Friday 25 May 2018

Buffet Ramadhan 2018 Kampong Boy oleh Ancasa Hotels & Resort Santuni Anak Yatim & Asnaf

Assalammualaikum dan hai semua,
Sekejap sahaja masa berlalu, hari ini sudah masuk hari kesembilan kita berpuasa. Jadi sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, umat Islam digalakkan untuk membanyakkan amalan bersedekah dan melakukan amal kebajikan. Selain berkongsi kenikmatan bersama golongan yang kurang nasib baik, ganjaran yang diterima adalah berlipat kali ganda berbanding bulan yang lain. 
Justeru itu, Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur juga tidak melepaskan peluang untuk menghulurkan sumbangan dan berbuat kebajikan pda bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Ancasa Hotel telah mengajurkan Program Berbuka Puasa dan pemberian sumbangan kepada Anak-anak Yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Kasih Murni dan sekaligus melancarkan buffet Ramadhan bertemakan 'Kampong Boy'. Dan selebriti Jaafar Onn dijemput untuk memeriahkan majlis ini.

Program ini merupakan agenda tahunan Ancasa Hotel dalam membantu golongan yang berkurang nasib baik sekaligus menceriakan anak-anak yatim dalam menyambut Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Pada tahun ini, Ancasa amat bertuah kerana ADABI telah sudi berkolaborasi dalam menyediakan 5 kawah bubur lambuk serta meyumbangkan barang-barang keperluan asas anak-anak yatim untuk kegunaan mereka sepanjang bulan puasa.
Program ini telah bermula seawal jam 10 pagi dengan acara bergotong-royong memasak bubur lambuk. Kakitangan Ancasa Hotel bersama-sama dengan wakil dari ADABI berganding bahu menyediakan 5 periuk bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang awam berhadapan Ancasa Hotel & Spa termasuklah pejalan kaki serta pemandu yang melalui Jalan Tun Tan Cheng Lock. Pengarah Urusan Kumpulan UDA Holdings Berhad (UDA) YBhg Datuk Ahmad Abu Bakar diiringi oleh Pengurusan Kanan Ancasa Hotel telah mengagihkan bubur lambuk kepada orang awam.
Ancasa telah menceriakan 35 orang anak-anak yatim dengan membawa mereka membeli dan baju raya bernilai RM150 setiap seorang di Jakel Mall, Kuala Lumpur serta sumbangan duit raya bernilai RM50 setiap seorang sebagai tanda keprihatinan pihak Ancasa Hotel dalam menunaikan tanggungjawabnya kepada masyarat setempat.
Menurut Pengurus Kanan Bahagian Hospitaliti iaitu Encik Shah Azam Khan,

"Ancasa Hotels & Resorts mengambil pendekatan dengan mengadakan program ini adalah untuk menghargai pelanggan-pelanggan Ancasa serta mengeratkan lagi hubungan di antara pihak pengurusan dengan warga kerja Ancasa Hotels & Resorts. Ianya merupakan wadah terbaik untuk menzahirkan program kemasyarakat Ancasa kepada golongan yang kurang berkemampuan. Ancasa Hotel amat berharap dengan sumbangan ikhlas ini akan membawa keceriaan kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang bernasib baik menjelang sambutan Hari Raya Aidilfiti yang akan menjelang tiba. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama kepada pihak ADABI  kerana sudi berkolaborasi dengan pihak kami pada kali ini dan saya yakin malah percaya dengan terlaksananya program ini sedikit sebanyak akan meningkatkan ibadah kita pada bulan Ramadhan."

Oh ya mengenai buffet Ramadhan tahun ini, konsep Kampong Boy telah dipilih oleh Ancasa Hotels & Resort. Macam-macam ada. Dari buah, makanan masakan kampung, cendol, murtabak, kambing bakar dan banyak lagi. Serius memang best dan sedap. Lagi-lagi dessert dia. Terbaik! Believe me, they are one of the best for dessert place that I review so far sebab Neeza pernah makan di sini tahun lepas. Itu sebab Neeza memang tak lepaskan peluang untuk menyertai program Ancasa Hotels & Resort tahun ini. Dan sambutan buffet Ramadhan Ancasa Hotels & Resort sangat meriah dan mendapat sambutan hangat.
Kepada yang ingin merasakan masakan bercitarasa kampung persis masakan ibu, anda boleh dapatkan baucar Ramadhan Buffet bertemakan Kampong Boy yang berharga RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Tempahan boleh dibuat melalui talian 03-20266060 untuk dapatkan kadar yang terbaik.
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari;
Website: http://www.ancasahotels.com/
Facebook: Ancasa Hotels & Resort

Salam sayang,
Neeza


No comments:

Post a Comment

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.