Assalammualaikum dan hai semua,
Pada minggu lepas, Neeza telah berkesempatan ke negeri Johor bersama dengan rombongan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dan rakan-rakan media untuk menghadiri Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 (IPKC 2017).
Sumber gambar di atas adalah dari Sukan TV RTM
IPKC 2017 merupakan satu acara perlumbaan kayak sejauh 40 km dari Puteri Harbour ke Kg Sg Melayu melalui Selat Johor (dahulu dikenali dengan Selat Tebrau). Ia diadakan pada hari yang bersejarah bersempena Sambutan Pengisytiharan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri oleh DYMM Tuanku Sultan Johor Darul Takzim.
IPKC 2017 diadakan bertujuan untuk mempromosikan "Pelancongan Sukan" di Puteri Harbour dan "Pelancongan Eko" di Kg Sg Melayu. Dengan prasarana yang moden, strategik lagi menarik di Puteri Harbour ia menjadikan sukan kayak ini satu sukan yang berpotensi untuk diketengahkan, dipromosikan serta dianjurkan setiap tahun sehingga dikenali di persada antarabangsa kerana lokasinya yang berdekatan dengan segi tiga emas iaitu Johor, Singapura dan Indonesia memberikan kelebihan buat Puteri Harbour.
IPKC 2017 ini boleh dijadikan satu tarikan kepada para belia menyertai sukan air ini disebabkan kosnya tidak besar dan mampu disertai oleh para belia dan juga boleh mempelopori penubuhan Kelab-Kelab Kayak di kampung-kampung, di IPTA dan IPTS malah di jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan dan swasta. Ia dapat memberi pendedahan masyarakat tentang keselamatan di air, kesedaran penjagaan alam semula jadi malah juga menjadi sukan rekreasi.
Oh ya, program Perlumbaan IPKC 2017 telah bermula pada 18 November 2017 dari Puteri Harbour ke Jambatan Linkedua dan berpatah balik menuju ke Kg Sg Melayu. Ia akan melalui Jeti Feri ke Batam, Sg Pendas, Chalet Terapung, Pusat Penternakan Kupang, Kawasan Hutan Bakau Kg Sg Melayu dan Beting Lapan.
Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh wakil Menteri Besar, Dato’ Zulkurnain Hj. Kamisan (ExCo Belia dan Sukan, Kebudayaan & Warisan Negeri Johor kerana YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor Darul Takzim tidak sempat menghadirkan diri kerana mempunyai jadual yang ketat. Majlis perasmian telah berlangsung di Puteri Harbour iaitu di tempat perlepasan peserta kayak manakala Majlis Penutup oleh Y.Bhg Tuan Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Johor Bharu Tengah di Kampung Sungai Melayu.
Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh wakil Menteri Besar, Dato’ Zulkurnain Hj. Kamisan (ExCo Belia dan Sukan, Kebudayaan & Warisan Negeri Johor kerana YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor Darul Takzim tidak sempat menghadirkan diri kerana mempunyai jadual yang ketat. Majlis perasmian telah berlangsung di Puteri Harbour iaitu di tempat perlepasan peserta kayak manakala Majlis Penutup oleh Y.Bhg Tuan Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Johor Bharu Tengah di Kampung Sungai Melayu.
Semasa acara berlangsung, Neeza sempat merasai melalui perairan sempadan Singapura dan Johor dengan menaiki kapal Black Pearl bersama para VIP dan MTC Media untuk melihat dengan mata sendiri kesungguhan para peserta berkayak dan mengharungi jalan-jalan tersebut.
Sebanyak 150 peserta dari seluruh negara akan mengambil bahagian dalam acara sukan berprestij ini dan sebanyak 5 kategori akan dipertandingkan iaitu Kategori Pelajar Lelaki, Kategori Pelajar Campuran, Kategori Terbuka Lelaki, Kategori Terbuka Campuran, Kategori Antarabangsa Campuran dan Kategori Agensi Pelancongan.
Sesi bergambar para VIP dan para penyokong yang hadir untuk beri sokongan padu kepada rakan-rakan yang menyertai acara kayak
Antara peserta yang teruja dan bersedia untuk memulakan acara kayak
Para peserta kayak bersedia di garisan permulaan. Garisan permulaan berbeza mengikut kategori.
Acara sukan air yang sedang berlangsung dan merupakan acara terakhir dipertandingkan
Yang menariknya, ada di antara rakan-rakan media iaitu Team Mix Media antara Utusan Malaysia dan Malaysia Kini juga berkesempatan menyertai acara kayak untuk merasai sendiri pengalaman berkayak di Selat Johor ini. Diakui mereka agak gementar pada awalnya namun setelah berkayak, senyuman tanda kepuasan sangat jelas terpamer di wajah mereka. Tahniah team Media!
4 peserta dari Team Mix Media
Bersedia untuk memulakan cabaran
Berjaya spot Team Mix Media di Selat Johor semasa kami menaiki cruise
Untuk pengetahuan pembaca, acara Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 ini adalah anjuran bersama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) & Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dengan dihoskan oleh Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim.Ini adalah pertama kali Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) menganjurkan acara sebegini untuk mempromosikan Sukan Kayak sebagai produk pelancongan popular.
IPKC 2017 juga mendapat kerjasama dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Majlis Sukan Negeri Johor (MSN), Iskandar Regional Development Authority (IRDA), UEM Sunrise, Tourism Johor, Educity, Netherland Maritime Institute of Technology (NMIT), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Komuniti 1 Malaysia Kg Sg Melayu, Yayasan Penyayang MPJBT, Yayasan Warisan Johor, Malaysia Nature Society, Kelab Alami dan Ascott International.
IPKC 2017 ini juga mendapat kerjasama dari pihak keselamatan dari PDRM, Polis Marin, Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Laut Negeri Johor, Jabatan Perhilitan dan Jabatan Kesihatan.
Gambar kenangan wakil Dato’ Zulkurnain Hj. Kamisan bersama pengajur antaranya President MTC, Uzaidi Udanis dan pihak yang telah menjayakan program IPKC 2017
Apapun bagi Neeza sendiri, sebagai anak jati Johor sendiri, Neeza berharap agar IPKC ini akan dijadikan acara sukan kayak tahunan di Puteri Harbour sebagai satu pengisian dan tradisi bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri Johor pada masa akan datang. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dan menjayakan program ini.
Oh ya, di samping menghadiri program Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 ini, kami juga telah berkesempatan untuk melawat ke tempat-tempat menarik di Johor Bahru sepanjang kami berada di sana selama 2 hari 1 malam. Apapun nantikan entri Neeza seterusnya tau.
Untuk malumat program lebih lanjut;
Facebook: Majlis Pembandaran Johor Bahru Tengah
Facebook: Majlis Pembandaran Johor Bahru Tengah
Facebook - Pusat Pelancongan Malaysia
p/s: Setiap gambar hendaklah mendapat keizinan dan dikreditkan kepada tuan blog. Terima kasih.
Salam sayang,
Neeza
Puteri Harbour mmg cantik dan saya pun dah naik kapal layar The Black Pesrl tu... best...
ReplyDeleteBagus kan ada acara sebegini. Macam di Sarawak yang menjadikan Regatta sebagai sukan untuk semua dan sekarang dah jadi acara antarabangsa.
ReplyDeletewaaa..ni la puteri harbor. kita biasa dgr nama tempat je.. syok jgk nj
ReplyDeleteTengah baca-baca terkejut tengot bot yang ada harimau tu. Terus teringat Peter Parker. Bot berhias rupanya.
ReplyDeleteBestnya dapat main kayak. Last akak main kayak tahun lepas...teringin plak nak main...
ReplyDeletebestnya! teringin nak try aktiviti macam ni tapi selalu malasz haha
ReplyDeleteBestnya aktiviti mcm ni Sangat mencabar mind & tenaga
ReplyDeleteWow, nice sports with beautiful view! Surely hope I was there to participate as well! Will pay the place a visit if I have a chance 😍
ReplyDeleteWah .pertandingan kayak ke ? Bestnya ..teringin jugak CCL nak merasa naik kayak ni
ReplyDeleteThis looks like much fun unfortunately I'm afraid of the water cause I can't swim.
ReplyDeleteOoo...program kayak..akak x pernah berkayak secara serius..x tau la cane rasanya berkayak..pernah cuba la sekali masa kat PD..naik berdua..sekali sampai tgh kayak terbalik..huiii sejak tu x suka..scary...bagus program ni utk mereka yang berminat..selalunya pelajar university kan
ReplyDeleteBestnye dapat berkayak. Tapi kan, bila dah masuk tengah-tengah air tu, even pakai safety jacket pun rasa macam ngilu je sebab kayak tu pun kena pandai balancekan. Kalau tak balance memang kecepuk masuk dalam air
ReplyDeleteLama gila xberkayak.. last sewaktu wakil Universiti dulu....
ReplyDeleteEh, mati-mati ingatkan harimau betul tadi dalam bot tue hahahhaha
Bestnya dapat join event macam ni. Tak pernah berkayak lagi. Nak jugak try.
ReplyDeleteMacam best je dapat join race kayak. Biasa duk join marathon je. Kena try join ni pulak la nanti, experience baru
ReplyDeleteakk suka kayak, pastu berjam2 atas tu. Balik rumah, hitam legam kulit haha
ReplyDeleteFuhhh best gila kayak ni. Ruby suka. Tapi dah takda team ni payah betul nak dapat orang suka kayak. Kebanyakannya takut air. Jadi kita tengok je la dari jauh org berkayak. Tahniah kepada pemenang!
ReplyDeletewow i tak mampu nak kayak macam ni! jauh nih! anyway i saw a tiger in the boat! hahaa
ReplyDeleteYourFinanceDoctor
Syoknya pandai berkayak. Kalau orang yang jenis takut air memang taknak lah buat aktiviti ni
ReplyDeleteWow menariknya berkayak beramai2
ReplyDelete