Showing posts with label Majlis Pelancongan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Majlis Pelancongan Malaysia. Show all posts

Sunday, 11 February 2018

Menaiki Bas Hop On Hop Off dari Kuala Lumpur ke Putrajaya Sempena Program Road to Agro Tourism Siri 3

Assalammualaikum dan hai semua,
Selesai sahaja hari pertama program Road to Agro Tourism Siri 3 Edisi Kuala Lumpur-Putrajaya di Kampung Bharu, kami bertolak ke Putrajaya dari Tamu Hotel & Suite, Kuala Lumpur. 

Cuba anda teka rombongan kami menaiki apa?
Tadaaaaaaaaaaa!
Kami menaiki bas Hop On Hop Off. Ia agak berbeza kerana selalunya kalau pergi rombongan, kita  akan menaiki bas persiaran, akan tetapi kelainan yang dibawa dalam program Road to Agro Tourism Siri 3 Edisi Kuala Lumpur-Putrajaya ini ialah kami menaiki bas Hop On Hop Off. -we called it HOHO-
Menuju ke Putrajaya
Acara flag off untuk program ini dilakukan oleh Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Encik Uzaidi Udanis bersama Group Managing Director, Dato Mohamad Khay Bin Ibrahim.
Oh ya, sepanjang perjalanan program Road to Agro Tourism Siri 3, Edisi Kuala Lumpur-Putrajaya ini  bergerak dengan lebih lancar, kami juga diiringi oleh Marshall Bikers, kumpulan abang-abang bermotosikal berkuasa besar dan dua buah Cam Caravan.
Berbalik dengan bas Hop On Hop Off, Neeza sendiri pun pertama kali menaiki bas ini Biasa sis guna Rapid KL je. Selalu tengok pelancong asing naik bas Hop On Hop Off sekitar Bukit Bintang. Haaa kali ini dapat naik untuk perjalanan yang lama selama sehari dari Kuala Lumpur sampai Putrajaya. Puas hati betul. Hehe
Inilah rupa keseluruhan bas Hop On Hop Off
Mengenai bas HOHO KL ini boleh memuatkan 60 orang penumpang di mana 27 di tempat duduk tanpa bumbung disediakan buat penumpang yang ingin menikmati keindahan kotaraya Kuala Lumpur sambil merasai tiupan angin sepnajang menaiki bas ini. Terdapat 23 hentian disediakan oleh bas ini.Pertukaran setiap HOHO Tour Bas adalah 20 - 30 minit. 
HOHO KL Tour Stop :
1. Matic (Malaysia Tourism Centre)
2. KL Tower
3. Jalan P.Ramlee
4. Aquaria
5. Karyaneka (Pusat Kraf)
6. Bintang Walk
7. Tengkat Tong Shin
8. Chinatown
9. Central Market
10. Little India
11. KL Sentral
12. Muzium Negara
13. Istana Negara
14. Lake Garden
15. Bird Park
16. Masjid Negara
17. Dataran Merdeka
18. Medan Mara (Mara Business Centre)
19. Raja Laut (Chow Kit Road Market)
20. Bulatan Pahang (Kampung Biru)
21. Titiwangsa (Perpustakaan Negara)
22. Citibank (Ampang Park Shopping)
23. KLCC
Bayaran untuk bas HOHO KL ini terbahagi kepada dua iaitu;
Malaysian
Standard
Mengapa bas Hop On Hop dipilih untuk program RTA3?
Ia adalah bersesuaian dengan objektif program iaitu memperkenalkan dan mempromosikan produk pengangkutan bagi pelancongan agro domestik yang menarik. Manakala untuk aktiviti seharian kita, pada pandangan Neeza, bas ini memang sesuai untuk mereka yang melancong ke Malaysia kerana mereka boleh berkunjung ke lebih 70 lokasi tarikan yang ada di Kuala Lumpur. Tambahan pula, kos pengangkutan sangat menjimatkan tanpa perlu risau tentang kadar bayaran minyak, tempat letak kereta dan sebagainya.
Para peserta rombongan bersedia mengambil tempat. Semua nak duduk dekat yang tak ada bumbung
Serius memang best sangat! Sepanjang perjalanan dapat rasai udara segar biarpun panas terik. Itu belum lagi tudung senget benget.
Tengah menahan tudung. Kira okay lagi, nasib baik pemandu bas tak pecut. Kot tercabut tudung. Haha.

Terima kasih pemandu bas Hop On Hop yang dedikasi menjalankan tanggungjawab membawa kami dengan selamat selama satu hari ini.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut,
Elang Wah Sdn Bhd,
Alamat: No. 17 – 1&2, Jalan 1/76,Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur
Telefon: 03-92822713
Infoline: 1800885546
Instagram : https://www.instagram.com/klhoponhopoff/

Salam sayang,
Neeza

Saturday, 10 February 2018

Berbusana Melayu Tradisional Sambil Berjalan Capai Sepuluh Ribu Langkah Sekitar Kampong Bharu

Assalammualaikum dan hai semua,
Selepas Pelancaran Road to Agro Tourism Siri 3 Edisi Kuala Lumpur - Putrajaya di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur dan makan malam, program RTA3 diteruskan dengan aktiviti 10 000 langkah berbusana Melayu tradisional di Kampong Bharu. Justeru itu, kebanyakan hadirin yang hadir ke Majlis Perasmian Road to Agro Tourism telah memakai busana tradisional Melayu sebagai tanda sokongan terhadap program anjuran Persatuan Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) ini.
Macam familiar je? Kenal tak? Tentulah Ayahanda Rani Kulup datang beri sokongan acara berbusana Melayu tradisional, bukan buat laporan tau :-p
Nak juga seketul Neeza berbusana tradisional. Cerita asalnya dah bawa baju kurung tapi tak muat #gemukdah:') nasib bawa kain batik (buat tidur asalnya) buat ala-ala kerudung gitu
Antara orang kuat acara 10 000 langkah berbusana Melayu tradisional di Kampong Bharu
Sebelum acara 10 000 langkah berbusana Melayu tradisional bermula, rakan-rakan media, tetamu VIP, dan agensi-agensi terlibat telah menyaksikan pertunjukan seni silat oleh DSSM Kuala Lumpur. Tujuannya adalah untuk memartabatkan semula warisan ini terutamanya kepada generasi muda agar tidak lupa akan seni mempertahankan diri ini yang menjadi simbol jati bangsa Melayu. Turut dipersembahkan selawat qasidah. 
Usai persembahan dan sesi bergambar dan 10 000 langkah berbusana Melayu tradisional di Kampong Bharu bermula di Tamu Hotel & Suites dan seterusnya bergerak ke kawasan sekitar Kampung Bharu.

Seramai 300 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat dari kanak-kanak sehinggalah dewasa terlibat dalam acara 10 000 langkah berbusana Melayu tradisional di Kampong Bharu.
1. Pintu Gerbang Kampong Bharu
Lokasi pertama kami sewaktu 10 000 langkah berbusana Melayu Tradisional. Pintu Gerbang Kampong Bharu ini merupakan simbolik Kampong Bharu yang memaparkan rekabentuk lebar layar  diukir dengan corak ukiran bermotifkan bunga teratai dan daun sayap sinonim dengan ciri tradisional penempatan masyarakat Melayu.
2. Lokasi Syurga Makanan
Sepanjang jalan, kami menyaksikan pelbagai gerai dan restoran yang menyajikan pelbagai jenis aneka makanan dari masakan Melayu, barat, Indonesia dan sebagainya. Kampung Bharu sememangnya terkenal sebagai salah satu lokasi syurga makanan di Kuala Lumpur kerana harganya yang murah dan pelbagai.
Sajian Nasi Lemak Kampong Bharu paling terkenal di sini. Kredit: Saji 
3. KLCC
Kawasan Kampong Bharu sangat hampir dengan mercu tanda Malaysia yakni Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Justeru itu kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar sambil berbusana Melayu tradisional. Peluang macam ni bukan selalu kita dapat.
4. Masjid Kampong Bharu
Ini adalah lokasi terakhir untuk acara 10 000 langkah berbusana Melayu tradisional di Kampong Bharu. Tahniah semua! Dan sesi bergambar telah dijalankan sebagai tanda kenangan dan pmemberian bubuk lambuk telah diagihkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. 
Masjid Kampong Bharu
Artis Maria Tunku Sabri turut terlibat dalam menjayakan acara ini. Beliau pun turut sama jalan sama-sama dari mula sehingga akhir tau.

Untuk maklumat lebih lanjut;
Persatuan Dunia Seni Silat Melayu
Website: duniasenisilatmelayu.blogspot.com

TAMU Hotel & Suites, Kuala Lumpur - Penginapan yang Mempunyai Pemandangan Menara KL dan KLCC

Assalammualaikum dan hai semua,
Seperti yang Neeza telah nyatakan entri sebelum ini, Neeza telah mengikuti program Road to Agro Tourism Siri 3 Edisi Kuala Lumpur-Putrajaya sempena Hari Wilayah Persekutuan oleh Majlis Pelancongan Malaysia @ Malaysia Tourism Council dan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, TAMU Hotel & Suites serta MAEPS, MARDI, Serdang.

Pertama sekali, perjalanan kami dimulakan dengan penginapan di TAMU Hotel & Suites, Kuala Lumpur yang terletak di Kampong Bharu. Tamu Hotel & Suites ini merupakan ikon terbaru Kampong Bharu di mana TAMU Hotel & Suites ini secara rasmi dibuka pada awal Februari yang lalu. Kiranya rombongan program Road to Agro Tourism ini merupakan orang yang terawal menginap di sinilah. Hehe.
Hotel TAMU ini terletak di persimpangan yang penuh dengan sejarah Jalan Raja Abdullah dan Raja Alang di Kampong Bharu. Lokasinya strategik sebagai hotel kelas perniagaan hotel bertaraf empat bintang di Kampong Bharu ini menempatkan tarikan tempatan, tempat bersejarah, membeli-belah, makan dan hiburan bersejarah di Kuala Lumpur baik di pintu masuk atau hanya 5 - 10 minit perjalanan dengan kereta.

TAMU Hotel & Suites terletak hanya beberapa minit dari Kuala Lumpur City Centre (Menara Berkembar KLCC), Bukit Bintang, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Pavilion. TAMU Hotel & Suites ini mempunyai perkhidmatan yang unggul untuk tetamu perniagaan dan percutian.

Selesai sahaja sesi pendaftaran, Neeza terus sahaja menuju ke bilik penginapan Neeza di TAMU Hotel & Suites yang terletak di Tingkat 18. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis bilik penginapan yang terdapat di hotel ini. Neeza cerita terlebih dahulu tau bilik penginapan yang Neeza dapat.

Bilik Standard / Katil Berkembar
Sebaik sahaja melangkah masuk, kedatangan Neeza disambut dengan cenderahati oleh pihak hotel. Untuk penginapan di bilik standard ini, terdapat dua pilihan disediakan untuk pengunjung sama ada katil berkembar atau katil bersaiz king. Memandangkan Neeza pun tak kenal siapa roomate perempuan sebilik dengan Neeza, Neeza rasakan katil berkembar ini sesuailah sebab privacy. Tilam dan bantal sememangnya empuk buat Neeza rasa sayang sangat nak bangun pagi. Huhu,
Pemandangan bilik ketika siang. Rona putih dan coklat buatkan bilik ini tampak ekslusif
Pemandangan senja. Romantik je suasana bilik ini bila dah buka lampu
Suka susun atur bilik ini
Luas tau bilik yang Neeza dapat ini. Kemudahan TV ada pelbagai channel
Disediakan tempat kerja dan kerusi untuk bersantai.
Pemandangan luar dari bilik Neeza dapat Menara KL. Ada bilik menghadap KLCC. Seronok tu
Neeza rasa sangat berbaloi kadar bayaran hanya RM250 semalam, kemudahan dalam bilik yang disediakan sememangnya layak bergelar hotel 4 bintang. Sangat-sangat selesa!
Cerek elektrik dan minuman (ada disediakan juga mini bar-peti sejuk kecil)
Kemudahan telefon
Ada juga okay gown robe sleepwear
Selipar, peti keselamatan dan sejadah pun turut disediakan oleh pihak hotel
Haaaa,,,lupa nak tunjuk kamar mandi bilik standard ini. Dah nama pun bilik standard, janganlah berharap ada bath tab pula. Macam biasalah kamar mandi ini ada meja persalinan, bilik pancuran air dan tandas.
Bilik Deluxe
Bilik ini menawarkan hiasan kontemporari premium dengan palet bilik tona bumi dan permaidani mewah. Ruang tambahan dan meja kerja yang lebih besar disediakan untuk pegunjung yang bercuti sambil bekerja.  Harga RM280 semalam.
Suite
Setiap suite mempunyai ruang duduk, ruang almari yang luas, peralatan tempat tidur bersaiz mewah dan bilik mandi besar yang dilengkapi dengan tab mandi, pancuran mandian hujan tertutup dan meja dandanan marmar. Terdapat dua jenis suite yang disediakan di Tamu Hotel & Suites iaitu;
Junior - RM380 semalam
Executive- RM480 semalam
Apa yang membezakan Junior dan Executive suite ini?
Dari segi harga -tentulah :')- , selain itu, keluasan bilik iaitu Junior suite ialah 39 meter persegi manakala Executive suite seluas 50 meter persegi dan Executive suite mempunyai ruang tamunya sendiri. Yang penting kedua-dua jenis suite ini berbentuk L di mana membolehkan pengunjung yang menginap di TAMU Hotel & Suites ini menikmati pemandangan KLCC dan Menara Kuala Lumpur sepanjang penginapan mereka di sini.
Suite ada bath tab tau!
Apa lagi keistimewaan TAMU Hotel & Suites ini?
Tamu Hotel & Suites ini mempunyai 6 F&B Outlet iaitu;
1. TAMU JUNCTION P|L|A|C|E
Business Hour 24 hours
Cuisine          Asian
Venue          Level 1 (Lobby)
Semasa Neeza sampai ke hotel ini sebelum daftar masuk, Neeza singgah dulu di TAMU JUNCTION P|L|A|C|E. Ia adalah ruangan yang ideal untuk sembang perniagaan atau menghabiskan waktu petang yang santai. Terdapat pelbagai makanan istimewa Asia / 'makanan makanan jalanan' / 'Kepakaran Asia' dalam 'Palet Makanan' yang funky dan menyeronokkan daripada 6 makanan istimewa yang dipilih dengan teliti dari sekitar Asia Tenggara. Nikmati pencuci mulut yang manis bersama kopi dan teh, Dan sudah tentu, teh 'Teh Tarik' yang paling sedap dan menyegarkan.
2. Suasana @ 27
Business Hour   6:30am - 11pm
Cuisine           Asian and International
Venue           Level 27
Suasana @27 merupakan  tempat makan eksklusif yang eksklusif yang merangkumi pengalaman gastronomi yang menyeronokkan (menghadap pemandangan KLCC dan Menara KL) dengan pelbagai hidangan yang lazat. Terdapat pelbagai menu seperti  masakan Melayu, Cina, India dan antarabangsa. 
Untuk pengetahuan anda, ini merupakan tempat makan malam semasa majlis perasmian Road to Agro Tourism Edisi 3 dan pelancaran 1000 langkah berbusana serta sarapan pagi hari dua program ini berlangsung. Makanan yang disajikan memang umphh dan menyelerakan.
Pengalaman yang menyeronokkan dapat makan sambil melihat suasana malam Kuala Lumpur
a, Makan Malam
Dekorasi indah yang direka menepati tema program yang berlangsung
Nasi Lemak Kampung Bharu. Rugi tak cuba. Ayam berempah memang umphh!
Juadah masakan kampung yang menepati citarasa
Antara pencuci mulut yang disediakan
b. Sarapan pagi
Hidangan sarapan pagi ala barat
Makanan sihat turut disediakan 
Kalau duduk Malaysia tentulah kenaa ada masakan melayu. Hidangan Nasi Lemak dan nasi goreng
Cuma 2 tempat makan yang sempat Neeza jelajahi sepanjang penginapan semasa program Road to Agro Tourism. 4 tempat yang belum dinyatakan iaitu, TAMU SKY Louge, Serambi Lounge, Pool Terrace dan Boxed Away Delivery. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh klik  http://tamuhotel.com/dining.html .

TAMU Hotel & Suites turut menyediakan kemudahan seperti dewan, bilik menyuarat dan riadah seperti gym dan kolam renang. 

Kemudahan;
1. Dewan
Menariknya tentang dewan ini ialah dewan ini bersaiz L yang menempatkan pemandangan Menara KL dan KLL dan sesuai untuk majlis persandingan, majlis korporat dan lain-lain.
2. Bilik Mesyuarat
Terdapat beberapa pakej yang disediakan oleh TAMU Hotel & Suites. Boleh rujuk untuk ketahui pakej-pakej http://tamuhotel.com/banquet.html
3. Kolam Renang
Tak sempat nak merasai berenang di sini atas faktor program yang padat. Makanya lain kalilah.
Apapun Neeza sangat berpuas hati sepanjang Neeza menginap di TAMU Hotel & Suites. Kalau anda datang ke Kuala Lumpur, TAMU Hotel & Suites adalah pilihan hotel dan penginapan yang ideal dan berbaloi.

Untuk tempahan dan maklumat lebih lanjut,
TAMU Hotel & Suites, Kuala Lumpur
Alamat: 120 Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu 50300, Kuala Lumpur
Hubungi : 03-2603 1999

Salam sayang,
Neeza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.