Showing posts with label jom kurus. Show all posts
Showing posts with label jom kurus. Show all posts

Wednesday, 5 April 2017

Pilihan Diet Eat Clean dengan Restoran Paperfish TTDI @ Zomato

Assalammualaikum
Bulan lepas Neeza berkesempatan untuk berkumpul bersama-sama dengan foodie influencer yang lain pada sesi Zomato Foodie Meet Up bertempat di Paperfish TTDI. Untuk pengetahuan semua, Zomato merupakan applikasi pencarian restoran untuk makan. Kalau bingung tak tahu nak makan apa dan di mana serta info restoran yang anda baru kenal, Zomatolah plihan terbaik!
Neeza memang pengguna apps ini sebab Neeza selalu discover nama restoran baru setiap kali bergosip atau travel ke lokasi event sebagai media blogger. Melalui applikasi ini kita boleh tahu harga makanan, konsep, suasana, sedap atau tidak melalui review-review dalam Zomato. Mudah, hehe. Pendek kata wajib install apps Zomato ini dalam handphone anda di Appstore dan Playstore. Lagi-lagi yang duduk sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. 
Jadi kira penghargaan besar dijemput oleh pihak Zomato untuk sesi Zomato Foodie Meet Up di Paperfish TTDI ini. Sebenarnya ini merupakan jemputan kedua Neeza bersama Zomato, yang pertama di Enak KL, Bukit Bintang tahun lepas. CLIK SINI REVIEW ENAK KL

Yang rajin ikuti perkembangan Neeza di blog, Facebook, Instagram serta Twitter Neeza memang rajin diet kan. Bersesuaian dengan diet dan eat clean, memang Neeza tak teragak-agak untuk terima jemputan Zomato ke Paperfish TTDI. Lebih-lebih lagi dah ada MRT sekarang ini senang nak ke sana. Hahaha.
Mula-mula hiaskan dulu dengan sayur-sayuran dan bijirin
Baru hidangkan protein pula, semua dalam 1 mangkuk
Restoran Paperfish ini merupakan restoran makanan segera atau fast food yang sihat di mana ia berkonsepkan Hawaian poke. Kalau sebut restoran fast food sihat mesti Subway je kan, lebih kuranglah gitu, jadi dah ada Paperfish ini, kita beralih lah pula kan. Siapa kata kalau nak diet ini pilihan kurang untuk eat clean?
Memang bersih dan santai bila masuk dalam restoran Paperfish ini
Mesti anda pelik kenapa nama restoran ini Paperfish. Okay sebenarnya nama Paperfish dipilih kerana mereka ingin dikenali sebagai restoran dan tempat yang elegan, bersih dan simple, semua hidangan dalam 1 mangkuk sahaja di mana ia lebih dikenali sebagai Poke. Lebih kurang pokeman la. Kihkih. Menarik kan?

Mula-mula kami diberi sample untuk rasa oleh chef restoran Paperfish dan kemudian buat keputusan untuk pilih yang mana kami suka. Terdapat tiga pilihan protein disediakan di restoran Paperfish ini iaitu Salmon Poke, Tuna Poke dan Shrimp & Avo Pack. Untuk setiap satu hidangan protein ini terdapat tiga jenis pilihan yang disediakan di restoran Paperfish TTDI ini.
SALMON POKE (Umami Shoyu Salmon, Heat Wave,  Citrus San)
TUNA POKE (Cili Tuna, Umami Shoyu Tuna, Tropical Tuna)
SHRIMP & AVO PACK (Mango Salsa, Shrimp Civiche, Sea-salt shrimp)
Pilihan Neeza tentulah Salmon Poke - Heat Wave yang sememangnya suka pedas dan berkrim. Memang walaaaa~ ikutkan hati nak try tuna tapi Neeza ini memang pencinta Salmon. Pantang jumpa salmon. Huhu.
Neeza dan kak Nora sama citarasa gitewww
Suka sangat!
Bila menikmati hidangan ini ternyata memang sedap dan lazat. Yang penting ikan tak ada bau hanyir dan sayur sayuran segar. Ternyata restoran Paperfish ini jaga kualiti dan standard makanannya.

Kepada mereka yang tidak kurang menggemari hidangan yang raw macam Dee ini haaa, pilihan yang ada untuk anda ialah Shrimp & Avo Pack atau Vegetarian. Udang itu telah direbus. Jadi masih ada pilihan bila datang ke Restoran Paperfish TTDI ini.
Kemudian dah pilih hidangan protein yang anda nak, akan disertakan dengan hidangan superfood seperti salad, jagung, chiaseed, flaxseed, sunflower seed dan sebagainyalah. Memang penuh mangkuk! Serius puas hati, belum lagi dicampur dengan pilihan karbohidrat. Hehe.

Yang paling penting hidangan ini sihat, seimbang, bersih dan kenyang. Haaaaa, kenyang itu paling penting. Hehe. Siapa kata kurus kena berlapar kan?

Dari segi harga agak berpatutan untuk makanan sihat. Antara RM 15.90 hingga RM 17.90 sahaja. Green tea boleh refill berulang kali. Demi kesihatan yang berpanjangan kenalah labur sikit ye tak. Asyik complain mahal bila makan makanan kurang sihat berminyak dan kuantiti lebih sepatutnya memanglah murah lepas itu mulalah sakit itu sakit ini complain gemuk sebab tak jaga portion.
Neeza dan kak Nora.. sebelah itulah wife riomakan, dua-dua foodie influencer
Dengan Dee, tembamnya muka ai kena diet lebih ini hahaha
Apa pun Zomato Foodie Meet Up ini memang best sebab ada blogger Dee ftindiana.blogspot.com dan Kak Nora dari blog www.ummizarra.com terutama dapat kenal dengan sepasang suami isteri foodie @riomakan serta foodie influencer yang lain dan pihak Zomato lagi-lagi akak Fiza. Love you.
Neeza dan kak Fiza, haaa itu lah foodie influencer, riomakan yang terphotoboom tanpa sengaja hehe
Thank you Zomato and Paperfish because inviting me.
Okaylah sekian sahaja entri hari ini, jomlah azam kurus sebelum raya kita capai target dan jangan lupa dapatkan hidangan sihat Paperfish ini dalam diet anda.

Untuk maklumat lebih lanjut;
Paperfish
Address: 26, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +60 3-2385 0007
Hours: Open today · 10am-10pm
Website: https://www.paperfish.com.my
paperfish Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

Salam sayang,
Neeza

Saturday, 10 December 2016

Tips Kurus Dengan Lazz Susu Kambing



Assalammualaikum 

Tips Kurus Dengan Lazz Susu Kambing l Ramai yang tanya Neeza sebelum ini, macam mana Neeza kurus sampai boleh hilang hampir 20 kg sebelum ini? Jadi hari ini Neeza nak reveal satu per satu tips kurus dari Neeza sendiri.


Antara tips kurus Neeza ialah Neeza mengamalkan susu dalam diet seharian Neeza. Susu merupakan dalam kategori protein dan sumber protein sangat penting untuk orang yang nak kuruskan badan tanpa apa-apa supplemen. Lagi-lagi yang rajin melakukan workout. 

Semasa training, otot kita secara dalamannya ‘tercedera’ disebabkan oleh pergerakan yang agak brutal dalam menambahkan kapasiti dan kekuatan dalaman kita. Bukan cedera terputus urat itu tapi ketika workout, untuk memastikan lemak tersebut pecah, otot kita akan "koyak" sikit-sikit dan ia akan pulih dengan otot-otot yang baru yang lebih kukuh dan lentur (bergantung jenis workout yang kita buat).

Ketika inilah, protein diperlukan supaya otot tersebut pulih. Itu sebab kaki gym ambil whey protein. Untuk yang nak kurus slim dan fit bukannya "bulky" dan ingin pilihan yang lebih murah sebab harga whey protein mencecah ratusan ringgit, Neeza sarankan agar ambil Lazz Susu Kambing.


Neeza sendiri pun ambil Lazz Susu Kambing ini semasa #120dayschallenge #neezaweightlossjourney. Nak ambil whey protein memang tak mampulah untuk student macam Neeza ini, nak bayar membership gym pun terketar-ketar tau, huhu.

Untuk mereka yang nak kurus  boleh je ambil susu kambing ini dalam pemakanan diet anda tanpa workout sangat kerana 80% datang dari pemakan dan 20% senaman. Cuma lebih baik kalau buat senaman sikit-sikit buat home workout kalau nak bagi badan kita cantik dan fit, tak adalah kulit mengeleber sangat bila turun KG banyak.

Mesti ada yang akan tanya

"Kenapa susu kambing? Susu soya? Susu lembu? Tak boleh ke Neeza?"

Susu lain itu boleh sahaja tapi cuba tengok dulu 8 perbezaan ini dan nilaikan sendiri kenapa Neeza lebih suka ambil susu kambing terutama produk dari Lazz Susu Kambing.









Ada yang tertanya juga,

"Macam mana nak ambil Lazz Susu Kambing ini terutama ketika diet?"

Untuk Neeza, selalunya Neeza akan ambil ketika makan pagi atau makan malam. Ini carta kebiasaan pemakanan Neeza ketika diet.

Makan pagi/Makan malam


Menu-

1. 1 sachet Lazz Susu Kambing+air suam dan ratah sebiji epal
Menu paling ringkas sebab malas nak masak pagi-pagi) atau;
2. Smoothie epal 
Resepi: air sejuk, sebiji epal yang dipotong kiub, pisang, yogurt. Blend.
Boleh diambil ketika makan malam atau makan pagi atau;
3. Overnight oat
Resepi: oat, sebiji epal dan pisang yang dipotong kiub, yogurt dan Lazz Susu Kambing yang sudah siap dibancuh. letak dalam 1 bekas cawan dan masukan dalam peti sejuk.
4. Pancake diet
Resepi: 1 pisang, 1 biji telur, 1 cawan oat, 1 tps esen vanilla dan 50 ml Lazz Susu Kambing. Blend dan ratakan di atas pan. Untuk dressing, guna madu asli organik.

Makan tengahari jangan tak makan pula. Kalau skip, ANDA GEMUK! Ini kerana kita akan makan lebih banyak bila kelaparan. Cuma makan tengahari itu makan dalam kuantiti medium. Segenggam karbohidrat, daging/ayam dan banyakkan sayur-sayuran. 

Neeza sangat-sangat suka ambil Lazz Susu Kambing ini kerana lebih tahan lama kenyang dari susu lembu dan susu soya. Lagipun, Lazz Susu Kambing ini dalam bentuk serbuk jadi lebih tahan lama berbanding susu bentuk cecair. Maklumlah kalau susu cecair biasa itu, bila kita dah buka dan minum, kena habiskan sekotak itu dalam tempoh yang singkat biarpun diletak dalam peti sejuk. Sangat tak praktikal untuk orang yang sibuk seperti Neeza ini. Membazir duit je kalau susu rosak.

4 scoop Lazz Susu Kambing Asli = 100 kcal

Yang paling best tentang Lazz Susu Kambing ini ialah sesuai untuk mereka yang nak amalkan apa jenis diet seperti diet atkins atau diet kalori. Lazz Susu Kambing Asli tiada gula tambahan dalam itu, 100% datang dari susu kambing yang dijadikan secara serbuk tanpa sebarang kimikal. Kalau diet kalori pula, cuma 100 kcal sahaja! Cuma nak lebih kenyang cepat campur dengan rolled oat. 

Tak percaya Neeza ambil Lazz Susu Kambing Asli ketika diet?

Ini antara screenshot Neeza yang Neeza post dekat Instagram sebagai diari. Selain dari bancuh biasa, Neeza juga buat pancake walaupun jadi lempeng! Huhu.



PERINGATAN!

Akan tetapi, Neeza nak ingatkan sesiapa yang berminat nak kuruskan badan nak ambil Lazz Susu Kambing ini dalam pemakanan diet anda, anda kena ambil Lazz Susu Kambing ASLI tau. 

Lazz Susu Kambing ini ada 3 jenis iaitu;
  • Lazz Susu Kambing Asli/Original
  • Lazz Susu Kambing Kurma
  • LazzCafe Susu Kambing

Untuk mereka yang tak nak diet pun boleh ambil Lazz Susu Kambing ini. Lazz Susu Kambing Asli tiada gula dalam itu, jadi untuk yang tak berdiet dan nak rasa manis boleh cuba Lazz Susu Kambing Kurma atau LazzCafe Susu Kambing.

Selain dari menguruskan badan, khasiat lain antaranya ialah mencantikkan kulit (ada vitamin c), atasi masalah harmon untuk mereka yang susah tidur, menguatkan tulang, kesihatan jantung, meningkatkan imunisasi, otak lebih cekap dan  banyak lagi. Susu kambing ini memang banyak manfaat dan tidak menghairankan susu kambing merupakan salah satu sunnah Nabi. Nabi Muhamamd pun mengembala kambing dan kata Nabi SAW:

”Bela la kambing kerana padanya ada barakah/keberkatan”

Dan,

Mungkin ada yang rasa was-was lagi, takut-takut nak cuba susu kambing ini sebab

"Adakah ia berbau hamis seperti kita makan daging kambing kebiasaanya?"

Serius tak! Ketika pertama kali nak minum Lazz susu kambing ini, Neeza takut-takut nak cuba juga tapi bila minum itu, tak adanya bau hamis. Rasa sama hampir sama macam susu lembu. Kalau nak kenakan kawan yang tak pernah cuba susu kambing, mungkin mereka boleh tertipu juga. Hehe.


Paling penting Lazz Susu Kambing ini ialah produk bumiputera Muslim dengan bahan-bahan 100% organik dan semulajadi tanpa campuran formula sintetik makmal, 

Harga untuk Lazz Susu Kambing;
  • Lazz Susu Kambing Asli & Lazz Susu Kambing Kurma - SM RM 45.09 / SS RM 50.90
  • LazzCafe Susu Kambing - SM RM 35.90 / SS RM 40.90

Maklumat lanjut boleh layari;

Jadi, tunggu apa lagi? Jom rasa sekarang dengan Lazz Susu Kambing!

Salam sayang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.