Saturday, 11 June 2016

Why stay single?


Hye guys.

nice view #tasikputrajaya #takadakaitandenganentri
First of all, nak beritahu awal-awal yang entry ini bukan nak tunjuk how desparate nak canang dekat 1 dunia yang 'Aku Masih Single'. Haha. No. I am just to share *since I rarely update my feeling in this blog* and at the same time, I want to answer the questions that people frequently ask me.

Kenapa masih single sampai sekarang?

Bohonglah kalau tak terusik kadang-kadang. Cuma kebanyakan masa dah tak terasa sebab dah terbiasa dapat soalan macam itu. Jawapan Neeza selalunya bunyi begini 'Kalau ada jodoh adalah, kalau tak ada jodoh tak apalah.' 

Mudah. Sebab kita tak tahu takdir kita macam mana sebab Allah yang tentukan. Mungkin kita akan bertemu cinta tapi kita tak akan memiliki. Mungkin kita akan melalui sama fasa seperti orang lain, bercinta dan berkahwin. Mungkin jodoh kita datang awal dan mungkin juga datang lambat. Tapi mungkin juga jodoh kita dah pergi terlebih dahulu. Dan mungkin kita akan bertemu jodoh di akhirat. Ya, life always full of probabilities. Just wait and see. Follow the flow.

Lagipun I am just 21 years old. Jauh lagi perjalanan hidup itu. Masih banyak lagi yang perlu explore. Cuma apa yang datang dalam hidup kita, kita kena terimalah. Tak payah nak bandingkan hidup kita dengan sesiapa, ya mungkin hidup dia lebih bertuah tapi bersyukurlah dengan aturan Allah.

Mustahil kau tak ada kenal siapa-siapa?

Yeah, I meet a lot of people. Cuma belum jumpa yang betul-betul boleh terima aku seadanya. Siapa yang kenal aku, mesti faham apa yang aku maksudkan. Aku tak macam sesetengah perempuan yang bertuah berjumpa dengan lelaki yang pandang hati dan boleh menerima aku dalam pelbagai versi. Tidak. Malah aku selalu jumpa lelaki yang hanya pandang paras rupa.

Dah itu kenapa tak usaha ubah kepada versi lain?

Ya, aku boleh ubah. Cuma belum masanya. aku tak nak bila aku ubah diri aku, ya, aku akan berjumpa dengan someone special, tapi si dia hanya kenal aku dalam versi itu sahaja. Bila aku kembali ke versi yang sebelumnya, aku takut, hati dia akan berubah dan pergi.

Tak pernah try ke untuk cuba kenal?

As I said, I meet a lot of people. But orang yang aku kenal itu mesti aku kenal dengan satu tempoh yang sekejap. Ya, dari satu sisi kenapa Neeza single ialah diri sendiri. Aku bukan perempuan yang mudah bila kenal sehari dah boleh terus ajak keluar makan. Tak. Aku akan sedaya upaya tolak ajakan itu. Aku nak kenal dulu siapa kau. Hati budi dulu. Bila aku dah selesa berkawan, barulah move step forward. Ini baru tolak sekali terus blah. Lantak. Haha.

Kadang-kadang juga, aku ini akan split personality. Heyyy, jangan ingat Neeza gila. Hihi. Tak. Maksud Neeza, kebanyakan yang pernah jumpa Neeza, untuk first time mesti akan cakap yang Neeza ini pendiam. Kadang-kadang-kadang senyum pun tak. Kadang-kadang kalau first time chat Neeza memang tak mesra alam. Memang. I am always like that. But kalau dah kenal Neeza dalam-dalam, tanya best friends, mesti akan kata, I am too far from the first time they met me. Heboh tak payah cerita *boleh nampak dalam blog ini, kihkih*.

From another perspective, I am looking for a guy who really put effort to get me *in a right track*. Bukan sahaja terima aku seadanya tapi terima keluarga aku dan bersungguh-sungguh nak aku jadikan aku milik dia yang sah. Bercinta dengan aku demi perkahwinan dan bukan main-main. Not as spare girlfriend or girlfriend. More than that. Yang betul-betul hargai aku dan hormati aku sebagai anak perempuan kepada ibu bapa aku serta nampaklah cara dia bersungguh-sungguh dapatan ikatan yang sah di sisi agama.

I am not looking for a really caring, macho, handsome, sado, or rich man. Cerita TV3 drama pukul 7 petang atau drama Astro Ria pukul 10 malam bolehlah nak berangan-angan tapi real life, hidup tak selalu indah. I am also not a type of girl who seeks for relationship goals. Zaman kanak-kanak ribena cinta-cinta monyet waktu sekolah bolehlah nak relationship goals bagai ini.Bila kita dah dewasa ini, kita nak cari orang yang boleh terima kita seadanya, yang boleh jaga kita elok-elok sepanjang hidup dia, dan teman dan berada di sisi kita ketika susah dan senang dan paling penting boleh bimbing kita ke arah keluarga sakinah dan mengejar bersama-sama cinta Pencipta kita, Allah SWT.

Jadinya ini sahajalah yang Neeza nak luahkan. Bila soal hati ini, memang jawapannya sangat complicated and tangled habis. It's undeniable. Kah! Okaylah, nak siapkan assignment dulu. Yeayyy, dah minggu ke 14, lepas itu final exam, then cuti *penat dah nak stay up*. Tazaaaaaaaabarnya, hahaha. Bye-bye.

p/s: selagi masih single ini, bolehlah tumpu dekat family, spend time dengan mak puas-puas, lepas itu boleh fokus belajar dan buat apa yang aku nak capai. huhu. #sisfikirpostif

Salam sayang, xoxo.

6 comments:

  1. Slow2, inshaAllah akan sampai juga jodoh tu.. hehehehe...

    ReplyDelete
  2. kalau dah sampai masanya, ia akan datang... the right person at the right time

    ReplyDelete
  3. Chill, Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Selalu doa semoga dapat Jodoh yang soleh ^^

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.