Hai semua.
Takoyaki Paling Sedap Di Muar l Dah lama kan Neeza tak review makanan. Maklumlah sibuk dekat fitness, last-last kelaut juga seminggu ini, :-P By the way, masa duduk dekat rumah hari itu sempena cuti semester (lepas raya sehingga akhir Ogos), Neeza berpeluang mencuba rasa takoyaki yang dijual tak jauh dari rumah Neeza. Depan taman je okay! :3
Sebelum ini, Neeza pernahlah usha-usha timeline kawan-kawan dan group anak Muar, takoyaki itu memang sedap. Seingat Neeza lah, Neeza ada baca komen yang gerai takoyaki ini satu-satunya di Muar. I am not really sure of it. Ada juga yang bagi komen, beritahu yang owner ini pernah duduk di Jepun jadinya rasa takoyaki dia hampir nak sama dengan rasa sebenar takoyaki.
Itu yang buat Neeza rasa nak cuba sangat kesedapan takoyaki ini. Mula-mula eceh macam tak nak try sebab busy diet masa cuti semester itu, tapi cakap dekat diri sendiri "sebelum balik Shah Alam, tak salah nak cuba kan? Cheat sekali jelah"
Maka..
Pada satu petang beberapa hari sebelum Neeza bertolak ke Shah Alam, punyalah gigih jalan kaki and seberang jalan. Maklumlah I kan rajin sangat nak menghadap kesesakan jalan raya itu. Gerai itu terletak di tepi Jalan Temenggung Ahmad, landmark Petron dan bekas Mahkamah Majistret. Alaaaa, bertentangan dengan pasaraya Green dan restoran Norsiah. Alaaa nampak banner, itulah dia.
Bila sampai, terus order nak 1 bungkus, alaaaa, jadilah, cheat pun berpada-padalah. Mak pula jenis makanan Jepun makanan Korea or makanan oversea tak berapa sangat, rasanya Neeza seorang jer yang suka mencuba makanan lain daripada lain ini. Tapi janganlah bagi aku daging harimau masak bolognese, memang aku tak makanlah. :P
Dalam satu bungkus itu ada 4 biji takoyaki, serius besar beb. Lagi besar yang Neeza beli dekat Shah Alam ini. Harganya RM5 untuk 1 set. Memang berbaloi sangat harga dia dengan bahan-bahan yang dia bagi banyak. Penuh dalam mulut beb. Terangkat lagi-lagi bila makan panas-panas. Rasa kenyal bancuhan tepung dan sotong itu sebati dengan bahan-bahan itu terus sos mayonis dia, bila makan, cair dalam mulut, perghhh.. serius sedap. Topping dia muai kot, banyak betul. I loikeee
Serius Neeza cakap, takoyaki ini memang paling sedap yang pernah Neeza beli sebelum ini *masa takoyaki ini mula-mula nak viral dedulu*. Betul lah kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri *entah betul ke entah tak peribahasa aku ini*. Neeza pun memula macam tak percaya dekat Muar ini dah ada takoyaki. Huhu.
Masa beli takoyaki, pekerja and owner dia okay ramah and senyum. Lagipun tidak ambil masa lama nak siapkan order. Pantas. Cuma janganlah panggil I hakak, deepnya, terasa tua. :')) Okay, #sisgurau jer. Haha.
Haaa! Rasanya pemilik gerai ini pun ada buat servis penghantaran ke premis/rumah dan catering untuk takoyaki ini. Bolehlah korang contact dia sendiri *dekat Muar jelah kot*. Okaylah itu sahaja yang Neeza nak review hari ini. Orang Muar should try this. Rugi beb kalau tak reti makan. Huhu.
Gerai : 11:00am-6:30pm
Cod : 12:00pm-6:30pm
Facebook: Rich Man Takoyaki
Selamat mencuba!
Salam sayang.
p/s: Ini merupakan review ikhlas dari pemilik blog, tidak disponsor oleh mana-mana pihak.
Saya menantu orang muar. Hee. Akan terjah kedai ni bila balik muar nanti. Tq for sharing :)
ReplyDeletela ye ke? :D kena terjah sebab sedap sangat :)
Deletetak penah makan lagi. tapi nampak sedap. boleh dicuba :D
ReplyDeletehehe, kena cuba :D
DeleteMemang nampak sedap betul tu Neeza.. tengok gambar pun terliur... tah bila masalah pulak nak ke Muar... kalau pegi nanti sure cari...
ReplyDeleteHehe, dengan topping dia yang melimpah ruah...pergh.. huhu, kalau bercuti dekat Melaka or datang JB try laaaaaa.. :)
Delete