Assalammualaikum dan hai semua,
Neeza nak sambung semula cerita Neeza tentang bandar Muar semasa Neeza mengikuti program Famtrip Malaysia Travel Writers Association (TRAM) ke sana. Selesai sahaja majlis pelancaran Muar Travel Map 1.0, kami dibawa ke bandar Muar dan mengunjungi ke 2 lokasi, Muar Mural Trail iaitu Adikku Sayang dan Kuil Hindu.
Untuk pengetahuan anda, mural Adikku Sayang ini merupakan mural potret terbesar di Malaysia iaitu berukuran tinggi 11.89 m dan 9.75 m telah dilukis oleh Julia Volchkova, seorang pelukis mural dari Rusia. Mural ini terletak di Jalan Arab, Muar di mana bertentangan dengan stesen Shell. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, lukisan ini berjaya disiapkan pada 17 Julai 2016 iaitu dalam tempoh 10 hari sahaja.
Lukisan mural ini telah diiktiraf dan dicatatkan dalam "Malaysia Book Of Records" sebagai mural potret yang terbesar di Malaysia pada 18 Julai 2016.
Inspirasi lukisan Adikku Sayang atau dalam bahasa Inggerisnya, The Loving Sisters ini adalah daripada wajah adik beradik, Nur Najwa Aliesya, 7 tahun dan adiknya Nur Najiyah Amani, 3 tahun dari Muar. Sebenarnya. pelukis Julia telah terserempak dengan mereka ketika berada di Tanjung Emas, taman rekreasi yang terkenal di kalangan rakyat Muar.
Julia telah merakam potret adik beradik ini dan mengabdikannya dalam lukisan mural ini. Bagi Julia, ekspresi dari raut wajah ini menambat hatinya terutama sepasang mata yang memukau selain kasih sayang ditunjukkan oleh adik beradik ini mencerminkan eratnya permuafakatan dan rasa cinta warga Muar terhadap Bandar Diraja ini. Maka dengan ini. terhasillah juga slogan Orang Muo, Gaya Muo.
Kemudian kami bergerak ke Kuil Hindu di Jalan Meriam di mana ia terletak di tengah kawasan bandar Muar. Berdasarkan pencarian Neeza di laman internet, Kuil Hindu ini dikenali sebagai Kuil Nattukottai Chettiars Sri Murugan yang merupakan merupakan kuil Hindu tertua di Muar di Jalan Meriam.
Ia mempunyai kubah yang unik dan cantik dengan elemen seni bina Hindu India Lama.Ia juga dikenali sebagai kuil Nattukottai Chettiars kerana sumbangan komuniti dalam membina kuil di mana penganut setempat melawat untuk mendapat berkat suci daripada Tuhan Murugan (Lord Murugan) sejak zaman awal ia dibina.
Ia mempunyai kubah yang unik dan cantik dengan elemen seni bina Hindu India Lama.Ia juga dikenali sebagai kuil Nattukottai Chettiars kerana sumbangan komuniti dalam membina kuil di mana penganut setempat melawat untuk mendapat berkat suci daripada Tuhan Murugan (Lord Murugan) sejak zaman awal ia dibina.
Tetamu-tetamu VIP disambut baik oleh pihak kuil
Berpeluang masuk ke dalam kuil dan melihat seni bina Hindu Lama
Seterusnya kami bergerak menuju ke Pantai Leka yang terletak di Parit Jawa di mana Parit Jawa ini merupakan lokasi popular masakan asam pedas di daerah Muar. Asam pedas Parit Jawa yang popular sebenarnya terletak di kawasan berhampiran pasar Parit Jawa yang menjadi tumpuan rakyat Muar membeli ikan dan tumpuan peraih sebelum dibahagikan ke kawasan pasar-pasar dan kedai-kedai Muar. Kalau datang sini, harga memang murah dan ikannya sangat segar.
Hidangan tengahari kami
Kalau cerita pasal asam pedas ini kebiasaannya ikan yang digunakan adalah seperti ikan pari, tenggiri, jenahak, mayong dan sebagainya. Ada juga asam pedas telur ikan. Sumpah sedap. Mana nak cari asam pedas yang power? Neeza sarankan pergi ke Asam Pedas Jalan Junid atau Medan Selera Tanjung Emas, gerai nombor 15.
Kalau nak makan seafood yang sedap, anda kena pergi Sabak Awor. Biasanya dibuka pada petang sehingga lewat malam. Dan biasanya Neeza pergi kedai Wak Jos. Kalau ditanya makanan lain yang patut dicuba ketika berada di Muar iaitu Mee Bandung Hanipah terletak di tengah bandar Muar. Ada juga cawangan di Medan Selera Tanjung Emas. Tak ingat pula gerai nombor berapa. Hehe.
Selain itu, rojak petis dan ABC Tanjung Emas adalah makanan kesukaan rakyat di sini. Mana nak dapat? Sekali lagi di Medan Selera Tanjung Emas. Ya, di sini pelbagai makanan terkenal Muar ada. Tapi rombongan kami tak dapat ke sini kerana kekangan waktu dalam jadual. I is sokay sebab dah biasa makan. Tengoklah kalau rajin nanti Neeza akan post dalam entri akan datang.
Selesai sahaja jamuan, kami dibawa melihat persembahan tarian singa dan naga Kung Seng Keng, iaitu merupakan juara bertahan Kejuaraan Dunia Tarian Singa seluruh dunia. Neeza pun baru tahu ini sepanjang hidup selama 23 tahun di Muar. Hahaha.
Memang hebat mereka ini kerana mampu menari seperti naga dan melompat di palang yang tinggi. Terpukau seketika. Kami dimaklumkan, penari-penari terlatih di sini bukan sahaja berbangsa cina, malahan ada yang berbangsa India dan Melayu menujukkan perpaduan kaum di Malaysia.
Banyak tau piala yang diperoleh mereka. Sampai satu rumah disediakan untuk menempat piala-piala itu.
Selesai sahaja melihat persembahan singa, rombongan dibawa ke tour ke 2 lokasi dalam konsep "round robin" iaitu Desa Kerome Eco Resort dan Muar River Cruise. Sampai sahaja Desa Kerome Eco Resort, turun sahaja daripada bas, kami dikehendaki ke Jeti Kampung Kerome dan dibawa menaiki bot untuk melihat proses mendapatkan kupang dan kerang. Neeza rasa teruja sepanjang dibesarkan di Muar, inilah kali pertama Neeza merasai pengalaman ini. Bukan apa, Desa Kerome Eco Resort ini baru sahaja dibangunkan dan bakal menjadi lokasi tarikan daerah Muar.
Desa Kerome Eco Resort ini bukan sekadar tempat penginapan homestay yang biasa-biasa tau. Bagi Neeza, Desa Kerome Eco Resort sangat sesuai untuk mereka yang berhasrat untuk mengadakan team building kerana ia menyediakan pengalaman memanah, merasai menaiki bot ke perairan Selat Melaka dan melihat nelayan mendapatkan kupang dan kerang secara manual. Kami sempat makan kupang segar yang dimasak di atas pelantar di tengah-tengah laut itu tau. Seronok kan?
Aktiviti memanah sedang berlangsung
Inilah pelantar kupang yang bakal kami kunjungi (pemandangan dari jauh)
Jarak dekat pelantar kupang. Tak sabarnya nak lihat proses tangkapan kupang
Tunggu dulu naaa. Kalau semua dalam boat naik, takut runtuh pula pelantar. Hehe
Neeza gayat tapi naik juga. Haaa gigih tak dengan skirt panjat pelantar demi kupang. :-p
Oh macam ini rupanya kupang diambil
Menurut pihak Desa Kerome Eco Resort, kebiasaan anggaran sekali tangkapan lebih kurang 90 kg.
Pengalaman berharga dapat kenduri makan kupang fresh masak serai di tengah laut. Manis masin. Sedap!
Bagi bagi mereka yang sangat menjaga kecantikan, anda sepatutnya tidak melepaskan peluang masuk dalam lumpur dan sapu ke seluruh wajah dan badan. Yang ini natural 100%. Lagi best dari mud clay dalam botol yang ada di pasaran.
Pengalaman ini ternyata bagi Neeza sangat menarik dan rugi kalau pelancong tidak datang ke Desa Kerome Eco Resort. Balik sahaja dari menaiki bot ke perairan Selat Melaka, kami menjamu selera Laksa Johor, Pisang Goreng Sambal Kicap dengan air kelapa Gula Kabong, Lempeng dan ubi rebus cecah sambal dan banyak lagi. Haaaa, kalau datang Johor, kalau anda tak makan ini memang rugi. Neeza kadang-kadang sampai rindu tau makanan ini semua bila ada dekat Shah Alam. Memang susah nak cari pisang goreng sambal kicap uihh. Satu-satunya gerai yang jual ada depan Aeon Shah Alam.
Dah lama tak jumpa air kelapa gula kabung
Bila dah lama tak makan, mulalah tamak nak ambil semua :-p
Oh ya, sekiranya anda mencari penginapan ketika berada di Muar dan merasai pengalaman kampung, Deso Kerome Eco Resort menyediakan pakej-pakej yang sesuai. Lihatlah sendiri gambar ini, tempat penginapan pun tampak selesa. Setiap chalet ada aircond tau.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang Desa Kerome Eco Resort, boleh hubungi Abang Aji Muo dan FB Desa Keroma Eco Resort
Selesai sahaja aktiviti di Desa Kerome Eco Resort, rombongan kami bergerak ke Muar River Cruise yang terletak di Tanjung Emas. Kami menaiki bot dan melalui perairan Sungai Muar. Waktu perjalanan 30 minit dari 9 pagi sehingga 6 petang. Tiket berharga RM6 untuk kanak-kanak dan RM12.00 untuk dewasa. Sewa khas cuma RM 450.00 sahaja. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh hubungi Encik Zaidi: 019-6658827. Sambil melihat keindahan sungai Muar, kami juga diperkenalkan bangunan-bangunan bersejarah di Muar.
Selesai sahaja aktiviti kami di Muar River Cruise, kami terus ke Muar Traders Hotel untuk check ini. Neeza sebilik dengan blogger Emil. Kami dapat bilik double single. Melangkah masuk ke dalam bilik hotel, persepsi Neeza "oh, not bad juga". Konsep minimalis moden memikat hati kami. Untuk maklumat lebih lanjut dan tempahan www.muartradershotel.com.my/ .
Kemudian kami menaiki bas untuk ke Restoran Marina Tanjung Emas. Restoran Marina ini merupakan lokasi dewan yang terhangat di Muar untuk pasangan raja sehari mengadakan majlis resepsi dan bersanding di sini; Maklumlah di tepi laut kan. Sekali lagi kamu dijamu dengan asam pedas, telur masin, dan macam-macam lagi sambil dihiburkan dengan joget lambak dan tarian zapin serta band Marina Muar.
Seterusnya rombongan kami dibawa ke Uptown Maharani dan menikmati sup kambing yang terkeal di Muar iaitu Amir Soup House. Selain daripada sup, makanan Mamak, makanan Melayu dan banyak lagi turut dijual di sini. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh klik muarsouphouse.com .
Sekian sahaja cerita Neeza pada hari pertama rombongan famtrip TRAM ke Bandar Muar. Nanti ikuti hari kedua pada entri akan datang ya. BACA SINI - PART 2
p/s: Sesetengah gambar dari group whatsapp TRAM ke Muar. Minta halal naaaaaa.
Salam sayang,
Neeza.
Tilam empuk. Ralat betul nak bangun pagi. Nasib baik dapat tidur 6 jam
Bila pasang semua lampu :')
Konsep minimalis hitam dan putih. Lawa kan?
Setelah check in, jam 8.00 malam kami dikehendaki ke Ringo Market di Laman Ole-oleh Maharani yang bersebelahan dengan hotel. Mungkin perayaan tahun baru Cina bakal menjelang tiba, kebanyakan penjual di sini rata-rata orang Cina.Kemudian kami menaiki bas untuk ke Restoran Marina Tanjung Emas. Restoran Marina ini merupakan lokasi dewan yang terhangat di Muar untuk pasangan raja sehari mengadakan majlis resepsi dan bersanding di sini; Maklumlah di tepi laut kan. Sekali lagi kamu dijamu dengan asam pedas, telur masin, dan macam-macam lagi sambil dihiburkan dengan joget lambak dan tarian zapin serta band Marina Muar.
Payung makan malam je. Dah lapar sangat, tak ingat nak ambil gambar persembahan. Hehe
Selesai sahaja makan malam, sekiranya anda ke Tanjung Emas, anda wajib cuba menaiki kereta atau basikal beraneka warna dan corak menarik.Seterusnya rombongan kami dibawa ke Uptown Maharani dan menikmati sup kambing yang terkeal di Muar iaitu Amir Soup House. Selain daripada sup, makanan Mamak, makanan Melayu dan banyak lagi turut dijual di sini. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh klik muarsouphouse.com .
Wah semua gembira dapat makan kenyang,
Dan itulah merupakan aktiviti terakhir kami pada hari pertama rombongan Famtrip TRAM ke Bandar Muar, bandar Diraja. Dan kami pun bertolak balik menuju ke hotel dan berehat.Sekian sahaja cerita Neeza pada hari pertama rombongan famtrip TRAM ke Bandar Muar. Nanti ikuti hari kedua pada entri akan datang ya. BACA SINI - PART 2
p/s: Sesetengah gambar dari group whatsapp TRAM ke Muar. Minta halal naaaaaa.
Salam sayang,
Neeza.
Yummy!!!! Seronok dapat melawat ke tempat menarik macam ni. Sebab MUAR memang terkenal dengan makanan sedap dan tempat menarik
ReplyDeleteOMG , best giler trip macam ni..Selain berjalan ke tempat atau negeri orang , secara tak langsung dapat ilmu sedikit dengan pelajari culture budaya agama dan bangsa lain. Cantik betul la Kupang tu , cam hiasan je tengok.
ReplyDeleteYa Allah bestnya nak pulak part makan-makan tu. Nanti kalau ke sana boleh la cuba tempat2 menarik tuh
ReplyDeleteWahhh bestnya trip sebegini. Dpt invitation jugk utk trip ini tp clash pulak tarikh dgn trip lain. Nmpk menarik aktiviti2 yg dilakukan
ReplyDeleteSeronoknya! Kalau ada trip dengan geng-geng sekepala ni mesti lagi syok! Siapa sangka, kan, Muar pun ada banyak tempat menarik untuk dilawati! Semoga lepas ni ramai lebih buka mata yang Muar ada banyak produk pelancongan yang wajar diberi lebih sokongan!
ReplyDeleteBest la neeza berpeluang ikut trip ni..kalau akak pun sure nak join gak..macam2 ada kat muar yg best rupanya
ReplyDeleteseronoknya life as a student and single mingle neeza , dapat join trip best best, eh bilalah lah dapat join FAM trip ni ahahhaa meremang tengok kepah dalam kuali tu.... nampak cam sedap je layan gituuu
ReplyDeleteTeringin la nak join trip macam ni..untung neeza dapat peluang.
ReplyDeleteKalau xde trip camni, mesti ramai yg tak tahu yg pekan Muor ni banyak tarikan.
Sukalah tengok lukisan tu. Menarik dan punyai ciri2 artistik
ReplyDeleteUntung Neeza join FAMTrip sebab boleh jelajah banyak lokasi yang menarik dan dapat merasa makan makanan yang menjadi signature untuk setiap lokasi. Dah lama tak join FAMTrip niii
ReplyDeletebanyak tempat menarik untuk dikunjungi di sana kan. besttt. macam sedap je air kelapa gula kabong tu.. sedap tak rasanya?
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
banyak rupanya tempat2 menarik di muar ye. mural tu memang memukau. hasil seni yang sampai ke hati. btw banyaknyeee kepah tuu.
ReplyDeleteBest nyer! I pernah pergi Muar sekali je, pergi sendire bukan FAM trip la. I go to the town only.
ReplyDeleteBest kan dpt jenjalan mcm ni. Walau.penat tapi puashati sgt lbh2 lagi kalau tmpt tu belum pernah kita jejak. Kalau ada geng sekepala.lagi lah bertambah best
ReplyDeleteteringin pulak nak melawat johor...nak makan kepang banyak2! hehehhe seafood lover
ReplyDeletewww.absoluteyana.com