Pada 26 Mei yang lalu iaitu pada hari Sabtu lepas, Neeza berpeluang menyertai Makan Malam Bersama dan Berbuka Puasa bersama Pacific West dengan kerjasama PC Studio. Ini kerana PC Studio baru melancarkan menu Ramadhan mereka dengan pilihan yang mewah dan menarik daripada hidangan Appetizer, Salad, Soup, Mains sehinggalah Dessert.
Appetizer - Tomato Bruschetta
Som Tam Salad with Tempura Calamari Rings
Soup - Mushroom Soup
Soup - Classic Gazpacho
Mains - Oven Baked Fish Fillets with Carb-Free Zoddles
Dessert- Panna Cotta
Dessert - Sago Gula Melaka
Dan berikut adalah deskripsi penuh mengenai hidangan-hidangan di atas. Boleh zoom 😊
Kalau ditanya pilihan Neeza, menu yang Neeza paling suka ialah Som Tam Salad with Tempura Calamari Rings dan Oven Baked Fish Fillet with Carb-Free Zoodle. Walaupun pendapat kawan yang lain Som Tam Salad ini pedas bagi mereka, bagi Neeza yang memang tahan pedas, sedaplah. Bangkitkan citarasa Melayu. Hehe. Neeza ini kalau hidangan full course Western memang tak berapa ngam sangat tapi bila dah ada Som Tam ini, rasa tak cukup satu pinggan. Memandangkan Neeza sedang buat badan nak kurus, tentulah pilihan hidangan Neeza sebolehnya Carb-Free dan rasa mee sayur itu lebih kurang seperti bolognese. Paling sedap untuk hidangan utama itu ialah Fish Fillet daripada Pacific West. Terasa segar dan disaluti dengan cheese, fuh. Tak cukup seekor. Thank you Chef for creating this delicious food. Nak resepi boleh?😋
Bersama pihak Pacific West & rakan-rakan. Kredit: Aunty Lily Kan
Oh ya, untuk pembaca yang belum mengenali Pacific West, sejak penubuhannya di Australia pada tahun 1995, Pacific West telah berkembang menjadi nama jenama makanan laut yang dinikmati oleh berjuta-juta rumah di seluruh dunia hari ini. Mana nak dapat rangkaian produk Pacific West kalau di Malaysia? Anda boleh cari di Cold Storage, Sam’s Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Village Grocer dan lain-lain. Bagi mereka yang curious tentang produk Pacific West ini, makanan laut seperti ikan, sotong dan lain-lain, kebanyakannya daripada sumber yang segar dan berkualiti tinggi. Tak percaya? Kalau ikan, mereka tak akan gunakan fillet dowry tau sebaliknya Pallock, Talapia dan lain-lain. Oh ya, meskipun penubuhannya di Australia, produk West ini sebenarnya dimiliki oleh orang Malaysia tau.Disebabkan itu, baru-baru ini jenama Pacific West telah memenangi Produk Makanan Inovatif Terbaik dalam Anugerah Jenama Asia Halal 2017. Anugerah ini diiktiraf oleh wakil dari JAKIM, HDC, MITTI, MATRADE dan ENTREPRENEUR INSIGH. Dengan peningkatan berterusan dan amalan terbaik Pacific West kepada kualiti dan inovasi, Pacific West menawarkan para pelanggan PERNAH YANG TERBAIK!
Pacific West juga telah menganjurkan acara antarabangsa utama seperti Sukan Olimpik Sydney, Pertandingan Tenis Wimbledon, Kelab Bola Sepak Manchester United, dan World Rugby di antara yang lain. Produk Pacific West boleh didapati di lebih daripada 20 buah negara di seluruh dunia dan paling terkini; di Disneyland (Paris, Hong Kong dan Shanghai).
Bersempena dengan World Cup FIFA 2018 yang bakal berkunjung tiba, tercetusnya idea Pacific West dan PC Studio, Chef Philip Chui mengilhamkan sajian finger food yang bertemakan bola sepak seperti Tempura Prawn Seaweed Roll, Tempura Fish Cocktails Egg Mayo Bites, Fruitty Squid Kebab dan banyak lagi.
Antara produk-produk Pacific West yang laris
Dan cetusan idea ini mungkin dapat memberi sedikit sebanyak inspirasi untuk anda menikmati produk Pacific West di rumah sambil menonton perlawanan bola sepak World Cup nanti. Maklumlah tak adalah anda bosan dengan kaedah tradisional menggoreng dan cecah dengan sos cili. Neeza pun tak sangka Chef Philip Chui boleh olah makanan ini menjadi makanan yang lebih sihat dengan menggunakan air fryer tanpa menggunakan minyak masak langsung dan dihiasi dengan sayur-sayuran yang berwarna-warni. Paling Neeza suka Tempura Prawns Seaweed Roll dicicah dengan sos Manggo Carrot. Serius sedap! Memang kena dengan citarasa orang Melayu.
Tempura Prawns Seaweed Roll with Mango Carrot Sauce
close-up
Fruitty Kebab
Fish Cocktail Egg Mayo Biter
Pacific West range of products
Di samping itu, Pacific West juga telah menganjurkan kempen peraduan #FOODballFever yang berlangsung dari 16 April sehingga 15 Julai 2018. Kempen ini sempena perlawanan World Cup FIFA 2018 yang akan berlangsung di Rusia pada Jun ini.
Sepanjang tempoh kempen ini, pelanggan yang membeli mana-mana produk makanan laut Pacific West dalam satu resit di kedai yang mengambil bahagian, anda berpeluang memenangi pakej pelancongan ke negara pasukan bolasepak kegemaran anda bernilai RM10,000. Juga terdapat 100 barangan FOODball Fever Pacific West untuk dimenangi sebagai saguhati.
Sepanjang tempoh kempen ini, pelanggan yang membeli mana-mana produk makanan laut Pacific West dalam satu resit di kedai yang mengambil bahagian, anda berpeluang memenangi pakej pelancongan ke negara pasukan bolasepak kegemaran anda bernilai RM10,000. Juga terdapat 100 barangan FOODball Fever Pacific West untuk dimenangi sebagai saguhati.
Penyertaan Peraduan FOODball Fever
Langkah 1 👉 Beli
Beli minimum satu (1) produk Pacific West dalam satu resit daripada mana-mana cawangan yang mengambil bahagian di Malaysia semasa tempoh peraduan untuk menyertai.
Langkah 2 👉 Hantar
Hantar penyertaan anda melalui:
POS – Sila poskan borang peraduan anda yang lengkap beserta resit asal ke alamat yang dinyatakan dalam borang penyertaan. Borang penyertaan boleh didapati di kedai yang mengambil bahagian.
Aplikasi WHATSAPP – Ambil foto resit asal anda dan hantar ke 019-823 1217. Setiap penyertaan mestilah disertakan Nama Peraduan “Pacific West FOODball Fever“, Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan, No Telefon, Alamat Rumah, Alamat Emel & Nama Kedai (barangan tersebut dibeli).
Nota: Tertakluk kepada terma dan syarat peraduan.
Jadi tunggu apa lagi, jom standby di page Pacific West Malaysia untuk dapatkan pelbagai hadiah sempena World Cup.
Untuk maklumat lebih lanjut;
Telefon: 1800 888 389
Website: www.pacificwestfoods.com
Facebook: Pacific West
Salam sayang,
Neeza
semua makanan dekat atas tu sedap-sedap nya.hai kak neeza.rabia singgah blog kak neeza ni.
ReplyDelete