Assalammualaikum dan hai.
Anda nak tahu tak? Neeza ini kalau nak ke mana-mana mesti naik pengangkutan awam. Memang selalu ulang alik Shah Alam ke Kuala Lumpur naik bas Rapid KL je. Dah biasa...
Selalu dalam perjalanan mesti lalu jalan Kerinchi. Mesti nampak KL Gateway Mall yang sememangnya bersambung dengan bangunan LRT University. KL Gateway ini rasanya baru dibuka dalam bulan Mac kalau tak silap. Neeza tahu pasal KL Gateway sebab H&M di sini antara yang terbesar dan buat sales besar-besaran masa opening KL Gateway.
Neeza pernahlah jejak ke sini sekali masa tunggu Fyra datang pick up sebab kami nak ke Cyberjaya. Tapi hanya seketika lah. Tak sempat nak pusing-pusing pun
Dan sekali lagi Neeza ke KL Gateway Mall masa bulan Ramadhan lalu (hampir nak raya). Masa itu boring tak tahu nak ke mana jadi jalan-jalan ke sini sebelum pulang ke Johor untuk sambut hari raya.
"Jap-jap arah mana ek? Jangan sesat dah lah. Ramai betul orang, hehe.."
Memang besar dan ramai orang yang mengujungi KL Gateway Mall ini. Banyak juga booth dan kedai yang ada di KL Gateway Mall. Memang rambang mata. Dan dan nak raya kan masa itu, semua pakat buat sale dan promosi. Dari pakaian, perabot, barangan gajet dan macam-macam lagilah. Rambang mata I. Hehe.
Tak sangka ketika jalan-jalan itu, ternampak ada persembahan tarian tradisional dan gamelan muzik. Live show tarian ini boleh disaksikan hingga 9 Julai 2017. Pergilah lihat, jarang dah sekarang nak lihat persembahan seperti ini. Bagi Neeza memang mengasyikan lihat tarian tradisional, yelah seringkali disajikan dengan band je mestilah bosan. Terasa nak menari sekali hehe.
Seperti kita tahu bulan Ramadhan, kebanyakan mall akan buat contest dan giveway. Tak terlepas, KL Gateway juga mengadakan beberapa giveaway yang best iaitu Balik Kampung In Style untuk mereka yang suka shopping dan sertai contest seperti;
1. Snap, Tag and Win
Pose & snap gambar anda bersama kereta MINI kat ruang legar utama Main Atrium, LG1. Kemudian upload di laman Instagram atau Facebook. Jangan lupa sertakan hastag #BalikKampungInStyleWithMINI #winaMINI #weekenddrivewithMINI #KLGatewayMall
Contoh macam I ambil gambar ini;
2. Lucky Draw Hari Raya
Shopping apa sahaja di KL Gateway Mall dan sebarang pembelian resit bernilai RM100 ke atas dan anda boleh menang hadiah cabutan bertuah Samsung Galaxy S8 terbaru.
3. "Balik Kampung In Style" Grand Lucky Draw
Ni paling menarik sebab anda ada masa sehingga bulan March 2018. Sebarang pembelian RM500 dalam 3 resit anda boleh menang all new brand MINI Cooper 5 Doors harga RM 193k. Perghhhh!
Cun menawan :3
Best kan? Berbelanja sambil menang hadiah. Masih ada masa lagi ini. Jom ke KL Gateway Mall dan sertai contest ini sekarang!
Salam sayang,
Neeza
tangg mana yang awakk gemokkk tahhh! hahaha pukk kang.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
tak ada maknanya, dah mok balik nih :-p
Deletepernah sampai sekali je untuk event. tapi best sebab dekat dengan train kan
ReplyDelete