Assalammualaikum dan hai guys!
Find Joy In Every Parcel with Lazada MY l I am so happy today. Mula-mula agak pelik jugalah tetiba dapat call dari abang PosLaju *even I got suspicious at him at first*. Mana taknya, selalu abang PosLaju sebelum-sebelum ini susah nak tinggalkan notis dekat rumah Neeza ini. Nasib baik kali ini dia call sebab Neeza tak tahu menahu Neeza still ada parcel. Maklumlah, selalu ada nombor tracking jadi Neeza pun tak bimbang sangat. Kali ini memang Lazada MY buat surpriselah. Hehe.
Yang buat Neeza suspicious dekat abang PosLaju ini dia call tanya ada rumah ke tak? Neeza masa itu dekat kelas sebenarnya, dan dia kata dia akan datang lepas Neeza sampai rumah *habis kelas*. Then call dia agi, dia suruh tunggu dekat depan rumah. Tahu tak? Neeza macam paranoid. Maklumlah lately dengar orang kena hypnosis pencuri nak masuk rumah. Takut weyy.
Before call kali ketiga tadi itu, Neeza ada call, masa itu abang Poslaju tengah makan. Neeza try tanya "Parcel itu dari mana eh?" dia kata dalam van putih. Lagi seram. Haha. Dan dia siap tanya "Alamat dekat mana?" Dalam fikiran Neeza, haish tak kan tak tahu alamat kan ada dalam itu. Buat kita bimbang je. Tapi Neeza tawakal jelah. Lagipun area rumah memang laluan sibuk. Dan Neeza saja tunggu dekat-dekat dengan kedai yang Neeza kenal pekerja itu, so kira ada orang temanlah juga.
Mula-mula ada van PosLaju, tapi macam takut nak pergi. Takut tersilap ke. Huish, rupanya tengah tunggu member beli air. Kihkih nasib baik tak ketuk tanya. Betul pula instict Neeza kali ini. Then, datang van PosLaju kedua, haaa nasib baik yang ini betul. Alhamdulillah. Well, macam pelik kan, selalu delivery ini slogannya in front of the door, ini dia suruh kita tunggu dekat depan rumah. Tetapi okaylah, yang ini jenis betul-betul make sure barang sampai dekat pemilik parcel itu. Tak adalah tak tinggalkan notis langsung!*berdasarkan kejadian-kejadian lepas*
Okay, bila dapat parcel dari abang PosLaju, huisshhhh beratnya parcel ini. Agaknya apalah dalam itu, Masa ini still tak tahu siapa pengirimnya sebab alamat pejabat. Balik dari rumah terus buka, waaaahhhhh!! Parcel of Joy dari Lazada MY :D
Serius lah Parcel of Joy?!
Mana tak gembiranya, macam-macam hadiah dalam itu. Serius timing Parcel of Joy ini sampai ke tangan Neeza memang cantik sangat ah. Kenapa? Esok Neeza dah nak balik Muar sebab cuti pertengahan semester. Neeza tak ada beg luggage. Since kali terakhir Neeza balik raya haji hari itu, Neeza dah TER ROSAK KAN beg luggage mak, roda hilang satu. Huhuhu, maklumlah perjalanan jauh, sampai haus roda itu. Kihkih. Then, dalam parcel of joy, dapat beg Ola Bola dari Milo, huishh , memang joy betul ini.
Selain dari beg itu, Neeza dapat botol dan voucher dari Lazada MY, MamyPoko, LOREAL Dual Stylerz,Maggi Tomyam Putih dan Maggi OatMee Curry, Lactokid Cerelac, Nestle Full Cream,dan Nescafe White Coffee perisa pandan. Uishh memang berbaloi-baloi, macam dapat hadiah dari poket doremon. :P
Thank you so much Lazada MY dan semua sponsor *walaupun tak dapat chopper dari Tefal, tengok dari rakan-rakan blogger lain, tapi bersyukurlah Neeza oi, hahaha*. Okay, mesti pelik kan apa benda sebenarnya Parcel of Joy?
Sebenarnya Parcel of Joy ini adalah bersempena Online Revolution sempena tarikh 11.11.2016 hari itu. Jualan besar-besaran dari Lazada. Dan Neeza merupakan antara pembeli sempena 11.11.2016. Oopps! Tershopping online pula kita. Kihkih, masa itu nak sangat beli Double Sided Pan. Weyy, harga biasa RM100 ke atas tau. Tapi dengan jualan Online Revolution, 11.11, mereka turunkan dengan harga ranger RM55-RM65 paling murah. Untuk RM55, Neeza kalah dalam persaingan stok terakhir. Huhu, tapi memang tak boleh guna voucher *tak termasuk GST+shipping*. So, Neeza redha belilah yang RM65 *tak termasuk shipping (anggaran RM7+)+boleh guna voucher*
Yang seronoknya, Neeza dapat mesej dari Maybank yang mereka bagi voucher sempena 11.11 dan boleh guna untuk Online Revolution di Lazada MY. Mau tak gembira. Actually, masa itu dapat banyak mesej dari shopping online database dan bank-bank tapi rate voucher Maybank paling tinggi, so kali ini kita guna voucher Maybank. Huhu.
Bila sampai payment, Neeza cuma perlu bayar dalam RM56.40 *kalau tak silap*. Mau tak gembira weyy? Rasa I am the king of online shopping *eh, cerita Kdrama King Louis*
Setakat ini servis Lazada sangat okay. Ikutkan Neeza beli hari Jumaat, hari Isnin dah sampai office Gdex. Disebabkan Neeza tak ada dekat rumah, terpaksa lah pergi pick up sendiri dekat Seksyen 24 *jauh tak jauh dari Seksyen 7* demi double sided pan. Setakat ini guna memang best. Sangat recommend untuk yang nak berjimat sambil diet sebab tak perlu guna banyak minyak.
Hailaaa, Neeza tak kanlah 11.11.2016 je jualan besar-besaran Online Revolution dari Lazada MY ini?
Eh, taklah, bukan sehari je, tapi SEBULAN tau, sehingga 12.12.2016. Siapa belum membeli belah itu, pergi tengok website Lazada sekarang. Harga dia serius memang turun banyaklah dari kebiasaan. Kalau nak lagi jimat, guna Shopback BACA ENTRI INI!
Jualan akhir tahun selalunya memang runtuh belaka. Jadinya jangan lepaskan peluang tau!
THANK YOU SO MUCH LAZADA <3
Salam sayang.
wah bestnya...
ReplyDeletehehehe :D
Deletewuihhh rezek. bestnya dpt hadiah. :)
ReplyDeleteaah ena, alhamdulillah :)
Deletehi, saya datang follow sini :)
ReplyDeleteyeayy kita pn ade..heheheee...da folow sini...
ReplyDelete