Saturday, 1 September 2018

Pengalaman Menginap Sky Pool Villa Hotel Lexis Hibiscus, Port Dikson

Assalammualaikum dan hai semua,
Baru-baru ini Neeza berkesempatan bercuti bersama keluarga. Lokasi pilihan kami ialah Port Dikson, Negeri Sembilan dan Melaka. Dekat-dekat je sebab kami bercuti sebelum cuti umum bersempena Hari Raya Aidiladha yang lalu dan percutian kami pun bukan jalan-jalan sangat, untuk beristirehat  melihat keindahan alam dan juga orang kata "hotel hunting". Lebih kurang macam itulah.
Jadi, hotel pertama yang kami pilih ialah Hotel Lexis Hibiscus, Port Dikson. Seperti diketahui umum, Hotel Lexis Hibiscus ini sinonim dengan water villa berbentuk bunga raya di mana bilik penginapan atas air dan mempunyai kolam renang tersendiri atau dalam bahasa Inggerisnya "private swimming pool". Hmm nak pergi Maldives macam lambat lagi sebab mahal, pergi Hotel Lexis Hibiscus ini pun dah okay sangat. Hehe.

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya terdapat beberapa jenis bilik yang ditawarkan di Lexis Hibiscus iaitu Executive Pool Villa, Premium Pool Villa, Panaroma Pool Villa (sea view), Panorma Pool Villa (fountain view), Sky Pool Villa, Royal Suite, Imperial Suite dan Presidential Suite.
credit: google
Okay, Neeza nak bagi tips ini. Mengikut seorang instafemes yang lama Neeza follow di Instagram yang pernah menginap di sini dan abang Neeza yang tukang book hotel ini, kalau anda nak harga yang murah dari harga di website-website, anda perlu telefon sendiri pihak Hotel Lexis Hibiscus. Disebabkan waktu kami pergi dekat dengan waktu cuti umum dan cuti sekolah, harga mencecah RM1000+ semalam ( kalau tengok harga website) tapi harga yang abang Neeza dapat adalah bawah RM1000 ketika itu, sama macam harga dekat website waktu bukan cuti umum atau cuti sekolah. Untuk Sky Pool Villa, Neeza pernah survey paling rendah harga ditawarkan di website sekitar RM600++ sehingga RM700++ sahaja. Tapi itulah tengok hari dan berapa lama dari tarikh booking. Ikut nasib, apapun lebih baik telefon pihak Hotel Lexis Hibiscus untuk tawaran harga.

Disebabkan jarak antara Muar dan Port Dikson tak adalah jauh sangat dalam 2 jam lebih kami dah sampai sini tapi kami sampai hampir nak maghriblah. Tak dapat nak ambil gambar cantik-cantik waktu petang dekat pantai. Mampu ambil dari bilik jelah. Huhuhu.

Sewaktu melangkah masuk ke lobi hotel, para kakitangan Lexis Hibiscus menyambut mesra. Setiap tetamu hotel yang datang mendaftar diberikan buah tangan untuk dibawa bersama masuk ke dalam bilik. Tak sempat nak ambil gambar sebab buah tangan itu kak ipar yang ambil. Neeza pula sibuk aturkan barang-barang yang kami bawa.
Lobi serba mewah, headline pun "Alami Servis Antarabangsa"
Nasiblah kami menginap di Sky Pool Villa Hotel Lexis Hibiscus maka tak perlu khidmat buggy untuk membawa kami dari lobi hotel ke bilik penginapan. Naik lif je. Hehe.
Saat melangkah masuk ke dalam bilik, terus jatuh cintaaaaaaaaaaa.....
Seketul Aafiyah dan Muiz interframe gambar
Neeza perhatikan setiap bilik di Hotel Lexis Hibiscus ini memang menyediakan dua katil saiz king untuk tetamu kecuali Imperial Suite (3 katil) dan Presidential Suite (5 katil). Memang sesuai sangat kalau nak bawa keluarga cuti bersama. Cuma kalau pengantin baru yang tengah berbulan madu, tak kan nak tidur asing-asing seorang satu katil? 😝
Bantal Aafiyah yang tersesat. Sama pula dengan dinding bilik. 
Seperti anda tahu Hotel Lexis Hibiscus ini merupakan hotel 5 bintang, jadinya kelengkapan diri yang disediakan oleh pihak hotel sangat lengkap. Tak payah pening kalau tertinggal berus gigi ke sabun mandi, lotion dan sebagainya. Rileks. Bawa pakaian je dah cukup tak adalah berat beg itu. Hehe.

Untuk bilik yang kami dapat ini, ruangan bilik air dan tab mandi dipisahkan. Tab mandi terletak bersebelahan sauna dan kolam renang, manakala bilik mandi bersebelahan ruangan masuk bilik. Kiranya tab mandi di bahagian kiri dan bilik mandi di bahagian kanan kalau lihat dari sudut katil. Tengah-tengah itu sinki dan almari seperti gambar di atas. 
Tab mandi yang menjadi kesukaan Wafi (anak saudara Neeza yang kedua) berendam
Sinki di ruangan bilik mandi
Ruang kerja. Dalam drawer itu ada peti sejuk.
Okay bersebelahan ruang kerja adalah sliding door di mana di sinilah keseronokan bermula. Bolehlah bersantai, bermandi manda dan melihat keindahan alam dari sudut tinggi banguanan Hotel Lexis Hibiscus. Nama pun Sky Pool Villa. Gitu.
Sambil tengok Muiz dan Wafi berenang bolehlah Ma Cu duduk ala-ala tepi pantai gitu.
Kolam renang dalam bilik ini tak adalah dalam pun 1.2m cukuplah lepas kepingin dah lama tak berenang. Sebelah itu bilik sauna
Haaa, kalau nak berenang lagi puas dengan jarak jauh bolehlah turun ke bawah. Masih ada kolam renang yang besar disediakan untuk para tetamu hotel. Kami tak turun mandi dekat situ pun sebab nak jaga budak-budak ini huuuuu, cukup korang mainlah berenang puas-puas dalam kolam renang bilik itu ya. Huhu
Haaa kalau dah menginap sky pool villa, sudah tentu Neeza tak nak lepaskan peluang untuk menangkap gambar pemandangan setiap waktu. Serius cantik sangat!
Pemandangan Petang

Pemandangan Senja
Pemandangan Malam
Pemandangan Pagi
Mesti ada yang tertanya kalau dah sampai sini aktiviti apa je yang boleh buat dekat sini. Anda bolehlah jalan-jalan dekat Hibiscus Walk, kawasan pantai Port Dikson. Malahan boleh naik banana boat etc. Serious talk, banyak kawasan yang boleh dijadikan favourite spot untuk bergambar. Patutlah Hotel Lexis Hibiscus ini menjadi pilihan ramai.

Seperti yang Neeza katakan di awal entri, Neeza hanya sempat berjalan sekitar hotel pada waktu malam, jadi tak adalah banyak gambar cantik yang boleh Neeza upload di sini. Dah malam kan. Tapi bestlah dapat merasai angin laut. Memang perlukan vitamin-sea sesangat.
Nak juga bergambar depan Hibiscus Walk
Kalau bergambar waktu senja mesti lawa dekat buaian ini
Inilah bangunan lobi dan sky pool villa yang kami menginap
Di Hibiscus Walk ini ada tempat makan depan pantai macam-macam masakan ada lagi-lagi makanan laut
Kalau minat makanan kapitan bolehlah ke villa ini
Sebenarnya banyak kemudahan yang ditawarkan oleh pihak hotel iaitu indoor (game room, lobby shop, lobby lounge, photo booth, kidz world, lex spa, starz karaoke) outdoor (bicycle, ninebot segway, yoyo car, archery, helicopter ride, giant buble, shuttle bus) water sport (banana boat, jet ski, kayak, airhead, bandwagon) dan Water Jpark. Cuma beberapa kemudahan je yang Neeza sempat ambil untuk tontonan pembaca blog Neeza.
Fuhh siap ada bilik game wehh.. bahagianya kalau dapat duduk sini lama-lama hehe
Motif ambil gambar ini? Sebab cantik. 😅Berhampiran kolam renang untuk orang ramai
Okaylah begitulah cerita sepanjang penginapan Neeza bersama keluarga di Hotel Lexis Hibiscus, Port Dikson. Kami tidak ambil sarapan pagi makanya pihak hotel memberi kami voucher minuman untuk 2 orang. Dapatlah minum kopi di Coralz Cafe ini.
Bolehlah hasil mak ambilkan gambar walaupun terserlah pipi pauku hehe
Kalau anda tanya Neeza, adakah Neeza mahu ke sini lagi? Tentu sajalah mahu. Terasa nak menginap di bahagian kelopak atau daun bunga raya pula. Ala-ala Maldives gitu. Kalau ada rezekilah. Kalau ada yang menaja tentu lebih gembira. Hehe.

Untuk maklumat lebih lanjut,
12th Mile, Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan
Telefon: 06-660 2626 

Salam sayang,
Neeza

2 comments:

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.