Friday, 7 April 2017

Aesthetic Spa Boutique Pertama di Malaysia - DEWS

Assalammualaikum
Bukan sahaja mekap perlu dititikberatkan tetapi penjagaan diri juga sangat penting untuk seorang wanita itu terutama yang telah mempunyai pasangan. Tak kan nampak mak limah pula kan, nanti dibuatnya lari pasangan itu, mahu diri sendiri tak nangis.

Lagipun wanita-wanita sekarang kebanyakan mempunyai kerjaya sendiri sudah tentu inginkan penampilan yang menarik supaya nampak lebih berkeyakinan bila berhadapan dengan majikan, rakan sekerja dan client. Dan ini membuatkan Neeza sendiri tersentak dan sedar apabila semakin hampir menuju ke alam pekerjaan. Tak lama je lagi, tinggal satu sem lebih kemudian praktikal dan graduate. Fuhh berdebar.

Itu sebab sejak akhir-akhir ini Neeza dah semakin pandai berhias dan bergaya serta sentiasa mengikuti perkembangan tentang kecantikan di internet. Apa yang Neeza perhatikan, trend yang semakin mendapat tempat di hati wanita-wanita Malaysia kini ialah butik spa.

Neeza kan duduk di kawasan yang agak panas di mana memang syurga wanita lah untuk shopping di Shah Alam ini iaitu anta Seksyen 7 dan Seksyen 16. Neeza lihat sekarang ini bukan sahaja butik-butik pakaian je banyak ada di sini tetapi spa juga semakin banyak dibuka akhir-akhir. Kalau Neeza pergi Kuala Lumpur pun sama juga terutama dekat shopping mall.

Memang hit betul trend butik spa ini kan?

Jujur Neeza katakan yang Neeza memang belum pernah ada pengalaman lagi membuat rawatan di spa. Maklumlah dengan jadual yang sibuk sebagai pelajar sepenuh masa dan blogger sambilan. Akan tetapi, baru-baru ini Neeza berpeluang untuk menghadiri ke majlis pelancaran dan pembukan DEWS Signature Boutique yang bertempat di lokasi strategik Kota Damansara pada 31 Mac yang lalu.
pelancaran dews spa estetik
DEWS itu merupakan singkata daripada De Era Wellness Specialist dan DEWS Aesthetic Spa Boutique ini merupakan spa estetik lengkap dan menyeluruh yang pertama di Malaysia dengan keluasan sehingga 5000 kaki persegi dan menampilkan sejumlah 15 bilik rawaran peribadi yang menempatkan 25 buah katil bagi memastikan para pelanggan mengalami pengalaman seumpama dibelai manja semasa menjalani rawatan.

Konsep DEWS Aesthetic Spa ini ialah untuk membekalkan pelanggan yang prihatin dengan kaedah penjagaan kesihatan yang menyeluruh dan lengkap, yang disediakan dalam persekitaran yang ekslusif, selesa dan mewah.

Mana tak selesanya, satu bangunan (3 tingkat) ini milik DEWS Aesthetic Spa Boutique. Ruangan di Tingkat 2 rawatan kepada pelanggan lelaki dan ruangan di Tingkat 3 pula untuk perempuan. Sebagai wanita muslimah terutamanya memang rasa selesa dan selamatlah kalau buat rawatan di DEWS Aesthetic Spa Boutique ini. Maklumlah kadang-kadang rasa insecure bila dengar pengalaman kawan-kawan yang pernah buat rawatan di spa lain yang bercampur lelaki dan perempuan ini.
Semasa Neeza melangkah masuk ke DEWS Aesthetic Spa Boutique ini memang ekslusif dan mewah. Banyak sangat spot atau tempat untuk OOTD atau selfie. Yelah sementara tunggu giliran nak buat rawatan nanti bolehlah isikan masa dengan bergambar. Hehe.
Acah hijabister OOTD hahaha
Walaupun nampak elegan dan mewah, tetapi harga rawatan sangatlah berpatutan malah ada rawatan-rawatan di sini jauh lebih murah dari spa-spa lain. Ini diakui oleh rakan beauty blogger, Syafiera dari www.syafierayamin.com dan Lala Rahim dari lalarahim.blogspot.my yang selalu rajin ke spa. Maklumlah Neeza mana ada pengalaman kan.

Pada hari pelancaran dan pembukan DEWS Aesthetic Spa Boutique ini, majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Datuk Halimah binti Mohd Sadique di mana selaras dengan misi untuk mempertingkatkan kesejateraan kesihatan masyarat secara umumnya.

Bagi Neeza DEWS Aesthetic Spa Boutique ini memang bagus dan merupakan pilihan bijak untuk mereka yang mencari rawatan yang selamat untuk cantik. Cubalah lihat kulit Fitness Guru, Nana Al-Haleq. Neeza memang mengagumi kulit wajah dia dan Neeza lihat dia memang rajin rujuk pada pakar aestetik di mana pakar aestetik ini merupakan doktor kecantikan yang diiktiraf dan lesen yang sah.

Dan untuk makluman, DEWS Aesthetic Spa Boutiqe ini merupakan cawangan kedua DEWS selepas De Era Clinic bertempat di Seri Kembangan.
Jadi sebelum YB Datuk Halimah melancarkan secara rasmi, Neeza dan tetamu-tetamu yang turut hadir berpeluang mendengar ucapan dari Mr Calvin Chin, CEO GMCI Corporation, ucapan YB Datuk Halimah dan taklimat dari Dr Lim Wooi Khai, Penasihat Perubatan DEWS di mana beliau adalah doktor yang diiktiraf oleh European Center for Aging Research and Education.
Memang kalau nak cantik secara selamat kita kena rujuk pada pakar yang sebetulnya. Banyak rawatan yang disediakan di sini bukan sahaja wajah tetapi urutan badan, perlangsingan, dan sebagainya. Untuk ketahui lebih lanjut boleh dapatkan sesi kaunseling dan bimbingan oleh pakar dalam bidang penjagaan kesihatan dan kecantikan, nutrisi dan kecergasan bagi melengkapkan cadangan rawatan yang disyorkan supaya anda boleh dapatkan hasil yang optimum dan terbaik.
Neeza pun berkesempatan buat sesi kaunseling itu tau. Syafiera lebih banyak bertanya dari Neeza sebab dia lebih berpengalaman dan Neeza sendiri pun tak pernah buat rawatan spa. Hehe. Ternyata sesi kaunseling ini memang Neeza sangat enjoy sebab penerangan mereka sangat lengkap, padu dan padat. Kalau dah buat rawatan lagi syok kot.
Bersama blogger Lala Rahim dan belakang itu display produk-produk DEWS
Neeza juga berpeluang untuk mencuba dulu dua buah produk daripada DEWS iaitu. Baru seminggu pakai dan Neeza dapat lihat kulit Neeza lebih moist dan glow. Produk apa? Nantikan entri akan datang ya.

Apapun Neeza memang enjoy datang dan lihat spa ini walaupun belum buat rawatan lagi. In Shaa Allah, Neeza akan cuba dapatkan tarikh yang sesuai untuk "me time" buat rawatan di DEWS Aesthetic Spa Boutique ini. Rawatan apa? Tunggu~

Salam sayang, 
Neeza

12 comments:

  1. Yeah! Am waiting for my me time at DEWS too...let's go together gather ya ;) cheers, SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  2. Cantiknya spa dia! memang best la nak manjakan diri di situ haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Lelaki pun boleh pergi Syed. Ruangan lelaki tingkat 2. Hehe. Kalau Syed pergi ini confirm bertambah handsome bertambah famous bertambah naik PV blog hehe.

      Delete
  3. Replies
    1. mestilah hehe tak sabar nak buat rawatan spa pula huhu

      Delete
  4. cantiknya spa dia nampak mewah.boleh la try nanti

    ReplyDelete
  5. Bukan main meriah majlis pelancaran butik ni :)
    Interior memang cantik dan eksklusif

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan serius memang bestlah yang penting ruangan perempuan memang privasi dan tak bercampur dengan lelaki

      Delete
  6. Ya Allah bestnya kalau boleh manjakan diri kan sini...

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.