Assalammualaikum dan hai semua,
Wah! Wah! Tajuk mat saleh tapi sebenarnya ini artikel Malaysia ya. Kenapa Malaysia bukan melayu? Sebab Neeza cakap dwibahasa barulah Malaysian. Eh bukan cakap tapi tulis. Sorry di situ. Oops!
Di sini Neeza nak kongsikan sebuah kisah benar. Suspens tak?
Haha mesti anda tak ada perasaan kan. Tak apalah biar Neeza syok sendiri jer. Just kidding. Hehe.
Okay Neeza nak ceritakan dekat anda pasal satu cerita. Anda pernah dengar Traveloka tak?
Pernah? Pernah? Pernah?
Haa betul la tu.. Traveloka adalah web atau apps yang boleh tolong anda book hotel dan review hotel-hotel. Tapi berapa ramai kat sini yang tahu anda sebenarnya boleh tempah tiket Malaysia Airlines (MAS) sekali?
Haa tutup mulut ternganga tu. Betul Neeza cakap ni memang boleh. Percayalah~
Cuba anda click sini untuk Malaysia Airlines online booking tawaran terbaik dan tengok bukti yang Neeza beritahu tadi. Dah percaya kan? Kan?
Sekarang ni anda cuba pilih destinasi anda, tarikh anda nak pergi dan berapa jumlah penumpang @ passanger. Senang kan. Click untuk teruskan. Haa kan mudah.
Jangan lupa bagi maklumat anda sekali ngan email jadi nanti dapatlah e-ticket untuk anda nak check in nanti. Anda sebut je nak ke mana, semua tempat MAS pergi mesti ada. Mudah sahaja tau, hanya pakai laptop or smartphone sahaja nak booking.
Sekiranya e-tickets anda tak sampai dalam masa sejam korang bolehlah contact pusat Traveloka dan mereka akan sedia membantu. Servisnya memang tiptop!
Payment melalui kredit kad pula selamat. Anda tak perlu risau kalau ada nak buat bayaran menggunakan kad kredit atau internet banking. Jangan risau, sekarang ini keselamatan ketat untuk transaksi bayaran secara online.
Di Traveloka juga ada review pasal Airline MAS ni untuk anda kaji dan tinjau dulu. Harga pun anda boleh bandingkan dengan tarikh yang lain.
Rasa macam nak pergi Penang cuti semester tahun depan, serius murah!
Sekarang ni Neeza nampak musim travel untuk orang-orang muda yang sebaya macam Neeza ini. *Haaaa, Neeza pun ada staycation tau minggu depan* Maklumlah sekarang ini budak-budak macam kami ini dah ada kesedaran untuk tengok tempat orang. Pengalaman itu yang mahal dan susah nak dicari kalau kita terperap sahaja di tempat kita. Bagaikan katak di bawah tempurung, bak kata orang-orang tua.
Jadi apa salahnya gunakan peluang yang ada ni untuk gunakan kemudahan yang Traveloka dah sediakan untuk orang yang macam kita. Kadang-kadang bukan sebab nak gembira sahaja tapi nak belajar dari budaya orang lain, supaya kita hargai apa yang Tuhan dah ciptakan untuk kita dengan kepelbagaian. Yang mana baik itu kita jadikanlah sebagai tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan.
Antara kebaikan travel ini ialah dapat explore tempat cantik untuk bergambar dan dalam masa yang sama menikmati keindahan ciptaan Tuhan.
Dan sudah tentu memerlukan minda yang cukup rehat. Sebab tu Neeza sarankan guna kapal terbang sebagai pengangkutan anda untuk bercuti. Lagipun bukan selalu kan. Sekali sekala kita beri ganjaran pada diri kita ketika bercuti.
Malaysia Airlines juga ada tawarkan "Favourite Spot", iaitu servis yang mereka buat untuk Economy Class passengers untuk tempah mana-mana seat yang mereka mahukan ketika penerbangan. Servis Favourite Spot hanya sah untuk tempahan secara online ya!
Neeza ada juga nak share bahawasanya bayi yang berumur bawah 7 hari tak dibenarkan untuk naik. Jadinya kepada ibu bapa yang ada anak baru lahir, bagi la dia duduk dekat atas bumi dulu. Tetiba naik kapal terbang apa ingat dia boleh jadi pilot surihatiku ke? Macam Fattah Amin itu? Hehe. Demi keselamatan bayi itu juga. Si ibu pun kena berpantang. Keselamatan dan kesihatan adalah yang paling penting sekali dalam hidup kita, tak boleh dijual beli tau.
Seperti kita tahu jarang jugak MAS ni ada flight delay jadi the peratusan anda sampai lambat ke destinasi yang anda nak bercuti itu rendah. Taklah kacau perancangan anda nanti. Kenapa?
Sebab Neeza dari kecil naik sampai sekarang, mereka sentiasa menepati masa melainkan ada perkara yang tak dapat dielakkan. Lagipun naik MAS ini memang best tau sebab tak adalah penat-penat nak jalan ke tempat parking kapal terbang dari terminal. Dibuatnya jauh? Niaya beb. Kalau MAS ini, penumpang masuk terus ke pintu kapal terbang dari terminal. Tak payah nak beraksi marathon dalam terminal.
Oh ya sebelum Neeza terlupa, di Traveloka juga ada maklumat pasal MAS. Jadi anda boleh baca terus di page Traveloka untuk tahu tentang info, peraturan, dan polisi yang ada. Baca betul-betul sebab nanti tak nak tak pasal-pasal anda mengamuk kat airport pasal sesuatu benda padahal ada dalam policy tak boleh buat itu dan ini. Kita kan masyarakat bertamadun jadi bertindak seperti orang yang berpendidikan.
Kesimpulannya, Traveloka memang kena jadi pilihan anda kerana;
Jadinya sekiranya nak bercuti dengan keadaan aman dan damai, pastikan mempunyai perancangan yang baik, buat keputusan yang menguntungkan diri kita supaya sentiasa bergembira dengan rajin-rajinlah mencari info, baca review dan tempah awal untuk promosi yang lebih baik. Cuti-cuti Malaysia ada slogan kita semua.
Apapun selamat bercuti semua! *Neeza tak sabar nak staycation esok, yeayy!*
Salam sayang,
Neeza
seronokkklahh budak tuuu berjalaan je nanti
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Seronok jalan-jalan... adanya Traveloka memang menjimatkan..
ReplyDelete