sayang!


2 comments:

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.