Saturday, 10 December 2016

Tips Kurus Dengan Lazz Susu Kambing



Assalammualaikum 

Tips Kurus Dengan Lazz Susu Kambing l Ramai yang tanya Neeza sebelum ini, macam mana Neeza kurus sampai boleh hilang hampir 20 kg sebelum ini? Jadi hari ini Neeza nak reveal satu per satu tips kurus dari Neeza sendiri.


Antara tips kurus Neeza ialah Neeza mengamalkan susu dalam diet seharian Neeza. Susu merupakan dalam kategori protein dan sumber protein sangat penting untuk orang yang nak kuruskan badan tanpa apa-apa supplemen. Lagi-lagi yang rajin melakukan workout. 

Semasa training, otot kita secara dalamannya ‘tercedera’ disebabkan oleh pergerakan yang agak brutal dalam menambahkan kapasiti dan kekuatan dalaman kita. Bukan cedera terputus urat itu tapi ketika workout, untuk memastikan lemak tersebut pecah, otot kita akan "koyak" sikit-sikit dan ia akan pulih dengan otot-otot yang baru yang lebih kukuh dan lentur (bergantung jenis workout yang kita buat).

Ketika inilah, protein diperlukan supaya otot tersebut pulih. Itu sebab kaki gym ambil whey protein. Untuk yang nak kurus slim dan fit bukannya "bulky" dan ingin pilihan yang lebih murah sebab harga whey protein mencecah ratusan ringgit, Neeza sarankan agar ambil Lazz Susu Kambing.


Neeza sendiri pun ambil Lazz Susu Kambing ini semasa #120dayschallenge #neezaweightlossjourney. Nak ambil whey protein memang tak mampulah untuk student macam Neeza ini, nak bayar membership gym pun terketar-ketar tau, huhu.

Untuk mereka yang nak kurus  boleh je ambil susu kambing ini dalam pemakanan diet anda tanpa workout sangat kerana 80% datang dari pemakan dan 20% senaman. Cuma lebih baik kalau buat senaman sikit-sikit buat home workout kalau nak bagi badan kita cantik dan fit, tak adalah kulit mengeleber sangat bila turun KG banyak.

Mesti ada yang akan tanya

"Kenapa susu kambing? Susu soya? Susu lembu? Tak boleh ke Neeza?"

Susu lain itu boleh sahaja tapi cuba tengok dulu 8 perbezaan ini dan nilaikan sendiri kenapa Neeza lebih suka ambil susu kambing terutama produk dari Lazz Susu Kambing.









Ada yang tertanya juga,

"Macam mana nak ambil Lazz Susu Kambing ini terutama ketika diet?"

Untuk Neeza, selalunya Neeza akan ambil ketika makan pagi atau makan malam. Ini carta kebiasaan pemakanan Neeza ketika diet.

Makan pagi/Makan malam


Menu-

1. 1 sachet Lazz Susu Kambing+air suam dan ratah sebiji epal
Menu paling ringkas sebab malas nak masak pagi-pagi) atau;
2. Smoothie epal 
Resepi: air sejuk, sebiji epal yang dipotong kiub, pisang, yogurt. Blend.
Boleh diambil ketika makan malam atau makan pagi atau;
3. Overnight oat
Resepi: oat, sebiji epal dan pisang yang dipotong kiub, yogurt dan Lazz Susu Kambing yang sudah siap dibancuh. letak dalam 1 bekas cawan dan masukan dalam peti sejuk.
4. Pancake diet
Resepi: 1 pisang, 1 biji telur, 1 cawan oat, 1 tps esen vanilla dan 50 ml Lazz Susu Kambing. Blend dan ratakan di atas pan. Untuk dressing, guna madu asli organik.

Makan tengahari jangan tak makan pula. Kalau skip, ANDA GEMUK! Ini kerana kita akan makan lebih banyak bila kelaparan. Cuma makan tengahari itu makan dalam kuantiti medium. Segenggam karbohidrat, daging/ayam dan banyakkan sayur-sayuran. 

Neeza sangat-sangat suka ambil Lazz Susu Kambing ini kerana lebih tahan lama kenyang dari susu lembu dan susu soya. Lagipun, Lazz Susu Kambing ini dalam bentuk serbuk jadi lebih tahan lama berbanding susu bentuk cecair. Maklumlah kalau susu cecair biasa itu, bila kita dah buka dan minum, kena habiskan sekotak itu dalam tempoh yang singkat biarpun diletak dalam peti sejuk. Sangat tak praktikal untuk orang yang sibuk seperti Neeza ini. Membazir duit je kalau susu rosak.

4 scoop Lazz Susu Kambing Asli = 100 kcal

Yang paling best tentang Lazz Susu Kambing ini ialah sesuai untuk mereka yang nak amalkan apa jenis diet seperti diet atkins atau diet kalori. Lazz Susu Kambing Asli tiada gula tambahan dalam itu, 100% datang dari susu kambing yang dijadikan secara serbuk tanpa sebarang kimikal. Kalau diet kalori pula, cuma 100 kcal sahaja! Cuma nak lebih kenyang cepat campur dengan rolled oat. 

Tak percaya Neeza ambil Lazz Susu Kambing Asli ketika diet?

Ini antara screenshot Neeza yang Neeza post dekat Instagram sebagai diari. Selain dari bancuh biasa, Neeza juga buat pancake walaupun jadi lempeng! Huhu.



PERINGATAN!

Akan tetapi, Neeza nak ingatkan sesiapa yang berminat nak kuruskan badan nak ambil Lazz Susu Kambing ini dalam pemakanan diet anda, anda kena ambil Lazz Susu Kambing ASLI tau. 

Lazz Susu Kambing ini ada 3 jenis iaitu;
  • Lazz Susu Kambing Asli/Original
  • Lazz Susu Kambing Kurma
  • LazzCafe Susu Kambing

Untuk mereka yang tak nak diet pun boleh ambil Lazz Susu Kambing ini. Lazz Susu Kambing Asli tiada gula dalam itu, jadi untuk yang tak berdiet dan nak rasa manis boleh cuba Lazz Susu Kambing Kurma atau LazzCafe Susu Kambing.

Selain dari menguruskan badan, khasiat lain antaranya ialah mencantikkan kulit (ada vitamin c), atasi masalah harmon untuk mereka yang susah tidur, menguatkan tulang, kesihatan jantung, meningkatkan imunisasi, otak lebih cekap dan  banyak lagi. Susu kambing ini memang banyak manfaat dan tidak menghairankan susu kambing merupakan salah satu sunnah Nabi. Nabi Muhamamd pun mengembala kambing dan kata Nabi SAW:

”Bela la kambing kerana padanya ada barakah/keberkatan”

Dan,

Mungkin ada yang rasa was-was lagi, takut-takut nak cuba susu kambing ini sebab

"Adakah ia berbau hamis seperti kita makan daging kambing kebiasaanya?"

Serius tak! Ketika pertama kali nak minum Lazz susu kambing ini, Neeza takut-takut nak cuba juga tapi bila minum itu, tak adanya bau hamis. Rasa sama hampir sama macam susu lembu. Kalau nak kenakan kawan yang tak pernah cuba susu kambing, mungkin mereka boleh tertipu juga. Hehe.


Paling penting Lazz Susu Kambing ini ialah produk bumiputera Muslim dengan bahan-bahan 100% organik dan semulajadi tanpa campuran formula sintetik makmal, 

Harga untuk Lazz Susu Kambing;
  • Lazz Susu Kambing Asli & Lazz Susu Kambing Kurma - SM RM 45.09 / SS RM 50.90
  • LazzCafe Susu Kambing - SM RM 35.90 / SS RM 40.90

Maklumat lanjut boleh layari;

Jadi, tunggu apa lagi? Jom rasa sekarang dengan Lazz Susu Kambing!

Salam sayang.

7 comments:

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.