Friday, 12 February 2016

Dapur Baru


Merasmikan dapur sementara dengan masakan Pak Choy goreng dan Ketam masak lemak *kakak housemate masak*
Banyaknya yang aku dah ketinggalan dalam dunia blogging ini. Maklumlah dah lama tinggalkan arena ini hampir setahun jugalah. Busy apa entah Neeza pun tak tahu. Hahaha.

Memandangkan dah lama Neeza tak update pasal my life *walaupun tak ada orang nak tahu pun pasal life kau Neeza oi* tapi Neeza nak cerita jugak! Yelah, blog sendiri kan. Huhu. Well, now I am in holiday mood since tengah cuti semester untuk pelajar degree terutama UiTM. Cuti habis hujung minggu ini. So, please enjoy puas-puas buat segala aktiviti yang kau nak Neeza oi.

Mesti semua orang ingat sekarang Neeza dekat rumah di kampung halaman tercinta kan? Nope! You are wrong. Yes I balik bulan 1 but now I balik awal since dah ada rumah sewa kan. Malas nak apply kolej sebab nak rasa duduk berdikari pula. Ewah. Sebenarnya dah bosan duduk hostel. Hihi. 

Rumah ini actually Neeza dah masuk since bulan 12 *masa itu still duduk dalam kolej lagi*. Awal gila kan? Sebenarnya nak booking cecepat. Susah nak cari bilik seorang yang harganya bawah RM300. Bila dah jumpa terus coplah. Well, bukan tak nak sharing tapi nak privacy. Alhamdulillah lah jumpa rumah ini. Memang laluan semua bas *aku mana reti nak drive* Kat sini ada swimming pool, gym, tasik, tempat makan. Pendek kata strategiklah. Boleh lah Neeza fokus nak diet. Hahaha.

Cuma bila dah pindah ini, satu je yang Neeza tak boleh lakukan dekat rumah. Nak MASAK! Huhu.Sebabnya kakak housemate aka owner rumah ini pun baru pindah juga. So, kitchen kabinet belum buat. So, berhuhu lah Neeza makan dekat luar selama duduk di rumah ini. Tapi semalam , yeayy! Dapat dapur sementara. Nampak kelakar sikit tapi janji boleh masak. I love it!

Untung future husband, I request dapur simple macam ini je :-p *gurau*
Actually I am really love cooking! Cuma itulah tengok dapur jugak. Kalau moden yang hud ceramic induction bagai, memang taklah nak masak. Sebab tak reti guna! Huhu. Mengakulah, since mak renovate dapur tukar dari dapur lama ke dapur moden, I jarang gila masak. Masak bila ada orang tolong bukakan api :')) Dasyhat kan. Hahaha. Itu sebab bila Neeza cari rumah sewa, benda kedua Neeza tengok ialah dapur. Memandangkan kakak housemate cakap rumah dia guna dapur macam ini, so okeylah. Sebab rata-rata rumah yang Neeza tengok banyak guna dapur baru moden. Grr..


Sebelum dapur sementara siap, kakak housemate siap beli oven you alls. Maka bertaringlah Neeza. I love baking too! Especially brownies. Semalam siap singgah kedai beli loyang dan bahan-bahan buat kek *not completely yet* Dalam kepala ini muncul banyak resepi bermain di minda. Nak try kek sarang semut, kek lemon, dan macam-macam lagilah. Kalau dapur sementara, resepi macam spagetti bolognese, cabonara, dan banyaklah. Time inilah nak asah supaya jadi perfect wife ke *mana tahu jodoh cepat datang, bolehlah get ready* Hihi GURAU jelah :-p

Mungkinkah lepas ini entri-entri blog akan dipenuhi dengan resepi-resepi? Tunggu~~

Salam sayang.
-Haneeza Mohamad-

Tuesday, 18 August 2015

Apa Dan Di Mana?


Mula-mula Neeza nak diam-diam je, tapi ramai pula tanya “Heyyyy, kau dapat course apa? Dekat mana?” pening den dibuatnya. Huhu. Lagipun dah lama tak update blog ini kan. Jadi segala-galanya akan diluahkan di sini.

Alhamdulillah, Neeza dapat penyerapan UiTM selepas habis asasi April yang lalu. UPU tak dapat. Ada orang kata kalau penyerapan dah dapat, UPU memang tak dapat. Tak tahu betul ke tak? Apa yang pasti Neeza ada apply UPU dan juga penyerapan UiTM. Saja nak cuba nasib. Huhu.

Inilah keputusan penyerapannya. Tadaaaaaaaaaa!!!!

Course: Bachelor of Applied Language Studies (Hons.) English for Professional Communication
Campus: UiTM Shah Alam

Masa Neeza dapat tahu ini, mula-mula kegirangan meloncat hoooooreyyyy!! Lepas itu, cari mak 1 rumah "mak, mak dekat mana" rupanya tengah beri kucing makan dekat luar. Lepas beritahu mak dan tunjuk handphone surat tawaran, mak nangis. Aduh aduh sayang. Neeza pun bertukar rasa sedih pula. Huhuhu

Mesti ramai yang pelik dan gelak pun ada. Hahaha. Neeza? English? Yelah, masa sekolah dan asasi dulu-dulu kala, nak dengar Neeza cakap English memang rare lah kecuali masa kelas English tak pun masa presentation dan debate. Dekat blog ini pun cakap Melayu ajeee. Huhu.

Law? How about law?

Well, last minute tukar fikiran masa nak isi borang penyerapan. Sebab Neeza temui sesuatu yang baru semasa semester akhir asasi, masa Neeza nak ambil MUET. Masa itu puas aiiih cari cikgu yang buat kursus nak score MUET. Jumpa pun seorang dua. Pula itu, ada yang duduk jauh sangat, dan ada itu yuran pula jebon mahalnyaaa.

Dan apa yang Neeza perhatikan ramai kawan-kawan tak kiralah kenal masa asasi ke atau baru kenal masa MUET, ada yang takut sangat, kalau aim tinggi itu tak dinafikanlah. Neeza rasa macam biasa je MUET itu. Bukan nak riak ke benda, rasa macam bagus je English, bukan! bukan! Tapi Neeza rasa macam exam biasa. Mungkin Neeza dah terbiasa masa ambil kelas English dekat pusat bahasa masa zaman sekolah.

Itu yang Neeza rasa Neeza nak jadi cikgu MUET. I want to help others eventhough I know my English maybe not good enough right now. Akan tetapi semua itu boleh dipertingkatkan kan? Hala tuju Neeza, yang Neeza nampak sekarang, persue with this course, then, after graduate, continue with KPLI, In Shaa Allah, doakan Neeza ya. Amin.

Sekarang semua dah siap. Medical check up dah settle, dokumen semua dah siap, cuma kejap lagi nak pi settle minta cop ketua kampung. PTPTN memang tak ambil, sendirian berhad. Mesti ada yang kata bukan main cepat urus, excited noooooo. Taklah, urus cepat sementara mak masih ada di Malaysia. In Shaa Allah, hujung minggu ini mak dah nak berangkat untuk ke Tanah Suci mengerjakan haji. Hmm, so sekarang apa yang tinggal untuk Neeza ialah tunggu jelah tarikh daftar 5 haribulan ini. Huhu. *sedihnya daftar seorang-seorang nanti,huhu*

Mesti ada kawan-kawan yang pelik 5/9 baru nak daftar?

Sebab kebanyakan 30 atau 1 haribulan daftar. Kategori Neeza memang tak payah orientasi. Best memang best. Cuma ada satu je yang tak best. Apa dia? Sebab masa 2 hari daftar itu nantilah kena puas meronda 1 kampus nak tahu bangunan apa, laluan bas macam mana dan sebagainya. Kalau orientasi biasanya abang akak fasi tunjukkan. Ini kena cari sendiri. Huhuhu. Dahlah kampus besar gilaaaa sebab main campus kan. Waaaaa~ dedooooo kitalah. :'))

Okaylah itu sahaja coretan Neeza hari ini. Harap semuanya baik-baik belaka nanti.

Wednesday, 22 April 2015

Mario Badescu untuk Luxola

*Assalammualaikum*

Hai guys! Gembiranya Neeza hari ini. Kenapa eh? Hehe. Betul ini nak tahu? Entri hari ini cukup istimewa sekali, khas untuk pembaca blog Neeza, jadi kenalah  baca sampai habis. Ngeee~ Recently, I tried to use one of the international products, after I read the entry write by Izzah Harriraf. Well, you know me, I love so much to try new products, especially skincare. Alhamdulillah, my face does not have any problem when every time I change to a new product.

So, produk yang paling latest Neeza cuba ialah Mario Badescu.

Seriously, for the first time I use this product, I fall in love with it!

Dah ada partner! Yeayyy!
I had tried on two products by Mario Badescu, Enzyme Revitalizing Mask and Special Healing Powder. At first, nak try White Mask, tapi dah habis stock. Baru berangan nak putih. Hehe. Tapi tak ada banyak beza pun Enzyme Revitalizing Mask pun. Pilih Special Healing Powder pun sebab nak ada peneman pada berus Bobbie Brown. But those products really helpful in reducing acne /kurangkan jerawat!

Enzyme Revitalizing Mask


Harga: RM110.00
Keistimewaannya: Sesuai untuk semua jenis kulit. Kandungan dalam produk seperti betik dan ekstrak anggur (ada antioksida vitamin A dan E) buat kulit lebih naik seri, lembut dan bersinar-sinar. Tekstur ringan, kurangkan jerawat dekat muka dan kurangkan kemerahan kulit muka terutama yang selalu terdedah dengan cahaya matahari.

Tak reti sangat sebenarnya sapu tapi serius enjoy pakai mask ini. Hehe
Pendapat Neeza: Wangi, ringan, dan berkesan! Memang betul kurangkan kemerahan di kulit muka terutama cuaca panas sebab Neeza ini jenis kulit putih *bukan nak perasan, tapi memang ada darah kacukan Chinese* .Problem untuk kulit putih ini memang selalu nampak merah dekat pipi dan dagu, tak payah blusher, hehe. Tapi selalu nampak dengan jelas jerawat dan blackhead.

Bila pakai mask ini, boleh nampak ada perubahan, dah tak merah sangat, jerawat kecut dan paling best dapat kurangkan stress. Dah penat-penat kerja *12 jam*, balik rumah terapikan kulit, sebelum terlelap 20 minit, pakai mask ini dulu, serius, I syorkan mask ini! It's such a wonderful moment.

Special Healing Powder

Harga: RM67.00
Keistimewaannya: Diformulasikan untuk kulit yang berminyak, membantu dalam mengurangkan pores dan iritasi terutama di bahagian T-zone dan membantu seimbangkan minyak dalam kulit muka.

Ignore mata panda kerja 12 jam :')
Pendapat Neeza: Best sangat guna produk ini sebab walaupun jenis kulit Neeza ini jenis kombinasi, tapi memang Neeza ada problem dengan T-zone, berminyak dan pores sangat jelas kelihatan and my make up always ruined! Nak menangis rasanya. Huhu, tetapi bila pakai produk ini, dah tak payah risau sangat dah. Bahagian T-zone dah tak berminyak sangat dan pores dah tak nampak sangat dah sebab dah makin kecil. Selalunya Neeza guna special healing powder ini selepas sapu BB cream. It's acts like loose powder.

TIPS: Actually dalam bekas ini dah provide dengan span tetapi sapuan terbaik adalah bersama berus! Supaya nampak lagi natural gitu~ That’s’ my Bobbie Brown dah ada teman dah. Hehe.

Seriously, I give  5 stars for both products. Belum produk lain-lain ini *mula dah tamak* Hehe. Banyak tau sebenarnya produk Mario Badescu ini, kebanyakan memang membantu dalam masalah kulit terutama jerawat sebab Mario Badescu ini diibaratkan sebagai pakar jerawat. So, let’s have a try on Mario Badescu! Tak rugi tau~ Berbaloi-baloi.

Mana nak dapatkan ini Neeza?

Okey, sesiapa yang selalu pergi Saphora, bolehlah try a look into this product. But, untuk yang duduk jauh dari Saphora macam Neeza ini, mana nak dapat produk Mario Badescu ini? Boleh dapatkan DI SINI! Serius, servis dari Luxola memang tip top dan berkualiti terutama dari segi  cepat dalam pengurusan jual beli dan penghantaran! Tak tipu okey~ perkara inilah paling iolls cerewet but Luxola memang terbaik!! Ditambah lagi Luxola selalu bagi discount/promo buat pelanggannya. :-D


Nampak harga Mario Badescu ini agak tinggi sikit tetapi buat pembaca-pembaca blog ini, Luxola buat promo sebanyak… jeng..jeng.. bukan 5, bukan 10 tapi..

SEBANYAK 15%!!!

Wuhuuu~ macam mana nak dapatkan?

Bila korang dah pilih produk yang nak dibeli, mana-mana produk Mario Badescu*bukan hanya 2 produk ini sahaja* bila nak buat pembayaran, masukkan promo code “BLX-HANEEZA”  dan  you alls dapat menikmati promo tersebut. *yeayy, besar tau discount itu* Hanya untuk sebulan sahaja TAU~ Jangan fikir lama-lama. Tak rugi pun malah berbaloi-baloi. Lovely, come on! Grab  and try it now~

Salam sayang,
-Haneeza Mohamad-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.