Saturday, 10 June 2017

Jom Cabarkan Diri Dengan Exa Outpost - Permainan Hyper Reality!

Assalammualaikum
EXA outpost, hyper reality game, gaming
Orang-orang kuat EXA Outpost
Hai semua! Baru-baru ini EXA Global, syarikat hiburan teknologi digital di bawah payung Kumpulan Havson telah melancarkan pusat hiburan keluarga (Family Entertainment Centre – FCE) berteraskan hyper-reality berteknologi terkini di EXA Outpost, Setiawalk, Puchong.
EXA Global adalah gabungan idea untuk menguji kekuatan fizikal & mental. Ini bukan permainan sekadar di skrin semata-mata kerana anda akan bermain secara real tau. Anda perlu bergerak untuk bermain permainan ini dan ia melibatkan 4 pemain dalam satu kumpulan. Pemain dikenali sebagai troopers.
Permainan yang berkonsepkan Sci-Fi tembak - menembak. Setiap pemain akan dilengkapi peralatan canggih EXA Gear merangkumi backpacks, senapang, headset, bateri dan sistem pengecas serta bermain dalam ruang khas yang disediakan.

Menariknya tentang sesebuah permainan menggunakan senapang, lazimnya kita kenali dengan konsep 'reloaded' tapi berlainan dengan  'keep firing' anda akan merasakan yang senapang ni menjadi 'over-heated.'

Macam mana nak tahu senapang ni 'over-heated'? 

Anda akan lihat senapang anda dalam realiti visual senapang anda berasap. Waktu tu anda kena elak musuh dan tunggu selama 5 saat untuk teruskan aktiviti tembak-menembak.

Di sini lah keterujaan anda akan berlaku dan semakin ketagih untuk memenangi misi ini dan ia adalah satu kepuasan dan kenikmatan yang sukar diungkap untuk seorang 'gamer'. Betul bukan?
Permainan ini juga memberikan manfaat, selain daripada merapatkan silaturahim dengan ahli keluarga atau rakan, ia bagus dalam pembentukan sahsiah diri iaitu erti semangat kerjasama dalam pasukan kerana anda perlu berinteraksi antara satu sama lain dan bergerak secara berkumpulan untuk menghabiskan misi ni. Bak kata Wonder Pets apa yang penting KERJASAMA!

Oh ya, kalau anda nak tahu Setia Walk Outpost ini disediakan 3 ruangan bilik yang menceritakan permainan ini. Selain daripada gelanggang permainan, bilik yang lain merangkumi Hyper-Reality Museum (perkembangan hyper-realiti Exa Global) dan Hyper - Reality Arcade Entertainment Centre (pusat hiburan ini boleh dimain oleh pengguna yang ingin bermain Arked Permainan VR).
 Tempat permainan berlaku 
Tempat briefing dan persalinan
Justeru itu, sempena pembukaan EXA yang pertama di Malaysia ini, di mana ia juga merupakan pertama di Asia Tenggara, pihak mereka berbesar hati untuk memberikan promosi hebat untuk kita merasai sendiri permainan ini.
Pakej RM 65 Sahaja & Beli 1 Percuma 1
Sebagai promosi pembukaan, EXA Outpost menawarkan pakej ini BELI SATU PERCUMA SATU pada harga RM 65.00 (harga asal RM 81.00) untuk setiap pemain.

Rebutlah peluang ini dan ajak rakan dan keluarga untuk turut sama untuk rasai sendiri keunikan permainan ini, Untuk tempahan bolehlah melayari laman web berikut.-

Untuk promosi terkini dan maklumat lanjut,

EXA Setiawalk Outpost
B-11-1, Block B Setiawalk, Persiaran Wawasan,
Pusat Bandar Puchong, 47160,
Puchong, Selangor.
Tel: 03 8051 6333

9 comments:

  1. Wowwww menarik nie... jom nanti cuba ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memanglah tunggu bro panggil je ni haha

      Delete
  2. Pergh... best main tembak-tembak tak mati-mati ni... Dulu main polis sentri, sekarang dah up sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memanglah kena up zaman teknologi kan, hahaha

      Delete
  3. mereka yang suka aktiviti lasak harus cuba
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, Neeza pun tak sabar nak cuba nanti hehe

      Delete
  4. wow macam seronok je. iolss suka :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok sangat! baru challenge ni main games kat phone je tak boleh nak gerak2 hehe

      Delete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.