Assalammualaikum dan hai semua,
Bersesuaian dengan taglinenya 'PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT', Pusat Pengutan Zakat MAIWP telah melancarkan Kempen Yez 2017 (Year End Zakat).
Ingat shopping sahaja yang ada kempen akhir tahun ke? PPZ MAIWP pun buat kempen juga tau.
Ingat shopping sahaja yang ada kempen akhir tahun ke? PPZ MAIWP pun buat kempen juga tau.
PPZ- MAIWP senantiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi para pembayar zakat dalam menunaikan tanggungjawab berzakat. Oleh yang demikian, Kempen Yez 2017 (Year End Zakat) dilaksanakan bagi menggalakkan umum berzakat sebelum berakhir tahun 2017. Kempen ini diadakan selama 1 bulan pada bulan Disember 2017 bermula 1 Disember 2017 hingga 31 Disember 2017.
Bersempena dengan kempen ini, 11 kaunter PPZ-MAIWP dibuka 7 hari seminggu sepanjang Disember 2017 termasuk cuti umum. dari jam 8.15 pagi - 4.45 petang. Pada tarikh 26 – 31 Disember 2017 pula, kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga jam 8 malam.
Pelbagai keistimewaan yang bakal diperolehi para pembayar zakat iaitu pemberian cenderahati khas di kaunter-kaunter PPZ-MAIWP iaitu CD MAU’ IZATI oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Kalendar Meja 2018, yang turut mengandungi jadual waktu solat, Buku Siri Rukun Islam yang akan diberikan kepada para pembayar zakat yang membawa anak-anak mereka ke kaunter PPZ-MAIWP.
Malahan ada hadiah cabutan bertuah bagi para pembayar zakat di kaunter PPZ-MAIWP. Dengan 1 cabutan bertuah setiap hari dari tarikh 1 hingga 29 Disember 2017 dan 20 cabutan bertuah pada tarikh 30 hingga 31 Disember 2017.
Turut ditampilkan, maskot Omar dan Hana (siri kartun terbitan ASTRO) untuk memeriahkan lagi suasana di kaunter Shamelin Perkasa pada 30 dan 31 Disember 2017. Bagi yang tidak berkesempatan membayar zakat di 11 kaunter PPZ-MAIWP pula, umum boleh menunaikan zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP dengan melayari www.zakat.com.my dan berpeluang memenangi 100 cabutan bertuah yang disediakan.
Untuk makluman lanjut;
Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (Ibu Pejabat)
Alamat: Wisma PPZ 68-1-6 Dataran Shamelin, Jalan 4/91 Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.
Talian: 1-300-88-5757
Talian: 1-300-88-5757
Salam sayang,
Neeza
nice babe. very informative
ReplyDeleteKempen yg bagus Dr ppz Kan..best betul byk gift dpt, online pun bole kan
ReplyDeleteBagus info ini... Jom war2kan
ReplyDeletePenghujung tahun, disamping kita sibuk dengan persiapan anak-anak nak kembali ke sekolah, sibuk dengan perancangan nak bercuti sempena cuti sekolah, sibuk dengan kenduri kendara saudara mara terdekat yang nak mendirikan rumahtangga...Jangan lupa dengan kewajipan yang satu ni..berzakat..! Sucikan rezeki kitaaa
ReplyDeleteBagus sekarang nak bayar zakat dah mudah.
ReplyDeleteterima kasih kongsi pasal info zakat yang menarik ini... kempen yang patut kita pergi ni...
ReplyDeleteNice. Bayar zakat di hujung jari je sekarang. Siap dpt peluang menang hadiah lagi 😍
ReplyDeleteKita pergi YES, maka jangan lupa YEZ juga. Hehe. Tq share info begini.
ReplyDeletebagus kempen YEZ ni.. mengingatkan semua orang tentang tanggungjawab berzakat dalam kehidupan..
ReplyDeleteBagus neeza hebahkan tentang YEZ dari PPZ ni, semoga ramai yang tunaikan zakat sebelum masuk tahun baru
ReplyDeleteusaha PPZ patut dipuji..sepatutnya setiap individu muslim mmg dah alert pasal kewajipan membayar zakat..
ReplyDeleteBayar zakat dah makin mudah sekarang. Moga murah rezeki lepas tunai zakat
ReplyDeleteThanks for reminder..
ReplyDeleteAlhamdulillah ada perkongsian sebegini ^^ Perkongsian yang amat bermanfaat membuat orang semakin sedar dan lebih tahu tentang zakat dan kepentingannya .. Terbaik, sis :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. pelabuaran saham akhirat ni.
ReplyDeleteBagusnya perkongsian ni, Neeza! Sebab zakat juga sebagai rukun yang wajib ditunaikan, kempen macam ni semestinya memupuk kesedaran dan tanggungjawab kita sebagai Muslim. 😃
ReplyDeleteAlhamdulillah kami dah pun tunaikan Zakat harta/perniagaan minggu lepas. Tenang rasa hati :)
ReplyDeleteyanmieonline.com
Sekarang ni awal-awal zakat dah buat kempen bg tau mereka pun ada di mana-mana aje. Tidak tertumpu di ofis zakat je utk bayar zakat. So ofis tak sesak sangat. Haha. Ruby bayar zakat kat masjid je selalunya. Ada amil bertugas. Sekarang ada lori bergerak, van bergerak, lagi mudah.
ReplyDeleteokay baru tahu ada servis ini. lebih mudah nak bayar zakat lepas ni :)
ReplyDelete