Sunday, 18 June 2017

Pengalaman Berbuka Puasa di Dataran Merdeka - Iftar @ KL 2017

Assalammualaikum dan hai semua,
Minggu lepas, Neeza iftar di Dataran Merdeka sempena Iftar @ KL 2017. Ini merupakan pengalaman pertama Neeza tau dapat berbuka beramai-ramai di Dataran Merdeka. Selama ini kalau pergi Dataran Merdeka masa sambut merdeka sahaja. Hehe.
berbuka puasa dataran merdeka, iftar @ kl 2017
Ini merupakan pengalaman yang manis kerana berpeluang untuk berbuka puasa sambil menikmati keindahan kota Kuala Lumpur dalam remang senja. Sejak  ia dilaksanakan dari tiga tahun yang lepas menerusi program Festival Ramadhan dan dijenamakan semula Iftar @ KL pada 2015, ia telah menarik kehadiran pengunjung tempatan dan antarabangsa. Tahun lepas sahaja, Iftar @KL 2O16 dianggarkan seramai 17 juta lebih pengujung yang turut serta. Wow!

Patutlah, masa Neeza mula sampai di sana lebih kurang jam 6 petang, memang ramai sangat dah orang sedang menanti untuk berbuka sementara sukarelawan-sukarelawan sedang melakukan persiapan membentang tikar, mengaturkan makanan dan minuman.
 Kalau nak iftar kenalah duduk bersimpuh. Huhu
Cantik kan suasana berbuuka ketika ini?
Nak tahu tak?

Melalui Iftar @ KL 2017, bulan Ramadhan dijadikan sebagai satu bulan di mana kegiatan kerohanian dan kesenian Islam dapat disemarakkan kepada masyarakat khususnya generasi muda dalam memupuk nilai-nilai murni dalam masyarakat kota.

Kelainan dalam pengisian Iftar @ KL pada tahun ini ialah sebanyak ENAM BELAS komponen pengisian aktiviti berbanding empat belas aktiviti pada tahun 2016 akan dilaksanakan seperti penyediaan dan pengagihan bubur lambuk, pameran pelancongan Islam, Tadarus Al-Quran, Tazkirah Ramadhan, Kapsul Ramadhan, Sukarelawan, jualan food truck, kaunter zakat, majlis berbuka puasa (iftar), solat berjemaah (Maghrib, Isyak dan Terawikh), Bicara Ramadhan (Ramadhan Talk), Konsert Ramadhan dan Moreh.
Memang meriah tau bila Neeza memang alami sendiri aktiviti-aktiviti tersebut, rugi kalau tak join.

Iftar@KL 2017 ini akan berlangsung di bulan Ramadhan 1438H pada setiap Sabtu dan Ahad iaitu 3&4, 10&11, dan 17&18 Jun 2017 di Jalan Raja, Kuala Lumpur yang berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Hari ini hari terakhir tau, jadi jom ke Dataran Merdeka untuk alami pengalaman berbuka di Dataran Merdeka. Datang ramai-ramai ya!

Salam sayang
Neeza

12 comments:

  1. wah!nasib baik awk update cepat kalau x melepas sy nk berbuka di sini.. x tahu lak ada majlis sebigini di dataran, tq3 petang ni sy dtg

    ReplyDelete
  2. Wehhhh, bestnyaaaaaaaaaaa~ cuaca elok ja ehh~
    Meh support GA kad rayaaaa...
    http://nonasani.blogspot.my/2017/06/express-kad-raya-ga-by-nina.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah masa pergi hari tu mula2 gerimis jugalah masa dorang buat preparation tapi alhamdulillah okay je lepas tu kak nona

      Delete
  3. Bestnya tapi kat mana nak uduk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. duduklah atas tikar yang disediakan yang dah disediakan sepanjang jalan dataran merdeka

      Delete
  4. Salaam.... Semalam petang hujan kan Neeza? Kat Dataran ok ya? Rugi pula x pergi semalam... Thanks for sharing, anyway...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, kawan Neeza pergi semalam alhamdulillah tengok dalam gambar cuaca baik je hari terakhir tu, oh most welcome

      Delete
  5. Bestnya airah pun ada dengar pasal ni kat mana entah.best berbuka ramai ramai macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best sangat2.. makanan memang free disediakan kecuali kalau nak beli sendiri dekat foodtruck.. bubur lambuk pun banyak.. hehe..

      Delete
  6. Wahhh2 seronoknya dapat berbuka ramai2 camni neeza. bestnyaaa.. tp sempat ke nak pi lagi ni. hahaha

    ReplyDelete
  7. ya allahh seronoknyaa neeza berbuka ramai ramai camni.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.