Saturday, 10 February 2018

Berbusana Melayu Tradisional Sambil Berjalan Capai Sepuluh Ribu Langkah Sekitar Kampong Bharu

Assalammualaikum dan hai semua,
Selepas Pelancaran Road to Agro Tourism Siri 3 Edisi Kuala Lumpur - Putrajaya di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur dan makan malam, program RTA3 diteruskan dengan aktiviti 10 000 langkah berbusana Melayu tradisional di Kampong Bharu. Justeru itu, kebanyakan hadirin yang hadir ke Majlis Perasmian Road to Agro Tourism telah memakai busana tradisional Melayu sebagai tanda sokongan terhadap program anjuran Persatuan Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) ini.
Macam familiar je? Kenal tak? Tentulah Ayahanda Rani Kulup datang beri sokongan acara berbusana Melayu tradisional, bukan buat laporan tau :-p
Nak juga seketul Neeza berbusana tradisional. Cerita asalnya dah bawa baju kurung tapi tak muat #gemukdah:') nasib bawa kain batik (buat tidur asalnya) buat ala-ala kerudung gitu
Antara orang kuat acara 10 000 langkah berbusana Melayu tradisional di Kampong Bharu
Sebelum acara 10 000 langkah berbusana Melayu tradisional bermula, rakan-rakan media, tetamu VIP, dan agensi-agensi terlibat telah menyaksikan pertunjukan seni silat oleh DSSM Kuala Lumpur. Tujuannya adalah untuk memartabatkan semula warisan ini terutamanya kepada generasi muda agar tidak lupa akan seni mempertahankan diri ini yang menjadi simbol jati bangsa Melayu. Turut dipersembahkan selawat qasidah. 
Usai persembahan dan sesi bergambar dan 10 000 langkah berbusana Melayu tradisional di Kampong Bharu bermula di Tamu Hotel & Suites dan seterusnya bergerak ke kawasan sekitar Kampung Bharu.

Seramai 300 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat dari kanak-kanak sehinggalah dewasa terlibat dalam acara 10 000 langkah berbusana Melayu tradisional di Kampong Bharu.
1. Pintu Gerbang Kampong Bharu
Lokasi pertama kami sewaktu 10 000 langkah berbusana Melayu Tradisional. Pintu Gerbang Kampong Bharu ini merupakan simbolik Kampong Bharu yang memaparkan rekabentuk lebar layar  diukir dengan corak ukiran bermotifkan bunga teratai dan daun sayap sinonim dengan ciri tradisional penempatan masyarakat Melayu.
2. Lokasi Syurga Makanan
Sepanjang jalan, kami menyaksikan pelbagai gerai dan restoran yang menyajikan pelbagai jenis aneka makanan dari masakan Melayu, barat, Indonesia dan sebagainya. Kampung Bharu sememangnya terkenal sebagai salah satu lokasi syurga makanan di Kuala Lumpur kerana harganya yang murah dan pelbagai.
Sajian Nasi Lemak Kampong Bharu paling terkenal di sini. Kredit: Saji 
3. KLCC
Kawasan Kampong Bharu sangat hampir dengan mercu tanda Malaysia yakni Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Justeru itu kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar sambil berbusana Melayu tradisional. Peluang macam ni bukan selalu kita dapat.
4. Masjid Kampong Bharu
Ini adalah lokasi terakhir untuk acara 10 000 langkah berbusana Melayu tradisional di Kampong Bharu. Tahniah semua! Dan sesi bergambar telah dijalankan sebagai tanda kenangan dan pmemberian bubuk lambuk telah diagihkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. 
Masjid Kampong Bharu
Artis Maria Tunku Sabri turut terlibat dalam menjayakan acara ini. Beliau pun turut sama jalan sama-sama dari mula sehingga akhir tau.

Untuk maklumat lebih lanjut;
Persatuan Dunia Seni Silat Melayu
Website: duniasenisilatmelayu.blogspot.com

2 comments:

  1. Wah menarik aktiviti camni. cam best je semua berpakaian traditional :D

    ReplyDelete
  2. ayu ayu jelita semuanya. sangat klasik dengan busana tradisional =)

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.