Sunday, 17 December 2017

Hari Terbuka Red Ribbon Wedding Works - Alami Sendiri Acara Perkahwinan Sebenar

Assalammualaikum dan hai semua,
Neeza baru sahaja pulang dari menghadiri Hari Terbuka Red Ribbon Wedding Works. Kan Neeza dah bagitahu di entri INI yang Neeza akan ke sana. Serius rugi siapa tak pergi tau.

Seperti yang Neeza dah update hari itu, Hari Terbuka ini merupakan anjuran daripada pihak Red Ribbon Wedding Works yang berkalaborasi dengan Dewan SM Syahidzuan ini. Untuk pengetahuan semua, ini kali kedua Neeza ke kawasan Ostia Bangi. Nak tahu tak, Dewan SM Syahidzuan ini terletak di atas bangunan Primavalet je. Nak lagi tepat, lokasinya berada di Bangunan A.
Ketika melangkah masuk ke dalam dewan ini, Neeza dah mula mengimpikan majlis perkahwinan sendiri. Ecewah. Kawasan Dewan SM Syahidzuan ini sangat bersesuaian dengan impian tema perkahwinan Neeza nanti.
Neeza mahukan perkahwinan yang ringkas dan bersifat lebih privasi di mana keluasan Dewan SM Syahidzuan ini boleh memuatkan 170 orang dalam satu masa. Kalau anda nak buat majlis yang tetamu datang dan pergi, jemputan tetamu yang boleh dimuatkan ruangan dewan ini kira-kira maksima 700 orang. Kalau dalam pakej yang disediakan ialah 500 orang.
Cantikkan dekorasi untuk kerusi dan meja di Dewan SM Syahidzuan ini?
Mesti ada yang tertanya kenapa Dewan SM Syahidzuan ini dipilih?

Selain dari lokasi yang strategik, Dewan SM Syahizuan ini menyediakan kemudahan surau lelaki dan perempuan, parking kereta yang luas dan dewan berhawa dingin,

Pihak Red Ribbon Wedding Works menyediakan pakej istimewa untuk para pengantin yang ingin mengadakan perkahwinan di Dewan SM Syahidzuan, Bangi ini di mana pakej lengkap termasuk dewan hanyalah RM25 sekepala untuk 500 jemputan.
Serius kata para pengantin tak perlu sakit kepala dan stress kalau ambil pakej ini sebabnya A to Z, semuanya diuruskan oleh pihak Red Ribbon Wedding Works. Di dalam pakej ini, terdapat menu untuk jemputan tetamu, andaman, fotografi, PA System dan pelengkap majlis. Pakej ini juga termasuk VIP Dome Setting, hidangan pengantin, pramusaji beruniform dan koordinator majlis.

Malahan, pihak Red Ribbon Wedding Works memberikan anda secara percuma hotel satu malam, bubur pulut hitam, teh tarik, dan kek pengantin. Percuma okay PERCUMA!

Bagi Neeza, bagi sesebuah majlis perkahwinan, menu untuk jemputan andalah antara perkara yang terpenting sekali. Kita tentulah mahu memberikan makanan yang terbaik dan sedap untuk orang yang hadir meraikan perkahwinan kita.
Semasa Hari Terbuka, Neeza sempat menjamah beberapa menu iaitu nasi beriyani, daging masak hitam, ayam madu dan acar buah. Memang lembut je daging dan ayam madu itu pun rasa lemak manis. Nasi pun okay.
Semasa Hari Terbuka ini, pihak Red Ribbon Wedding Works turut mempamerkan 3 rekaan yang menjadi pilihan para pengantin masa kini iaitu songket,bollywood dan fishtale. Cantik kan? Neeza berkenan betul rekaan bollywood itu.
Dan paling penting semasa meraikan hari bahagia adalah rekaan pelamin. Semasa Hari Terbuka ini, pihak Red Ribbon Wedding Works menampilkan tema Tropical Garden. Memikat hati kan? Simple and nice.

Beruntung betul buat bakal pasangan mempelai yang datang ke Hari Terbuka ini di mana dapat melihat dan merasai seperti acara perkahwinan sebenar.
Eh? Hatta Dolmat pun ada tau datang support founder dan co founder Red Ribbon Wedding Works,
Okaylah, sekiranya anda berminat dengan pakej ini, anda boleh menghubungi pihak Red Ribbon Wedding Works seperti berikut;
Red Ribbon Wedding Works
E-03-13, Jalan Prima 3/5, Taman Puchong Prima, 47100 Puchong, Selangor
Nombor Telefon: 0107920920 (Nelly) 0107953569 (Hafiz)
Facebook:Red Ribbon Wedding Works
Instagram: @redribbonweddingworks

Salam sayang,
Neeza

20 comments:

  1. wah menariknya bersanding dalam air cond macam ni :)

    ReplyDelete
  2. Cocok sekali nih buat planning yang mau menhalalkan kekasihnya. Mana design nya keren ya. :)

    ReplyDelete
  3. kalau dapat suami area area situ ok jugak hehehe kalau belah sha nkpi buat sampai selagor jauh la pulak. nampak grand tempat ni

    ReplyDelete
  4. Macam macam ada sekarang ni. Untung la pengantin zaman sekarang.

    ReplyDelete
  5. konsep terbuka macam ni better .. kita dapat rasa sendiri sebelum tempah

    ReplyDelete
  6. Pakej menarik buat bakal pengantin ni...sekarang macam- macam ada..lamanya tak makan nasi kenduri

    ReplyDelete
  7. menarik konsep bersanding yang di reb ribbon tu.. bertuah siapa yang dapat guna khidmat ni semua ada tu...

    ReplyDelete
  8. Memang patut bakal pengantin jalan2 ke pameran terbuka begini. Boleh pilih pakej mana yang berkenan kat hati. Yang penting makanan kenduri nanti kena sedap!

    ReplyDelete
  9. Suasana nampak sgt selesa , bersih dan ruang sgt luas, makanan nampak sedap dan menyelerakan.

    ReplyDelete
  10. Neeza dah xsabar nak kahwin ke?

    eh, awat nampak harganya murah sangat berbanding apa yang mereka tawarkan?

    ReplyDelete
  11. Cantik la tmpt ni...pndai diorg deko dewan ni smpai nmpk exlusive mcm dekat hotel kn

    ReplyDelete
  12. the place looks nice and the price per pax quite affordable too. compare to chinese... this one really cheap! haha

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  13. I love the decor it is just so beautiful! This is a great venue for weddings.

    ReplyDelete
  14. nasi beriani daging masak hitam tu gabungan mantap, nak plak daging lembut kan :), oklah sekarang ni siap ada hari terbuka lagi, dapatlah bakal pengantin survey2 apa yang patut kan

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  15. Di Ostia Bangi, berdekat Prima Valet ya.
    Ada nampak dari plaza tol, baguslah ada alternatif baharu Dewan untuk majlis-majlis ni.
    Selalunya di dewan Melur atau Bangi Golf atau dirumah sahaja. Kali ini ada pilihan lain.

    ReplyDelete
  16. teringat dedulu..kalau ada pameran perkahwinan..semua pameran kami pergi

    ReplyDelete
  17. Fancynya dia punya wedding hall. Suka sebab tampat dan lokasi dia menarik. DEco pun cantik gak.

    ReplyDelete
  18. Cantiknyaaa! Memang nampak selesa sangat wedding hall ni. Nak bawa baby pun tak serba salah kalau dia panas ke apa kan

    ReplyDelete
  19. Although the decoration is simple but the design look bright and elegant. It brings back my wedding time decoration.

    ReplyDelete
  20. Wah menariknya.cantik dan santik tema nya. Harga package ada tak? Mahal tak ye.

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.