Friday, 15 December 2017

Nak Diet Semula, Antaranya Nak Amalkan NUTRIbrown Rice

Assalammualaikum dan hai semua,
Kejap sahaja masa berlalu kan? Kita hampir dah nak sampai penghujung tahun 2017. Terus terang Neeza tak sabar nak mulakan tahun 2018 kerana cukup.. cukuplah Neeza berehat selama setahun ini dan kini Neeza kembali ke berat badan yang asal sebelum Neeza pulun untuk kurus pada tahun 2016.

Neeza akui Neeza agak rasa tertekan bila tengok galeri album Facebook. Ya, makanan buat kita gembira tapi kegembiraan itu hanya seketika. Neeza rindukan "healthy lifestyle". Bila dah kurus, Neeza dapati diri Neeza teramat gembira. Terasa seperti dilahirkan semula. Neeza rasa lebih yakin untuk teruskan kehidupan ini dengan memori yang indah. Buktinya, Neeza banyak ambil gambar selfie bila dah kurus. Dan sekarang, memang Neeza jarang upload gambar baru. Sebab Neeza tahu Neeza dah kembali bulat. :') Keyakinan merundum. Justeru itu, Neeza ambil keputusan tahun 2018 ini Neeza nak mulakan semula apa yang Neeza pernah lakukan pada tahun 2016. 

Langkah pertama itu penting dalam sesebuah perjalanan. Lantas, Neeza buang semua makanan yang tak berkhasiat dalam peti ais dan isi dengan makanan sihat. Nasib baiklah tak banyak yang Neeza perlu buang sebab Neeza dah jarang masak akhir-akhir ini atas kesibukan Neeza dalam menyiapkan tugasan di kala akhir semester ini. Kemudian, Neeza rangka semula plan diet yang bakal Neeza lakukan. Antaranya ialah Neeza nak amalkan semula minuman beras perang iaitu, NUTRIbrown Rice. Sebenarnya Neeza dah amalkan masa Neeza nak maintain berat badan tapi itulah salah sendiri, lupa daratan terus tinggalkan semua, sekarang padan muka kenalah mulakan balik diet.

My favourite flavour of #NUTRIbrownRICE is chocolate because chocolate is ❤️. #harddiefan #chocolatelover That's why I read with romance novel too although it has sad ending tho. πŸ˜‚ Waaaaa. - - - Dah lama sangat tak baca Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni. Dekat rumah Johor sana ada first original copy dalam Bahasa Indonesia (siap signature writer). Mak I punya novel πŸ’hmm romantis juga mak I πŸ€”. Dan nak membacanya macam 🐌banyak perkataan yang tak faham bahasa Melayu Indonesia level tinggi juga tu tapi air mata tetap banjir huhu 😭 Therefore, now trying to read with Malaysian version. So, let's begin.. Bismillahirahmanirohim 😘 #dinner #tooheavytoeatcomplexcarbo #fortoday #replacewithhealthydrink #notslimmingdrink #fitjourney #fitlife #fitnessblogger #neezaweightlossjourney #lifestyleblogger #lossweight #pulunkuruslepasraya #heartbrokenshouldgorgeous #notendupfatty #behappy #lifeisfullofhappiness #lifeisbeautiful
A post shared by MM (@neeza02) on



Produk Nutribrown Rice ini berasaskan beras perang yang telah terbukti akan khasiatnya untuk tubuh badan di mana ia adalah minuman yang sesuai untuk turunkan berat badan dan mengawal kolestrol.
Beras perang ini ternyata menyihatkan kerana mempunyai pelbagai khasiat seperti antioxidant, rendah gula, rendah kolestrol, natural vitamin dan mineral. Coach-coach Neeza sangat sarankan untuk Neeza amalkan beras perang sebab beras perang ini bersamaan 100% whole grain yang sangat diperlukan oleh tubuh badan seorang manusia. Lebih cepat dan tahan lama kenyang dari beras biasa.

Minuman beras perang ini adalah oganik dan semulajadi di mana ia memperoleh Standard Keselamatan Makanan yang tertinggi iaitu ISO22000 dari United Kingdom Accreditation Services. Sebenarnya kan minuman Nutribrown Rice ini terkenal tau bukan sahaja dijual di Malaysia dan Singapura malahan ada di pasaran China, Singapura, Hong Kong, Korea dan Eropah. 

Penyediaan untuk minuman beras perang ini sangatlah mudah. tuang serbuk Nutribrown rice dan letakkan air panas 100ml - 200 ml ke dalam cawan. Kemudian gaulnya. Kalau datang mood malas astagfirullahalazim nak masak memang ambil sepaket Nutribrown rice ini.

Menariknya Nutribrown Rice ini didatangkan dengan pelbagai perisa iaitu;

1. Original No added Sugar
 2. Honey
 3. Original
 4. Chocolate
5. Oat with Soy Lecithin

Neeza suka sangat dengan produk Nutribrown rice ini sebab teksturnya lembut dan halus, ala-ala minum smoothie gitu. Kalau berdiet seeolaknya pilih no-added sugar, tapi tak salah sekali sekala kita pelbagaikan. Kesukaan Neeza tentulah Chocolat dan Oat with Soy Lechitin. 

Lagipun, Nutribrown rice ini juga mudah dapat di mana-mana pasaraya terpilih. Neeza adalah juga perasan dekat pasaraya Jaya Grocer dekat NU Sentral ada jual Nutribrown Rice. Dan Neeza bercadang nak memborong Nutribrown Rice ini dekat pasaraya Giant Seksyen 7 sebab sekarang tengah ada sales. RM10 je sekotak. Fuhh, tak sabar nak tunggu esok.
My favourite
Jadi pada anda yang nak melaksanakan misi kurus macam Neeza, jom grab minuman Nutribrown Rice ini. Diingatkan ini bukan produk kurus tapi ia adalah makanan tambahan yang mengenyangkan. Doakan ya semoga misi Neeza terlaksana. Kali ini Neeza tak nak dah lupa daratan. Penat asyik kurus gemuk kurus gemuk. Hahaha.

Untuk maklumat lebih lanjut,
Facebook: https://www.facebook.com/NutriBrownRiceMalaysia
Website: http://www.nutribrownrice.com

Salam sayang,
Neeza

15 comments:

  1. Macam menarik nutribrown rice ni . Antara keemoat pilihan , CCL nak perisa coklat tue . Baru best minum

    ReplyDelete
  2. wah... kalau saya pun rasanya akan suka yang coklat tu jugak. haha. mesti sedap!

    ReplyDelete
  3. nampak macam seduai untuk orang yang tengah diet kan?

    ReplyDelete
  4. Beras perang memang terkenal sebab banyak khasiat dan elok untuk diet seharian. Boleh turunkan kolestrol tu yg penting. Bila dah ada sachet macam ni lagi senang nak consume kan. Nak bawa ke mana2 pun senang. Rasa x sempat nak makan boleh je ganti dengan nutribrown rice ni. Best sebab ada byk flavor dan harga pun mampu milik.

    ReplyDelete
  5. yang chocolate tu menarik hati untuk dibeli je.. haha.. nampak lazat. TB pun nak diet gak.. nak kutus macam che ta heee

    ReplyDelete
  6. Macam sedap je perisa honey dan coklat! Nak cuba lah nanti sekali sekala amalkan diet sihat hihi

    ReplyDelete
  7. Banyak flavor. Boleh pilih flavor yang di sukai.. Mommy tgh on diet, so boleh cuba produk ni..

    ReplyDelete
  8. Menarik ni.. Nanti nak cari gak boleh kawal berat badan gak nanti sebab misi diet loni

    ReplyDelete
  9. Ada banyak pilihan, makin mudahlah untuk pendiet lepas ni. Akak buat atkinsdiet, fasa 3 boleh lah ambik nitribrown ni. Semalam shopping twngok aje, tunggu teringin baru beli :)

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  10. Satu makanan yang sangat membantu untuk orang yang ingin diet . Kalau wani teringin nak rasa perisa madu dan coklat .

    ReplyDelete
  11. Suka Nutribrownrice....sodap...dpt dulu sekejap je abis...tp x sempat nak diet la..

    ReplyDelete
  12. Mane satu yang paling sedap neeza nak recommend. Nak try jugak tapi nakbtry yang paling sedap je. Nak diet jugak. Dah ramai tanya saya pregnant ke tak sekarang ni hahahha

    ReplyDelete
  13. wow bagusnya boleh dapat review product for them. but i guess this is good for snack like in teabreak or supper without feeling sinful compare to roti canai or nasi kandar. haha

    ReplyDelete
  14. Menariknya byk flavor tu..kalau me mesti suka honey n chocolate jugak..

    ReplyDelete
  15. I have tried Nutribrown and I love the texture. Take it during my tea time.

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.