Showing posts with label kecantikan. Show all posts
Showing posts with label kecantikan. Show all posts

Friday, 7 April 2017

Aesthetic Spa Boutique Pertama di Malaysia - DEWS

Assalammualaikum
Bukan sahaja mekap perlu dititikberatkan tetapi penjagaan diri juga sangat penting untuk seorang wanita itu terutama yang telah mempunyai pasangan. Tak kan nampak mak limah pula kan, nanti dibuatnya lari pasangan itu, mahu diri sendiri tak nangis.

Lagipun wanita-wanita sekarang kebanyakan mempunyai kerjaya sendiri sudah tentu inginkan penampilan yang menarik supaya nampak lebih berkeyakinan bila berhadapan dengan majikan, rakan sekerja dan client. Dan ini membuatkan Neeza sendiri tersentak dan sedar apabila semakin hampir menuju ke alam pekerjaan. Tak lama je lagi, tinggal satu sem lebih kemudian praktikal dan graduate. Fuhh berdebar.

Itu sebab sejak akhir-akhir ini Neeza dah semakin pandai berhias dan bergaya serta sentiasa mengikuti perkembangan tentang kecantikan di internet. Apa yang Neeza perhatikan, trend yang semakin mendapat tempat di hati wanita-wanita Malaysia kini ialah butik spa.

Neeza kan duduk di kawasan yang agak panas di mana memang syurga wanita lah untuk shopping di Shah Alam ini iaitu anta Seksyen 7 dan Seksyen 16. Neeza lihat sekarang ini bukan sahaja butik-butik pakaian je banyak ada di sini tetapi spa juga semakin banyak dibuka akhir-akhir. Kalau Neeza pergi Kuala Lumpur pun sama juga terutama dekat shopping mall.

Memang hit betul trend butik spa ini kan?

Jujur Neeza katakan yang Neeza memang belum pernah ada pengalaman lagi membuat rawatan di spa. Maklumlah dengan jadual yang sibuk sebagai pelajar sepenuh masa dan blogger sambilan. Akan tetapi, baru-baru ini Neeza berpeluang untuk menghadiri ke majlis pelancaran dan pembukan DEWS Signature Boutique yang bertempat di lokasi strategik Kota Damansara pada 31 Mac yang lalu.
pelancaran dews spa estetik
DEWS itu merupakan singkata daripada De Era Wellness Specialist dan DEWS Aesthetic Spa Boutique ini merupakan spa estetik lengkap dan menyeluruh yang pertama di Malaysia dengan keluasan sehingga 5000 kaki persegi dan menampilkan sejumlah 15 bilik rawaran peribadi yang menempatkan 25 buah katil bagi memastikan para pelanggan mengalami pengalaman seumpama dibelai manja semasa menjalani rawatan.

Konsep DEWS Aesthetic Spa ini ialah untuk membekalkan pelanggan yang prihatin dengan kaedah penjagaan kesihatan yang menyeluruh dan lengkap, yang disediakan dalam persekitaran yang ekslusif, selesa dan mewah.

Mana tak selesanya, satu bangunan (3 tingkat) ini milik DEWS Aesthetic Spa Boutique. Ruangan di Tingkat 2 rawatan kepada pelanggan lelaki dan ruangan di Tingkat 3 pula untuk perempuan. Sebagai wanita muslimah terutamanya memang rasa selesa dan selamatlah kalau buat rawatan di DEWS Aesthetic Spa Boutique ini. Maklumlah kadang-kadang rasa insecure bila dengar pengalaman kawan-kawan yang pernah buat rawatan di spa lain yang bercampur lelaki dan perempuan ini.
Semasa Neeza melangkah masuk ke DEWS Aesthetic Spa Boutique ini memang ekslusif dan mewah. Banyak sangat spot atau tempat untuk OOTD atau selfie. Yelah sementara tunggu giliran nak buat rawatan nanti bolehlah isikan masa dengan bergambar. Hehe.
Acah hijabister OOTD hahaha
Walaupun nampak elegan dan mewah, tetapi harga rawatan sangatlah berpatutan malah ada rawatan-rawatan di sini jauh lebih murah dari spa-spa lain. Ini diakui oleh rakan beauty blogger, Syafiera dari www.syafierayamin.com dan Lala Rahim dari lalarahim.blogspot.my yang selalu rajin ke spa. Maklumlah Neeza mana ada pengalaman kan.

Pada hari pelancaran dan pembukan DEWS Aesthetic Spa Boutique ini, majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Datuk Halimah binti Mohd Sadique di mana selaras dengan misi untuk mempertingkatkan kesejateraan kesihatan masyarat secara umumnya.

Bagi Neeza DEWS Aesthetic Spa Boutique ini memang bagus dan merupakan pilihan bijak untuk mereka yang mencari rawatan yang selamat untuk cantik. Cubalah lihat kulit Fitness Guru, Nana Al-Haleq. Neeza memang mengagumi kulit wajah dia dan Neeza lihat dia memang rajin rujuk pada pakar aestetik di mana pakar aestetik ini merupakan doktor kecantikan yang diiktiraf dan lesen yang sah.

Dan untuk makluman, DEWS Aesthetic Spa Boutiqe ini merupakan cawangan kedua DEWS selepas De Era Clinic bertempat di Seri Kembangan.
Jadi sebelum YB Datuk Halimah melancarkan secara rasmi, Neeza dan tetamu-tetamu yang turut hadir berpeluang mendengar ucapan dari Mr Calvin Chin, CEO GMCI Corporation, ucapan YB Datuk Halimah dan taklimat dari Dr Lim Wooi Khai, Penasihat Perubatan DEWS di mana beliau adalah doktor yang diiktiraf oleh European Center for Aging Research and Education.
Memang kalau nak cantik secara selamat kita kena rujuk pada pakar yang sebetulnya. Banyak rawatan yang disediakan di sini bukan sahaja wajah tetapi urutan badan, perlangsingan, dan sebagainya. Untuk ketahui lebih lanjut boleh dapatkan sesi kaunseling dan bimbingan oleh pakar dalam bidang penjagaan kesihatan dan kecantikan, nutrisi dan kecergasan bagi melengkapkan cadangan rawatan yang disyorkan supaya anda boleh dapatkan hasil yang optimum dan terbaik.
Neeza pun berkesempatan buat sesi kaunseling itu tau. Syafiera lebih banyak bertanya dari Neeza sebab dia lebih berpengalaman dan Neeza sendiri pun tak pernah buat rawatan spa. Hehe. Ternyata sesi kaunseling ini memang Neeza sangat enjoy sebab penerangan mereka sangat lengkap, padu dan padat. Kalau dah buat rawatan lagi syok kot.
Bersama blogger Lala Rahim dan belakang itu display produk-produk DEWS
Neeza juga berpeluang untuk mencuba dulu dua buah produk daripada DEWS iaitu. Baru seminggu pakai dan Neeza dapat lihat kulit Neeza lebih moist dan glow. Produk apa? Nantikan entri akan datang ya.

Apapun Neeza memang enjoy datang dan lihat spa ini walaupun belum buat rawatan lagi. In Shaa Allah, Neeza akan cuba dapatkan tarikh yang sesuai untuk "me time" buat rawatan di DEWS Aesthetic Spa Boutique ini. Rawatan apa? Tunggu~

Salam sayang, 
Neeza

Tuesday, 17 February 2015

Jom Cantik Dengan Nurraysa Beauty Collagen

*Assalammualaikum*

Hai semua. Hari ini Neeza nak kongsikan 1 rahsia dengan you alls semua. Big secret lah juga kan. Antara azam Neeza untuk 2015 ialah nak kulit yang flawless. Jadi salah satu azam yang Neeza nak buat dalam senarai itu, iaitu nak kulit putih flawless. Untuk memastikan misi ini berjaya, antara langkah yang Neeza ambil ialah amalkan collagen. I have decided to try out Nurraysa Beauty Collagen Whitening And Anti Aging Series.

Maka, sepanjang Neeza amalkan produk ini pada pertengahan Januari lalu, I can see a lot of improvement in my face especially. Seriously, I am really and totally in love this product so much. Memang best consume product ini. Mesti you alls curious kan dengan product ini. Let me tell you why.

Kandungan bahan dalam Nurraysa Beauty Collagen Whitening & Anti Aging Series ini ialah;

Collagen, Vitamin C, Kurma (sunah nabi), Pamogranate dan Sonus Lotus


Kelebihan mengamalkan Nurraysa Beauty Collagen Whitening & Anti Aging Series ini ialah;
  1. Menjadikan kulit seluruh badan lebih cerah, gebu dan awet muda
  2. Mampu membuang toksin dalam badan
  3. Mengatasi masalah jerawat dan jeragat
  4. Mencuci dan membina usus (detox)
  5. Mampu menguatkan akar rambut
  6. Mengurangkan kedutan dan garis halus pada wajah
  7. Mengatasi masalah sakit lutut
  8. Milk booster untuk ibu yang sedang menyusukan anak
  9. Melancarkan perjalanan darah

Golongan yang boleh amalkan Nurraysa Beauty Collagen Whitening & Anti Aging Series ialah;
  1. Lelaki dan perempuan 
  2. Remaja yang dah baligh
  3. Pesakit kanser
  4. Ibu mengandung 6 bulan ke atas
  5. Ibu yang menyusukan anak
  6. Golongan veteran

Jangan risaulah untuk amalkan produk ini kerana ia dihasilkan dan dikeluarkan oleh syarikat Islam Bumiputera (sokonglah produk tempatan, yeah!) dan Nurraysa Beauty Collagen telah disahkan halal dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. InshaAllah, tiada kesan sampingan bila consume produk ini.

Macam mana cara penggunaan produk ini? Senang sangat sebab inilah yang buat Neeza sangat jatuh cinta dengan produk ini. Amalkan 2 kali sehari, sebelum sarapan dan sebelum tidur. Hanya koyak sachet dan kemam sahaja. Tak payah nak bancuh atau telan kapsul *berita baik untuk orang yang jenis tak makan ubat*. Lepas itu kemam itu, minum segelas air kosong. Nak kesan yang lagi gempak dan maksima? Minum 3 liter air kosong sehari dan kurangkan kafein.
*Love Nurraysa*
Lihatlah! Alhamdulillah, my skin much better now. Weee~ suka sangat-sangatlah. *mula dah gediknya* Jerawat dan pori yang terbuka besar itu dah semakin mengecil. Kulit pun dah tak kusam sangat dan semakin cerah. Thumbs up untuk Nurraysa Beauty Collagen Whitening & Anti Aging Series. Terbaik.

Untuk info lagi lanjut, boleh like, follow dan hubungi laman tertera:


p/s: Promosi yang sedang berlangsung sekarang!


Sunday, 6 October 2013

Review-Bedak Miyami 2 Way Cake Foundation

*Assalammualaikum*

Hye you alls semua. Dah lama rasanya tak review barangan dalam blog ini. Last entri is about Tudung Aidijuma. Yeah~ today ada mood tiba-tiba nak review tentang produk kecantikan iaitu bedak asas / foundation. Kawan-kawan adalah tanya, " Eh, Neeza bedak apa yang kau pakai bedak apa? Smooth jer~ Tahan lama, dari kelas pagi pukul 8 sampai pukul 1 petang, maintain. Simply Siti?" Hahaha, Neeza mampu gelak sahaja. Simply Siti? Yang, ingat Neeza ini kaya raya sangat ke. Kalau dah kerja, bolehlah pakai Simply Siti ke, Mac ke. Kan?

Then, bedak asas jenama apa yang Neeza guna? Oh sebelum terlupa, nak bagitahulah, Neeza ini bukan jenis yang suka mekap tebal-tebal sepuluh inci. Neeza kalau pergi mana-mana just bedak asas sahaja. Tak ada makna nak blusher, eyeshadow bagai. Touch up bedak asas pun sikit-sikit sebab dulu pernahlah kena tegur, "Dahlah kau putih, pakai tebal dah macam opera cina." Plus, tak naklah kena label sebagai "tepung gomak" dalam kuliah. Oh, tidak!! Mimpi ngeri I you~~


Haish, dah terpesong-pesong pula Neeza bebel dari tadi. Haha, berbalik kepada soalan, jenama bedak asas yang Neeza guna ialah produk Miyami 2 Way Cake Foundation. Bedak ini best sangat. Bedak ini bukan sekadar bedak asas malahan sebagai foundation. Kalau dalam keadaan kering, jadi bedak asaslah. Kalau basahkan span, transform as foundation, hah, magic kan? Tapi kalau memanjang pakai as foundation alamatnya cepat habislah kan. Neeza guna as bedak asas je. Jimat! Dulu you alls, Neeza masa zaman sekolah pakai bedak ini, boleh tahan sampai 4 hingga 6 bulan, well i kan budak baik, jarang keluar rumah, tapi sekarang siang malam, pagi petang ada kuliah,then ada kelas malam memanjang, memang hampir 2 bulan sahajalah dia bertahan.Hihi.

Macam mana Neeza boleh terpikat dengan bedak asas Miyami ini. Well, masa zaman form 4 dulu, zaman awal remaja yang still mencari-cari identiti diri, mencari barang keperluan yang sesuai dengan jiwa. Bermacamlah produk yang di try tapi semuanya hampeh. Pernah Neeza pakai satu jenama itu, muka Neeza berubah macam monster. Banyak jerawat timbul. Dahlah masa itu muka Neeza gelap sebab kawad. Huh, turun saham! Faham-fahamlah dah nama pun student, pakai jenama yang murah-murahlah. Tengok kawan pakai okey jer, Neeza trylah. Hah, amek kau! Muka dahlah sensitif. Menangis 2 minggu woo, sampai kena treatment. Sedih.

Kebetulan, ada kawan Neeza, siapa lagi, Dylalah, syorkan Neeza try pakai Miyami. Hehe, trial guna dia punya. Tempek sikit. Best! Bedak dia kekal lamalah. Kena reti adjust kalau nak rata. Okey jer, Neeza guna. Lepas itu menabunglah Neeza untuk beli. Kejap jer menabungnya sebab masa itu nak dekat raya. Cukup jer duit, terus beli dekat Cosway. Mahal woo masa itu RM28. Dasar cekik darah. Tapi pada Neeza biarlah mahal asalkan produk itu sesuai dengan kita, kan? Sejak itu jadilah pengguna setia Miyami dan masa form 4 dan form 5, beli bedak Miyami dengan jiran merangkap mak cik van. Dia dan anak dia *kawan Neeza* pun pakai Miyami.

Beli dengan mak cik van murahlah sikit,cuma RM22. Well, selalu kan Cosway, promotion buy 3, each bedak, price RM22. Kiranya tumpang sekakilah. Hihi. Lepas itu, sejak dapat kak ipar, tengok barangan make up dia. Hihi, intai-intai. Tak sangkalah pula, dia pun pengguna bedak asas Miyami. Satu family dia guna. Sejak itulah, Neeza kirim suruh dia belikan. Dengan kak ipar best! Selalu dapat free. Hihi. Tapi tak kanlah nak suruh dia belikan selalu. Boleh bankrupsi. Sekarang Neeza rasa better beli sendiri. Well, ada duit elaun katakan. Hoho.

Bedak asas Miyami ini best sangat. Neeza dengar ramai artis guna make up ini. Buktinya Neeza lihat sendiri dulu,dalam sebuah cerita dekat TV3, tak ingat cerita apa, waktu petang pukul 7, cerita itu start. Adalah adegan, macam tak puas hati, nak sportcheck barang dalam handbag. Dia keluarkan semua barang dan terdetik hatiku berkata apabila ternampak sesuatu yang familiar "Eh, itu bukan macam produk Miyami ke?." Artis pun pakai tahu. Mak cik van Neeza pun ada kata, mak andam selalunya gunakan ini kalau nak pergi annual dinner sebab ada kawan dia itu mak andam. Kelas kan bedak Miyami ini.

Dan apabila kita sudah bertemu dengan satu produk yang sesuai dengan diri kita, absolutely dah tiada cari yang lain dah,setia pada yang itu saja. Eceh, ayat tak menahan. Seriously, bila Neeza pakai produk lain, serba tak kena. Nak juga Miyami! Nak juga! Nak juga! Lagipun produk ini bagus, ada pelindungan dari UVRay SPF15 , made in Japan lagi, and kebanyakan produk dari Cosway berkualiti dan mencapai standard. Jadi apa lagi kau nak untuk dapatkan muka yang flawless kalau Miyami memenuhi kriteria? *sambil jeling produk lain* So, jom ramai-ramai dapatkan produk ini di Cosway yang berdekatan anda. :-)


p/s: Bedak Asas Miyami 2 Way Cake foundation didatangkan dengan 3 jenis tone sama ada light, medium dan dark. But jarang dan susah nak dapat dark. Make sure it is original! TQ.

Salam Sayang.
-Haneeza Mohamad-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.