Assalammualaikum dan hai semua,
Kebanyakan dari kita sangat pentingkan penjagaan wajah. Tapi bagaimana pula dengan penjagaan tangan dan badan? Kita sibuk letak pelembap muka supaya kulit wajah sentiasa lembap lagi-lagi untuk mereka yang sering mengenakan mekap. Pelembap muka atau moisturiser sangat penting ketika prep muka supaya mekap lebih tahan lama. Tangan dan badan macam mana pula? Tak penting juga ke? Ramai di antara kita acuh tak acuh termasuklah diri Neeza sendiri.
Kenapa Neeza jarang pakai losyen? Sebab melekit-lekit. Itu yang tak tahan. Nak tunggu kering rasanya tak ada masa sebab jadual kelas yang padat.
Tapi apabila melihat drama-drama korea jika ada masa terluang, berbeza dengan rakyat Malaysia seperti Neeza ini, orang Korea sangat menitikberatkan penggunaan losyen di tangan dan badan selain daripada penjagaan kulit di muka. Mungkin kerana mereka berada di negara yang suhunya sejuk memerlukan mereka menjaga kulit dengan lebih teliti. Neeza pernah baca artikel tak kiralah panas atau sejuk, kita wajib letak losyen tau.
Sekiranya kelembapan tangan dan badan hilang, kulit kita terasa lebih kasar dan kering. Kulit macam pecah-pecah gitu. Lagi rasa tak selesa kan?
Neeza juga pernah baca artikel bahawasanya waktu yang terbaik mengenakan losyen adalah selepas kita mandi. Ketika itu kulit kita masih dalam keadaan lembap dan mampu menyerap secara maksima. Dan juga sebelum tidur ketika waktu malam juga adalah antara waktu yang terbaik mengenakan losyen kerana keesokan harinya selepas bangun tidur kita akan merasakan kulit kita seperti kulit bayi.
Neeza akui ianya adalah benar kerana Neeza pernah mengalaminya. Dulu kulit wajah Neeza sangat kasar dan ia diperakui oleh kawan Neeza yang nak mekapkan Neeza. Bila Neeza letak moisturiser selama 2 minggu selepas mandi dan sebelum tidur tanpa miss sekali. Boleh rasa kesannya. Dan teori ini sama juga seperti losyen kerana losyen berfungsi untuk melembapkan.
Mutakhir ini, Neeza sering tengok live makeup artist di Facebook dan Neeza rasa terpengaruh juga dengan kata-katanya bahawa ia menentukan diri kita sebenarnya adalah penjagaan kulit keseluruhan badan yang terbaik. Bila kita jaga kulit kita keseluruhan itu membuktikan kita menyayangi diri kita.
Justeru itu, Neeza cuba cari losyen. Neeza mulakan dengan menggunakan losyen Enchanteur Paris Belle Amour Triple Whitening Lotion. Neeza pernah review sebelum ni DI SINI . Itulah pertama kali Neeza cuba dan Neeza sangat tertarik. Sangat wangi dan dapat memutihkan kulit. Neeza sememangnya pengguna produk Enchanteur sejak dari kecil lagi (sebab mak pakai) tapi terhad pada minyak wangi, bedak dan deodarant. Lagipun koleksi Enchanteur ini sangat mampu milik untuk semua golongan.
Bila dah selesa gunakan losyen Enchanteur Paris, Neeza terus dapatkan semua rangkaian losyen badan Enchanteur. Kalau satu bau je bosan. Tak motivate langsung nak rajinkan diri gunakan losyen. Jadi lagi malas. 😒 Betulkan?
Jadi Neeza dapatkan Enchanteur Perfumed Body Lotion yang menampilkan 4 variasi wangian dan fungsi mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing iaitu Charming, Romantic, dan Alluring manakala haruman terbaru Stunning untuk memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.
Charming 24 Hours Moist (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)
• Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disulami dengan bauan halus Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.
Romantic 24 Hours Moist (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)
• Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan magis dan keajaiban.
Alluring Radiant White (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)
• Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.
Stunning Satin Smooth (dicipta untuk gadis yang penuh dengan daya tarikan dan menakjubkan)
• Serlahkan diri anda dengan Enchanteur Stunning Satin Smooth Perfumed Body Lotion dan biarkan aroma yang indah dari Mawar Turki, Gardenias dan Blackcurrent Buds membuatnya hanya mempunyai mata untuk anda. Diformulakan dengan Satin yang tidak berminyak dan halus serta diperkaya dengan Aloe Vera dan Olive Butter untuk memberikan pelembapan dan khasiat optimum kulit anda.
Yang mana kesukaan Neeza yang kerap kali Neeza pakai?
Tentulah Enchanteur Romantic dan Alluring. Ciri-ciri wanita penggoda bagai lagu Sajad gitu. Hahaha taklah gurau je 😄. Kalau wangian Charming pula, Neeza dah biasa dengan bau haruman itu sebab kebanyakan siri koleksi Enchanteur untuk minyak wangi dan bedak, Charming adalah pilihan utama kerana harumannya yang acceptable sesuai dengan diri Neeza. Manakala stunning harumannya agak baru untuk Neeza cuba untuk sesuaikan.
Jadi tunggu apa lagi. Neeza nak ajak kaum wanita di luar sana untuk mula menggunakan losyen badan dengan menggunakan Enchanteur Perfumed Body Lotion. Pasti tak rugi tau.
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh lawati
Facebook: https://www.facebook.com/EnchanteurMY
Website: http://enchanteur.com.my/
Salam sayang,
Neeza

sha guna yang purple tu tapi dah habis haha. memang best bau dia
ReplyDeleteBanyaknya lotion!! Yang pink tu wangi kannn.
ReplyDeleteenchanteur ni memang dari dulu menjadi favorite kann.
ReplyDeletehuda guna yang warna pink tu. Memang best sangat. Dari dulu pun guna lotion ni. Best
ReplyDelete