Assalammualaikum dan hai semua,
Sekejap sahaja masa berlalu kan? Tanpa sedar kita dah masuk penghujung Januari untuk tahun 2018 dan semakin hampir dengan awal bulan Februari. Itu maknanya apa? Maknanya....
Tahun Baru Cina akan menjelang tiba! Gong Xi.. Gong Xi Facai..
Yeayy bila perayaan menjelang tiba, mestilah teruja sesangat. Selain dapat cuti lagi lama (padahal Neeza tengah cuti semester tak buat apapun), dapat berkunjung ke rumah kawan-kawan berbangsa cina dan makan besar, macam-macam sales dan contest tau diadakan sempena Chinese New Year ini (CNY).
Haaaaa... alang-alang dah sebut pasal contest ini, Neeza nak share dekat anda bahawa Traveloka salah satu platform penerbangan dan tempahan hotel terkemuka di Asia Tenggara, yang menyediakan lebih daripada 18,000 laluan dan ribuan hotel di Asia Pasifik dengan harga terbaik sedang menganjurkan contest sempena CNY tau.
Syarat-syaratnya utama untuk memenangi Traveloka Fly & CNY 2018 Contest ini adalah seperti berikut;
- Mestilah warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas serta hanya menetap di Malaysia
- Bagi korang yang berumur 18 tahun, pastikan korang mendapat keizinan dan persetujuan ibu bapa atau penjaga korang
- Mestilah mempunyai akaun Facebook yang sah serta mengikuti Fan Page Traveloka Malaysia
- Tempoh Traveloka Fly & Win CNY Contest bermula pada 22 Januari 2018 ( 12.00 tengah malam ) sehingga 28 Februari 2018 ( 11.59 malam )
- Wajib bermain Traveloka Fly & Win CNY Contest
Penuhi kriteria-kriteria tersebut? Tahniah! Anda layak untuk memasuki contest ini.
Kemudian, rehat sebentar dengan layan video ini seketika.
Okay dah layak, mula-mula anda tekan link ini https://www.traveloka.com/en-my/cny-contest
Nanti anda akan masuk ke browser game Traveloka Fly & CNY 2018 Contest. Baca dan hadamkan terma dan syarat. Kalau dah bersedia klik "Start Game".
Arahan Permainan:
- Mulakan permainan.
- Tap arrow untuk mula.
- Tap pada skrin untuk membenarkan kapal anda terbang dan mulakan permainan.
- Pastikan kedudukan berada di tengah skrin sehinggal satu set bangunan dan cabaran kelihatan.
Cabaran apa itu? Okay, pastikan kapal terbang anda tak terkena bangunan-bangunan seperti KLCC, Traveloka, Burj Khalifa, Menara Eiffel dan etc. Setiap cabaran 1 markah ya. Haaa, yang boleh kapal terbang terkena ialah angpau. Ya, ANGPAU sahaja ya! Sebab nilai angpau itu ialah 10 markah. Banyak weh. Sila grab angpau sebanyak mungkin.
Mudah sahaja game ini. Budak-budak pun boleh main. Neeza sampai ketagih tau. Setiap kali bangun tidur tak sabar nak main game ini. Yelah, nak main Dota atau Mobile Legend taklah pro pun. Lagipun main game dapat hadiah. Siapa tak nak, kan? Serius hadiah menarik sangat! Pemenang berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah iaitu;
- Hadiah UTAMA: perjalanan pergi balik selama 6 hari 5 malam di Seoul, Korea beserta penginapan untuk 2 orang.
- Hadiah Kedua: tiket perjalanan pergi balik selama 5 hari 4 malam di Phuket, Thailand berserta penginapan untuk 2 orang.
- Hadiah Ketiga: tiket perjalanan pergi balik selama 4 hari 3 malam di Langkawi dan penginapan untuk 2 orang.
Kalau rasa macam tak berpeluang menang, jangan bimbang Traveloka juga bagi hadiah untuk individu yang rajin share di Facebook tau. Pun menarik juga! Jimat banyak kalau anda nak travel okay!
- Share & Win: Vocuher bernilai RM1000 dari Traveloka
Untuk pembaca blog Neeza, haaaa, blogger-blogger lain tak ada share tau. Ini rahsia kita. Shuhhh. Ini Neeza nak kongsikan dekat anda trick macam mana anda boleh score game ini sebab Neeza dah main banyak kali dah tapi masih tak dapat score 1000 ke atas. Hahaha.
Oh ya, lupa nak bagitahu, anda dibenarkan hanya 5 kali submit score tau. Kalau replay game banyak kali pun tak apa tapi submission cuma 5 kali SAHAJA!
Tip & Trick Traveloka Fly & CNY 2018 Contest
1. Main guna handphone. Selalunya gamer pro main guna pc atau laptop kan? Neeza dah cuba dah. Kadang-kadang game ini susah detect mouse masa anda tap tap kapal terbang itu. Bila guna jari lagi senang handle. Tengok perbezaan kali pertama Neeza pakai phone dan laptop.
Guna Phone
Guna PC
2. Pastikan kapal terbang itu tak terlalu rendah atau terlalu tinggi. Game ini memang tak boleh jangka. Neeza paling berdebar kalau kapal terbang itu baru lepasi burj khalifa atau menara eiffel sekali ternampak awan nak lalu.
3. Kalau nampak bangunan-bangunan seperti burj khalifa, eiffel tower, traveloka, klcc etc, ya bangunan ya pastikan kapal terbang anda pada jarak atas dan sekiranya ternampak awan, layang-layang, helikopter, belon terbang anda kena maintain di jarak bawah. Kadangkala cabaran akan berulang selepas anda melepasi cabaran tadi. Hati-hati tau.
3. Buat betul-betul masa log in untuk kali pertama pada setiap hari. Bila anda replay, replay dan replay banyak kali, kelajuan game semakin bertambah. Ini yang Neeza perasan. Bila terlalu laju susah nak handle. Jadi anggap bila anda mula main kali pertama pada hari ini contohnya, anggap anda tak boleh replay lagi, please imagine anda dah tak ada peluang kedua dah. Score selagi boleh untuk cubaan pertama kerana kelajuan just nice kata orang putih.
Passport dah ada dah. :') Tu sebab beria main game ni hahaha.
Jadi tunggu apa lagi? Good luck guys!
Untuk maklumat lebih lanjut tentang Traveloka;
Website: https://www.traveloka.com/en-my/
Facebook: https://www.facebook.com/TravelokaMY
Salam sayang,
Neeza
Ena baru dua kali dapat seratus lebih hahahahaha. Enjoy juga gamenya
ReplyDelete