Assalammualaikum dan hai semua,
Ada tak yang rindu Neeza? Dah lama rasanya tak update blog sejak masuk semester baru ini. Yelah dah final student kan. Tapi memandangkan dah hampir ke akhir semester ini, kerja pun dah banyak submit jadi adalah masa sikit nak luangkan pada blog. Rindu weh. Hehe. Jadi, guys, macam mana dengan bulan puasa ini? Okay? Untuk Neeza, diet bulan puasa masih clean. Alhamdulillah.
Oh ya, memandangkan sekarang ini bulan Ramadhan, seluruh umat Islam pasti ingin melalui bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini kerana terdapat banyak hikmah berpuasa di bulan Ramadhan, antaranya menjadi pembersih jiwa, melatih kita untuk bersyukur, bersedekah, hidup bersederhana dan mengelakkan pembaziran.
Sehubungan itu, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) yang sinonim dengan amalan kemasyarakatan turut mengambil peluang melalui satu program CSR (Tanggungjawab Social Kemasyarakatan) meraikan anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari Rumah dalam satu majlis berbuka puasa di SACC pada hari Jumaat yang lalu (hari Kedua kita berpuasa).
Persembahan nasyid dari adik-adik Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari Rumah
Selain meraikan mereka dengan majlis berbuka puasa, SACC dengan rasa rendah hati memberikan sumbangan duit raya dan hadiah kepada semua anak yatim. Sumbangan ini ditaja oleh ADABI Consumers Industries Sdn. Bhd. Selaras dengan objektif program ini, sedikit sebanyak kita sama-sama dapat menggembirakan dan membantu anak-anak ini dengan persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Menurut Ketua Pegawai Operasi SACC, Encik Nasrudin Abu Bakar, ketika ditemui di majlis sederhana tetapi penuh meriah ini,
"Alhamdullah dengan kelainan daripada Allah SWT tahun ini adalah tahun kelapan kami mengadakan majlis berbuka puasa untuk meraikan anak-anak yatim. Saya amat gembira hari ini kerana dapat mengumpulkan warga kerja dan ahli keluarga SAC dalam majlis berbuka puasa seperti ini walaupun kakitangan kami sibuk menguruskan program bufet ramadhan tahun ini."
Penyerahan sumbangan SACC ke Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari Rumah
SACC juga turut meneruskan kemeriahan Bufet Ramadhan 2018 di SACC dengan bertemakan Warisan Tradisi yang telah dibuka kepada umum sejak 18 Mei sehingga 13 Jun 2018. Bufet Ramadhan kali ini menyediakan lebih daripada 100 hidangan resepi turun-menerun khas kepada pengunjung SACC.
Menariknya bufet Ramadhan yang dianjurkan setiap tahun oleh SACC ini ialah konsep "Berbuka Sambil Beramal" di mana SACC mengambil satu lagi inisiatif mulia untuk bekerjasam dengan pihak Kelab Dapur Jalanan Kuala Lumpur dalam membantu sedikit sebanyak dan mengumpul dana untuk Tabung Kebajikan Geladangan.
Setiap pembelian bufet Ramadhan yang dijual dengan harga RM88, RM 1 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan yang lain kepada Tabung Kebajikan Geladangan. Macam-macam menu ada tau dari pelbagai kuih-muih dan pencuci mulut, ada juga ulam-ulaman kampung, buah-buahan, kerabu, kambing dan ikan bakar, sup utara, pad thai, pecal, moshi-moshi, kacang pool, aneka mee, aiskrim dan banyak lagi. Sampai rambang mata Neeza dibuatnya. 100 hidangan okay! Serius makanan dekat SACC tak pernah mengecewakan lagi-lagi dessert dan kambing bakar.
Yang best dekat SACC pelbagai kemudahan seperti surau, tandas dan parking yang banyak disediakan, jadi tak payah risau kalau tak ada parking dan tak ada tempat solat maghrib. Malahan, kalau datang SACC ini sangat berdekatan dengan Kompleks PKNS dan SACC Mall di mana anda boleh shopping baju raya yang kebanyakan sangat cantik. Tak rugi kalau datang SACC ini.
Bersama-sama rakan blogger Kak Noraini Zubir, Ainaa, Syiqin dan Diyana. Abaikan muka I yang kepenatan tu.
Orang ramai yang bercadang untuk berbuka puasa di SACC boleh hubungi 03-5511885, 013-250 2858 atau layari www.sacc.com.my/ramadhan-buffet untuk tempahan dan sebarang pertanyaan. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari;
Salam sayang,
Neeza
No comments:
Post a Comment
No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)