Wednesday, 16 August 2017

Stigma Negatif di Malaysia - Dicela dan Diberi Gelaran Tidak Baik

Assalamualaikum dan hai semua
Pernah tak dalam hidup anda, diejek dan diberi gelaran yang tak baik? Untuk Neeza sendiri, ya Neeza pernah alami sendiri sejak kecil lagi gara-gara GEMUK.

Masyarakat Malaysia ini memang tak lekang dari standard. Kalau definisi cantik itu mestilah kurus, putih dan tinggi. Kalau pendek, gemuk dan hitam itu kira hodoh. Hat itulah yang sering dicemuh dan diejek. Kebiasannya bab ejek mengejek ini masa zaman sekolah lah.
Pengalaman Neeza. dari tadika sampailah sekolah menengah. Sehinggakan dalam van sekolah pun kena ejek. Bohonglah kalau tak terasa dan sakit hati. Pernah balik rumah sampai menangis-nangis dekat mak tak nak lagi pergi sekolah. 

Ingat lagi, Neeza pernah dibuli, masa nak duduk, tak perasan orang yang dengki itu tarik kerusi. Neeza terjatuh. Berdebuuuk! Lepas itu dicemuh dengan gelaran "bumi bergegar... anak gajah jatuh...anak gajah jatuh.."

Dalam masyarakat, ketika membeli belah, lalu dekat kedai-kedai pakaian mesti ada penjual yang sibuk perli "dekat sini tak ada saiz giant". Rasa nak menangis ada, nak marah pun ada.

Macam-macamlah dapat gelaran disebabkan fizikal kita yang paling besar dalam kelas. Adik giant, anak gajah, bumi bergegar, raksasa dan pelbagai lagilah. Malas nak ingat. Sehinggakan gelaran-gelaran itu terbawa-bawa sehingga remaja dan kerana itulah buatkan crush tak nak dekat dengan kita. Waimah berkawan pun. *Sigh* Itu sebab tiada boyfriend zaman sekolah (exception couple masa Form 5, itu pun tak tahu pasaipa dia berkenan dengan kita, tapi apakah daya bertahan 6 bulan je haha).

Kerana cemuhan dengan gelaran-gelaran sebegini sangat terkesan sampai sekarang. Neeza ulang SEHINGGA SEKARANG. Lagi-lagi psikologi. Antaranya kurang berkeyakinan bila di khalayak ramai.

Pernah hadiri satu majlis, ada rakan blogger yang perli kaw-kaw "u dlm fb lain, jumpa depan lain. tak sangka macam badak sumbu" Depan kawan-kawan lain pula itu. Kau rasa? Memang ler lain sebab kita crop muka je, haha. Memang tak tunjuk tang badan ler. Itu sebab mati-matian Neeza diet tahun lepas sampai 20 kg. Kalau naik balik (macam sekarang), masih boleh buktikan boleh turun balik. Bukannya gemuk itu gemuk sampai mati.

Jangan bimbang, Neeza dah dalam sangat tak jumpa dia. Dah pencen kot. Biarlah. Dah maafkan pun. Hehe. Haaa, teringat lagi satu peristiwa, tahun lepas jugalah masa Neeza dok sibuk nak kurus-kurus, ada satu fasa Neeza down sangat.

Neeza berkongsi lah dalam IG dan blog, cukup hanya sebagai pembacaan dan perkongsian. Tak sangka ada blogger ini juga ada selitkan nama kita dalam entri dia beserta link blog kita dan berat. Amboi bukan main perli. Ayat dia bukan inspirasi tapi lebih kepada gelakkan kita.

Dahlah awak itu blogger famous (popular ke?) tak perlulah nak perli orang lain dalam blog sendiri. Tak cukup dari itu spam dekat pic IG tak related pun dengan berat kita. Kalau ya pun nak tanya, tak boleh ke DM personal? *Itu sebab left group blogger XXX dari I terus sakit hati dengan that guy yang masih aktif berblogging*

Perempuan ini sensitif tau kalau sentuh bab-bab fizikal. Berlainan dengan lelaki. Macam ex boyfriend Neeza dulu, dekat sekolah dia pun ada gelaran dia sendiri. Kawan-kawan dia pun ada gelaran. Normal thing untuk lelaki lagi-lagi sekolah asrama *tapi melekat sampai ke tua*

Haaaaa.. lagi satu yang Neeza perhatikan dalam masyarakat kita, ejek itu bukan dari fizikal tapi nama sendiri tak pun nama mak ayah. Betul kan? Kalau tak, tak kan lah viral isu pengacara kena saman sebab hina dan ejek nama bapa jaguh sukan negara *baru ada akal jangan nak ejek sesuka hati*.

Apapun, memberi gelaran yang tidak baik ini seharusnya dibendung lagi-lagi semasa kecil. Cukuplah terjadi pada diri ini, semoga sekiranya ada anak nanti, Neeza akan cuba ajar mereka untuk tidak memberi gelaran kepada sesiapa. Hormat dan beri panggilan yang baik. Jangan sesekali sakitkan hati orang lain. Dalam Islam pun ada nyatakan larangan ini.
Disebabkan terjumpa video ceramah Ustaz Dato' Badlishah Alauddin inilah wujud entri hari ini. Rasa terkesan betul dalam diri ini. Padahal asalnya Neeza buka youtube ini sebab cari info untuk homework pasal zakat masa bulan Ramadan. Sekali terbuka video ini lepas itu klik link publisher PPZTV. Mulalah hairan.

PPZ itu singkatan Pusat Pungutan Zakat. Tak sangka pula ya, dah ada channel sendiri dalam youtube iaitu PPZTV. Perspektif baru dan menarik sebab bila Neeza lihat list video dalam channel ini kebanyakan yang disiarkan dalam youtube PPZTV ini adalah ulasan mengenai apa yang berlaku dalam masyarakat sekeliling kita. Salah satunya macam yang Neeza tunjuk di atas inilah.

Banyak lagi video-video yang menarik dikupaskan oleh ustaz-ustaz dan bolehlah klik www.youtube.com/ppztv.

Okaylah, sampai sini Neeza membebel panjang untuk hari ini. Haha. Ingat! Lebih baik diam dari mencemuh dan memberi gelaran tidak baik kepada sesiapa. Ingat, kalau kita buat tak kena pada kita, mungkin akan berlaku pada orang yang kita sayang tak pun pada keturunan kita nanti. Kifarah itu ada tau.
Salam sayang,
Neeza

4 comments:

  1. ya betul tu mmg terasa sgt bila orang ejek, anis ni dah la yg paling pendek dlm kelas waktu skolah rendah dulu dan smpailah skrg >.< tpi bila makin besar org tak kisah pasal tinggi/rendah , tpi kalau saiz badan mmg diorang akn tetap ejek :(

    ReplyDelete
  2. bersabarlah ye neeza..semoga yang mencemuh tu mendapat rahmat

    ReplyDelete
  3. Saya pun tak dapat nak komit dalam apa2 group blogger ni... nanti jadi lain pula... sabarlah Neeza...

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.