Wednesday, 16 August 2017

Servis Penghantaran Makanan Pappadelivery - Pertama kali Cuba!

Assalammualaikum dan hai semua,
Semenjak masuk bulan Ogos ini, Neeza memang sibuk sangat. Jadual memang padat. Selalu berulang alik Shah Alam dan  Kuala Lumpur. Nasib baiklah ada rakan baik yang sudi tumpangkan Neeza di Kuala Lumpur sebab kadang-kadang terlalu letih nak balik Shah Alam, lagi-lagi Neeza ini pengguna setia pengangkutan awam. Perjalanan memang makan masa dan memenatkan.

Bila dah duduk rumah kawan, tak kanlah kita nak memasak.Jadual kita sendiri pun ketat dan padat. Keluar pagi balik petang atau malam. Balik rumah je dah letih badan dan perut pun lapar. Nak keluar pula malas. Jadi cara paling mudah dan pantas adalah menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan atau dalam bahasa Omputih, food delivery service.

Dah hidup di Kuala Lumpur, mestilah gaya hidup pun kena cara orang bandar. Hehe.  Jadinya, Neeza pun nak cubalah servis penghantaran makanan dari Pappadelivery. 

Okay, Pappadelivery ini dikendalikan oleh Papparich. Pernah dengar kan pasal restoran Papparich?

Papparich ini adalah antara restoran kesukaan Neeza dan makanannya memang terbukti sedap di mana menyediakan hidangan Malaysia, kopi dan pencuci mulut yang lazat. LIHAT ENTRI INI! Jadi Neeza memang yakinlah dengan kesedapan dan keenakan makanan di Papparich.

Sebenarnya Neeza pun pertama kali guna Pappadelivery ini. Selama ini datang restoran je, kali ini kita cubalah servis penghantaran pula.
Okay, kalau nak tempah penghantaran makanan, mestilah buka website dulu.
Macam biasalah, daftar akaun, masukkan lokasi, pilih menu kesukaan anda di Papparich, jelaskan bayaran dan penghantaran akan dibuat. Semudah 1,2,3. Senangnya!
Kebetulan Neeza ada program Rabu lepas di Kuala Lumpur, makanya, Neeza pun letaklah penghantaran antara jam 4-5 petang. Memang runner datang tepat waktunya. Alhamdullillah.
Bila makanan sampai, Neeza dapati memang ada wap dalam bekas makanan. Rasa bekas makanan pun masih panas lagi. Ini petanda bagus.
Biasalah, anggapan kita kalau guna servis penghantaran makanan ini mesti makanan sampai itu sejuk. Tapi Papparich Delivery ini terbukti makanan anda tak akan sejuk. 
Untuk pappadelivery ini, Neeza pilih,
Hainan Toast with Butter + Kaya
Roti memang rangup, gabungan mentega dan kaya membuatkan minum petang memang lengkap jika dihidangkan bersama kopi
Nasi Lemak with Chicken Curry
Kuah kari memang pekat, saiz ayam pun besar, sambal medium pedas, terasa kelemakan santan dalam nasi, ikan bilis pun garimg
Char Kway Teow biasa
Bahan-bahan dalam hidangan macam kerang, udang, fishcake, dan sayur-sayuran ini memang segar dan muai.
Iced Coffee dan Iced Fresh Lemon Honey
Air berais ini memang buat kita terliur lagi-lagi masa hari yang panas terik

Maklumlah, belanja sekali kawan Neeza selaku tuan rumah. Tak kanlah nak makan seorang-seorang kan?

Dari segi portion memang mengenyangkan dan jangan risau kalau tak ada sudu ke garbu sebab pappadelivery ini emang lengkap sediakan sekali sudu, garpu dan tisu tau.

Serius kata, puas hati sangat dengan servis penghantaran makanan di rumah oleh Pappadelivery ini. Masa penghantaran makanan yang tepat, hidangan pun masih panas-panas bila sampai, portion yang mengenyangkan, terasa keenakan seperti mana kita makan dekat restoran Papparich dan kelengkapan untuk menjamu selera pun lengkap ada.

Lain kali, memang nak tempah lagilah Pappadelivery.

Anda dah cuba belum?

Untuk maklumat lanjut;

p/s: Promosi terkini daripada Pappadelivery;

10 comments:

  1. Nak pindah KL la macam ni. Hahaha semua ada delivery. Huaaaaaa.

    ReplyDelete
  2. wahhhh.. kat area umah kita mesti tak ada :(

    ReplyDelete
  3. busyra prnah makan di restaurant dia. makanan boleh tahan sedap. best kan kalau ada delivery ni..senang

    ReplyDelete
  4. Hainan Toast with Butter + Kaya <<<< Favourite ni.... adoi...

    ReplyDelete
  5. alahai sodapnya tengok. salu makan kat rstaurant dia je. best jugak lah dah ada delivry ni :D

    ReplyDelete
  6. alahai sodapnya tengok. salu makan kat rstaurant dia je. best jugak lah dah ada delivry ni :D

    ReplyDelete
  7. Sedapnya airah tak pernah lagi makan di papparich ni.lepasni boleh la cuba makanan dia dengan delivery sekali.senang tak payah nak keluar rumah dah

    ReplyDelete
  8. pernah cuba dulu. everything perfecttt.

    happy bila tahu pappa rich ada delivery service. one of my fav lepak spot ;D

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.