Assalammualaikum dan hai semua,
Dalam kesibukan Neeza pada bulan lepas, Neeza sempat menghadirkan diri ke majlis Malam Gala dan Grand Final Miss World Prestige International Pageant 2017 pada 12 Oktober yang lalu bertempat di Grand Ballroom Sunway Resort Hotel di mana bersebelahan dengan Sunway Lagoon dan Sunway Pyramid.
Ini merupakan pengalaman pertama Neeza berada di majlis peringkat antarabangsa sebegini tau. Selalu tengok depan TV bab anugerah-anugerah ini tapi kali ini Neeza datang dan rasai pengalaman itu sendiri. Ya ampunnnn. Rasa teruja sangat!
Ini Miss Potato bukan Miss Pageant :-p
Dengan tujuan untuk setanding dengan majlis-majlis besar seperti Paris, tahun ini WPI bertemakan;
Dare to Dream, Create a Wonderful
Bersesuaian dengan temanya, WPI menggalakkan para peserta untuk mengejar impian dan menyerlahkan potensi dan bakat masing-masing seperti bermain violin, melukis, menari dan menyanyi. Rasa kagum Neeza dibuatnya melihat para peserta ini. Bukan setakat posing ala model di atas pentas, dengan kecantikan sedia ada, kebanyakan berpendidikan tinggi dan berbakat. Bak kata pepatah Inggeris, beauty with a brain. So jealous, huu~
8 Top finalis terdiri daripada;
Peserta Nombor 1: Victoria Jean
Peserta Nombor 2: Gharam
Peserta Nombor 3: Eline Tee
Peserta Nombor 4: Eawen Chia
Peserta Nombor 5: Valerie Lau
Peserta Nombor 6: Kimberley Claire
Peserta Nombor 7: Jocelyn Teong
Peserta Nombor 8: Mobina
Dan inilah senarai pemenang Miss World Prestige International Pageant 2017.
JUARA : Kimberley Claire (Peserta Nombor 6)
Tempat Kedua : Gharam (Peserta Nombor 2)
Tempat Ketiga : Valerie lau (Peserta Nombor 5)
Miss Talent ; Mobina ( Peserta Nombor 8)
Miss Photogenic : Eawen Chia ( Peserta Nombor 4)
Miss Popularity : Jocelyn Teong (Peserta Nombor 7)
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta. Mereka berani untuk menampilkan diri dan bakat mereka dalam penganjuran sebegini. Mesti ada yang tertanya bagaimana kriteria diambil bagi melayakkan mereka untuk menyertai WPI ini?
Juri-juri yang bertanggungjawab memilih para pemenang pada mala gala WPI. Kacak dan cantik belaka.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, peserta WPI ini akan dinilai menerusi 3 kriteria iaitu;
1. Kecantikan luaran (ketrampilan dan sahsiah)
2. Kecantikan dalaman
3. Sumbangan sosial
Kalau anda rasa anda mempunyai 3 kriteria dan berminat, bolehlah cuba sertai untuk tahun depan. Mana tahu, anda yang dicari?
Terima kasih kepada kerana telah menjemput Neeza ke majlis sebegini. Terasa ia adalah pengalaman yang berbeza berbanding majlis-majlis yang Neeza pernah hadiri sebelum ini di mana ia adalah sangat berprestij dan penuh gilang gemilang.
Tahniah Miss World Prestige International Pageant 2017 dan terima kasih kepada semua penaja terutama Gaurora Joaillere kerana menaja majlis sebegini meriah dan berprestij.
Special Thank to honorary sponsor : Gaurora Joaillerie
Diamond Sponsor : Hai-O Group,Vintage Collection, STO Malaysia
Platinum Sponsor : Malaysia China Silk Road Entrepreneurs Association, AGP Group, The Hulo Hotel + Gallery, Ming Feng Marketing Sdn.Bhd.
Gold Sponsor : Fion Poon Fashion, Dynasty Tailors Sdn. Bhd, Reborn Beauty House, Dragon Muay Thai, Power Storm Sdn. Bhd.
Silver Sponsor : De Vouge Wedding Gallery & Academy, Gelly Wee makeup Studio, Miko Galere, Charater International Modeling, Mekar Subur Sdn. Bhd.
Diharap Miss World Prestige International Pageant ada lagi pada tahun depan. Tak sabar nak tahu siapa pula juara untuk musim akan datang.
Untuk ketahui maklumat lebih lanjut;
FB Pages : www.facebook.com/ worldprestigeinternational
Salam sayang,
Neeza
wahh grand betul event ni! semuanya nampak cantik2 pulak tu. mesti pening juri memilih. haha
ReplyDeleteDulu pernah berangan nak jadi miss world..hahaha...suka tengok beauty pageant sampai la pernah jadi co host Tourism Beauty Pageant 2004. itu citer lama dulu la..hehhe...tahniah buat semua pemenang...
ReplyDeleteCantik-cantik semuanya..
ReplyDeleteMesti ada yg dapat offer belakon pasni..
hee
Wah tahniah kepada para pemenang :D
ReplyDeleteLah ingat neeza yang menang tadi terkejut kita tengok gambar ada sayap tu hehehehe tapi semua cantik2 tegoda jap....
ReplyDeletewaaaaaaah cantik2 semuanya. seronoknyaa dapat tengok event macam ni =)
ReplyDeletePergi jugak haritu. Kita tak perasan la awak yang mana. Hehe. Makan sedap kan. Yang penting lupa lirikkk. Hiks
ReplyDeleteWah seronoknya dapat hadir majlis begini.
ReplyDeletePeserta kesemuanya cantik dan unik.
Tahniah kepada pemenangnya.
First time baca pasal event ni. Nampak mewah,peserta pun cantik" semua. Tahniah kepada pemenang
ReplyDeleteAmboi cantik2 belaka...
ReplyDeletePdan la masuk pertandingan2 mcm ni...
Kalau compared dengan kita mcm gagak dgn merak kayangan
tak pernah tahu event ni, tapi cantik2 pesertanya hehe. Iday kenal salah seorang juri, yang hensem tu. hehehe ini lagi better dari clever girl tu. beauty with a brain. hehehe
ReplyDeletehahahah your caption makes me laugh, ini miss potato bukan miss pageant! hhahahah
ReplyDeleteYourFinanceDoctor
Suka tengok ratu ratu cantik ni, comei comei belaka.
ReplyDeletecantik-cantik semuanya. jelesnya
ReplyDeleteCantiknya miss pageant ni....tapi x leh lawan miss potato, kecantikkan semulajadi gitu..hehehe
ReplyDeleteTahniah pemenang. Cantik-cantik semua. Bila la nak slim camtu. Hahaha
ReplyDeleteBestnya dpt pegi majlis grand mcmni.. rasa glamour sgt kan..dpt tgk wanita cntik..
ReplyDelete