Tuesday, 4 September 2018

Pengalaman Berbaloi Setanding Dengan Harga Menginap di Hotel Hatten Place, Melaka

Assalammualaikum dan hai semua,
Hari ini Neeza nak bercerita pasal sebuah lagi hotel yang Neeza dan keluarga memilih untuk menginap selepas check out Hotel Lexis Hibiscus, Port Dickson. Setelah Negeri Sembilan, kami meneruskan perjalanan kami ke Melaka sebelum pulang ke rumah mak di Muar, Johor. Kami memilih untuk cuba merasai menginap di Hotel Hatten Place, Melaka pula.

Sebenarnya, kami jarang menginap hotel di Melaka sebab jarak Melaka dan Muar kan dekat. Cuma sekali je kami pernah duduk hotel di Melaka kerana masa itu kak ipar Neeza ada pembedahan. Kami pernah menginap di Hotel Hatten Melaka. Lain ya Hatten Melaka dan Hatten Place.

Hatten Melaka adalah sebuah hotel 4 bintang kalau tak silap dan ianya adalah hotel mewah yang berkonsepkan STUDIO. Lokasinya berhampiran Dataran Pahlawan Melaka. Manakala Hatten Place adalah hotel BILIK bertaraf 4 bintang lokasinya di atas bangunan pusat membeli belah terbesar di Melaka iaitu Element Shopping Mall. Sangat hampir dengan pantai Selat Melaka. Jadi tak keliru dah kan?
Ketika melangkah masuk ke lobi Hatten Place, terpegun Neeza melihat dekorasi interior building hotel ini. I was like woaaahhhhhhhhhh. Masih mengekalkan konsep mewah juga tetapi harga penginapan mampu milik. Mungkin pembawakan nama "Hatten" yang sudah sinonim classy dan glamour. 

Paling best mengenai Hatten Place dengan harga serendah RM95 atau RM110 (bergantung pada musim dan nasib) anda dapat menginap di sini. Rasa berbaloi tau. Haaa cubalah skroll gambar-gambar di bawah. Memang tak akan dapat dekat mana-mana dengan harga yang ditawarkan. Best tak best. Ini yang Neeza suka pasal negeri Melaka (kecuali traffic light lah hehe). 

Okay, sekarang masa untuk check in bilik. Masa ini Neeza dan keluarga dapat bilik yang berada di tingkat 24. Hotel Hatten Place ini lebih kurang sama macam Hatten Melaka di mana kalau anda naik lif memang kena pakai card bilik untuk anda punch dan tekan nombor aras bilik anda. Sama canggih tau. Bayar dengan harga sebegitu memang wow sangat.
Dan sama seperti digambarkan di website dan IG. Memang class! Gabungan coklat brown-putih-hitam merupakan warna-warna yang sinonim dengan warna mewah dan dekorasi minimalis cukup sempurna. Cuma bilik tak adalah sebesar macam Hatten Melaka. Neeza masih rasa berbaloi lah juga harganya. 

Apapun tetap rasa tak nak balikkkkkkkkkkkkkkk!!!!!
Ada astro okay!
Siap ada pamplet guide lagi..
Tandas dan shower air panas dan sejuk. Utilities semua ada. Apa lagi nak?
Hatten Place juga menyediakan kolam renang, sauna dan gym. Tak silap Tingkat 13. Lupalah pula. Hehe. Kolam renang  pula menghadap pantai Selat Melaka. Best weh lepak sini. Udara yang cukup nyaman.
Dah kenapa ambil gambar gitu kak oi 😅
Haaaa, nak tahu tak satu lagi tarikan mengenai Hatten Place ini? Memandangkan bangunan ini digelar Hatten City, Hatten Place menawarkan Skydeck Hatten City yang merupakan tingkat atas sekali yang anda boleh lihat seluruh pemandangan negeri Melaka 360 darjah. Best tak best?
Katakan anda orang luar, tak silap kena bayar puluh ringgit untuk naik ke  Skydeck ini tapi kalau anda adalah tetamu hotel Hatten Place, free je weh. Seronok okay! Alhamdulillah Neeza berpeluang untuk melihat pemandangan senja. Cantik sangat.
Rasa macam dekat oversea pula tengok gambar ini. Thank you to Hatten Place staff yang tolong ambilkan gambar hehe
Setelah melihat pemandangan di Skydeck, Neeza pun pulang ke bilik. Mungkin nasib kami baik, tak sangka ada pekerja hotel bagi kami lebih tuala dan makanan. Clearance agaknya. Terkejut juga mula-mula takut kena charge ke apa. Hihi. Terima kasih Hatten Place!
Nah belanja pemandangan malam dari aras bilik..
Esok pagi setelah berkemas, Neeza meluangkan masa untuk menebus voucher kopi yang diberikan oleh pihak hotel memandangkan kami tidak mengambil breakfast. Itu sebab harga penginapan kami murah kerana sarapan pagi dikecualikan dan kebiasaan sekiranya kita menginap di hotel-hotel tanpa sarapan, mereka akan berikan voucher kopi.
One shot Espresso macam tak cukup sebab cawan kecik je kot jadi Neeza upgrade ke Ice Cappuccino dalam RM5 je tambah duit. Okaylah itu kalau tak harga sebenar berbelas RM juga okay. Best juga lepak dekat Coffeevine yang berada di aras Ground Floor ni.
Coffee addiction...
Begitulah cerita sepanjang Neeza menginap di Hatten Place. Oh ya, kalau anda nak cari makanan Melayu memang tak adalah dalam shopping mall dekat bawah. Neeza nampak Shilin je. Tapi ada je 7eleven dekat Ground Floor. Huhu. Tapi lebih baik keluar hotel cari asam pedas ke coconut shake klebang. Tapi kalau nak shopping dekorasi perabot atau menonton wayang haaa turun je. Ada MBO, Mr DIY dan sebagainya. Mungkin baru lagi dibuka jadi shopping mall ini belum meriah. Heh.😅
 Nak tengok wayang lewat pun boleh sebab hotel kat atas je..
Berhantu kalau keluar Mr DIY mesti ada je dibelinya hihihi
Okaylah sampai sini sahaja cerita mengenai percutiaan hotel hunting Neeza bersama keluarga. 

Untuk maklumat lebih lanjut,
Alamat: Hatten Place Melaka, Jalan Melaka Raya 23, Hatten City, 75000 Melaka
Telefon: 06-222 9696
Website: https://www.hattenplace.com/
Facebook: https://www.facebook.com/hattenplace
Instagram: https://www.instagram.com/hattenplace/

Salam sayang,
Neeza

21 comments:

  1. wah menarik juga konsep hotel ni kan ada lah sikit sikit mengimbau sejarah portugis menjajah hahaha... apa pun paling menarik apa hal hantu tarik neeza pergi mr diy tu kah kah kah

    ReplyDelete
  2. wah macam best je hotel ni, hotel baru ni sebab k lily tak perasan pun masa jalan-jalan ke sana hari tuh...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan selamat pagi sis neeza. memang hotel ni dapat review bagus, maklumlah hotel 5 bintang kan. harga pun mahal. adik pernah bagi voucher hotel ni dulu. Tak sempat pakai

    ReplyDelete
  4. Berbaloi dengan harga ya, selalunya mama akan buat kajian di internet sebelum menginap di mana mana hotel. Maklumlah dah bayar mahal mahal kan

    ReplyDelete
  5. Neeza, cantik gila hotel dia. Nampak mewah habis. Lagi senang semua benda ada dekat bawah dia. Memang berbaloi kot duduk sini

    ReplyDelete
  6. Neeza!Tq share review pasal hotel ni.Sbb Amni mmg suka p Melaka pun>Last menginap dekat Motty Hotel.Untung gila kot sebab boleh naik Skydeck!

    ReplyDelete
  7. Wow.. menariknya. Kebetulan bulan depan nak pegi melaka. Boleh la cari hotel ni.

    ReplyDelete
  8. nice view from great hotel.. i pun nak pergi hatten place hotel for a stay in malacca.. must b very nice\

    ReplyDelete
  9. Rawlins pernah gak menginap kat sini. Rawlins suka keluasan bilik, kelengkapan dia, kolam renang dan paling best adakah juadah breakfast dia gempaak!!!

    ReplyDelete
  10. Harga hanya serendah RM95 or RM110? War...memang murah giler kalau bandingkan keselesaan yang ditawarkan, kan? Memang berbaloi kalau menginap di hotel hatten ni. :)

    ReplyDelete
  11. For hottest news you have to visit world-wide-web and on world-wide-web I found this website as a finest web site
    for hottest updates.

    ReplyDelete
  12. Wow cantiknya hotel ni tepi pantai dan sangat selesa hehehe kita teringin juga nak bercuti dan rehatkan diri kat tempat macam ni tapi bila lah yer nak dapat hehehe sibuk kerja sekarang ni....

    ReplyDelete
  13. Bestnya !! Hotel nampak mewah betul ya. Turun bawah ada shopping complex. Senang betul nk access xyah naik kereta. Nak jugaklah cuba menginap di sini !

    ReplyDelete
  14. Serius lawanya hotel hatten ni.. dulu keje buat booking bilik je kat sini utk client.. xpernah pun th cantik sgt..dekat pulak dgn byk kemudahan mmg best ni bwk family stay sini

    ReplyDelete
  15. biasa kite selalu stay hotel hatten melaka .. tak tahu pula hatten place sama cantik dan lawa. nie in my travel stay list bila lepak melaka.. best

    ReplyDelete
  16. masa bercuti ke melaka hr tu nampak hotel ni...tapi kitaorang memilih menginap di hotel lain...mmg v=cantek tgk view dr luar..dr dlm lagi superb

    ReplyDelete
  17. Wahhh ramai skrg dok melepak kat hotel ekk..best nyaaa. Kebetulan kwn sis pun ada bertanya hotel yg best kat Melaka..nti bolehlah sis suggestkan kat dia hotel ni

    ReplyDelete
  18. this hotel quite nice i stayed before...onlything is bfast is not that good and lift very slow..

    ReplyDelete
  19. Hotel hatten ni saya pernah survey dulu, harga dia memang mahal lah terutama masa cuti sekolah. Tapi review memang ramai puas hati

    ReplyDelete
  20. Last month I stay at Double tree Malacca and just beside Hatten hotel. Is access to Hatten hotel. I saw the interior look attractive for the check in counter. next round will prefer Hatten Malacca.

    ReplyDelete
  21. Suka nya tengok hotel ni. Dekorasi bilik memang kerlas je tengok. Bahagian luar paun cantik. Kalau singgah Melaka nak stay lah sini 1 malam.

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.