Showing posts with label Churros. Show all posts
Showing posts with label Churros. Show all posts

Saturday, 23 September 2017

Kemeriahan Sekitar Acara Grand Final 2017 National Churros Eating Championship

Assalammualaikum dan hai semua,

Minggu lepas, Street Churros Malaysia telah mengadakan 2017 National Churros Eating Championship bertempat di Berjaya Times Square. Ini merupakan pusingan akhir dan sebanyak 5 buah kumpulan akan bertanding untuk merebut hadiah utama iaitu  menikmati Churros secara PERCUMA selama setahun dari Street Churros Malaysia. 
5 buah kumpulan itu terdiri daripada;
  1. Budget Good Good
  2. Kedai Goreng
  3. Ayam Mee
  4. Big Mouth (team blogger)
  5. Banana Power
Untuk Neeza tentulah Neeza sokong Big Mouth yang terdiri daripada Kak Aiin Baharom, Kak Eyza Mel dan my love yayang Nur Alja sebab itu satu-satunya kumpulan blogger yang berjaya masuk ke pusingan akhir. 
Team Big Mouth
Macam-macam gelagat yang menghiburkan dari peserta-peserta ini bertanding dan mengatur strategi mereka untuk makan Churros itu semasa cabaran ini. Hanya 20 minit sahaja masa yang diberikan untuk mereka habiskan Churros dekat atas meja itu. Daebakkk!
Bolehlah mereka ini merasa macam ala-ala Muk Bang yang Youtuber makan banyak itu. Untunglah Street Churros bagi kesempatan itu dekat korang.

Kalau Neezalah, meskipun Neeza ini bam bam, kalau makan terlebih ini boleh meletup perut den. Lagi niaya kalau dah pergi makan dulu sebelum kena paksa makan banyak. Huhuhu.

Tapi hadiah memang lumayan beb. Dapat makan Churros selama setahun secara PERCUMA. Setahun okay setahun!!!

Dan keputusannya ialah....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tahniah buat pasukan Bajet Good-good!
Cayalah korang. Terbaik. Apapun tahniah juga buat semua pasukan yang dah berjaya habiskan cabaran ini dengan jayanya. 
Lagipun setiap peserta yang bertanding di peringkat akhir ini merupakan pemenang yang telah dipilih melalui beberapa acara saingan yang dijalankan di cawangan Street Churros di seluruh Malaysia. Bukan mudah tau. Tapi mereka dah habiskan cabaran ini dengan sehabis baik. 
Apapun terima kasih dan tahniah juga kepada Street Churros, Cornery – The Popcon Gallery dan Softree yang telah menganjurkan dan menaja  2017 National Churros Eating Championship. Semoga aktiviti boleh dijadikan sebagai acara tahunan yang dapat menarik pengunjung untuk datang ke Street Churros.
Arghhh... tetiba dah rasa craving balik ini. Terliur tengok gambar ini. Teringin nak makan Churros lah. Kejap lagilah singgah dekat kiosk Empire Gallery dekat Subang. Hmm, kan best kalau dapat Churros percuma macam mereka itu. Huhu. Dalam mimpi jelah, pergi beli sendiri ya Neeza, hahaha.

Untuk maklumat lebih lanjut
Facebook: StreetChurrosMY
Instagram: streetchurrosmy
Web: streetchurros.com.my

Salam sayang,
Neeza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.