Saturday, 23 June 2018

Eat Cake Today - Aneka Kek Pilihan semasa Aidilfitri

Assalammualaikum dan hai semua,
Masih beraya ke itu? Mesti anda juga menerima banyak undangan ke rumah terbuka kan selepas seminggu berhari raya. Maklumlah budaya di Malaysia ini raya kan sebulan. Betul tak? Hehe. Hari-hari adalah hari raya. Begitu~

Selain rumah terbuka, budaya marhaban juga menjadi satu kemestian di dalam masyarakat kita. Bukan apa, sekarang ini mak Neeza pun tengah pening menu juadah apa yang mahu dihidangkan nanti. Kebanyakan kita biasanya hidangkan makanan yang berat. Kesian pula dengan tetamu-tetamu kalau semua rumah sediakan hidangan yang berat. Kot silap baru beberapa rumah semua dah balik rumah masing-masing sebab sakit perut.

Oleh itu, Neeza nak bagi cadangan dengan anda terutama yang duduk di kawasan Lembang Klang, kalau inginkan hidangan yang ringkas dan sedap, tak salah kalau anda hidangkan kek pada hari raya ini untuk mereka yang datang beraya ke rumah terbuka atau marhaban.. Kek adalah hidangan yang kebanyakan dari kita dari kanak-kanak sehinggalah dewasa sangat menggemari. So why not?
Nyum nyum geram tengok ala-ala hi-tea gitu!
Tambah-tambah kalau kek itu ada corak dan bersesuain dengan tema hari raya. Lagi cun. Jadi Neeza nak sarankan kalau anda nak mendapatkan kek sebegini jomlah tempah di www.eatcaketoday.com .
Eat Cake Today merupakan servis penghantaran kek sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Bahkan mereka boleh menghantar kek ke pintu rumah secepat 4 jam setelah pesanan dibuat. Menarik bukan?

Justeru itu, pihak Eat Cake Today telah melancarkan beberapa koleksi kek terbaru bersempena hari raya Aidilfitri seperti berikut; (Nak tahu info mengenai lebih lanjut tentang kek dan cupcakes satu persatu anda boleh klik pada setiap nama tersebut)
Yang ini merupakan kek kegemaran Neeza di Eat Cake Today memandangkan Neeza pernah ulas pada artikel lalu. KLIK SINI. Menariknya kali ini Eat Cake Today membawakan pelbagai variasi dalam satu saiz di mana anda tak adalah bosan untuk makan terhad kepada sejenis perisa sahaja. Lagi-lagi kalau kawan-kawan dan saudara mara datang beraya.semua ada citarasa masing-masing kan? Dan paling penting menjimatkan kos sebab tak perlu nak beli banyak-banyak lepas itu berlaku pembaziran. Tak mahu macam itu.  Tak elok lagi-lagi hari raya ini.
Cheesy Mix merupakan gabung kek Classic New York, Juicy Mangoes, Oreo cookies & cream, Sweet Strawberry, Yuan Yang Coffee & Tea
Eat Cake Today juga telah melancarkan set HuckleBerry dan New Arrival. Set Huckleberry merangkumi seperti yang berikut;
Bagi mereka yang sedang berdiet dan teringin juga nak makan kek, haaaa jangan risau. Eat Cake Today juga telah keluarkan salah satu kek iaitu Gluten-Free Flourless Orange Almond 7 inch. Jadi bolehlah anda makan dengan tenang dan bahagia tanpa perlu risau kalori kek. Kerana ianya adalah GLUTEN FREE! Yeayy!
Manakala untuk New Arrival, Eat Cake Today telah melancarkan dua jenis iaitu Macaroon Tower with Roses dan Macaroon Tower. Comelkan. Sesuai untuk bagi kepada pasangan atau jamuan serta parti. KLIK SINI dan SINI untuk info lebih lanjut tentang produk terbaru daripada Eat Cake Today.
Memang rambang mata kan? Decoration kek dan cupcakes Eat Cake Today memang sangat cantik dan rasa pun sedap lagi-lagi cheesy mix. Terbaik! Rugi tak cuba tau.
Lagi-lagi sekarang ini semua tempahan kek dan Eat Cake Today 0% GST dan 10% off sempena Hari Raya Sales. So ayuh jom dapatkan Eat Cake Today sekarang! Berminat nak tempah mana-mana kek di Eat Cake Today, anda boleh hubungi melalui;
👉Hotline: 017-8800153
👉Facebook: Eat Cake Today
👉Instagram: @eatcaketoday

Salam sayang,
Neeza

Thursday, 7 June 2018

Diskaun Telefon Sehingga 30 peratus Jualan Murah Super honor Day di Shopee

Assalammualaikum dan hai semua,
Tak lama lagi je dah nak raya kan? Mesti anda dah beli persiapan untuk hari raya Aidilfitri kan. Baju raya, kasut raya, langsir, perabot dan sebagainya, semuanya nak baru. Alang-alang semua benda nak tukar, haaa, phone itu jomlah tukar sekali. Hehe. Mahal sangat kalau tukar phone baru?

Haaaaa... jangan bimbang. Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan berbesar hati mengumumkan usahasamanya dengan honor Malaysia untuk melancarkan honor 7A dan honor 10 edisi Phantom Green secara eksklusif pada jualan murah Super honor Day di Malaysia pada 8 Jun 2018. Sepanjang jualan murah tersebut, peminat produk berasaskan teknologi boleh menikmati jualan kilat ke atas dua model telefon ini dan potongan harga sehingga 30% bagi semua produk honor. 
shopee, jualan murah super honor day,hari raya aidilfitri, honor malaysia
Best tak best? Banyak tu sehingga 30 peratus!!!
Menurut Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
“Shopee berbangga dapat meneruskan usahasama dengan honor Malaysia selepas kejayaan pelancaran honor 9 Lite dan honor 10. Kedua-kedua jenama ini berkongsi visi yang sama dalam menerokai potensi penuh industry e-dagang Malaysia dan memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik kepada pelanggan kami. Dalam masa yang sama, Shopee juga komited untuk menawarkan insentif yang hebat; Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia, Komisyen Sifar (0), Jaminan Produk Tulen 100% dan Penghantaran Semula Percuma dalam tempoh 15-hari”.

Malahan Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia berkata,
“Sebagai e-jenama telefon bimbit terkemuka di dunia bagi penggemar digital, usahasama kami dengan Shopee, sejajar dengan rekod cemerlang mereka dalam menawarkan pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang mudah untuk semua pengguna di Malaysia, merupakan suatu langkah yang pintar untuk kedua-dua pihak. Kami bekerja keras untuk memastikan produk kami berkualiti, mengikut aliran semasa, moden serta boleh didapati dengan mudah. Kerjasama kami dengan Shopee membolehkan peminat honor berpeluang untuk balik kampung dengan telefon bimbit berprestasi tinggi pada harga yang berpatutan."

Kalau dilihat kembali, telefon pintar Android sekarang semua dah mampu bersaing dengan IOS dari kelebihan pelbagai sudut. Cun juga kalau lihat design koleksi-koleksi telefon honor ini. Tak percaya?

Haaa.. lihatlah honor 7A yang baharu dijangka menjadi telefon pintar bajet yang terbaik dengan paparan FullView 5.7 inci yang selesa dipegang. Untuk memberi pengguna swafoto yang berkualiti untuk diabadikan dan dikongsi bersama insan tersayang, honor 7A turut dilengkapi dengan dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP. 
Ia juga dilengkapi dengan bateri 3000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari walaupun digunakan secara berterusan. Telefon pintar ini juga lebih berkuasa dengan EMUI 8.0 yang mampu menyokong pelbagai fungsi. honor 7A juga menampilkan dua SIM dan slot kad SD untuk kemudahan pengguna. Pengguna boleh mendapatkan honor 7A menerusi hihonor dan Kedai Rasmi honor di Shopee pada harga istimewa RM429 (RRP: RM479) sepanjang Super honor Day.

Untuk info lebih lanjut tentang spesifikasi honor 7A

Display
• 5.7 inch 1440p x 720p + display with 16,700,000 colors, 283 PPI
• 18:9 wide screen
• Multiple-point touch-sensitive screen

Size and Weight
AUM-L29A:
• 152.4 mm (L) x73 mm (W) x 7.8 mm (T)
• Approximately 150g (including the battery)
AUM-L29B:
• 152.4 mm (L) x73 mm (W) x 8.05 mm (T)
• Approximately 150g (including the battery)

Operating System
• Huawei EMUI 8.0

Processor
• Qualcomm MSM8937, Octa-Core (4 x 1.4 GHz+4 x 1.1 GHz)

Battery
• Typical value: 3000 mAh battery
• Charging duration: approximately 180 minutes from supplied charger
• Airtime: GSM: 31 hours, WCDMA: 18 hours.
• Standby time: GSM: 898 hours, WCDMA: 921 hours, LTE TDD: 811 hours, LTE FDD: 826 hours, Dual-card: 349 hours.

Memory
AUM-L29A
o ROM: 16 GB
o RAM: 2 GB
o Expandable storage: microSD card (up to 256 GB)
AUM-L29B
o ROM: 32 GB
o RAM: 3 GB
o Expandable storage: microSD card (up to 256 GB)

Camera
AUM-L29A
• 13-megapixel rear-facing camera with auto focus
o Photo resolution: up to 4160 x 3120
o Video resolution: up to 1920 x 1080 (1080P)
• 8-megapixel front-facing camera
o Photo resolution: up to 3264 x 2448
o Video resolution: up to 1920 x 1080 (1080P)
• Mode: Panorama, HDR, watermark, timer function, and time-lapse mode
AUM-L29B
• 13-megapixel rear-facing camera with auto focus
o Photo resolution: up to 4160 x 3120
o Video resolution: up to 1920 x 1080 (1080P)
• 8-megapixel front-facing camera
o Photo resolution: up to 3264 x 2448
o Video resolution: up to 1920 x 1080 (1080P)
• Mode: Panorama, HDR, watermark, timer function, and time-lapse mode

Audio/Video
• 1080P full HD video recording and video playback
• Audio file format: *.mp3, *.mp4, *.4gp, *.ogg, *.amr, *.aac, *.flac, *.wav, *.midi
• Video file format: *.3gp, *.mp4, *.wmv, *.asf
• Image format: *.png, *.gif , *.jpg, *.bmp, *.webp, *.wbmp
• 3.5 mm headset jack

Other Connectivity
• Wi-Fi 802.11b/g/n, 2.4 GHz , support Wi-Fi direct
• Bluetooth BT4.2
• USB 2.0/HS20
• GPS/AGPS/Glonass

Sensors
AUM-L29A
• Accelerometer
• Proximity sensor
• Ambient light sensor
• Compass
• Fingerprint sensor
AUM-L29B
• Accelerometer
• Proximity sensor
• Ambient light sensor
• Compass
• Fingerprint sensor

Colours
• Black/Gold

Cuma RM429!!!

Bagi mereka yang terlepas tawaran istimewa honor 10 yang lalu pasti akan teruja dengan pengenalan honor 10 dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di Shopee pada jualan Super honor Day. Pada 8 Jun 2018, peminat honor bukan sahaja boleh mendapatkan variasi Phantom Green ini pada harga RM1,599, malahan dengan setiap pembelian, pembeli akan diberi hadiah percuma bernilai RM298, selagi stok masih ada.
Untuk menikmati keistimewaan pada Super honor Day, layari: https://www.hihonor.com.my *klik(* atau https://shopee.com.my/honormy.officialstore *klik*

Untuk maklumat lanjut, layari: www.hihonor.com.my *klik* or https://shopee.com.my/ *klik*
Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

Salam sayang,


Neeza

Friday, 1 June 2018

Pelancaran Kempen Foodball Fever Pacific West Sempena World Cup FIFA 2018 di PC Studio

Assalammualaikum dan hai semua,
Kredit: Iena Elina
Pada 26 Mei yang lalu iaitu pada hari Sabtu lepas, Neeza berpeluang menyertai Makan Malam Bersama dan Berbuka Puasa bersama Pacific West dengan kerjasama PC Studio. Ini kerana PC Studio baru melancarkan menu Ramadhan mereka dengan pilihan yang mewah dan menarik  daripada hidangan Appetizer, Salad, Soup, Mains sehinggalah Dessert.
Appetizer - Tomato Bruschetta
 Som Tam Salad with Tempura Calamari Rings
 Soup - Mushroom  Soup
Soup - Classic Gazpacho
Mains - Oven Baked Fish Fillets with Carb-Free Zoddles
Dessert- Panna Cotta
Dessert - Sago Gula Melaka
Dan berikut adalah deskripsi penuh mengenai hidangan-hidangan di atas. Boleh zoom 😊
Kalau ditanya pilihan Neeza, menu yang Neeza paling suka ialah Som Tam Salad with Tempura Calamari Rings dan Oven Baked Fish Fillet with Carb-Free Zoodle. Walaupun pendapat kawan yang lain Som Tam Salad ini pedas bagi mereka, bagi Neeza yang memang tahan pedas, sedaplah. Bangkitkan citarasa Melayu. Hehe. Neeza ini kalau hidangan full course Western memang tak berapa ngam sangat tapi bila dah ada Som Tam ini, rasa tak cukup satu pinggan. Memandangkan Neeza sedang buat badan nak kurus, tentulah pilihan hidangan Neeza sebolehnya Carb-Free dan rasa mee sayur itu lebih kurang seperti bolognese. Paling sedap untuk hidangan utama itu ialah Fish Fillet daripada Pacific West. Terasa segar dan disaluti dengan cheese, fuh. Tak cukup seekor. Thank you Chef for creating this delicious food. Nak resepi boleh?😋
Bersama pihak Pacific West & rakan-rakan. Kredit: Aunty Lily Kan
Oh ya, untuk pembaca yang belum mengenali Pacific West, sejak penubuhannya di Australia pada tahun 1995, Pacific West telah berkembang menjadi nama jenama makanan laut yang dinikmati oleh berjuta-juta rumah di seluruh dunia hari ini. Mana nak dapat rangkaian produk Pacific West kalau di Malaysia? Anda boleh cari di Cold Storage, Sam’s Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Village Grocer dan lain-lain. Bagi mereka yang curious tentang produk Pacific West ini, makanan laut seperti ikan, sotong dan lain-lain, kebanyakannya daripada sumber yang segar dan berkualiti tinggi. Tak percaya? Kalau ikan, mereka tak akan gunakan fillet dowry tau sebaliknya Pallock, Talapia dan lain-lain. Oh ya, meskipun penubuhannya di Australia, produk West ini sebenarnya dimiliki oleh orang Malaysia tau.

Disebabkan itu, baru-baru ini jenama Pacific West telah memenangi Produk Makanan Inovatif Terbaik dalam Anugerah Jenama Asia Halal 2017. Anugerah ini diiktiraf oleh wakil dari JAKIM, HDC, MITTI, MATRADE dan ENTREPRENEUR INSIGH. Dengan peningkatan berterusan dan amalan terbaik Pacific West kepada kualiti dan inovasi, Pacific West menawarkan para pelanggan PERNAH YANG TERBAIK!
Pacific West juga telah menganjurkan acara antarabangsa utama seperti Sukan Olimpik Sydney, Pertandingan Tenis Wimbledon, Kelab Bola Sepak Manchester United, dan World Rugby di antara yang lain. Produk Pacific West boleh didapati di lebih daripada 20 buah negara di seluruh dunia dan paling terkini; di Disneyland (Paris, Hong Kong dan Shanghai).

Bersempena dengan World Cup FIFA 2018 yang bakal berkunjung tiba, tercetusnya idea Pacific West dan PC Studio, Chef Philip Chui mengilhamkan sajian finger food yang bertemakan bola sepak seperti Tempura Prawn Seaweed Roll, Tempura Fish Cocktails Egg Mayo Bites, Fruitty Squid Kebab dan banyak lagi.
Antara produk-produk Pacific West yang laris
Dan cetusan idea ini mungkin dapat memberi sedikit sebanyak inspirasi untuk anda menikmati produk Pacific West di rumah sambil menonton perlawanan bola sepak World Cup nanti. Maklumlah tak adalah anda bosan dengan kaedah tradisional menggoreng dan cecah dengan sos cili. Neeza pun tak sangka Chef Philip Chui boleh olah makanan ini menjadi makanan yang lebih sihat dengan menggunakan air fryer tanpa menggunakan minyak masak langsung dan dihiasi dengan sayur-sayuran yang berwarna-warni. Paling Neeza suka Tempura Prawns Seaweed Roll dicicah dengan sos Manggo Carrot. Serius sedap! Memang kena dengan citarasa orang Melayu.
Tempura Prawns Seaweed Roll with Mango Carrot Sauce
close-up
Fruitty Kebab
Fish Cocktail  Egg Mayo Biter
Pacific West range of products
Di samping itu, Pacific West juga telah menganjurkan kempen peraduan #FOODballFever yang berlangsung dari 16 April sehingga 15 Julai 2018. Kempen ini sempena perlawanan World Cup FIFA 2018 yang akan berlangsung di Rusia pada Jun ini.
Sepanjang tempoh kempen ini, pelanggan yang membeli mana-mana produk makanan laut Pacific West dalam satu resit di kedai yang mengambil bahagian, anda berpeluang memenangi pakej pelancongan ke negara pasukan bolasepak kegemaran anda bernilai RM10,000. Juga terdapat 100 barangan FOODball Fever Pacific West untuk dimenangi sebagai saguhati.

Penyertaan Peraduan FOODball Fever

Langkah 1 👉 Beli

Beli minimum satu (1) produk Pacific West dalam satu resit daripada mana-mana cawangan yang mengambil bahagian di Malaysia semasa tempoh peraduan untuk menyertai.

Langkah 2 👉 Hantar

Hantar penyertaan anda melalui:

POS – Sila poskan borang peraduan anda yang lengkap beserta resit asal ke alamat yang dinyatakan dalam borang penyertaan. Borang penyertaan boleh didapati di kedai yang mengambil bahagian.

Aplikasi WHATSAPP – Ambil foto resit asal anda dan hantar ke 019-823 1217. Setiap penyertaan mestilah disertakan Nama Peraduan “Pacific West FOODball Fever“, Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, No Telefon, Alamat Rumah, Alamat Emel & Nama Kedai (barangan tersebut dibeli).
Nota: Tertakluk kepada terma dan syarat peraduan.
Jadi tunggu apa lagi, jom standby di page Pacific West Malaysia untuk dapatkan pelbagai hadiah sempena World Cup.

Untuk maklumat lebih lanjut;
Telefon: 1800 888 389
Website: www.pacificwestfoods.com
Facebook: Pacific West

Salam sayang,
Neeza
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.