Sunday, 6 October 2013

Review-Bedak Miyami 2 Way Cake Foundation

*Assalammualaikum*

Hye you alls semua. Dah lama rasanya tak review barangan dalam blog ini. Last entri is about Tudung Aidijuma. Yeah~ today ada mood tiba-tiba nak review tentang produk kecantikan iaitu bedak asas / foundation. Kawan-kawan adalah tanya, " Eh, Neeza bedak apa yang kau pakai bedak apa? Smooth jer~ Tahan lama, dari kelas pagi pukul 8 sampai pukul 1 petang, maintain. Simply Siti?" Hahaha, Neeza mampu gelak sahaja. Simply Siti? Yang, ingat Neeza ini kaya raya sangat ke. Kalau dah kerja, bolehlah pakai Simply Siti ke, Mac ke. Kan?

Then, bedak asas jenama apa yang Neeza guna? Oh sebelum terlupa, nak bagitahulah, Neeza ini bukan jenis yang suka mekap tebal-tebal sepuluh inci. Neeza kalau pergi mana-mana just bedak asas sahaja. Tak ada makna nak blusher, eyeshadow bagai. Touch up bedak asas pun sikit-sikit sebab dulu pernahlah kena tegur, "Dahlah kau putih, pakai tebal dah macam opera cina." Plus, tak naklah kena label sebagai "tepung gomak" dalam kuliah. Oh, tidak!! Mimpi ngeri I you~~


Haish, dah terpesong-pesong pula Neeza bebel dari tadi. Haha, berbalik kepada soalan, jenama bedak asas yang Neeza guna ialah produk Miyami 2 Way Cake Foundation. Bedak ini best sangat. Bedak ini bukan sekadar bedak asas malahan sebagai foundation. Kalau dalam keadaan kering, jadi bedak asaslah. Kalau basahkan span, transform as foundation, hah, magic kan? Tapi kalau memanjang pakai as foundation alamatnya cepat habislah kan. Neeza guna as bedak asas je. Jimat! Dulu you alls, Neeza masa zaman sekolah pakai bedak ini, boleh tahan sampai 4 hingga 6 bulan, well i kan budak baik, jarang keluar rumah, tapi sekarang siang malam, pagi petang ada kuliah,then ada kelas malam memanjang, memang hampir 2 bulan sahajalah dia bertahan.Hihi.

Macam mana Neeza boleh terpikat dengan bedak asas Miyami ini. Well, masa zaman form 4 dulu, zaman awal remaja yang still mencari-cari identiti diri, mencari barang keperluan yang sesuai dengan jiwa. Bermacamlah produk yang di try tapi semuanya hampeh. Pernah Neeza pakai satu jenama itu, muka Neeza berubah macam monster. Banyak jerawat timbul. Dahlah masa itu muka Neeza gelap sebab kawad. Huh, turun saham! Faham-fahamlah dah nama pun student, pakai jenama yang murah-murahlah. Tengok kawan pakai okey jer, Neeza trylah. Hah, amek kau! Muka dahlah sensitif. Menangis 2 minggu woo, sampai kena treatment. Sedih.

Kebetulan, ada kawan Neeza, siapa lagi, Dylalah, syorkan Neeza try pakai Miyami. Hehe, trial guna dia punya. Tempek sikit. Best! Bedak dia kekal lamalah. Kena reti adjust kalau nak rata. Okey jer, Neeza guna. Lepas itu menabunglah Neeza untuk beli. Kejap jer menabungnya sebab masa itu nak dekat raya. Cukup jer duit, terus beli dekat Cosway. Mahal woo masa itu RM28. Dasar cekik darah. Tapi pada Neeza biarlah mahal asalkan produk itu sesuai dengan kita, kan? Sejak itu jadilah pengguna setia Miyami dan masa form 4 dan form 5, beli bedak Miyami dengan jiran merangkap mak cik van. Dia dan anak dia *kawan Neeza* pun pakai Miyami.

Beli dengan mak cik van murahlah sikit,cuma RM22. Well, selalu kan Cosway, promotion buy 3, each bedak, price RM22. Kiranya tumpang sekakilah. Hihi. Lepas itu, sejak dapat kak ipar, tengok barangan make up dia. Hihi, intai-intai. Tak sangkalah pula, dia pun pengguna bedak asas Miyami. Satu family dia guna. Sejak itulah, Neeza kirim suruh dia belikan. Dengan kak ipar best! Selalu dapat free. Hihi. Tapi tak kanlah nak suruh dia belikan selalu. Boleh bankrupsi. Sekarang Neeza rasa better beli sendiri. Well, ada duit elaun katakan. Hoho.

Bedak asas Miyami ini best sangat. Neeza dengar ramai artis guna make up ini. Buktinya Neeza lihat sendiri dulu,dalam sebuah cerita dekat TV3, tak ingat cerita apa, waktu petang pukul 7, cerita itu start. Adalah adegan, macam tak puas hati, nak sportcheck barang dalam handbag. Dia keluarkan semua barang dan terdetik hatiku berkata apabila ternampak sesuatu yang familiar "Eh, itu bukan macam produk Miyami ke?." Artis pun pakai tahu. Mak cik van Neeza pun ada kata, mak andam selalunya gunakan ini kalau nak pergi annual dinner sebab ada kawan dia itu mak andam. Kelas kan bedak Miyami ini.

Dan apabila kita sudah bertemu dengan satu produk yang sesuai dengan diri kita, absolutely dah tiada cari yang lain dah,setia pada yang itu saja. Eceh, ayat tak menahan. Seriously, bila Neeza pakai produk lain, serba tak kena. Nak juga Miyami! Nak juga! Nak juga! Lagipun produk ini bagus, ada pelindungan dari UVRay SPF15 , made in Japan lagi, and kebanyakan produk dari Cosway berkualiti dan mencapai standard. Jadi apa lagi kau nak untuk dapatkan muka yang flawless kalau Miyami memenuhi kriteria? *sambil jeling produk lain* So, jom ramai-ramai dapatkan produk ini di Cosway yang berdekatan anda. :-)


p/s: Bedak Asas Miyami 2 Way Cake foundation didatangkan dengan 3 jenis tone sama ada light, medium dan dark. But jarang dan susah nak dapat dark. Make sure it is original! TQ.

Salam Sayang.
-Haneeza Mohamad-

4 comments:

  1. bedak ni memang ok pun kan.. he2..

    ReplyDelete
  2. aah.. best guna, akan ku setia menggunakannya sehingga hujung nyawa, eceh, ayat tak menahan~hehe :D

    ReplyDelete
  3. Jemput singgah...
    http://mykedaifarmasi.blogspot.com/
    <>

    ReplyDelete
  4. Salam, hi awak. Saya nak amik review awak boleh? Sy akn creditkn blog awk.


    019 4010946
    ;))

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.