Assalammualaikum dan hai semua!
Beauty Tips : Sharing Session l Dah lama rasanya tak buat sharing session. Jadinya, hari ini Neeza nak kongsi dengan you alls beberapa tips kecantikan. Bila sahaja kita sentuh topik tentang kecantikan pasti ianya dapat menarik perhatian ramai wanita. Ini kerana isu ini adalah antara kegemaran wanita di luar sana. Sudah menjadi lumrah wanita mempunyai sifat yang semulajadi apabila ianya melibatkan benda-benda yang cantik. Siapa yang tak nak cantik kan?
Itu sebab sekarang ini Neeza sedang berusaha untuk ikuti semua tips yang bakal Neeza kongsikan di bawah ini, Walaupun asas tapi inilah yang berkesan sebenarnya. Banyak cara ataupun kaedah sebenarnya yang kita boleh ikuti untuk menjadi cantik. Antara tips menjaga kecantikan paling basic adalah seperti di bawah:
1. Jaga pemakanan.
2. Tidur 8 jam setiap hari.
3. Dapatkan rehat yang secukupnya.
4. Bersenam.
5. Lebihkan minum air suam.
Bersenam juga memainkan peranan untuk cantik tau. Untuk Neeza, senaman adalah wajib lagi-lagi nak kurus kan? Untuk you alls yang tak perlu kurus itu, boleh buat simple home workout exercise, atas katil lepas bangun tidur pun boleh! Dapat buat dua tiga jenis workout dan beberapa set sudah memadai. Janji senam dan berpeluh! Bila kita berpeluh dan kemudian mandi, percayalah wajah kita lebih glowing selepas itu *tips dari personal trainer sendiri*. Haaaa, lebihkan minum air suam. Ini sangat-sangat membantu. Bukan setakat berfungsi sebagai natural detox malah you alls boleh dapatkan kulit yang cantik kerana kulit lebih berseri dan tekstur lebih lembap.
Selain daripada langkah-langkah untuk menjaga kesihatan dan kecantikan seperti di atas ada lagi satu yang wanita harus ambil perhatian serius, iaitu pilih jenama produk kecantikan wanita terbaik. Ini adalah sangat penting. Tidak kira apa pun produk kecantikan yang you alls suka, dapatkan hanya daripada jenama yang boleh dipercayai. Ini bagi mengelakkan you alls dari tertipu dengan jenama yang boleh memberikan kesan yang tidak baik ke atas kulit muka anda.
Paling penting, pastikan you alls buat dahulu personal research tentang sesuatu jenama sebelum menggunakannya. Ini juga sangat penting bagi memastikan you alls mengeluarkan wang hanya untuk yang berkualiti sahaja! Banyak dah Neeza jumpa dari kalangan keluarga dan rakan-rakan yang tersilap memilih produk kecantikan. Jangan semata-mata murah wajah hancur. Tak nak buat kajian dulu apa isi kandungannya. Hanya berharap viral atau "si X pakai cantik je, trylah". RISIKO itu! Jangan sesekali mencuba tanpa melakukan research secara terperinci!
Tahu tak? Susah tau bila wajah dan hancur ini, lagi memakan kos serta masa nak merawat dan baik pulih kulit. Belum lagi kesan psikologi kepada diri kita sendiri bila orang tegur kulit wajah kita tak secantik dulu. Kulit wajah tak boleh nak sorok tau. Ingat!
Okaylah, sampai di sini sahaja perkongsian Neeza hari ini. Harapnya, dapatlah membantu kawan-kawan di luar sana juga untuk kelihatan cantik dan menarik. Kita nak cantik kita nak sihat sebab kita sayangkan diri kita kan? Neeza pun sedang berusaha ke arah itu. Jadinya, selamat mencuba dan semoga berjaya semua! Chaiyook! Fighting! Oh yeah.
Salam sayang.

nice sharing neeza!
ReplyDeletethank you dear for reading :)
Deletethanks you for sharing akak
ReplyDelete