Sunday, 23 June 2019

Jom Menang Hadiah sempena Kempen Ceria Raya Tampil Bergaya Pacific West Malaysia

Assalammualaikum dan hai semua,
Baru-baru ini Neeza berkesempatan untuk berbuka puasa di Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur anjuran Pacific  West Malaysia. Serius ini kali pertama Neeza ke sini dan terpegun dengan kecantikan bandaraya Kuala Lumpur dari view Atmosphere 360. Jangan memain tau dekat sini kalau naik lif bukan guna tingkat lagi dah tapi jarak meter. Siapa boleh teka berapa meter? Hehe.
Okay sebenarnya tujuan Pacific West Malaysia ingin memperkenalkan kempen terbaru mereka iaitu Ceria Raya Tampil Bergaya Pacific West yang bermula 15 April sehingga 15 Julai 2019 di mana mereka ingin menghargai para pelanggan yang memberi sokongan padu kepada Pacific West selama bertapak di Malaysia. Kempen ini menggalakkan pelanggan membeli mana-mana produk makanan laut Pasifik West dalam satu resit di mana-mana kedai runcit atau pasaraya dan berpeluang memenangi motosikal baru.

Terdapat juga 10 unit Tefal Air Fryer untuk dimenangi tau! Nak tah  u berapa nilai hadiah yang mahu diberikan Pacific West? Semua hadiah bernilai RM40,000. Korang boleh beli produk keluaran mereka di semua kedai runcit utama di Malaysia seperti Cold Storage, Sam's Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Village Grocer dan banyak lagi. 

Di dalam majlis ini, Pacific West juga telah memperkenalkan beberapa produk baru seperti Deep Sea Frosty Fish Fillets, Prawns dan Fish Cocktails. Untuk pengetahuan anda semua, bermula tahun ini Pacific West telah menggunakan logo yang baru di mana lebih kemas dan professional.
Di dalam majlis ini juga, kami disaji dengan sajian bertaraf 5 bintang oleh Chef Atmpshere 360. Menariknya chef telah mengolah dengan menggunakan produk daripada Pacific West. Menarik kan?
Chef dari Atmosphere 360 bersungguh-sungguh menerangkan pada kami olahan menggunakan produk-produk Pacific West dalam sajian yang disediakan. Memang berbezakan layanan restoran bertaraf lima bintang kan. Nak tahu sajian apa? Skroll di bawah.
Popcorn Fish Satay with Peanut Sauce, Vietnamese Spring Roll with Breaded Torpedo Prawn and Nuoc Cham
Toast Salmon Nigiri, Salt and Pepper Squid with Mentai Aioli
Cod Fish Fingers with Honey Tomato Sauce, Tempura Prawns and Tempura Natural Calamari Rings with Vegetables Bouquet and Parslied Crushed Potato
Dusted Baby Squid dengan Creamy Prawns Bisque
Nasiblah dapat meja paling havoc dan riuh. Rindunya dekat korang. Lepas ini tak jumpa lagi dah.
Itu sahaja yang Neeza nak kongsikan hari ini. Jangan lupa untuk join okay! Untuk maklumat lebih lanjut,

Salam sayang,
Neeza

No comments:

Post a Comment

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.