Saturday, 10 February 2018

TAMU Hotel & Suites, Kuala Lumpur - Penginapan yang Mempunyai Pemandangan Menara KL dan KLCC

Assalammualaikum dan hai semua,
Seperti yang Neeza telah nyatakan entri sebelum ini, Neeza telah mengikuti program Road to Agro Tourism Siri 3 Edisi Kuala Lumpur-Putrajaya sempena Hari Wilayah Persekutuan oleh Majlis Pelancongan Malaysia @ Malaysia Tourism Council dan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, TAMU Hotel & Suites serta MAEPS, MARDI, Serdang.

Pertama sekali, perjalanan kami dimulakan dengan penginapan di TAMU Hotel & Suites, Kuala Lumpur yang terletak di Kampong Bharu. Tamu Hotel & Suites ini merupakan ikon terbaru Kampong Bharu di mana TAMU Hotel & Suites ini secara rasmi dibuka pada awal Februari yang lalu. Kiranya rombongan program Road to Agro Tourism ini merupakan orang yang terawal menginap di sinilah. Hehe.
Hotel TAMU ini terletak di persimpangan yang penuh dengan sejarah Jalan Raja Abdullah dan Raja Alang di Kampong Bharu. Lokasinya strategik sebagai hotel kelas perniagaan hotel bertaraf empat bintang di Kampong Bharu ini menempatkan tarikan tempatan, tempat bersejarah, membeli-belah, makan dan hiburan bersejarah di Kuala Lumpur baik di pintu masuk atau hanya 5 - 10 minit perjalanan dengan kereta.

TAMU Hotel & Suites terletak hanya beberapa minit dari Kuala Lumpur City Centre (Menara Berkembar KLCC), Bukit Bintang, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Pavilion. TAMU Hotel & Suites ini mempunyai perkhidmatan yang unggul untuk tetamu perniagaan dan percutian.

Selesai sahaja sesi pendaftaran, Neeza terus sahaja menuju ke bilik penginapan Neeza di TAMU Hotel & Suites yang terletak di Tingkat 18. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis bilik penginapan yang terdapat di hotel ini. Neeza cerita terlebih dahulu tau bilik penginapan yang Neeza dapat.

Bilik Standard / Katil Berkembar
Sebaik sahaja melangkah masuk, kedatangan Neeza disambut dengan cenderahati oleh pihak hotel. Untuk penginapan di bilik standard ini, terdapat dua pilihan disediakan untuk pengunjung sama ada katil berkembar atau katil bersaiz king. Memandangkan Neeza pun tak kenal siapa roomate perempuan sebilik dengan Neeza, Neeza rasakan katil berkembar ini sesuailah sebab privacy. Tilam dan bantal sememangnya empuk buat Neeza rasa sayang sangat nak bangun pagi. Huhu,
Pemandangan bilik ketika siang. Rona putih dan coklat buatkan bilik ini tampak ekslusif
Pemandangan senja. Romantik je suasana bilik ini bila dah buka lampu
Suka susun atur bilik ini
Luas tau bilik yang Neeza dapat ini. Kemudahan TV ada pelbagai channel
Disediakan tempat kerja dan kerusi untuk bersantai.
Pemandangan luar dari bilik Neeza dapat Menara KL. Ada bilik menghadap KLCC. Seronok tu
Neeza rasa sangat berbaloi kadar bayaran hanya RM250 semalam, kemudahan dalam bilik yang disediakan sememangnya layak bergelar hotel 4 bintang. Sangat-sangat selesa!
Cerek elektrik dan minuman (ada disediakan juga mini bar-peti sejuk kecil)
Kemudahan telefon
Ada juga okay gown robe sleepwear
Selipar, peti keselamatan dan sejadah pun turut disediakan oleh pihak hotel
Haaaa,,,lupa nak tunjuk kamar mandi bilik standard ini. Dah nama pun bilik standard, janganlah berharap ada bath tab pula. Macam biasalah kamar mandi ini ada meja persalinan, bilik pancuran air dan tandas.
Bilik Deluxe
Bilik ini menawarkan hiasan kontemporari premium dengan palet bilik tona bumi dan permaidani mewah. Ruang tambahan dan meja kerja yang lebih besar disediakan untuk pegunjung yang bercuti sambil bekerja.  Harga RM280 semalam.
Suite
Setiap suite mempunyai ruang duduk, ruang almari yang luas, peralatan tempat tidur bersaiz mewah dan bilik mandi besar yang dilengkapi dengan tab mandi, pancuran mandian hujan tertutup dan meja dandanan marmar. Terdapat dua jenis suite yang disediakan di Tamu Hotel & Suites iaitu;
Junior - RM380 semalam
Executive- RM480 semalam
Apa yang membezakan Junior dan Executive suite ini?
Dari segi harga -tentulah :')- , selain itu, keluasan bilik iaitu Junior suite ialah 39 meter persegi manakala Executive suite seluas 50 meter persegi dan Executive suite mempunyai ruang tamunya sendiri. Yang penting kedua-dua jenis suite ini berbentuk L di mana membolehkan pengunjung yang menginap di TAMU Hotel & Suites ini menikmati pemandangan KLCC dan Menara Kuala Lumpur sepanjang penginapan mereka di sini.
Suite ada bath tab tau!
Apa lagi keistimewaan TAMU Hotel & Suites ini?
Tamu Hotel & Suites ini mempunyai 6 F&B Outlet iaitu;
1. TAMU JUNCTION P|L|A|C|E
Business Hour 24 hours
Cuisine          Asian
Venue          Level 1 (Lobby)
Semasa Neeza sampai ke hotel ini sebelum daftar masuk, Neeza singgah dulu di TAMU JUNCTION P|L|A|C|E. Ia adalah ruangan yang ideal untuk sembang perniagaan atau menghabiskan waktu petang yang santai. Terdapat pelbagai makanan istimewa Asia / 'makanan makanan jalanan' / 'Kepakaran Asia' dalam 'Palet Makanan' yang funky dan menyeronokkan daripada 6 makanan istimewa yang dipilih dengan teliti dari sekitar Asia Tenggara. Nikmati pencuci mulut yang manis bersama kopi dan teh, Dan sudah tentu, teh 'Teh Tarik' yang paling sedap dan menyegarkan.
2. Suasana @ 27
Business Hour   6:30am - 11pm
Cuisine           Asian and International
Venue           Level 27
Suasana @27 merupakan  tempat makan eksklusif yang eksklusif yang merangkumi pengalaman gastronomi yang menyeronokkan (menghadap pemandangan KLCC dan Menara KL) dengan pelbagai hidangan yang lazat. Terdapat pelbagai menu seperti  masakan Melayu, Cina, India dan antarabangsa. 
Untuk pengetahuan anda, ini merupakan tempat makan malam semasa majlis perasmian Road to Agro Tourism Edisi 3 dan pelancaran 1000 langkah berbusana serta sarapan pagi hari dua program ini berlangsung. Makanan yang disajikan memang umphh dan menyelerakan.
Pengalaman yang menyeronokkan dapat makan sambil melihat suasana malam Kuala Lumpur
a, Makan Malam
Dekorasi indah yang direka menepati tema program yang berlangsung
Nasi Lemak Kampung Bharu. Rugi tak cuba. Ayam berempah memang umphh!
Juadah masakan kampung yang menepati citarasa
Antara pencuci mulut yang disediakan
b. Sarapan pagi
Hidangan sarapan pagi ala barat
Makanan sihat turut disediakan 
Kalau duduk Malaysia tentulah kenaa ada masakan melayu. Hidangan Nasi Lemak dan nasi goreng
Cuma 2 tempat makan yang sempat Neeza jelajahi sepanjang penginapan semasa program Road to Agro Tourism. 4 tempat yang belum dinyatakan iaitu, TAMU SKY Louge, Serambi Lounge, Pool Terrace dan Boxed Away Delivery. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh klik  http://tamuhotel.com/dining.html .

TAMU Hotel & Suites turut menyediakan kemudahan seperti dewan, bilik menyuarat dan riadah seperti gym dan kolam renang. 

Kemudahan;
1. Dewan
Menariknya tentang dewan ini ialah dewan ini bersaiz L yang menempatkan pemandangan Menara KL dan KLL dan sesuai untuk majlis persandingan, majlis korporat dan lain-lain.
2. Bilik Mesyuarat
Terdapat beberapa pakej yang disediakan oleh TAMU Hotel & Suites. Boleh rujuk untuk ketahui pakej-pakej http://tamuhotel.com/banquet.html
3. Kolam Renang
Tak sempat nak merasai berenang di sini atas faktor program yang padat. Makanya lain kalilah.
Apapun Neeza sangat berpuas hati sepanjang Neeza menginap di TAMU Hotel & Suites. Kalau anda datang ke Kuala Lumpur, TAMU Hotel & Suites adalah pilihan hotel dan penginapan yang ideal dan berbaloi.

Untuk tempahan dan maklumat lebih lanjut,
TAMU Hotel & Suites, Kuala Lumpur
Alamat: 120 Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu 50300, Kuala Lumpur
Hubungi : 03-2603 1999

Salam sayang,
Neeza

19 comments:

  1. Luasnya bilik. Macam boleh isi dua family. Puas hati kalau begini. Menu pun nampak best. Sesuai sangat untuk keluarga datang menginap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berbaloi... bilik katil berkembar yg neeza dapat memang agak luas berbanding bilik katil king standard, harga pun okay sangat.. betul2 puas hati

      Delete
  2. Satu pilihan hotel yg menarik di pusat bandaraya... dekat dgn semuanya... bersih

    ReplyDelete
  3. First time tau pasal TAMU hotel ni, skrg banyak hotel di KL, tengok hotelnya canti dan mewah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya hotel ni baru je dibuka secara rasmi awal bulan 2 tahun ni :-)

      Delete
  4. Bestnya tempat makan dan swimming pool kat sini view KLCC. Mesti best kalau dapat staycation kat sini

    ReplyDelete
  5. Wowww...luasnya bilik...yg paling penting kalau saya ada bath tub..boleh la me time kt dalam tu lama2 bila suami layan anal2 dekat swimming pool hahahhaha

    ReplyDelete
  6. Wah! RM250 je? Memang murah la kalau macam tu. Dengan view yang cantik macam ni. Memang sesuai untuk sesiapa yang datang ke sini.

    ReplyDelete
  7. Boleh tahan jugak harga bilik dia semalam eh..luas pun luas..tgok makanan pun semua nampak sedap..kena menginap kat sini baru tau best ke x best..

    ReplyDelete
  8. Uiiih, keadaan bilik dia nampak sangat kemas. Suka tengok katil tu. Dari segi pemilihan warna pun macam sangat bersesuaian.

    ReplyDelete
  9. Nampak selesa bilik hotel ni. Suasana persekitaran pun nampak selesa dan eksklusif. Menarik juga klu buat function di sini selain bermalam. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  10. harga yang berbaloi dengan view yang cantik, bilik yang luas dan selesa..

    ReplyDelete
  11. Boleh tahan juga bilik ni luas dia. Berapa rate semalam?

    ReplyDelete
  12. wow satu malam rm 250 ke ? bagi I sekitar KL with that price memang murah lah... rekomen sangat pelancong dari luar negara atau yang tinggal berjauhan nak pergi KL boleh stay sini sudahlah view pun menara KL.. thanks for sharing !

    ReplyDelete
  13. Really nice kat sini sesambil tengok view KL. Lebih2 lagi suasana malam Bilik nya luas betul. Memang nampak selesa. Love rhe dining hall tu, cantik!

    ReplyDelete
  14. Wahhh syoknye, bilik nampak sangat selesa sekali, bolehlah relax disitu... dengan pandangan view menarik iaitu bandar Kuala Lumpur

    ReplyDelete
  15. hotel baru ni kan...besar dan cantik letak dekar area bandar pulak tu senang org nak pegi mana-mana...penginapa yang boelh dicadangkan kepada mereka yang mencari hotel di kl

    ReplyDelete
  16. wooooh bestnyaa !!! nak golek2 jugak sedapnyaaa tidur. bukak langsir nampak KL Tower pulak. so exclusive gayanya =D

    ReplyDelete
  17. Salam...nak tanya bila kita menginap di sini ..breakfast mmg includes...what about dinner?

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.