Hai guys~
Okay hari ini excited nak cerita dekat you alls. Well, first time experience menginap di hotel ala backpacker acah-acah mat salleh pergi travel gitu, hahaha. Ingat tak review ini? LIHAT SINI.
Masa Neeza pergi review, Neeza terpaksa menginap di hotel since majlis itu maghrib-malam. Nak balik hostel universiti memang taklah sebab takut kena warning dengan pak guard terus masuk court tatatertib. Jadinya, Neeza surveylah hotel-hotel berhampiran. Nak menginap hotel dekat Shah Alam pun mahal, RM100 lebih walaupun bilik single. Nak menginap dekat Putrajaya, harga pun paling murah RM150. Mahal gilaaaaaaaaaaaa. No! No! No!
Tengah dok surfing itu, macam-macam website Neeza masuk, agoda, trivago, dan etc terjumpa dekat laman web booking.com, hotel Moon Eleven near KLIA & LCCT. Harga pun murah nak compare yang dekat atas itu. Bawah RM50. Since Neeza pun pergi Putrajaya menaiki ERL, boleh juga book dekat hotel ini since ERL pun ada lalu dari Putrajaya ke Salak Tinggi (Sepang) sebelum ke KLIA. Jadinya keesokan hari pula, terus dari Salak Tinggi ke KL Sentral lah. Hehe.
Dekat je sebenarnya |
Yang bestnya, Neeza book hotel ini tengah malam pada hari Neeza nak pergi itu. Haha. Lagipun Neeza ada baca dekat website, if nak request pihak hotel ambil kita dari stesen ERL pun boleh tapi bukan free dah, tapi dicaj RM5. Mengikut lady owner itu, actually dia dah tak pick up sebab sebelum ini location hotel lagi jauh dan dalam, bila dah pindah ke tempat baru ini, makin dekat, keluar dari stesen ERL, jalan straight, tak sampai 10 minit jalan kaki dah sampai dah hotel itu. Kalau you alls nampak banyak kedai makan dan bangunan, hah situlah lokasinya. But since malam itu hujan lebat and I am a girl, lady owner yang baik hati dan friendly ini pun ambil datang pick up Neeza depan stesen. Hehe.
Speedmart pun ada |
Masa sampai itu, memang terpegunlah, sebab dekat kedai bawah hotel itu, ada Speedmart, 7eleven, kedai makan pun banyak. Memang kawasan itu ramai orang, jadi tak takut lah kalau you alls back packer solo. Bila dah masuk dalam, wow, impress lah, ada beberapa buah bilik disediakan, ada ruang tamu (tengok tv), kawasan dapur (boleh masak), mesin basuh ( kena bayar tak silap), tandas (sharing) memang lengkaplah.
Lady owner masa itu tunjukkan semua kawasan, then terangkan passcode, passwood wifi, dan sebagainya. Sebelum masuk bilik berehat, kena bayar dululah. Bayar pakai cash, tak adanya Neeza nak credit card bagai. Plus caj pick up RM5 tapi dia bagi RM3 je. Hehe. Kalau nak tahu, lady owner pun stay situ, so kalau ada apa-apa problem, ketuk je pintu bilik dia.
inilah bilik yang Neeza dapat, sebijik! |
Memang bestlah Neeza malam itu sebab bilik itu Neeza seorang je. Hehe. Bilik sebelah ada penghuni, orang putih, dia pun check in pada malam Neeza datang itu. Dekat hotel ini ada beberapa kategori, bilik 4 orang untuk wanita sahaja, bilik 6 orang untuk bercampur, bilik asas single dan bilik double. Neeza for sure ambil yang bilik 4 orang untuk wanita sahaja. Huhu. Kemudahan dalam hotel ini pun nampak baru-baru belaka. Memang puas hati.
Kalau you alls tak bawa syampu ke sabun mandi, jangan bimbang. Pihak hotel ada sediakan juga tau tapi kalau korang nak selesa ke nak juga pakai pencuci muka, pergilah turun beli dekat 7eleven. Dalam bilik pula tak ada almari kecuali rak kecil, tapi ada tempat gantung hanger dan beberapa hanger juga disediakan (1 penghuni 1 hanger) dan tempat sangkut beg pun ada. Towel kena sewa ya (I bawa kain batik je, haha). Air cond memang superb sejuk, hihi dan extension pun ada disediakan di setiap sudut katil. Jadi kalau bateri handphone dah kong atau powerbank dah habis, boleh caj. Wifi pun laju. Perfectlah!
Cuma bahagian TV dan dapur Neeza tak explore since malas nak keluar masuk yelah ada penghuni lain jantina ada menginap. Jadinya keluar cuma dengan satu objektif bila nak mandi, hehe. Itupun pakai lengkap dengan tudung salin dalam tandas. Maklumlah nak jaga aurat. Tandas memang bersih sebersihnya (tandas asing, ada tandas lelaki dan tandas wanita). 5 bintang. Nak makan pula, breakfast esoknya Neeza dah siap-siap beli roti dan air dekat 7eleven.
Jadinya, malam itu tidur dengan nyenyaknya sampai Neeza bangun lewat dibuatnya. :p #bukanselalu #tiduraircond
Neeza check out betul-betul pukul 11 dan terus ke stesen ERL. Hah! Kali ini jalan kakilah sebab straight je sampai penghujung jalan, jumpalah stesen.
Sekian sahaja perkongsian Neeza hari ini. Terasa macam backpacker solo. Huhu. Untuk hotel ini Neeza bagin 4.5 bintang. Yeayyy~
BERMINAT? TEMPAH SINI!
Salam sayang. xoxo
Wow menarik untuk siapa yang ingin mencari tempat tinggal yang budget dia rendah. Lagi bagus kalau ada cctv seperti tune hotel. Bila cakap soal keselamatan untuk memilih budget hotel adalah dengan mempunyai cctv di pintu masuh dan ruang ke bilik penghuni. Ingin mengetahui Tune Hotel ? Mohon baca kerana terdapat info yang berguna untuk anda yang mencari budget hotel
ReplyDelete